Showing posts with label hotel review. Show all posts
Showing posts with label hotel review. Show all posts

Pengalaman menginap di Sura Inn Dungun

Thursday, 15 February 2024

Assalamualaikum dan hai semua! Aku nak share penginapan aku selama 2 malam di Dungun, Terengganu cuti CNY baru-baru ni. Buat yang mencari hotel bajet tapi selesa di area Dungun bolehlah try menginap di sini.

Aku book Sura Inn melalui laman Agoda dengan harga RM150 untuk penginapan 2 malam. Harga yang agak murah sebab book pun last minute. Ini kali pertama aku menginap di 'Inn'. Aku teruja ingin mengetahui apa bezanya inn dengan  hotel dan homestay.


Nama pun simply to sleep so di sini takde swimming pool atau gymnasium ye. Itulah konsep Inn. Penginapan yang basic macam kita tumpang tidur rumah saudara atau kawan, bezanya kena bayar dan tak disediakan sarapan.

Aku sampai di Dungun hampir jam sembilan malam. Daerah yang asing bagi aku. Dari stesen bas Dungun, aku menaiki Grab sahaja ke Sura Inn. Jarak Sura Inn dengan stesen bas Dungun hanyalah 7km. Ini kali pertama aku ke Dungun dan aku kagum sebenarnya tengok Dungun agak maju. Kedai-kedai masih dibuka, jalan raya masih dipenuhi kereta dan ada Food Festival di salah satu dataran yang menjadi tumpuan penduduk tempatan. Aku tak pergilah sebab dah penat. Fikir nak rehat sahaja.

Aku sampai lewat dari jangkaan tapi aku dah maklumkan awal-awal pada pemilik Sura Inn. Dia yang attend aku masa aku sampai. Muda lagi orangnya. Sangat friendly dan polite. Check-in pun mudah dan cepat tanpa deposit.

View dari seberang jalan. Rumah banglo putih yang takde logo tu tempat pemilik inn tinggal. Bestnya kalau mampu buat macam ni kan.

Bilik yang aku tempah adalah Economy Queen Room. Ada private bathroom dan aircond. Ada beberapa pilihan bilik di Sura Inn so pilihlah yang sesuai dengan bajet dan bilangan penghuni. Nyaris aku terpilih Economic Double Room kerana murah sedikit. Rupanya Economic Double hanya ada kipas, tiada aircond dan bilik air di luar bilik. 

Aku ingatkan cafe dia betul-betul dalam kawasan rumah tapi rupanya selang 2,3 buah rumah. Boleh COD atau self pick up tapi malangnya masa aku sampai ni Santai Sura Cafe tak bukak

Masa on the way ke Sura Inn, sempat aku borak-borak dengan driver Grab dan dia cakap dengan aku senang je nak book Grab di sana, Foodpanda pun ada kalau nak makan. Nasib baik dia bagitau sebab malam aku sampai tu aku tak book kereta sewa lagi, so just guna khidmat panda pink untuk beli makanan dari restoran tomyam berhampiran. Apo entah nama aku dah lupa.

Ada hot shower dan tandas yang selesa dah lebih dari cukup untuk aku. Towel disediakan, tapi toiletries tak ye.

Iron ada, tapi kena share

Ada dapur yang bersih dan selesa. Memang vibe macam kat rumah gais! Water filter tu ol skool.

Berhadapan dengan Sura Inn ada port breakfast sedap

So? Recommended ke? Highly! Cuma ada beberapa point yang korang kena consider iaitu ada beberapa bilik terletak di tingkat atas. So kalau bawak orang tua atau ahli keluarga yang berkerusi roda mungkin lebih prefer bilik tingkat bawah. Boleh pilih option contact property sebelum select room untuk kepastian.

Bilik aku di tingkat bawah. Katil selesa, bilik bersih, ada airconf dan TV siap Netflix tu! Sempatlah aku tengok La Luna sementara layan mata nak tertidur. Sesekali dengar bunyi dari guest tingkat atas. Tak berapa soundproof. Dulu aku jenis mudah terjaga tapi sejak kahwin ni dah terbiasa dengar dengkur suami dan bunyi bising kereta (rumah aku sekarang sebelah highway), telinga aku dah tebal. Haha.

