Memoir Sebuah Kemurungan

Sunday 22 November 2020

Aku ingat lagi apa rasanya. Berdiri di rooftop Tingkat 26, merenung ke bawah, berkira-kira untuk terjun. Padahal aku manusia yang takut tinggi.

Panggilan masuk dari seorang kawan yang agak rapat. Bertanya kenapa aku tak datang untuk lunch sedangkan sarapan pun aku tak habiskan. Memang sejak akhir-akhir aku kurang selera makan. Badanku yang memang kurus semakin susut.

Aku beritahu kawan aku yang aku ada di bumbung. Fikiran aku serabut. Aku menangis. Beberapa minit kemudian kawan aku sampai. Dia megajak aku duduk. Aku lupa berapa lama aku duduk situ dan menangis. Dia hanya memerhati. Tak berkata walau sepatah. Mungkin dia sudah kehabisan ayat untuk memujuk aku yang sejak akhir-akhir sering menangis ibarat Kasim Selamat kehilangan Sabariah.

Ini bukan sedutan novel atau cerita pendek. Ini cerita aku sendiri. Ya, aku pernah rasa bagaimana keinginan mengakhiri hayat sendiri begitu menebal. Mana-mana orang yang pernah mengalami depression@kemurungan akan mengalami perasaan ini : Rasa diri tak berguna dan menyusahkan. Seolah-olah kalau kita tiada, beban orang tersayang dapat dikurangkan. Soalan yang sering bermain di fikiran:  Untuk apa aku terus hidup?

Namun cerita semua orang tak sama. Sakit si A tak mungkin sama dengan si B walau makan ubat yang sama. Setiap orang diuji dengan ujian berbeza. Kami pun sakit. Cuma sakit kami tak nampak di mata nyata. Ada pesakit mental pandai menyembunyikan, tak sedikit pun kelihatan. Ada juga yang inginkan perhatian; tak dapat banyak, sikit pun cukuplah dari orang tersayang.

Ada orang kata, sakit mental ni punca dari kurang iman. Aku tak salahkan orang yang ada mentaliti macam tu. Aku mengaku aku pernah ada kefahaman yang sama. Hakikatnya punca sakit mental ada pelbagai. Antaranya keturunan, ketidakseimbangan hormon/ bahan kimia dalam otak, suasana pembesaran yang tidak sihat, trauma dan masalah hidup yang kronik seperti hilang punca pendapatan, hutang, penceraian etc.

Lebih setahun aku berteman ubat dan ulang-alik ke klinik psikiatri. Hidup aku tunggang-langgang. Disebabkan tak boleh tumpu perhatian, sering buat silap dan kerap ambil MC/EL, aku telah demoted. Aku hilang kerja yang aku suka. Aku jarang keluar rumah dan jumpa kawan-kawan. Saudara-mara aku hairan kerana aku menyepi. Kalau sekali sekala aku muncul di kenduri, aku tampil lesu dan banyak menjauhkan diri. 

Aku memilih untuk sembunyikan sakit aku dari tempat kerja. Aku tidak mahu sakit aku menjadi sebab kredibiliti aku yang sudah jatuh semakin merudum. Rakan-rakan dan keluarga yang tahu hanya sebilangan kecil. Aku rahsiakan kerana tak nak mereka risaukan aku. Ada kala aku rasa berseorangan tapi aku tahu Allah ada. Dia saja yang beri aku kekuatan bila rasa putus asa tu datang. 

Apa pun aku bersyukur atas ujian yang Allah beri dalam bentuk Mild Depression Disorder+Anxiety. Bersyukur kerana ujian ini seolah teguran kerana aku banyak lalai dan melupakan Dia. Kerana ujian ini aku kembali berpijak di bumi nyata. Aku mula menghargai keluarga dan rakan-rakan yang tak pernah tinggalkan aku. 

Banyak lagi yang ingin aku kisahkan tapi cukuplah setakat ini. Mungkin korang ada soalan atau kecaman, sila tinggalkan di ruang komen.

Terima kasih luangkan masa untuk membaca. Terima kasih juga sebab bila aku cakap aku sering sakit dalam entri-entri sebelum ni, ramai yang mendoakan aku kembali sihat walaupun kalian tak tahu aku sakit apa. 

Till then.. Jumpa next entry! 


