Sunday, 22 November 2020

Memoir Sebuah Kemurungan

Aku ingat lagi apa rasanya. Berdiri di rooftop Tingkat 26, merenung ke bawah, berkira-kira untuk terjun. Padahal aku manusia yang takut tinggi.

Panggilan masuk dari seorang kawan yang agak rapat. Bertanya kenapa aku tak datang untuk lunch sedangkan sarapan pun aku tak habiskan. Memang sejak akhir-akhir aku kurang selera makan. Badanku yang memang kurus semakin susut.

Aku beritahu kawan aku yang aku ada di bumbung. Fikiran aku serabut. Aku menangis. Beberapa minit kemudian kawan aku sampai. Dia megajak aku duduk. Aku lupa berapa lama aku duduk situ dan menangis. Dia hanya memerhati. Tak berkata walau sepatah. Mungkin dia sudah kehabisan ayat untuk memujuk aku yang sejak akhir-akhir sering menangis ibarat Kasim Selamat kehilangan Sabariah.

Ini bukan sedutan novel atau cerita pendek. Ini cerita aku sendiri. Ya, aku pernah rasa bagaimana keinginan mengakhiri hayat sendiri begitu menebal. Mana-mana orang yang pernah mengalami depression@kemurungan akan mengalami perasaan ini : Rasa diri tak berguna dan menyusahkan. Seolah-olah kalau kita tiada, beban orang tersayang dapat dikurangkan. Soalan yang sering bermain di fikiran:  Untuk apa aku terus hidup?

Namun cerita semua orang tak sama. Sakit si A tak mungkin sama dengan si B walau makan ubat yang sama. Setiap orang diuji dengan ujian berbeza. Kami pun sakit. Cuma sakit kami tak nampak di mata nyata. Ada pesakit mental pandai menyembunyikan, tak sedikit pun kelihatan. Ada juga yang inginkan perhatian; tak dapat banyak, sikit pun cukuplah dari orang tersayang.

Ada orang kata, sakit mental ni punca dari kurang iman. Aku tak salahkan orang yang ada mentaliti macam tu. Aku mengaku aku pernah ada kefahaman yang sama. Hakikatnya punca sakit mental ada pelbagai. Antaranya keturunan, ketidakseimbangan hormon/ bahan kimia dalam otak, suasana pembesaran yang tidak sihat, trauma dan masalah hidup yang kronik seperti hilang punca pendapatan, hutang, penceraian etc.

Lebih setahun aku berteman ubat dan ulang-alik ke klinik psikiatri. Hidup aku tunggang-langgang. Disebabkan tak boleh tumpu perhatian, sering buat silap dan kerap ambil MC/EL, aku telah demoted. Aku hilang kerja yang aku suka. Aku jarang keluar rumah dan jumpa kawan-kawan. Saudara-mara aku hairan kerana aku menyepi. Kalau sekali sekala aku muncul di kenduri, aku tampil lesu dan banyak menjauhkan diri. 

Aku memilih untuk sembunyikan sakit aku dari tempat kerja. Aku tidak mahu sakit aku menjadi sebab kredibiliti aku yang sudah jatuh semakin merudum. Rakan-rakan dan keluarga yang tahu hanya sebilangan kecil. Aku rahsiakan kerana tak nak mereka risaukan aku. Ada kala aku rasa berseorangan tapi aku tahu Allah ada. Dia saja yang beri aku kekuatan bila rasa putus asa tu datang. 

Apa pun aku bersyukur atas ujian yang Allah beri dalam bentuk Mild Depression Disorder+Anxiety. Bersyukur kerana ujian ini seolah teguran kerana aku banyak lalai dan melupakan Dia. Kerana ujian ini aku kembali berpijak di bumi nyata. Aku mula menghargai keluarga dan rakan-rakan yang tak pernah tinggalkan aku. 

Banyak lagi yang ingin aku kisahkan tapi cukuplah setakat ini. Mungkin korang ada soalan atau kecaman, sila tinggalkan di ruang komen.

Terima kasih luangkan masa untuk membaca. Terima kasih juga sebab bila aku cakap aku sering sakit dalam entri-entri sebelum ni, ramai yang mendoakan aku kembali sihat walaupun kalian tak tahu aku sakit apa. 

Till then.. Jumpa next entry! 


13 comments:

  1. Ingin rasanya Kak Amie peluk erat Sal.
    Sal, shared joy is doube joy, shared sorrow is half sorrow.
    Teruskan dik, usahamu ke klinik psikiatri dan bertemu pakar. In shaa Allah ada hasilnya. Sesungguhnya bersama kesusahan itu, Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang datangkan bersama kemudahan.

    ReplyDelete
  2. Salam sal ,semoga terus sehat dan banyak mengadu dengan Allah..insyaAllah Allah mendengar rintihan kita.

    ReplyDelete
  3. huishh cik sal., wak ingtkn cerita novel ke ape nih., huhuhu

    btw., soklan ciksal tuari wak dh jawab siap buat special entri laagi arini., kihkih cheers! jgn ckp wak x payong ye

    ReplyDelete
  4. Ya Allah sal. Ingat Allah banyak-banyak ye. Akak pun pernah alami perasaan sedih teramat sedih bila putus tunang dulu. Asyik nangis je tapi alhamdulillah keluarga mak ayah adik beradik beri sokongan serta kawan-kawan rapat tempat meluahkan rasa. Alhamdulillah sedikit demi sedikit akak bangun hadapi kenyataan hidup. Apa pun perasaan down yang datang ingat Allah selalu. Insya Allah kita kuat hadapi dugaannya. Semuga Sal kuat dan tabah hadapi dugaan tersebut.

    ReplyDelete
  5. Semoga akak terus kuat untuk teruskan kehidupan.. saya merasai apa yang akak rasa, even situasi kita mungkin berbeza..

    ReplyDelete
  6. Semoga Sal dilindungi Allah swt selalu. Banyakkan selawat, in shaa Allah terpimpin hati ke arah kebaikan.

    ReplyDelete
  7. stay strong Sal, alhamdulillah masih kuat menghadapinya *hugss

    ReplyDelete
  8. Allahu... luahkan lah sal kalau itu buat sal lega... semoga menulis dpt buat sal kembali bangkit dgn semangat baru.. stay strong k

    ReplyDelete
  9. Stay strong n healthy Sal..you can do it!

    ReplyDelete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com