Assalamualaikum dan hai semua! Aku nak share penginapan aku selama 2 malam di Dungun, Terengganu cuti CNY baru-baru ni. Buat yang mencari hotel bajet tapi selesa di area Dungun bolehlah try menginap di sini.
Aku book Sura Inn melalui laman Agoda dengan harga RM150 untuk penginapan 2 malam. Harga yang agak murah sebab book pun last minute. Ini kali pertama aku menginap di 'Inn'. Aku teruja ingin mengetahui apa bezanya inn dengan hotel dan homestay.
Aku sampai di Dungun hampir jam sembilan malam. Daerah yang asing bagi aku. Dari stesen bas Dungun, aku menaiki Grab sahaja ke Sura Inn. Jarak Sura Inn dengan stesen bas Dungun hanyalah 7km. Ini kali pertama aku ke Dungun dan aku kagum sebenarnya tengok Dungun agak maju. Kedai-kedai masih dibuka, jalan raya masih dipenuhi kereta dan ada Food Festival di salah satu dataran yang menjadi tumpuan penduduk tempatan. Aku tak pergilah sebab dah penat. Fikir nak rehat sahaja.
Aku sampai lewat dari jangkaan tapi aku dah maklumkan awal-awal pada pemilik Sura Inn. Dia yang attend aku masa aku sampai. Muda lagi orangnya. Sangat friendly dan polite. Check-in pun mudah dan cepat tanpa deposit.
Bilik yang aku tempah adalah Economy Queen Room. Ada private bathroom dan aircond. Ada beberapa pilihan bilik di Sura Inn so pilihlah yang sesuai dengan bajet dan bilangan penghuni. Nyaris aku terpilih Economic Double Room kerana murah sedikit. Rupanya Economic Double hanya ada kipas, tiada aircond dan bilik air di luar bilik.
Masa on the way ke Sura Inn, sempat aku borak-borak dengan driver Grab dan dia cakap dengan aku senang je nak book Grab di sana, Foodpanda pun ada kalau nak makan. Nasib baik dia bagitau sebab malam aku sampai tu aku tak book kereta sewa lagi, so just guna khidmat panda pink untuk beli makanan dari restoran tomyam berhampiran. Apo entah nama aku dah lupa.
setiap tahun pi Sura Tengah sbb arwah kak long kahwin dgn org sana. dulu pernah dok di Homestay Kapal... seberang jalan tu pantai.... tp sdg terhakis masa tu... tp thn ni x pi lg ke Dungun slps kak long meninggal Jun 23. Huhuhu....
ReplyDeleteAl-fatihah untuk arwah Kak long. terus saya google Homestay Kapal tu. nampak menarik tapi tak berani sebab dekat sangat dengan pantai.
Deleteokey ni selesa..cuma macam yang Sal cakap if ada family yang berusia better pilih bilik bawah..but depends on availability kan
ReplyDeleteldy setiap kali org ke trg, ldy takut sgt kalau korg menginap di hotel.. ldy lebih suggestkan homestay.. sebab hotel d trg ni hotel lama2.. :D..
ReplyDeletesaya sorang je. membazir duduk homestay. lagipun seram rumah besar-besar duduk sorang. ni kita tahu bilik kiri kanan ada orang
Deleteseronok nya boleh travel solo...hihihi...
ReplyDeletelama tak buat sejak kahwin. hihi
Deletekalau ckp homestay pun
ReplyDeleteorang percaya bila tengok
dari luar, kan?
perghh rumah owner...
dasatttt
kat melaka dulu pun ada mcm ni juga.
rumah owner org sangka
tu chalet..
ko rasa?
hahaha
hahaha. owner kaya ni, ada rumah lebih so buatlah homestay/ inn. rasanya boleh sewa the whole homestay kalau datang dengan famili
Deletekalau ada fam gathering sng2 je family dia nak menginap
Deletetak yah g jauh2...
sayangnya cafe tak buka
ReplyDeleteni mesti pergi beraya sakan
dok kutip angpau
hehehe
kalau buka boleh review mknn2 sedap kat situ
rata2 tempat aku gi makan masa kat Dungun ni semua sedap. hihi
Deleteso kepok lekor bla nak hantar?
Deletelama tggu ni
hahahaha
tak beli. malas nak angkut naik beg. haha
Deletetkt lajak 7kg lettewwwww
DeleteBlog Nur pun cerita Dungun. Sama pulak ya 😁
ReplyDeleteWah…solo! Yang baca pun tak sangka jugak nih.
hahaha. mungkin dia ke Dungun atas sebab yang sama dengan saya?
DeleteOh.. kiranya kita mcm sewa bilik2 laa dlm ni kan? boleh jadi dapur pun sharing2 kan? tapi untuk harga tu mmg murah. dan kita pun nak balik rest je kan.
ReplyDeleteya..konsep Inn memang macam tu. kita sewa bilik sahaja, macam hotel cuma bangunan rumah
DeleteRindunya Sura ni....dulu Sura Gate ada, Sura Hujung ada.....nampak hotel ni pun selesa. Ada pulak port makan best depan tu. Senang dah.
ReplyDeletesaya sempat jalan-jalan di pekan Sura Gate. banyak juga kedai menarik.
DeleteRindunya Sura Gate...tempat saya beli barang keperluan masa belajar dulu tahun 1900-an.
DeleteMurah le tu kalau 150 untuk 2 malam. Janji boleh tidur dengan selesa itu sudah cukup baik.
ReplyDeleteworth the price lah bilik tu. yg penting tak share.
ReplyDeleteprivate bathroom tu penting. lagi-lagi kita perempuan
DeleteDulu kalau naik bas lalu jalan pantai Terengganu, pak cik driver mesti berhenti kat sebuah kedai makan area Dungun. Tak ingat dah nama apa kedai tu.
ReplyDeleteCantik dan bersih..Dungun tempat ITM dihatiku..tak pernah pi lg dh lps abis study situ
ReplyDeleteG dating ke tu
ReplyDeletealamak.cmane tau ni
DeleteBoleh masuk list ni..
ReplyDeleteMurah tu untuk 2 malam. Bersih dan selesa. Semua pun kira lengkap.Toiletries tak ada takpe, boleh bawa sendiri. Suka konsep rumah/homestay warna putih.
ReplyDeleteyang penting bilih bersih, baru kita selesa kan.. nampak kemas tempatnya.
ReplyDeletebetul sal, mama tgk dapur tu mmg vibe rumah2 sendiri aje. cantik dan sweet aje hotel ni
ReplyDelete