OKLah tu je nak cerita. Perjalanan aku ke Dungun dan kenapa aku ke sana nantilah aku story ye. 

p/s: tak sangka dah kahwin pun masih berpeluang travel solo macam ni. ;p

Read More

Dhania Motel, Langkawi - Motel bajet yang ada iron dan parking luas

Friday, 19 January 2024

Assalamualaikum dan hai semua! Alang-alang Langkawi tengah viral, meh la aku nak share motel tempat kami menginap semasa honeymoon bulan 10 tahun lepas. Sebelum korang mengata...eh motel je, kata bulan madu; ingin aku jelaskan yang aku pilih motel ni untuk 2 malam sebab hari pertama kami sampai Langkawi pun dah malam. Membazir nak tido hotel mahal, so kita ambil motel bajet jelah.

Actually honeymoon aku ni memang bajet sebabnya bulan 10 ni bulan off season Langkawi sebab taburan hujan paling tinggi berbanding bulan lain. So, harga hotel tersangatlah murahnya. Rupanya En.I tahu je tapi sebab dia kata aku macam beria nak gi Langkawi, dia layan jelah. Well ikut hati nak gi oversea tapi harga tiket flight mahal bila short notice. Duit pun tak berapa nak ramai sebab baru lepas spend untuk majlis. 

Seumur hidup aku ni first time aku gi Langkawi naik flight. Selalunya naik feri je. Last time aku g Langkawi rasanya berbelas tahun dahulu. Lama bebenor!

Di airport Langkawi, ramai orang approach kitorang untuk sewa kereta tapi aku cakap dengan En.I, kita naik Grab jelah. Di Chenang nanti kita sewa motor. Senang sahaja nak book Grab dari Langkawi International Airport. RM13 dari untuk perjalanan hampir 10km. Standard lah tu.


Proses check in mudah je. Aku rasa antara kelebihan motel ni adalah parking yang banyak. Boleh ke Pantai Cenang dengan berjalan kaki, tapi takdelah terlampau dekat sampai rasa serabut dan bising. If korang suka motel yang agak tenang, bolehlah cuba. 


Tak risau nak cari makan malam-malam sebab depan tu je ada macam-macam gerai dan food truck. Coin laundry pun ada tapi masa aku pergi ni tengah renovate.

Takde rose petal bagai ye sebab aku tak book pakej honeymoon.

Tandas selesa dan ada hot shower. Syampu/ shower cream disediakan.

Walaupun hotel bajet tapi disediakan iron. Kena minta dari kaunter tau. Kalau datang peak season, janganlah selfish. Lepas guna terus pulang balik untuk orang lain guna pulak.

Ada kawasan untuk lepak-lepak dan sidai kain

Masa kitorang stay sini, tak banyak bilik yang berpenghuni. Off season kan. Aku booking melalui apps Agoda. Satu jelah aku kurang suka, di apps Agoda, motel ini disebut sebagai Dhania Cenang Beach Resort tapi di Booking.Com disebut sebagai Dhania Motel. Nak dapatkan harga murah, boleh survey ikut platform yang korang suka. Official website pun ada.

If cari penginapan bajet yang selesa, mudah parking dan tak berapa sesak bolehlah cuba stay sini. 

Dhania Motel/ Dhania Cenang Beach Resort
Lot 55, Jalan Pantai Cenang Mukim Kedawang
Langkawi, Langkawi, 07000
Malaysia

Phone: 01110544797

E-mail: dhania.motel@gmail.com

Read More

Pengalaman Menginap di Sunway Velocity Hotel Cheras

Wednesday, 7 September 2022

Ni cerita bulan lepas. Aku rindu giler nak swimming. So bila member ajak gi tidur hotel aku terus setuju. Cuma masalah sikit bila member aku ajak stay di Sunway Velocity Hotel. Bukan apa, book last minute, harganya kayangan sikit. Hujung minggu lak tu. Memang mana-mana hotel di Kuala Lumpur macam tu. 

Dipendekkan cerita, hari check in tu hujan lebat. Kitorang pun lepak di Sunway Velocity Mall yang bersambung dengan hotel sementara tunggu time nak check in. Makan dulu sambil borak-borak. 

Pukul 5 lebih macam tu pergi check in. Menginap di Sunway Velocity Hotel ni kena bayar deposit RM100. So korang standby la cash siap-siap. Senang diorang nak pulang balik berbanding pakai kad debit or kredit. Memandangkan kami bertiga, request sekali extra bed. Extra bed sahaja RM90. Extra bed plus breakfast RM116. 

Credit Image : Sunway Velocity Hotel

Kami dapat bilik di Tingkat paling atas iaitu Tingkat 16. Sama level dengan swimming pool! Hanya mampu memandang kolam di sebalik cermin sliding door dicucuri hujan lebat yang tak berhenti

Bilik Superior Plus. Harga bilik untuk 2 orang RM418 campur breakfast. Kecewa jugaklah tengok bilik dia walaupun superior plus dan harga mahal tapi kecik je. Expect harga macam tu boleh dapat bilik ada bath tub. 

