Lost in Translation - Part 1 - Autumn in Kansai

Wednesday, 16 November 2016

Assalamualaikum semua! OKlah, jom cerita pasal trip aku ke daerah Kansai di Jepun. Kansai meliputi Osaka, Kyoto, Nara dan Kobe. Sumber : Japan Guide . Dari KL, kami naik flight Air Asia direct ke Kansai Airport (KIX).

Kitorang dah biasa jumpa sebelum pergi, so takdelah drama 'Cinta Pandang Pertama' walaupun asalnya aku cuma kenal ND. Flight kitorang kul 1 pagi, so dalam pukul 10 malam dah berkumpul di KLIA 2.

Urusan check in luggage berjalan lancar dan walaupun ada orang kata list barang aku bawak tak ubah macam nak angkut satu rumah, tapi luggage aku tak sampai 10 kg pun. Hihihi. So, macam biasalah, bagi peluang travel mate lain tumpang.

Dalam flight, peramugari Air Asia akan bagi Disembarkation Card ni untuk diisi. Rupanya ada depan belakang.


Selain dari tu, diorang akan bagi ni jugak : Custom Declaration Form. Boleh refer sini untuk sample dan apa yang dibenarkan atau tidak untuk dibawa.



Makanan jatuh dalam category restricted and since kitorang bawak pek makanan Brahims, Dendeng, Sambal Ikan Bilis etc, aku suruh travel mate aku tick 'Yes' dekat soalan 1(1). Benda macam ni simple je bagi aku. If tak sure, tick Yes. Walaupun ada travel agent yang kitorang jumpa dalam flight cakap tick 'No'.

Oh ye, untuk perfume tu aku tulis aku bawak 2 oz. Aku pun tak faham sebenarnya. Perfume yang macamana? Dengki betul orang nak wangi. Hihi.

Dalam flight, aku terpaksa berlawan dengan kesejukan dan menyalahkan diri sebab tinggalkan Down dalam luggage. Sweater aku tak mampu menghangatkan tubuh kerdilku ini. Ewah! Tapi aku lagi risaukan ND since dia semput. Hakak perati je dari jauh. IN dengan NS tak payah cerita lah, tido lena. Tapi aku tido dalam dua tiga jam je. Mungkin sebab flight tengah malam, pastu beralih cuaca dari negara panas berdenting ke sejuk berangin. Rabak mata!

Walaupun ngantuk, makan tetap makan.. Alas perut pukul 5 pagi. 

Perjalanan mengambil masa 7 jam. So, pukul 9 pagi waktu Jepun (diorang awal sejam), kami selamat mendarat di Kansai International Airport (KIX). Alhamdulillah. Sempat aku telan sebiji Clarinase sebab hidung dah start meleleh, tak best la nak mengadap imigresen Jepun nanti. Lagipun, dengan isu Zika lah apalah, aku takut pegawai kat airport ingat aku tak sihat pulak. Dah panjang ceritanya.

Aku tak ingat aku baca kat mana, tapi ada blogger yang pernah gi Jepun quote 'Malaysian kalau pergi Jepun, tak jakun, tak sah!'. Memang sungguhlah. Keluar je dari kapal terbang dah nganga tengok keadaan luar sebab nampak laut je! ND bagitau yang KIX ni atas pulau buatan. Kau mampu, airport atas pulau! Punyalah dahsyat teknologi Jepun. Ni dah macam iklan TOP!

Dekat imigresen je sangkut sikit, sebab kitorang tulis alamat tak penuh kat disembarkation card. Apa lagi, mencuka la pakcik Jepun tu. So, korang tulis alamat homestay/ hotel biar penuh. Nak selamat, print out macam kitorang. So kalau dia tak faham, bagi dia baca sendiri. Golden tips : Stay together. Kena tanya apa-apa, jawab je dengan jujur. Tapi sayang Dendeng kena rampas. Oh sedihnya. Dahlah sekilo! Yang lain Alhamdulillah lepas. Maybe sebab bau dendeng yang kuat. Dah selamat diorang buat sushi gamaknya! Hahaha.

Keluar dari imigresen, time tu rasa nak lompat-lompat sebab berjaya menjejakkan kaki di bumi Jepun. Sebuah impian dari kecil yang akhirnya terlaksana. *Drama queen* Kat airport ni, situasi biasa kalau ada pegawai polis approach kau dan interview kau sikit-sikit. Oh ye, orang Jepun ni tak suka kau main handphone time borak. Terkujat aku kena tanya 'What are you looking for?'. Padahal aku dok guna free Wi Fi nak wasap family cakap dah sampai. Cuak kejap kena tegur ngan polis macam tu. Settle 'interview', kami pun bergerak ke Tourist Information Centre untuk beli segala pass yang patut.


Boleh je nak beli pass later atau beli asing-asing tapi since aku malas menyusahkan diri, aku beli je kebanyakan pass yang aku nak kat sini. Dah beratur lama-lama takkan nak beli sikit je kan.

Dah beli pass, buat pit stop kat toilet. Jadi jakun pulak tengok toilet guna button. Nak air kuat, nak slow, nak panas, nak sejuk, nak keluar bunyi..semua boleh pilih. Toilet seat pun ada heater. Dahsyat Jepun toilet pakai elektrik. Pastu tisu wajib buang dalam mangkuk tandas. Which is rare, aku biasa buang dalam tong sampah takut tandas tersumbat.

Pastu naik tingkat dua plak, tukar pass JR yang kitorang beli kat Malaysia. Pass kitorang beli ni bukan yang naik Shinkansen tau, tapi JR pass biasa. Nak sembang pasal JR ni aku takut salah. Korang baca sini : JR PASS

Semua orang nak cepat. Stress betul.

Dah settle semua, kitorang pun bergerak ke area apartment kitorang di Namba, Osaka. Dari KIX ada banyak pilihan transportation. Bergantung kepada mana korang nak pergi. Nak naik bas boleh, naik teksi boleh, tapi we olls naik train sebab ada yang direct. Tak payah tukar-tukar.

Kos : 1, 130 yen seorang untuk Nankai Limited Rapit Express. 35 minit sahaja. Nak naik Airport Express harga 920 yen tu pun OK je sebab beza masa only by ten minutes. Just that Limited Rapit lagi selesa dan confirm ada seat. Kami pilih Rapit Express kononnya nak cepat sampai. Hurm..cepatlah sangat!

Keadaan dalam tren Nankai Limited Rapit Express. Memang selesa. Rasa nak tidur, tapi takut terlepas stesen.

Nampak macam senang je kan? Hahaha. The moment kitorang turun kat Nankai-Namba station adalah permulaan segala drama.

Mata dah melilau kiri kanan cari Exit 25 berdasarkan map yang tuan rumah, Hiro-San bagi. Bayang no. 25 tak nampak, so ikut je nombor apa ada. Tanya direction tapi pastu sesat jugak. Jam di dinding terus berdetak ahhhhh. Kakiku juga terus berjalan. Tik tok tik. Adoi, dalam stesen keretapi dah sesat! Kau nak duduk seminggu kot kat Jepun ni!

Somehow kitorang sampai ke entrance Namba City Mall. Berdasarkan research aku, kat situ ada prayer room. Kaki pun dah nak tercabut, apa kata solat dulu. Nak solat kena mintak kunci kat Information Counter. Mungkin nak jaga kebersihan dan takut orang salah guna. Time tu dah almost pukul 1. Check in time kitorang pukul 3. Prayer Room Namba City Mall ni bersih dan selesa walaupun kecil.

Dah solat, ikut direction staf kat information counter untuk cari stesen cab sebab dah tak larat mengukur stesen Namba. Aku rasa kitorang berpusing dalam stesen tu je dekat setengah jam. Stesen Namba ni kus semangat besarnya. Pastu bersambung dengan 3 shopping mall! Time ni lapar, ngantuk, letih..semua perasaan ada. Nampak 7 eleven, singgah beli Onigiri. Menyesal tak makan awal-awal kat airport.


Aku tak masuk 7 Eleven ni, duduk luar jaga beg. Dalam hati heran sebab travel mate aku yang lagi 3 orang tu lama bebenor kat dalam. Rupanya dok mintak tolong staf kedai tolong pilihkan Onigiri telur ikan dan Salmon untuk kitorang sebab semua tulis bahasa Jepun.

Masuk cab, lagi satu masalah. Driver teksi cakap Jepun, kitorang cakap Inggeris. Tunjuk alamat, dia tak tau. Nasib lah aku ikut ajaran Blogger SS, print flash card siap gambar dan tulisan bahasa diorang. Tu pun dia still tak faham. Then aku tunjuk gambar dan nama restoran paling dekat dengan apartment kitorang. Mujur lah dia tahu. Phewww...lega!!

Kos teksi : 680 yen

 Rasa asing sangat kat sini. Oh Mak, anakmu ini kat mana entah!

Dah sampai restoran yang dia cakap tu, kitorang kena gi amik kunci plak kat satu kedai ni. Pusing-pusing cari kedai dah macam treasure hunt! Dah dapat kunci, bayang rumah still tak nampak. Setelah puas sesat keluar masuk kedai tanya direction sambil baca peta.. guess what!



Jumpa rumah! Yay!!!



Maka terhegeh-hegeh lah kami mengheret beg ke apartment yang terletak di tingkat tujuh. Nasib ada lif. Lif pun cakap Jepun.

Rumah Hiro ni kecik je. Ko tak payah tanya gambar lah, sebab masing-masing dah keletihan terus cari port landing tak sempat blogger suam-suam kuku ni nak snap gambar.  Rumah yang moden. Ada dua set katil double decker, meja satu dan almari. Ada dapur, peti ais dan microwave. Minimalist- very Japanese style. Nasib baik tak kena tidur dalam almari cam Doraemon!

Time tu dah nak dekat pukul dua, tapi tengok rumah macam dah siap kemas je kitorang terus check in diri sendiri. Hehehe. Apa-apahal pun, makan dulu. Keluarkan segala sambal yang ada, makan dengan Onigiri (Time ni teringat jugak dendeng yang dirampas. Sob sob)

Mana pernah aku makan benda ni seumur hidup

Tengoklah orang kampung, bukak pembalut pun salah. Dah jadi pelik makan nasi tu dulu baru makan seaweed. Patut makan sekali. Lantaklah nak...janji kenyang!

Dah siap makan, kitorang pun siap-siap nak keluar. Plan asal lari lebih 3 jam. Stress la jugak bila kau yang buat itinerary. Takpe, walaupun badan penat, tak mungkinlah nak baring je kat rumah, kan. Misi hari ni, menjelajah Osaka. Ada apa kat Osaka? Sesat lagi tak? Nak tau, tunggu next entry ye. Thanks for reading!

84 comments

  1. Eh kiteorg kat KIX epot hrtu xde kna buang or inspect any food pun...

    Semua lepas...

    Hmmm ikut nasib kot.

    Sbb ms g tu... mknn mmg xde restircted.

    Tp perfume n rokok yes... mmg ada limit...

    Depa suh bli produk depa kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. agaknyalah kot..tapi kalau Australia sedaplah beli perfume.Japan x sure plak harga, tak survey

      Delete
  2. Toilet tu best kan...

    Toilet bowl pun ada heater.

    Tp awas sblm guna toilet sila bc arahan...

    Kalau tak... ada yg terkunci dlm tu or basah lencun d sirami air... hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hampir basah lencun tu adalah..terkunci takde plak. memang hati-hati bila nak lock pintu sebab teringat cite Huda

      Delete
  3. Ambik gambo x kt depan epot tulis KIX beso2 tu

    ReplyDelete
  4. Bestnyalaaaa baca cerita orang nih. Hmmm hmmmm. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak apalah, mula-mula baca cerita orang, pasni buat cerita sendiri

      Delete
  5. huwaaa sal ..are u is here! Japan..OMG
    best ye!! tak zabar nak baca next entry, nak tgok pengembaraan sal di japan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haiyo...teringat English orang Jepun yang berterabur. Tapi comel..hehe

      Delete
  6. sesat kat negara org tu perkara biasa... tp kalau sesat dalam rindu tu...x dapek nk nolong eh hahahahahhaa

    ReplyDelete
  7. Sebab itulah pelancong Cina toilet Jepun tu pun dirembatnya. Exclusive lah sangatkan!

    Akak rasa apa-apa tentang negara Jepun ni memang best tapi bila dah lama 'berkecimpung' dengan orang depa ni, ada juga yang tak bestnya!

    Eleh Sal, bukan Sal aje makan onagiri macam tu. Akak pun buang habis seaweed, bukan sebab tak tahu tapi sebab akak memang tak suka seaweed!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa-apa tentang Jepun memang best.....suka melancong je..

      Delete
    2. saya first time makan onigiri. bukan fans sangat makanan Jepun sebelum ni.

      Delete
  8. Jepun ...negara yang saya suka di Asia selain aussie dan korea.

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. sebab dah ada translation pun sesat jugak..

      Delete
  10. Kalau hakak nak ke Jepun akak heret ko jelah Sal. Baca entri ko ni pun hakak mcm dah sesat tau.

    Serious mmg sedih mengingatkan daging dendeng yg kena rampas tu. Adoiyai kalau tak, mau 2 ketul onigiri ko makan ek Sal...

    Heiii....kalau akak anak beranak yg pergi ni kotnya duk airport je sampai balik haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..nak keluar dari airport tu senang kak..tapi pastu rasa nak terbang balik Malaysia sebab dah sesat mana-mana je

      Delete
  11. alamak, susahnya kat jepun ya. sbb masalah bahasalah. tapi ramai yg masih suka ke jepun. kalau ada rezeki nak juga ke jepun

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab Jepun negara yang unik..orang-orang dia selalu cuba nak tolong walaupun bercakap bahasa berbeza

      Delete
    2. ic.. budaya diorg mmg best. banyak yang bole kita pelajari

      Delete
    3. yang baik jadikan teladan..hehe

      Delete
  12. Alahai, Sal! Time akak rajin datang sini, time tu Sal tak rajin nak update entri hari-hari :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan tak rajin kak..tak berkesempatan.ikut hati memang nak update hari-hari

      Delete
  13. Siap bawak dendeng? Perghhh! Lazat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab lazat tu yang kastam teringin..hahaha

      Delete
  14. Alahai dendeng kena rampas pulak... dia x ckp nape rampas eh cik sal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia cakap Jepun rasanya..hehe.tak taulah, time ni kitorang dah ke depan. member bawak dendeng je tak lepas lagi. nanti kte tanya dia ye

      Delete
  15. Tips dari SS... sepanjang proses imigresen or custom... jangan on hp... especially masa scan barang... buat rosak hp jek... scaner tu sangat sensitif... so beware!

    ReplyDelete
  16. Part jamban letrik agak mengusarkan... takut terenjat letrik waktu membuang... kalu boleh tak nak mati sebab punca dari mangkok jamban... ha ha ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha saya pun dok pikir benda yang sama...mangkuk elektrik...pastu kena air, xkena plak renjatan elektrik?? haruuu

      Delete
    2. haha..tak pernah pulak dengar orang Jepun mati kena renjatan time buang air..haha

      Delete
    3. hahaha.. Lawakk la baca " Kalo boleh tak nak mati sebab punca dari mangkok jamban" hahahaha Tapi ade ker? kikiki

      Delete
    4. Gelak guling kat sini jap. Nak takut jugaklah! Takut montot kena renjat!

      Delete
  17. Drebor teksi tu buta huruf ke cik sal? Adehhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..dia bukan tak faham, tapi tak tau kot..

      Delete
  18. Cik sal masa buat research ada guna google street view tak? Ada simpan gambar kat hp? Kalu belum pernah buat... try buat utk next trip...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuan rumah dah buatkan.silapnya kitorang tak jumpa exit 25. kalau tak OK je.kitorang keluar pintu lain

      Delete
  19. Part salah bukak balut tu kelakauuu... ha ha ha

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang kampung je SS...manalah reti makan menda-menda gitu

      Delete
  20. Replies
    1. orang jalan cepat je ZF. nak berhenti ambil gambar memang kena marah

      Delete
  21. onigiri tu apa? macam nasi impit je...sedap tak? makan gitu je ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasi balut ngan seaweed.tengah-tengah tu ada inti

      Delete
  22. bestnya kat jepun...negara idaman saya ni ;)

    ReplyDelete
  23. Mujur stamina tip-top Sal. Walau ke sana-sini masih mantap lagi sampai akhirnya tiba juga tempat yg dituju. Dah letih apa nak gambar lagi landing ajelah haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena gagahkan jugak kak..takkan nak tido kat stesen train plak..hehe

      Delete
  24. Dendeng kena rampas? Packing mcm mana? Adeh ruginya..ada tanya x sbb apa kena rampas

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tanya la plak JM..sebab time tu dah jalan.member sy yang sangkut

      Delete
  25. Dulu turun kat kansai eport mmg kena interbiu ngan polis ni tp itu prosedur biasa je

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak JM..tak buat salah buat apa takut kan.

      Delete
  26. Suka tau guna toilet d jepun sbb tempat kits nk duduk tu boleh d bersih kan secara auto dan boleh on music kalau membuang air besar..mmg canggih abis

    ReplyDelete
  27. Adeh!! Stay kat mana ni susah benar nk cari rumah..kunci pun kena xari kat kedai..mmg x nak lah stay kat sini..buang masa mencari..driver teksi pun! Adeh tepuk dahi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau sewa rumah memang tulah kelemahan berbanding hotel. tapi sebenarnya dekat je.

      Delete
  28. Part last tu lawak! Nasi tu kena mkn sekali ngan seaweed bukan bukak mcm tu cuma buang plastik pembalut tu je 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..tak pernah makan onigiri seumur hidup. tu lah jadinya

      Delete
  29. Kak sal g jepun eh.. Mana lagi susah, jepun ke china nak cakap. Antara negara yg xpandang pn bhasa org omputeh ni..xmacam mesia, dikutuk2 je kawan2 klu bangang bi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak x pernah g China. tapi so far xde masalah g Jepun. Diorang ok je

      Delete
  30. Oh gitu rupanya onigiri.. ingatkan snek.. sewed tu xsedap

    ReplyDelete
  31. hahahaha... kelakar baca entry kak Sal ni. memang hebat betul teknologi diorang. pantas in everything.

    dengki betul orang nak wangi. hahahaha part ni tergelak sorang2 dalam ofis

    one day nak try pergi juga la ke sana.

    ReplyDelete
  32. Hero-hero mummy suka je makan onigiri tu... tapi serius mummy tak boleh telan.. rasa dia erkkk..

    ReplyDelete
  33. Pi Jepun stamina kena kuat.. sebab nak redah sesat..kikikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...nak tau hari pertama ni kitorang longgar lutut ke tidak, kena baca next entry.

      Delete
  34. Teringin nak pi Jepun... Sebab suka dengan teknologi dan sikap dorang yang penuh displin tu...

    ReplyDelete
  35. Onigiri jeoun sedap. Lembut je. Mmg slalu dtg seven eleven beli utk makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat Jepun je makan...kat sini tak pernah.memang sedap, tapi kena pandai baca ingredient dalam tu

      Delete
  36. kami pun terkandas di airport..kerana masaalah mencari agen pengangkut beg kami ke homestay. tak larat nak seret beg naik bas sbb kami nak teruskan perjalanan ke Rinku dulu baru balik ke homestay

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang-kadang masalah komunikasi..wah, Rinku saya hanya pandang dari dalam train. Dengar cite best shopping sana

      Delete
  37. Scroll entri ni, nampak onogiri terus terliurrr!

    ReplyDelete
  38. Akak tumpang bersedih dendeng kena rampas huhuhuh ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuh..masih terasa pedihnya sampai hari ni

      Delete
  39. nanak iti sal!! lupa nk minta no kt anies

    ReplyDelete
  40. seronok baca pengalaman cik sal ni, akak pun teringin nak ke jepun tapi bila dapat pergi tu taktahu lah hehehe

    ReplyDelete
  41. Salam.. akk akan ke osaka pd 13 okt - 20 okt ni..seronok bc blog sal..ingat nak bwk Maggi n serunding je. Serunding blh lps ke? Cuaca yg risau..akk sediakan 3 sweater je..cukup ke? Balik ikut Tokyo..tq share info..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena check weather forecast jugak sebab cuaca sentiasa berubah. Cukup atau tidak bergantung kepada kemampuan diri. Serunding tu nak bawak pastikan seal dan letak dalam plastik lutsinar.

      P/s: jemput baca entry saya yang lain bawah label 'Jepun'

      Delete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah