Assalamualaikum semua! Kisah ke Genting Highland bulan Januari lepas masih berhutang review hotel tempat kami menginap. Walaupun dah beberapa kali ke Genting Highland, tapi ni first time tidur di sana. Tunaikan hajat kawan-kawan aku yang kali pertama datang ke Genting, lagipun diorang duduk jauh.
Di Genting Highland ni ada macam-macam pilihan hotel. First World Genting dan Resort World Genting paling famous sebab dekat dengan Genting Skyworlds. So lepas penat main di theme park, boleh terus balik bilik, tidur. If nak lagi high class, boleh pilih Grand Ion Delemen Hotel. Memang feeling kayanganlah, tengok keluar tingkap bilik pun berkabus.
Hotel di Genting ni kebiasaanya lagi tinggi di atas bukit, lagi tinggilah harganya. Tapi jangan risau, kalau teringin jugak nak ambil angin sejuk Genting tapi malas nak drive jauh ke atas, boleh menginap di area Gohtong Jaya macam kami. Ukur budget di badan sendiri orang kata.
Kami menginap di Scapes Hotel, sebuah hotel bertaraf 4 bintang. Beli masa promo hujung tahun, so dapat harga RM440 untuk 4 orang beserta breakfast. Berpatutan pada pendapat aku sebab bila bahagi 4 jatuh seorang RM110 je. Tapi..berbaloi tak? Ha, kena lah baca review di bawah ni ye.
Bilik air biasa sahaja, tak ada bath tub. Saspen pada awalnya sebab gambar dalam website, pintu bilik air transparent.
Malam kami pergi makan di pekan Genting Permai berhampiran. Masa aku pergi ni, kiri kanan Scapes Hotel sedang pembinaan, nak buat hotel baru, so gelap dan seram je jalan nak ke jalan besar. Tapi bila dah sampai, eh OK je. Pekan biasa. Ada Starbucks, ada banyak warung, ada stesen minyak Petron, Watson's dan Speedmart. Di Genting (sewaktu entry ini ditaip) tak ada Food Panda, Grab Food dan yang sewaktu dengannya ya. So kalau rasa malam tu malas nak keluar, tapau makan siap-siap atau order room service.
Aku lupa ambil gambar suasana pekan dan tempat kami makan. Pekan biasa je. Kalau tak kerana sejuk, rasa macam kat Kajang.
PERCUTIAN MEWAH DI TANAH TINGGI ..SELALU SINGGAH PUSING2 JA
ReplyDeletetakdelah mewah kak PI. kalau mewah di Grand Ion nun
Deletehotel jenis mati bila malam. Kalau jenis tidur on time boleh lah bermalam dekat sini, tenang pulak tu.
ReplyDeletetenang jugaklah berbanding tido first world atau resort world. lagipun nak balik esoknya dah dekat dah
DeleteNampak menarik dan selesa hotel tu..
ReplyDeleteNtah bila lah Aini nak jejak kaki kat Genting ni..huhu
Insha Allah ada rezeki nanti.
DeleteSalam, memang utk rest je la dok sini. Makan tido
ReplyDeletedah penat berjimba di siang hari, makan dan tido jelah.
DeleteBerpatutan harga bilik untuk4 orang termasuk sarapan lagi.
ReplyDeletebetul. sebab tu kami pilih hotel ni
DeleteNampak mewah dan exclusive, tak pernah stayed kat Genting, selalu pi, pas tue turun 😁😁
ReplyDeletemanalah tau pas ni nak cuba menginap. homestay stail apartment pun banyak area Gohtong ni
DeleteSelalu naik atas, pas tue turun, belum pernah overnight lagi.
ReplyDeleteHuhuuu
cantik juga hotel dia tapi bosan juga malam2 xde tarikan kat tempat tu. nak bergambar pun sekejap je lah..hehe
ReplyDeletehotel kat Genting ni buat pit stop lepas turun dari GPO or theme park tu bolehlah. setakat nak datang tidur macam rugi sebab tol naik Genting ni mahal. hehe
DeleteNampak menarik dan selesa tempatnya
ReplyDeletePergi weekday yang seronoknya tak ramai orang. Okay boleh masuk list hotel ni.
ReplyDeleteTak pergi theme park ke Sal?
masa ni tak bukak lagi theme park . kami pergi GPO je
Deletedah berkurun tak pi genting. Tapi cam best je hotel ni. Pamandangan sekeliling cantik....ala-ala kat obersea gitu......eh tetiber
ReplyDeleteyezza. pergi Genting memang untuk ambil angin oversea pun. hehe
Deletecantik nampak hotel nya...
ReplyDeletebilik dia nampak okay.. Makanan pun ohsem..
ReplyDeleteKita bookmark dulu.. Manalah tahu satu hari nanti ke Genting, mungkin boleh menginap di sini..
Best Sha. Kalau dapat harga promo lagi best. Turun dari puncak boleh tido semalam sebelum balik
DeleteThanks Sal.. kita pun mcm Sal naik dah byk kali tp nak stay kat sana mcm takut je bila org ckp hotel situ "keras" tp tgk hotel yg Sal stay nie mcm best je.. boleh plan next staycation nie
ReplyDeleteBanyak jugak hotel keras kat Genting ni. Kena baca review dan blog. Yang ni Alhamdulillah OK. Sebab jauh dari pusat judi kot. Haha
DeleteMenarik hotelnya. Bab volume tv tu, boleh pulak setting max ya..hehe
ReplyDelete12 tu volume maksima dia. Slow aje. Nasib baik bukak setakat nak meriah bukan nak beria tengok
Deletehotel baru ke sal? sbb tak pernah nampak ke nina yg tak habis jelajah.. not bad la sorang dlm 100++. bab hotel keras ni lg kena avoid,
ReplyDeletetak tahulah Nina. tapi nampak macam baru. area ni banyak hotel baru nak naik. sebab tu kot orang tak tau sangat
Deleteok juga duduk di Gohtong Jaya, cantik hotelnya...kat atas mcm sesak area nya...dah lama beno tak naik genting...showroom gallery IBN tu pun lawa..
ReplyDeletebelum berjaya jejak kaki ke situ lagi.. Tempat semua lawa tuk bergambar
ReplyDeleteCantik Dan selesa hotel ni sal. Byk port boleh ootd
ReplyDeletebelum ada rezeki lagi nak ke genting ni...boleh la masukkan hotel ni dalam list sebab harga dia berbaloi sikit..
ReplyDeleteKemas dan cantik hotel ni.
ReplyDeletesy terfkir kenapa Lemons tp gmbr mangkuk? hehehe
ReplyDeleteaida bookmark ni, sal.
ReplyDeletenurin ada sebut2 ajak naik genting highlands.
nak survey dulu utk september.
nak cuti seminggu tu, berjalan2 dgn anak2.