*****
Lama juga kami duduk kat Universal Studio. Posing bagai nak rak, kalau pakai kamera filem memang habis dah roll. Hahaha. Bila dah lapar baru ingat nak balik. Tapi, bekalan dah habis. Nasib baik ada pocket wifi. So, google untuk cari nearest Halal Restaurant.
Antara restoran first yang muncul adalah 'Bagus Restaurant'. Restoran Indonesia, OKlah kan, ada nasi! Restoran ni dekat dengan Nakatsu Station (Subway Midosuji Line- warna merah). Tukar-tukar train lagi. Dahlah tak ambil pas atau kad prepaid, maka terhegeh-hegeh kat mesin beli tiket secara manual. Lantak kaulah kalau ada orang Jepun nak maki. Bukan aku faham. Haha.
Tapi kecewa betul kitorang bila sampai, restoran tutup. Huhu, sedih! Kebetulan agaknya time kitorang pergi diorang tutup. Waduh, gimana!
Tukar plan, kita ke Ali's Kitchen kat Shinshaibashi. Ah..perfect! Dekat dengan rumah. So, patah balik Nakatsu station tadi, naik subway Midosuji line sampai ke Shinsaibashi station. If tak tau nak exit mana, tanya orang cara ke Uniqlo Flagship Store. Keluar dari station, cross jalan besar, belok kiri, akan nampak Uniqlo besar tak hengat. Like really besar OK. Trust me kalau kau Pencinta Uniqlo macam kawan baik aku si ND, memang rasa terasuk je nak masuk situ.
Ali's Kitchen ni bukanlah seketul restoran besar on its own. Tapi dalam building depan Uniqlo tu. Kena turun tingkat berapa entah pakai lif. Sorry aku lupa amik gambar building tu tapi rasanya tak akan miss sebab ada signboard cam kat bawah ni.
Ingat pesanan senpai : Jangan convert
Restoran Ali's Kitchen ni macam restoran-restoran korang biasa tengok dalam drama Jepun. Kecik dan penuh dengan orang-orang berpakaian pejabat. Owner kedai ni pandai cakap Jepun walaupun berbangsa Pakistan. Aku serius segan nak amik gambar sebab orang ramai. Dahlah nampak out of place pakai baju kurung apa semua, keliling tu orang-orang Jepun sedang bersuka-ria. Erm..bapak Shin Chan mesti ada sini.
Apa pun, makanan dia boleh tahan sedap. Pakistan food, macam biasa portion besar boleh share.
Dah kenyang, kita bayar dan keluar. Masa ni terus rambang mata tengok area Shinsaibashi yang banyak tempat shopping. Boleh download map dekat SINI .
Disebabkan esoknya dah nak balik, kami decide untuk jalan je dari Shinsaibashi sampai ke rumah. Bila lagi nak tengok kemeriahan malam hari di Jepun kan. Kalau naik train, kena turun kat Namba, which is satu stop sahaja. So assume rumah kitorang (amboi, bila masa beli ntah!) dengan area Shinsaibashi ni dekat. So, nak tau dekat ke tidak, ayuhlah kita menapak.
Jepun yang sentiasa sibuk dan meriah. Tapi malam ni takde orang pakai costume dah
Teruja tengok bendera Malaysia atas tu
Jalan punya jalan, sampai jugak akhirnya ke apartment kitorang menginap. Malam tu kemas beg dan kemas rumah. Kalau menginap di Airbnb ni pastikan rumah kemas sama macam kita datang.
Alang-alang dah cerita pasal rumah, meh aku nak review sikit. Rumah kitorang duduk ni memang best, tapi sempit sikitlah. If lebih dari 4 orang mungkin tak selesa. Tapi kita bukan nak duduk selama-lamanya kan? Janji dekat dengan stesen train dah cukup. Tuan rumah, Hiro though tak pernah jumpa tapi komunikasi dengan kitorang melalui email dengan baik sekali, siap bekalkan pocket wifi untuk kemudahan internet. Tak payah beli simcard.
Benda ni subjektif. Ada orang tak suka book through Airbnb sebab nak cari rumah agak leceh berbanding nak cari hotel. As for me, rumah best sebab boleh masak, boleh basuh baju dan lebih privacy. Kalau ramai or datang dengan family memang sesuai. If nak booking Airbnb, korang kena create account. So, bukan setakat rumah tu akan kena review, korang pun akan kena review dengan tuan rumah. So, buat la perangai elok-elok. Nanti takut nama dah buruk, tuan rumah lain takut nak sewakan rumah kat korang.
Ada dua katil double decker. Selimut dan bantal sorang satu
Dapur siap microwave dan fridge. Takde kettle, so masak air dalam microwave
Bilik air siap heater dan bath tub. Tandas rumah pun pakai elektrik tau.
If korang nak duduk rumah yang sama, boleh try : BOOK HERE
Booking pakai Airbnb ni macam booking hotel kat Traveloka gak lah. Key in tarikh dan area. Pastu browse. Tips booking rumah through Airbnb ni, seeloknya pilih yang dekat dengan stesen keretapi. Lepas tu, tengok keluasan rumah. Orang Jepun dah biasa rumah sempit, tapi kita mungkin tak. Macam rumah kitorang duduk ni, dia suggest boleh up to 6, hakikatnya 4 orang pun dah berlaga bontot.
Esoknya, pagi-pagi kitorang dah bangun untuk balik ke tanah air. Sedih jugak ni. Rasa tak puas jalan-jalan kat Jepun. First thing first, kena pulangkan kunci, so letak balik dalam storage box kat kedai tempat kitorang amik kunci ni masa baru sampai. Kelakar kalau dikenang betapa siksanya kitorang nak cari kedai tu dan rumah, sebab jalan-jalan Jepun yang sempit dan confusing.
Bye Namba! Great city, great people!
Pastu heret beg ke Namba Station untuk cari stesen train Rapit ke Airport. Boleh je nak naik Airport Express biasa, tapi bila lagi nak feeling tourist kan.
View dari dalam train - Birunya langit!
Alhamdulillah selama berada di Jepun, cuaca begitu baik sekali. Hujan rintik-rintik, tu pun sekejap. Paling aku syukur sebab tak terasa gegaran. Jepun kan antara negara yang kerap berlaku gempa
Awal lagi sampai ni, so kita gi jalan-jalan dulu
Signboard yang kau akan selalu jumpa di Jepun
Ini pun aku kerap jumpa. Konsep yang bagus. Kau nak makan asap, makan sorang-sorang
Tak usah risau bab solat sebab Kansai International Airport ada surau.
Lepas solat, kami check in luggage dan kemudian singgah makan kat Restoran Udon halal.
Konsep layan diri. Pilih apa kau nak, pastu hujung sekali baru bayar
Ingat pesan aku, kalau tak pandai pakai chopstick, bawak sudu garpu sendiri
So far sepanjang kat Jepun, sushi halal je aku tak jumpa. Ramen, Udon, Onigiri, Takoyaki semua aku telan. Padahal bila balik Malaysia tak pandang pun makanan-makanan tu. Kecuali sushi bila sesekali craving.
Lepas makan kita standby untuk boarding dan berangkat ke tanah air tercinta
Dengan ini berakhirlah entry Jepun aku. Yay!!! Entry khas untuk itinerary dan budget akan dibuat kalau ada permintaan.
Part 14
Part 13
Part 12
Part 11
Part 10
Part 9
Part 7
Part 6
Part 5
Part 3
Part 2
Part 1
P/s : Maaf entry ni publish dua kali. Hari tu, tengah sedap tulis entry, modem internet rumah aku rosak. Belum pasang yang baru so x dapat online. Terpaksa pakai hp, tapi gambar dah transfer PC. Ni dah ganti, baru aku dapat update. Nak try update kat office tapi external hard disk corrupt so mintak tolong abang aku repair . Harap dapat selamatkan gambar-gambar dalam tu kalau tak menangis lah aku. Banyak gambar lama2 , sayang kalau hilang
#Pray4externalharddiskSal
Part 6
Part 5
Part 3
Part 2
Part 1
P/s : Maaf entry ni publish dua kali. Hari tu, tengah sedap tulis entry, modem internet rumah aku rosak. Belum pasang yang baru so x dapat online. Terpaksa pakai hp, tapi gambar dah transfer PC. Ni dah ganti, baru aku dapat update. Nak try update kat office tapi external hard disk corrupt so mintak tolong abang aku repair . Harap dapat selamatkan gambar-gambar dalam tu kalau tak menangis lah aku. Banyak gambar lama2 , sayang kalau hilang
#Pray4externalharddiskSal
tertarik gambar kedai yang ada sotong besar tu.
ReplyDeletekat penang baru buka kedai macam tu kedai seafood cina tapi letak ketam besar...owh ikut jepun rupanya
kedai tu famous, kalau halal dah lama masuk.
Deletebaguslah ada kedai makan pakistan food ini.
ReplyDeleteseronok dapat berjalan ke bumi orang...
nak amik gambar jangan malu-malu di jepun bukan orang kenal kita
ReplyDeletehahaha..tul gak kan. bila travel ni lah nak buat sesuka hati asal tak memalukan negara.
Deletekalu badan tahap comel bolh la up 6 person.. klu mcm saiz bagak2 macam zie ni mau 3 person dah overload hahaa
ReplyDeletemungkin gak lah, orang Jepun kan kecik-kecik. sal ni saiz Jepun agaknya
Deletetak puas baca entry sal.. patut la macam nak cepat2 je.. moderm rosak ye...huhuu
ReplyDeletehuhu, kecewa sangat tulis entry macam ni.ni modem dah OK, nanti kalau ada masa akan update
Deletekite g lps olimpik nnt sure dah bykkkk kedai halal... silap2 ada nasi lemak mak dara kat sana hahahahah
ReplyDeletetul gak tu.memang ada baca yang Jepun dah banyakkan kedai makan halal dan tempat solat sempena olimpik
Deleteair bnb best yg x best cleaning charge kalu x silap. ada tu lg mahal dr sewa rumah...
ReplyDeletekat rumah kitorang ni takde pulak cleaning charge. nasib baik
DeleteWah bestnya jenjalan jepun.. Ada Ali kitchen senang la Kan mesti halal
ReplyDeletewah bagusnye Airbnb nih., convenient kann., ;p
ReplyDeletesenang juga nak mencari makanan halal diluar sekarang ni kan. moga gambar2 cik sal tu dapat diselamatkan, akak pun hard disk hilang dia punya wayar, banyak gambar dalam tu, gambar kawin lagik entah mana wayarnya pun nak beli wayar baru susah pulak nak jumpa sedihhh
ReplyDeletetulah, memang sedih. nasib baik ada blog, bolehla tengok balik bila teringat.pasni kalau g travel ke, apa ke, nak burn dalam CD pastu cuci.
Deletealhamdulillah
ReplyDeleteada makanan halal kat sana
Yang tak best kalau naik tren ni, masa keluar jangan tersalah pintu atau tempat keluar. Jenuh lah nak tawaf bagai.
ReplyDeleteBetul kak, kitorang hari pertama sampai dah sesat dalam stesen train sebab besar sangat. Correct exit adalah penting
Deletetak sangka udon ni sedap, makan kat msia je la. sushi king
ReplyDeletepakistan ni mana2 pun ada kan.
ReplyDeleteAna pun kalau nk amik gambar segan jugak. Kadang2 tangkap juga buat muka tebal. Hehe. Sedapnya udon dgn tempura tu. Terliur tgk.
ReplyDeleteLengkap semua kemudahan ye rumah tu siap provide pocket wifi lagi. Bagus sgt.
Park sini sekejap.. ;)
ReplyDeleteSuka dengan Jepun sebab bersih.. ;)
banyak gak makanan halal sana akak cuba.. menarik2. sedap la tu kan jalan2 tempat orang sambil makan2 makanan depa. bila tringin sushi tu jangan lupa hello2.. boleh pi sama2. dapnyeee =D
ReplyDeleteHehe...Jepun senang jugak cari makanan halal. Tapi kena tanya dulu. Jangan terjah je. Balik bangi roger2 la
Deletebaik.. nanti ceq balik ceq habaq na.. jom pi makan sedap2..
Deleteyeay dah habis.. boleh masuk cerita lain pula. mesti tak sabar nak start citer baru kan. jangan tunggu lama-lama hehe..
ReplyDeleteTunggu lama2 nanti lupa. Haha
DeleteMamanmkn udon kt media je. Bilalah nk sampai jepun agaknya
ReplyDeletebersih dan besar surau dia. Asing lelaki pompuan atau campur tu Sal?
ReplyDeleteAkak tak pandai pakai chopstick. Dan tak tau/terfikir bawa garfu sendiri sbb takde pengalaman. Maka..akak susah payah makan mee guna sudu masa kat Gaungzhou. Sadisss
surau dia asing lelaki perempuan. Jepun ni negara yang sangat muslim friendly.
DeleteTak pernah makan makanan Jepun....mcm tak puas pulak bila makan makanan plain mcm tu...
ReplyDeleteBukan main ceria lagi muka tu....lepas ni plan nak jalan kemana pulak
Hehe, stop dulu mak..maybe tahun depan
Deletewah..best entri anda.
ReplyDeletebest jalan dengan kekawan..
ReplyDeleteSuka tengok apartment tu tau....=)
ReplyDeleteOrang Jepun memang kalau bab jimat ruang, tiptop sangat!
ReplyDeleteInspired dengan susunatur rumah Jepun, less furniture..
ReplyDeleteMalam2 di Jepun sangat happening Sal.. Persekitaran pun bersih..
Bestlah semua teringin ke Jepun..
masa pergi muzium kat Kobe, diorang bagitau yang orang jepun tak beli banyak furniture sebab bahaya kalau gempa bumi.
Delete