52 comments

  1. Ingin rasanya Kak Amie peluk erat Sal.
    Sal, shared joy is doube joy, shared sorrow is half sorrow.
    Teruskan dik, usahamu ke klinik psikiatri dan bertemu pakar. In shaa Allah ada hasilnya. Sesungguhnya bersama kesusahan itu, Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang datangkan bersama kemudahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks kak Amie. Buat masa ni dos ubat makin rendah. Harap tak lama lagi boleh berhenti.

      P/s: tak boleh hug sebab norma baru, tapi akak boleh masakkan saya yang sedap2 kalau saya turun LD ye

      Delete
    2. Kalau pergi LD jangan lupa sound kat akak. Akak pun teringin nak sampai LD ni. Boleh kita reunion dengan amie. hehehe

      Delete
    3. Ok kak notie. Kita tunggu keadaan reda

      Delete
  2. Salam sal ,semoga terus sehat dan banyak mengadu dengan Allah..insyaAllah Allah mendengar rintihan kita.

    ReplyDelete
  3. huishh cik sal., wak ingtkn cerita novel ke ape nih., huhuhu

    btw., soklan ciksal tuari wak dh jawab siap buat special entri laagi arini., kihkih cheers! jgn ckp wak x payong ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah baca dan komen kat entri tu Wak. Tenkiu

      Delete
  4. Ya Allah sal. Ingat Allah banyak-banyak ye. Akak pun pernah alami perasaan sedih teramat sedih bila putus tunang dulu. Asyik nangis je tapi alhamdulillah keluarga mak ayah adik beradik beri sokongan serta kawan-kawan rapat tempat meluahkan rasa. Alhamdulillah sedikit demi sedikit akak bangun hadapi kenyataan hidup. Apa pun perasaan down yang datang ingat Allah selalu. Insya Allah kita kuat hadapi dugaannya. Semuga Sal kuat dan tabah hadapi dugaan tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih kurang la saya. Ingat lagi famili pujuk bawak gi jalan la, belanja makan la. Tapi saya macam zombie, nak senyum pun susah. Huhu

      Delete
  5. Semoga akak terus kuat untuk teruskan kehidupan.. saya merasai apa yang akak rasa, even situasi kita mungkin berbeza..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Shikin. Akak pernah baca kat blog awak. Kita sama tapi tak serupa

      Delete
  6. Semoga Sal dilindungi Allah swt selalu. Banyakkan selawat, in shaa Allah terpimpin hati ke arah kebaikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak NA. Insha allah akan cuba amalkan

      Delete
  7. stay strong Sal, alhamdulillah masih kuat menghadapinya *hugss

    ReplyDelete
  8. Allahu... luahkan lah sal kalau itu buat sal lega... semoga menulis dpt buat sal kembali bangkit dgn semangat baru.. stay strong k

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menulis untuk berkongsi. Manalah tau ada yang mengalaminya di luar sana

      Delete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. akak !!! i didnt know you feel that way kak. if you need friend nak luahkan im always here. just roger kak im all ears.. take care okay. orang yang tak ada dalam situasi kita mmg xkan pernah faham. ujian kita lain2 kak buat Allah tak akan pernah kejam dengan sengaja uji kita.

    ull be fine insyallah.
    hang in there.. ramai sayang akak =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks ct. Ala, dulu tu akak selalu je wasap CT, tapi tulah last2 kita borak pasal travel jugak. Haha. I know I can count on u

      Delete
    2. itu mmg topic utama kita hehe.. nak hilangkan stress..
      but remember k.. kalau nak kongsi pape im here <3

      Delete
    3. Orait. Kalau ada aduan rakyat akk wasap

      Delete
  11. Saya pernah rasa juga tidak guna.
    Apapun tidak berani hendak beri nasihat banyak-banyak cuma betul dekatkan pada Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks kak NA. Itu antara nasihat yang bagus.

      Delete
  12. Hai ciksal, cuba tanam pokok bunga🌹🌺🌼🌷

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks untuk cadangan. So far tanam pokok kunyit dengan pokok cili je

      Delete
  13. perasaan macam tu semua orang alami tp kean cepat2 berubat dan cari perkara2 baru yg boleh dijadikan hobi. Biasalah tekanan yg tak terurus ni punya penyakit mental

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Semua orang akan lalui,cuma terpulang cara masing2. Kalau tak handle dengan baik memang bawak mudarat

      Delete
    2. haaa kt sini perlunya tempat utk meluah. tp kena cari yg boleh dipercayai lah. silap luah tak psl habis sekampung tahu

      Delete
    3. Salah luah makin teruk masalahnya.