Anyway bilik air dia best walaupun setakat shower. Luas. Gambar pecah sebab aku pinjam dari website Agoda. Aku sendiri lupa ambil


Extra bed yang kami request

View dari bilik hotel. What to expect kan, hotel kat Cheras takkan nak view laut pulak

Waktu ni hujan masih takde tanda-tanda nak berhenti. Makin lebat ada. Nak gi mandi pool kang takut dipanah petir. So redha jelah aku lepak dalam bilik. Member-member aku bagi ayat penyedap hati, esok pagi-pagi lepas Subuh boleh gi swimming.

Malam tu lepas Maghrib keluar balik. Aktiviti biasalah kitorang semua hantu mikrofon. Karaoke di Manekiniko Sunway Velocity pastu gi makan kat luar. Pergi makan kat mana next entry aku cerita.

Esok paginya, nak gi swimming tapi kawan aku lagi 2 orang mengantuk sebab malam tadi tido lewat. Yang excited nak gi berenang pun memang aku sorang je. So far geng travel aku yang sama-sama hantu air sorang je, blogger Siti Yang Menaip. Haha. Macam tak syok pergi sorang so aku pun sambung tidur. Kul 9 lebih pergi breakfast.



To be honest breakfast buffet Sunway Velocity Hotel ni kurang meriah. Tak macam Sunway Putra Hotel. 

Settle breakfast aku ajak diorang gi survey pool kejap sebab nak update dalam blog. Haha

Tengok kejap swimming pool dia sebelum check out. Sumpah lawa dan luas wei

Nampak macam kalau mandi kat tepi boleh terjatuh terus ke bawah kan? Actually ada ruang macam longkang yang luas tepi tu. Kalau ada yang gatal lompat keluar memang jatuh dalam longkang tu bukan terus terjun Tingkat 16. Anyway ikutkan mustahil manusia nak lompat keluar dari dalam air sebab kita bukan dolphin.

Settle survey kolam renang dengan hati yang kecewa, balik bilik dan siap-siap untuk check out. Patut tadi pukul 7 pagi terjun je kolam renang tu. Sorang pun sorang lah. Padan muka siapa suruh ikutkan mata yang mengantuk.

Member aku lagi 2 orang dah letih so diorang ajak balik rumah terus. Aku pun follow je. Takde benda nak beli dekat mall tu pun.

Ada mesin Starbucks layan diri di kaunter. Tapau kopi balik rumah

Bila nak check out, jangan lupa ambil sekali kupon parking dan deposit di kaunter. Kebiasaan tidur hotel dapat free parking tapi Sunway Velocity Hotel caj parking RM3. Staff kat situ kata takde pilihan sebab parking berkongsi dengan Sunway Velocity Mall.

Yang aku sakit hati bila dah sampai rumah cuaca cerah sampai ke malam. Huhu

So, rekemen ke tidak hotel ni? Entahlah kalau kau tanya aku ni first and last kot. Aku jarang menginap di hotel yang sama sampai 2 kali. Nak try hotel lain pulak. Bila nak try tu tunggu kewangan dan cuaca pulih sikit. 


Read More

Review Aban Transit House. Berbaloi ke stay sini kalau nak ke Jeti Kuala Besut?

Sunday, 24 July 2022

Assalamualaikum dan hai semua! Entry kali ni aku nak review hotel yang aku stay satu malam sebelum pergi Pulau Perhentian. Seperti yang aku ceritakan dalam entry INI, aku sampai Kuala Besut dah petang dan disebabkan aku dah janji nak naik bot ke pulau pagi esoknya dengan Perhentian Kravers, so aku stay di Kuala Besut untuk suatu malam. Aku tak galakkan korang follow cara aku sebab membazir. Alternatif yang lebih jimat adalah naik flight pagi-pagi, sampai terus pergi jeti dan naik bot ke Pulau Perhentian. Alternatif kedua adalah naik bas tengah malam, sampai Kuala Besut pagi dah boleh terus pergi jeti.

Anyway, bilik pun dah book so kita check in jelah. Walaupun namanya Aban (slang Terengganu untuk 'Abang') Transit House, tapi yang jaganya kakak-kakak. Process check in senang je just tunjuk booking email. Aku book guna booking .com. Harga RM110 satu malam. Mahal probably sebab last minute. Area Jeti Kuala Besut ni boleh dapat hotel budget semurah RM90 kalau pandai cari dan book awal.

Aban Transit House terletak di No. A-13, Pekedaian 2 Tingkat MDB Block C, Pasar, 22300 Besut, Terengganu. Tingkat 2 tapi takde lif ye. 

Katil double. Tak silap aku memang takde option katil single

TV dalam bilik. Ada basic channel Njoi. Free Wi-fi yang laju

Ada water heater


Iron disediakan

Fridge dan mesin air Coway pun ada

Dari balkoni hotel nampak stesen bas Kuala Besut

Aku terkejut nampak TV dalam bilik. Aku ingatkan TV di lobi sahaja. Wah, ini sudah bagus. Malam aku tak plan nak keluar sebab pekan Kuala Besut ni mati di malam hari. At least itulah andaian aku.


Kawasan sekeliling. Agak sunyi. Kedai banyak tak bukak. Tapi gerai jual makanan banyaklah. Nak cari makan memang senang.

Hotel lain yang berhampiran. Olaza D'Terminal Hotel ni siap ada perkhidmatan luggage storage lagi

Makan nasi dengan tomyam for early dinner di warung berhampiran. Tomyam Terengganu ni manis sikit. OKlah aku pun bukan kaki makan pedas

Petang-petang minum Latte Kopi Mesin beli di stesen bas Stesen Bas Kuala Besut. Ini kot punca tak boleh tidur. Wallahu'alam. Huhu.

My review? OKlah selesa, tapi malam-malam bising. Hotel ni betul-betul mengadap Stesen Bas Kuala Besut. Aku kerap terjaga bunyi enjin bas. Campur tolak bunyi kereta dan motor atas jalan. Bawah hotel ni ada warung dan diorang karaoke sampai pukul 12 tengah malam! Takpelah, aku redha sebab Kuala Besut takde pusat karaoke macam KL. Biarlah diorang.

Easy on the eyes but not for the ears. So, tak digalakkan untuk golongan yang senang terjaga macam aku. Kalau jenis tidur mati OK lah kot. 

Berhampiran hotel ni ada Pasaraya Pantai Timur. Sempatlah aku beli air mineral dan jajan untuk dibawa ke pulau. Tu jelah hiburan kat sini. Malam aku just tapau (walaupun dah makan tomyam+nasi) dan tengok TV dalam bilik. Aku kalau travel sorang memang akan usaha supaya dah ada di bilik menjelang Maghrib. Terutama kalau kawasan keliling accomodation tu agak sunyi. Ni tips jugak untuk korang yang nak cuba, or terpaksa berjalan sorang-sorang terutama ladies. Jangan tunjuk kita takut, tapi masih perlu berhati-hati.

Aban Transit House dalam 800 meter dari jeti. Boleh jalan kaki ataupun naik teksi RM10 di stesen bas. Teksi kampung tak pakai meter ye. Naik, atau jalan. Takde pilihan. Haha.

Lebih mudah sebenarnya kalau pilih hotel berhampiran jeti. Kalau stay hotel berhampiran jeti, nak beli souvenir pun senang. Boleh beli awal kalau takut balik nanti rushing. Kawasan jeti banyak kedai dan harga lagi murah berbanding di pulau. Aku hari tu rushing nak kejar shuttle ke airport, sempat grab beberapa keychain je. Nasib baiklah kawan-kawan dan family aku tak kisah sangat souvenir Pulau Perhentian sebab aku dah pernah bagi sebelum ni. 

Nak beli souvenir, boleh cari di kedai-kedai berhampiran jeti

OKlah, tu je kisah Pulau perhentian aku. Maaf timeline tunggang-langgang. Journey aku pulang ke KL tak payah lah story ye sebab biasa je takde apa yang menarik. Aku memang rekemen Perhentian Kravers untuk sesiapa yang nak ke Pulau Perhentian terutama solo. Diorang memang jaga betul-betul sampaikan shuttle dari jeti ke airport Kota Bharu pun diorang tolong carikan. Shuttle Van RM25 sahaja seorang tapi kena share dengan tourist lain. Aku OK je, bukannya kena pangku diorang pun.

Naik van shuttle ke airport dengan tour agent ni

Thanks for reading gais! So, ke mana kita lepas ni? Hurm...tanya-tanya nak ikut ke?

Read More

Pengalaman Menginap di Scapes Hotel, Genting Highlands

Tuesday, 7 June 2022

Assalamualaikum semua! Kisah ke Genting Highland bulan Januari lepas masih berhutang review hotel tempat kami menginap. Walaupun dah beberapa kali ke Genting Highland, tapi ni first time tidur di sana. Tunaikan hajat kawan-kawan aku yang kali pertama datang ke Genting, lagipun diorang duduk jauh.

Di Genting Highland ni ada macam-macam pilihan hotel. First World Genting dan Resort World Genting paling famous sebab dekat dengan Genting Skyworlds. So lepas penat main di theme park, boleh terus balik bilik, tidur. If nak lagi high class, boleh pilih Grand Ion Delemen Hotel. Memang feeling kayanganlah, tengok keluar tingkap bilik pun berkabus. 

Hotel di Genting ni kebiasaanya lagi tinggi di atas bukit, lagi tinggilah harganya. Tapi jangan risau, kalau teringin jugak nak ambil angin sejuk Genting tapi malas nak drive jauh ke atas, boleh menginap di area Gohtong Jaya macam kami. Ukur budget di badan sendiri orang kata.

Kami menginap di Scapes Hotel, sebuah hotel bertaraf 4 bintang. Beli masa promo hujung tahun, so dapat harga RM440 untuk 4 orang beserta breakfast. Berpatutan pada pendapat aku sebab bila bahagi 4 jatuh seorang RM110 je. Tapi..berbaloi tak? Ha, kena lah baca review di bawah ni ye.

Bilik Deluxe Quad, ada 2 katil Queen. Sesuai untuk famili jugak.



Bilik air biasa sahaja, tak ada bath tub. Saspen pada awalnya sebab gambar dalam website, pintu bilik air transparent.

Malam kami pergi makan di pekan Genting Permai berhampiran. Masa aku pergi ni, kiri kanan Scapes Hotel sedang pembinaan, nak buat hotel baru, so gelap dan seram je jalan nak ke jalan besar. Tapi bila dah sampai, eh OK je. Pekan biasa. Ada Starbucks, ada banyak warung, ada stesen minyak Petron, Watson's dan Speedmart. Di Genting (sewaktu entry ini ditaip) tak ada Food Panda, Grab Food dan yang sewaktu dengannya ya. So kalau rasa malam tu malas nak keluar, tapau makan siap-siap atau order room service.

Aku lupa ambil gambar suasana pekan dan tempat kami makan. Pekan biasa je. Kalau tak kerana sejuk, rasa macam kat Kajang.


Balik makan singgah IBN Showroom dekat sebelah Scapes. Point singgah sini adalah sebab dari jauh nampak tempat ni cantik walaupun Sales Gallery dah ditutup. 


Dekat bangunan tu ada kedai-kedai makan tapi tutup masa kitorang pergi. Maybe bukak siang or maybe tak bukak langsung sebab masa ni tourism masih sendu

Catwalk ala-ala America's Next Top Model kat sini

Deko Chinese New Year

Punyalah nak menarik perhatian orang datang 'tengok-tengok' rumah untuk dijual, galeri jualan pun dihias cantik macam ni.

Berhampiran Scapes ada air pancut yang cantik ni so tumpang selfie jap

Tak ada apa pun tarikan waktu malam berhampiran Scapes. So, balik bilik dan tidur. Aircond Scapes sejuk juga, campur suhu Genting yang memang dah sejuk. Tapi masa aku pergi ni hari siang cuaca panas sampai mencecah 33 degrees, so malam pun tak sejuk sangat sampai kena pakai sweater. Tido jelah berselimut tebal.

Pagi-pagi dah turun untuk breakfast di Lemon3. Memandangkan ni hari biasa, orang tak ramai. Kami makan dengan selesa. Makanan dia memang sedap dan banyak pilihan.






Malu nak ambil gambar so ambil sikit-sikit je

Sebelum check out, pergi tengok area swimming pool dia. Luas jugak tapi tak nampak orang mandi. Sejuk wei. Siapa je sanggup. Nak kata air panas tak nampak pulak wap pada permukaan air tu. Siapa sangka hotel tempat sejuk tak ada pool. 


Overall aku puas hati stay sini. Makanan sedap, proses check in check out yang mudah, bilik selesa dan bersih serta hotel yang sangat cantik. Terasa mewahnya. Satu je aku geram, volume TV dia maksimum 12 je. Maybe tak nak guest bukak TV kuat-kuat kot.

Korang kalau berminat nak menginap di hotel ni boleh cuba tempah melalui laman tempahan online kegemaran korang atau melalui official website Scapes Hotel, Genting Highland.

Scapes Hotel
Jalan Jaya Permai, Midhills, 
69000 Genting Highlands, Pahang

03-61060833
Read More