Ni cerita bulan lepas. Aku rindu giler nak swimming. So bila member ajak gi tidur hotel aku terus setuju. Cuma masalah sikit bila member aku ajak stay di Sunway Velocity Hotel. Bukan apa, book last minute, harganya kayangan sikit. Hujung minggu lak tu. Memang mana-mana hotel di Kuala Lumpur macam tu.
Dipendekkan cerita, hari check in tu hujan lebat. Kitorang pun lepak di Sunway Velocity Mall yang bersambung dengan hotel sementara tunggu time nak check in. Makan dulu sambil borak-borak.
Pukul 5 lebih macam tu pergi check in. Menginap di Sunway Velocity Hotel ni kena bayar deposit RM100. So korang standby la cash siap-siap. Senang diorang nak pulang balik berbanding pakai kad debit or kredit. Memandangkan kami bertiga, request sekali extra bed. Extra bed sahaja RM90. Extra bed plus breakfast RM116.
Waktu ni hujan masih takde tanda-tanda nak berhenti. Makin lebat ada. Nak gi mandi pool kang takut dipanah petir. So redha jelah aku lepak dalam bilik. Member-member aku bagi ayat penyedap hati, esok pagi-pagi lepas Subuh boleh gi swimming.
Malam tu lepas Maghrib keluar balik. Aktiviti biasalah kitorang semua hantu mikrofon. Karaoke di Manekiniko Sunway Velocity pastu gi makan kat luar. Pergi makan kat mana next entry aku cerita.
Esok paginya, nak gi swimming tapi kawan aku lagi 2 orang mengantuk sebab malam tadi tido lewat. Yang excited nak gi berenang pun memang aku sorang je. So far geng travel aku yang sama-sama hantu air sorang je, blogger Siti Yang Menaip. Haha. Macam tak syok pergi sorang so aku pun sambung tidur. Kul 9 lebih pergi breakfast.
To be honest breakfast buffet Sunway Velocity Hotel ni kurang meriah. Tak macam Sunway Putra Hotel.
Settle breakfast aku ajak diorang gi survey pool kejap sebab nak update dalam blog. Haha
Settle survey kolam renang dengan hati yang kecewa, balik bilik dan siap-siap untuk check out. Patut tadi pukul 7 pagi terjun je kolam renang tu. Sorang pun sorang lah. Padan muka siapa suruh ikutkan mata yang mengantuk.
Member aku lagi 2 orang dah letih so diorang ajak balik rumah terus. Aku pun follow je. Takde benda nak beli dekat mall tu pun.
Bila nak check out, jangan lupa ambil sekali kupon parking dan deposit di kaunter. Kebiasaan tidur hotel dapat free parking tapi Sunway Velocity Hotel caj parking RM3. Staff kat situ kata takde pilihan sebab parking berkongsi dengan Sunway Velocity Mall.
Yang aku sakit hati bila dah sampai rumah cuaca cerah sampai ke malam. Huhu
So, rekemen ke tidak hotel ni? Entahlah kalau kau tanya aku ni first and last kot. Aku jarang menginap di hotel yang sama sampai 2 kali. Nak try hotel lain pulak. Bila nak try tu tunggu kewangan dan cuaca pulih sikit.
Kalau Tetiba view laut seram jugak! Haha
ReplyDeleteAllahu. kalau nampak laut kat Cheras tu boleh mengucap siap-siap
DeleteBilik hotel design baru ni mmg cinonet semuanya. Klu nak bilik luas sebesar alam kena carik hotel lama2 hehe. Tapi takut gak bangun tgh mlm ada ‘org’ kat sebelah huhu…
ReplyDeletehaha. kalau sorang seram lah. maybe sebab tu sunway putra mall besar.sebab tu bekas hotel Legend
Deletelama x tido hotel..sbb pegi ngan family ramai2 selalu amik homestay or airbnb je...
ReplyDeletecantik pool nya..leh geng ngan iris ni..suka swim
Lawa.. Swimming pool dia nampak best..
ReplyDeleteRugilah tidak mandi kolam. Haha.
ReplyDeleteTidak tahu kata apa tapi katil macam kecil.
mungkin gambar saja. kawan saya plus size tidur di situ ok je
Deletedah cuba grand lexis/lexis hibiscus? ada private pool dalam bilik.. hujan2 pun boleh terjun kolam.
ReplyDeletethat one kena plan dan book awal. ni plan adhoc. terjah je apa yang dapat
DeleteInfinity pool…cantik kalau bergambar tu. Hehe
ReplyDeletekan. posing time sunset. wah, macam jeniper lopez ke macam kuih lapis tak taula
Deletehotel mewah harga kayangan musim cuti sekolah
ReplyDeleteini bukan cuti sekolah kak PI. cuti sekolah saya selalunya tak ke mana
DeleteHehehe best ni staycation.. Rasa lama plk x staycation kat kl ni.. Kita mcm awak jgk, nak tido otel kena tgu ada lebihan kewangan sket hahahha... Kita terigt awak nak g cuti2 mgu depan kan.. Syioknyaaa
ReplyDeleteShhh.. Jangan bocor rahsia dulu kak Ret. Haha
DeleteSyok nyer... Dah lama tak pi bedebush 🌹🌹
ReplyDeleteAlahaiiiiii sayangnya tak pi mandi kolam,. Cantik tu kolamnya. Leh posing hujung2 bayangkan mandi kolam nun atas hotel kat singapore tu. cuaca macam tak kasi can je sal nak mandi kolam. alahaiii
ReplyDeleteItulah cuaca sekarang memang tak sesuai nak mandi kolam. Sungai or laut apatah lagi
DeleteSwimming pool tu macam ngeri bila tengok dari view yang Sal snap tapi bila baca pencerahan tu rugilah Sal tak mandi-manda
ReplyDeleteKan. Saya dengan kawan-kawan gigih gi intai tepi tu. Demi nak puaskan hati
Deleteoo bole kawan dengan hosmet ciksun ni, dia pun hantu air gak..hahaha
ReplyDeleteLa ye ke. Minat snorkeling tak? Boleh jadi travel buddy
Deletelama x tido hotel...sian Sal, hajat x kesampaian..takpe nanti check in hotel lain pula, tapi cuaca sekrg ni x menentu pula..
ReplyDeleteItulah cuaca tak menyebelahi kan. Rasanya sampai bulan 12 macam ni. Jangan banjir dahlah
Deletehotelnya terlihat mewah tapi kok menu makanan cuma telur dan bread sj ya
ReplyDeletesemuanya cantik la kat hotel ni boleh consider cuti2 KL nnti
ReplyDeleteYang bestnya bilik selevel swimming pool! Rezeki lain kali baru dapat swimming agaknya Sal. Check in hotel weekend harga dia berlipat ganda kan. Pandai dorang buat duit sebab tahu weekend je orang boleh bercuti. Betul tu Sal, harga macam tu ikutkan boleh dapat bilik besar lagi dan ada bathtub.
ReplyDeletemusim hujan ni kita mandi kat bilik air jelah. haha
DeleteTak apa, Sal. Kali ni rezeki tengok kolam je, nanti esok lusa ada rezeki terjun tiruk, kuak lentang, kuak kupu-kupu sekali k
ReplyDeletesudahnya mandi dlm blk hotel laa yaaa
ReplyDeletesedihnya mandi sorang2. mai la penang, boleh geng dgn harraz. hahaha. igtkan hotel best tp tak sepadan dgn harga.
ReplyDelete