      Delete
    4. Anies kan adooo.. haa ada jugak luah kt dia. dh mcm anak burung mintak luah hahadoii

      Delete
    5. Luah kat Anies kalau frust liverpool kalah je. Haha

      Delete
    6. hahah.. dia dh mcm pakar kaunseling sejak pkp ni

      Delete
  14. pernah melalui saat-saat kemurungan macam tu...dalam keadaan gitu, kita memang kena cari bantuan, cari kawan yang boleh temankan kita..kalau dibiarkan bimbang melarat hingga memudaratkan diri sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula2 dulu memang biarkan je, malas nak layan. Tapi bila dah makin murung sampai kesihatan melarat tu yang heret gak badan gi hospital walaupun takut

      Delete
  15. Allahuakbar.
    Proud of you Sal sebab masih tidak membuat keputusan yang Salah. Tengok Sal yang sekarang jauh beza dengan Sal yang dalam cerita ni.

    Cerita bab kemurungan ni, setiap orang ada masalah dan kemurungan sendiri. Ikutkan kemurungan memang masing masing ambil keputusan singkat. Selagi kita jaga hubungan kita dengan Allah nescaya tiada bisikan syaitan tu.

    Kuat tau Sal, kita boleh! Do something make you happy anyway :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau boleh nak jadi Sal yang dulu sebelum kemurungan. Bukan senang nak bangkit. Thanks for your support Fiza. Alhamdulillah dah makin ok sekarang. Bila sakit tu nak datang balik memang kena sentiasa ingat Allah. Kalau tak memang tersasar

      Delete
    2. Alhamdulillah. happy mendengar :)

      Delete
  16. Allahu berat ujian sal mam doakan semoga sentiasa kuat..take care ye

    ReplyDelete
  17. Allahuakbar Sal.
    Allah sayang Sal sebab itu dia uji dan tahu Sal mampu. Sentiasa berdoa padanya jangan putus asa.
    Abaikan mereka yang negatif kerana masih ramai lagi yang positif dan sayangkan kita InSyaAllah.
    Sejujurnya Mrs. A pun pernah beranggapan yang mereka sakit sampai tahap nak bunuh diri ini sebab kurang beriman. Maafkan Mrs. A sekarang dah sedar siapalah kita sesama manusia nak judge manusia lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak apalah Mrs. A, saya pun pernah terfikir perkara sama. At least pengalaman saya boleh beri pengajaran pada orang lain

      Delete
  18. satu je yang sha boleh bantu, luahkan.. Tak kira medium apa pun sal kena luahkan.. kawan baik, keluarga, doktor ataupun stranger.. kena luahkan.. Bukan sebab kita tak ada iman tapi sebab Allah nak uji kita..
    macam Sal cak, depression ini pun macam penyakit.. berbeza buat orang yang kena.. Jangan give up ye Sal.. Keep on strong.. Apa yang Sal rasa dan apa yang Sha rasa hanya kita yang tahu dan Allah.. InsyaAllah everything will be fine..
    Jangan mengalah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Luahkan dekat stranger pun bahaya kadang-kadang sebab takut diorang ambil kesempatan sebab kita tengah lemah. Ni ada fellow patient yang bagitau. Kena cari orang yang betul2 boleh percaya dan boleh simpan rahsia

      Delete
  19. Whenever you feel that way, please share to someone you trust. Guna medium blog untuk kongsi apa yang Sal rasa. Jangan pendam, sekurang-kurangnya beban yang dipikul ada sedikit kurang beratnya. Kuatkan semangat!

    Salam kenalan dari Eza! You can do it. Please be happy dan ceria selalu tau :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal eza. Thanks follow sini. Thanks jugak for the support. Nnti sy follow balik ye.

      Delete
  20. Semoga sal bertambah okay ye

    ReplyDelete
  21. lumrah manusia... kdg dia berasakan 'ketidakadilan' sering berlaku ke atasnya dan ia berulang2 smpi kita putus harapan. pd ms nilah syaitan mula main peranan. mencucuk dan trs mencucuk hgga kita hilang pertimbangan. tp takkan kite nak biarkan diri trs hlg pertimbangan, kan?

    jawapan dlm hal sebegini cuma ada 1: "laa yukallifullahu nafsan illa wus'aha." selebihnya, terpulang pd diri sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah.. Terus google maksud ayat. Anyway, Anies,thanks tau sebab ko selalu ajak aku jalan2 la, makan2 la time aku tengah sedih. Ingat lagi ko heret aku g pesta buku, terus mood jadi ok. Lebiu. YNWA. Giteww

      Delete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah