Assalamualaikum dan hai semua! Alhamdulillah, modem aku dah tukar baru. Cuma nasib external hard disk je tak tau lagi. Abang aku kata, dah kena virus maha hebat, tak tau boleh recover balik gambar-gambar tu ke tidak. Huhuhu jelah aku. Pengajaran untuk aku, pas ni gambar travel burn dalam CD takpun cuci. Pastu abang aku pesan, jangan campur aduk dengan file dari internet. Salah aku gak tu, masa edit gambar pakai Pizap, aku select pix direct dari external hard disk, patut aku copy dulu ke PC. Apa pun, nasi dah jadi bubur, kismis pun tak boleh nak kembali jadi anggur.
Tapi nasib baik gambar masa aku gi tengok Sukan SEA still ada dalam PC, so marilah kita layan cerita basi. Sejujurnya aku agak frust sebab masa Sukan SEA baru ni aku agak sibuk dengan urusan kerja dan urusan keluarga. Kalau tidak memang aku jejak semua venue kat KL ni.
Aku ni dari kecik memang agak lembik. Suruh bersukan memang fail, lumba lari ngan budak gemuk pun aku kalah. Tak taulah sebab paru-paru lemah ke, atau sebab aku pernah accident masa umur setahun. Dah kita tak mampu bersukan, kita tengok jelah. Selain bola sepak dan badminton, aku suka gak tengok hoki. Bagi aku sukan hoki kat Malaysia ni underrated. Bola sepak juga dipandang orang. (Tetibe teringat aku ada gambar ngan Minarwan Nawawi dalam external corrupt tu. Sobs). Tapi sebab aku jujur, aku mengaku lah aku minat hoki ni start zaman Keevan Raj ngan Logan Raj sebab diorang dua ni hensem. Hahaha.
Kalau ikutkan, dari awal lagi team Malaysia dijangka menang mudah dalam acara hoki lelaki sebab ranking kita tertinggi di Asia Tenggara dan antara Top Five dalam Asia. Tapi hati tu still teringin nak tengok and be part of the historywalaupun adik-beradik Raj sekarang dah tak main. So, dengan gigihnya, balik kerja aku naik LRT ke Bukit Jalil.
Dalam bola sepak, tempat player simpanan, staf dan coach duduk tu dipanggil 'dugout'. Tak tau hoki panggil apa. Kalau tengok bola sepak mahal tau seat kat area dugout ni. Tapi acara hoki kat Sukan SEA ni free. Tak perlu beratur dari kul 2 pagi macam final bola sepak.
Against Myanmar, Malaysia nampak superior dan menguasai permainan. Myanmar memang takde chance pegang bola. Dah nampak dah kilauan emas.
Tapi nasib baik gambar masa aku gi tengok Sukan SEA still ada dalam PC, so marilah kita layan cerita basi. Sejujurnya aku agak frust sebab masa Sukan SEA baru ni aku agak sibuk dengan urusan kerja dan urusan keluarga. Kalau tidak memang aku jejak semua venue kat KL ni.
Sukan SEA 2017 #KitaJuara
Aku ni dari kecik memang agak lembik. Suruh bersukan memang fail, lumba lari ngan budak gemuk pun aku kalah. Tak taulah sebab paru-paru lemah ke, atau sebab aku pernah accident masa umur setahun. Dah kita tak mampu bersukan, kita tengok jelah. Selain bola sepak dan badminton, aku suka gak tengok hoki. Bagi aku sukan hoki kat Malaysia ni underrated. Bola sepak juga dipandang orang. (Tetibe teringat aku ada gambar ngan Minarwan Nawawi dalam external corrupt tu. Sobs). Tapi sebab aku jujur, aku mengaku lah aku minat hoki ni start zaman Keevan Raj ngan Logan Raj sebab diorang dua ni hensem. Hahaha.
Kalau ikutkan, dari awal lagi team Malaysia dijangka menang mudah dalam acara hoki lelaki sebab ranking kita tertinggi di Asia Tenggara dan antara Top Five dalam Asia. Tapi hati tu still teringin nak tengok and be part of the history
Stadium Nasional Bukit Jalil yang dah lawa sekarang. Last aku gi masa tengok Liverpool.
Angkut adik-adik. Sahaja aku taruk emoji sebab diorang ni pemalu sikit
Acara hoki start pukul 8, so sempatlah solat dulu di surau Bukit Jalil. Yang ni pun dah renovate dan lebih cantik dan selesa. Walaupun ramai tapi still boleh solat dengan tenang. Time ni tengok ramai volunteer Sukan SEA yang nampak letih tapi happy. Korang jangan berlagak ye, akak dulu buat persembahan pembukaan Sukan SEA 2001 tau! Haha, poyo je ayat, bebudak tu tak kacau aku pun.
Malaysia berjersi oren. Cantik. Takde pulak jual kat kedai
Acara hoki ni macam olahraga jugak - masuk free. Game yang aku tengok ni lawan Thailand, tapi baru peringkat kumpulan. Thailand ni tak utamakan hoki sangat kot. Player diorang pun nampak kecik berbanding player Malaysia. Ada tu alahai nampak macam form 1 je.
Penonton agak ramai walaupun baru peringkat kumpulan.
Crowd tengok hoki ni tak sama macam crowd tengok bola. Lebih tenang. Maybe sebab game ni memang one-sided. Orang buta sukan pun boleh nampak Team Malaysia is at a whole new level. Takde stress pun. Tekak letih gaklah nak jerit gol. Tu belum campur gol tak jadi lagi. Haha. Selalu kalau tengok bola tekak letih maki player je.
Dah letih jerit kita minum milo. Ada van milo free kat luar stadium. Minumlah kau sampai kembung
Bendera lebihan deco Merdeka kat office aku pinjam. Hehehe
Bab hoki ni aku takdelah pandai sangat. Tapi dari dulu aku selalu rasa hoki adalah sukan yang susah sebab kena control equipment pakai tangan, at the same time kena lari dan control kaki dari terkena bola dan hockey stick player lain. Memang aku kagum sangat kalau orang tu pandai main hoki.
Though bola sepak is my favourite sport, ada certain benda aku lebih suka pada hoki. Contohnya penggunaan video referral dan kalau ada player injured, game akan direhatkan. Takdelah drama player terhegeh-hegeh sebab nak curi masa macam bola sepak. Pemain hoki juga lebih hormatkan pengadil mungkin sebab player dan referee ada peluang untuk mengadu dan discuss sesuatu keputusan.
Too bad di Malaysia sukan hoki kementerian tak hype macam bola sepak dan badminton yang mengecewakan over and over again (lately, I mean -I was alive last time badminton Malaysia was at its best).
Dipendekkan cerita Malaysia menang bergaya. Bolos satu last minute tak silap aku
Lubang hidung to control sikit please..
Habis game kitorang pun balik naik LRT. Kereta adik aku parking kat LRT Ampng.
*****
Beberapa hari pas tu adik aku ajak tengok final pulak. Aku memang dah plan nak gi, tak sangka dia pun terfikir benda sama. Adik lelaki aku tak dapat ikut, so mak aku pun terpaksa lepaskan adik aku gi ngan aku berdua. Berat gak kot hati Mak aku tapi mungkin dia rasa bersalah sebab dia tak bagi adik aku jadi sukarelawan Sukan SEA; pastu aku pulak terpaksa let go tiket closing sebab tetibe diorang nak raya haji kat kampung akak aku. Aku syak adik aku buat muka seposen masa mintak izin. Hehehe.
Hari kejadian macam biasa kitorang jumpa kat LRT Chan Sow Lin. Hoki start 6.30, so aku mintak izin bos balik 5.30 instead of pukul 6. Crowd dalam LRT jangan cakaplah. Nasib baik bola sepak final buat kat Stadium Shah Alam, kalau tak mesti lagi ramai. Tapi yang tak bestnya dah start hujan. Aku pulak tertinggal payung. Aduh.
Sampai stadium, hujan dah berhenti tapi agak susah nak cari seat sebab banyak seat basah kena tempias. Pusing keliling gak lah kitorang. Tapi tengok game dah start dan tengah rancak, selamba je kitorang berdiri kat palang tu. Bila dah break Q1 baru smbung cari seat.
Final - Malaysia vs Myanmar
Dalam bola sepak, tempat player simpanan, staf dan coach duduk tu dipanggil 'dugout'. Tak tau hoki panggil apa. Kalau tengok bola sepak mahal tau seat kat area dugout ni. Tapi acara hoki kat Sukan SEA ni free. Tak perlu beratur dari kul 2 pagi macam final bola sepak.
Against Myanmar, Malaysia nampak superior dan menguasai permainan. Myanmar memang takde chance pegang bola. Dah nampak dah kilauan emas.
Eventually hujan turun, kitorang terpaksa pindah tempat sebab kena tempias
Ramai penonton game final ni.
Hujan makin lama makin lebat, so game terpaksa ditangguhkan. Aku pun ajak adik aku chow gi solat Maghrib dulu. Pas solat adik aku malas dah nak patah balik, sebab dah confirm menang, tapi aku cakap ngan dia aku teringin nak nyanyi Negaraku sama-sama masa amik medal tu. Terpaksalah aku rasuah Uncle Bob's Fried Chicken beli kat food truck kat luar stadium. Hehehe.
Takde rezeki pasukan bola sepak nak ikut jejak langkah pasukan hoki dan ragbi. Apa boleh buat, bola sepak Thailand 50,000 langkah ke hadapan. Orang dah sampai qualifying World Cup, kau dengan Palestin negara bergolak pun tak boleh makan. Malas lah sembang. Sakit hati. Apa pun #SelamanyaHarimauMalaya
Begitupun, Malaysia dengan cemerlang menjuarai Sukan SEA ke 29 ini dengan pungutan emas 145 pingat, jauh meninggalkan Thailand di tempat kedua dengan hanya 72 emas. Dah jangan gaduh-gaduh pasal bola. Tamak-tamak nak gi mana?
Thanks for reading! Akhir kata, Majulah Sukan Untuk Negara.
Masuk balik duduk tempat lain pulak. Lantaklah
Menang mudah 14-0! Final apa macam ni? Haha
Congrats Malaysian Hockey Team. The Unsung Heroes
Acara Penyampaian pingat. No.2 Myanmar, no.3 Singapore kot, aku dah lupa
Budak baju kuning tu pandang aku mesti sebab suara aku sedap. Baru 'Negaraku', belum aku pukul lagu Liza Hanim lagi.
In the end, it was a great night! Kalau tak kerana game postpone, mesti before 9 pm dah settle. Cadangnya nak rushing tengok bola sepak final pulak kat TV. Kot ada rezeki emas jugak macam hoki.
Ada skrin besar kat stesen LRT.
Sempat layan first half kat sini. Tengoklah masing-masing kecewa dengan gol sendiri. Not a memorable game anyway.
Takde rezeki pasukan bola sepak nak ikut jejak langkah pasukan hoki dan ragbi. Apa boleh buat, bola sepak Thailand 50,000 langkah ke hadapan. Orang dah sampai qualifying World Cup, kau dengan Palestin negara bergolak pun tak boleh makan. Malas lah sembang. Sakit hati. Apa pun #SelamanyaHarimauMalaya
Begitupun, Malaysia dengan cemerlang menjuarai Sukan SEA ke 29 ini dengan pungutan emas 145 pingat, jauh meninggalkan Thailand di tempat kedua dengan hanya 72 emas. Dah jangan gaduh-gaduh pasal bola. Tamak-tamak nak gi mana?
Thanks for reading! Akhir kata, Majulah Sukan Untuk Negara.
Walaupun tak berapa minat pasal sulan tp layan jugaklah entri ko ni dik haha....
ReplyDeleteUntunglah adik beradik pun minat sukan. Boleh berjemaah pergi stadium hihi....
haha,tu pun ikutkan nak angkut parents sekali tapi diorang tak larat. ayah pun minat sukan jugak, mana anak-anak tak ikut.
DeleteYe betul , gambar travel kena cepat cuci buat backup dalam harddisk and cloud banyak2.. kalau tak menyesal. hehe..
ReplyDeleteFamily saya pernah trauma sebab gambar travel ni. Ada satu malam tu rumah kitaorang kene masuk pencuri, kitaorang satu family masa tu tengah bercuti kat Indonesia. Balik-balik je tengok rumah macam tongkang pecah kene geledah, 2 beg laptop hilang, dalam tu ada harddisk jugak. waaa.. menangis.. gambar2 travel sebelum-sebelum tu habis semua hilang. so kitaorang tak boleh nak tengok lagi kenangan2 lama, hanya mampu terbayang kat dalam kepala jer.. so, pengajaran, balik je dari trip, terus antar kedai cuci.hehe
huhu, tulah. nasib baik ada gak yang dalam blog ni nak buat kenangan. nak menangis rasa.
Deleteperghh hakak buat persembahan time 2001.. baiklah. hihihhihi
ReplyDeletesaya langsung tak sempat nk jejak venue sukan sea tu kak sal.. Jejak dengan mata dlm TV je.. hihihih
Btw bangga dgn The Speedy.. 2018 ni tgk piala dunia hoki pulak.. :D
haha, masa tu sekolah menengah. sayangnya tahun ni x dapat tengok opening. nak jugak mengimbau kenangan lalu.
DeleteBangga jugak dah masuk World Cup. Kena yakin dengan team kita walaupun saingan kuat.
WAH SUKANYA SAL TEGOK HOKI DGN BERSEMANGAT SEKALI...PASUKAN MSIA MENANGBESAR PULAK TU
ReplyDeleteyup, memang semangat. bangga gila masa nyanyi lagu negaraku
DeleteAir milo tu bab yang best..
ReplyDeleteterkenang zaman sekolah
DeleteTunjuk le muka adik tu..
ReplyDeletehehe, diorang ni pemalu
DeleteBestnya tengok hoki..
ReplyDeleteorang yang minat bola pasti minat hoki
ReplyDeletemungkin. orang yang minat bola mesti minat 'team sport' dan ada taktikal menarik, so diorang minat hoki jugak.
Deletekena kayu hoki atau bolanya memang perit..
ReplyDeletedipandang orang bola, hoki kurang le..
ReplyDeletehahaha orang yang design court ni minat filem Hindustan gak kot.
ReplyDeleteKak ana dulu masa sek ren giler join sukan. Semua acara kak ana masuk. Marathon lah, rentas desa lah, bola jaring, bola baling, lompat jauh semua kak ana sauk. Giler sungguh kot. Haha. Hoki sempat main kejap je. Best juga main hoki ni. Tp sygnya lepas sek men terhenti semua sukan sebab apa pun tak tahu. Rugi pula rasanya. Skrg sukan atas meja makan je. Hahaha
ReplyDeleteJelesnya kak ana. Saya bab sukan mmg fail.tapi suruh berjalan, jauh2 pun sanggup. Pelik betul
DeleteAlahai kesiannya.. semoga HDD x rosak. Best gak mengimbau Kenangan sukan sea
ReplyDeleteKalau dapat g opening lagi best boleh imbau kenangan 2001
DeleteWahahaha....statement kejam...lari ngan budak gemuk pon boleh kalah...bahaha
ReplyDeleteStatement benar. Sebab pernah terjadi.
Deleteamboi Sal gan hoki pun jadik penguluas sukan.. mmg terbaikkk la..hahaha
ReplyDeletetak pandai tengok mata, nak tau yg last je.. menang atau kalah.. (penyokong tak boleh pakai) hahaha
Haha..sama lah. Orang jerit gol kita jerit. Lain jugak format hoki ni. Apa ntah istilah round robin apa ntah. Sal pun x berapa faham
Deletebudak baju kuning tu.. pelik nengok Sal .. pehal hakak ni excited sangat hahaha
ReplyDeleteHaha...kan. mesti dia kata asal over sangat ni?
Deleteblogwalking
ReplyDeleteWah hebatnya studium tu..memang hebat
ReplyDeleteBangga malaysia ada stadium dan pasukan hoki yang hebat
Deletetengok muka budak baju kuning tu..macam eh siapa yang hebat sangat mennyanyi nih hehehe. kalau tengok dan menang memang bestlah kan, tapi kalau tak menang pun takpe..ada orang kata bola tu saja taknak menang, kalau malaysia dapat emas kena Perak dekat thailand nanti Perak dah takde kat malaysia hehehe
ReplyDeleteHahaha. Nasib baik x bg perak kt thailand. Nanti x dpt g zoo taiping.
Deleteyg kite jumpa kat surau tu ms final kan?
ReplyDeleteteam pompuan hoki ko g x?
X g. Aku merasa 2 kali ni je. Ntah la busy apa. Busy body agaknya
Deletetak minat hooki tapi tahun lepas jadi cikgu kelab hoki menggigil kau hahaha belajar la sikit2 serba sikit bila coach dtg tetiap minggu. ada jugakla knowledge. bawak budak tengok Piala Sultan Azlan Shah budak sakan sorak cikgu nganga tak faham ahaha.. ok panjang plak bebel.
ReplyDeleteps : bendera tu da pulangkan belom ? =P
Haha..pulang dah. Ala siti bukan payah faham. Jerit gol je.
Deletewak tengok comment blog ko ni dh mcm pasukan bola Siam je, 52 komen kehadapan., hahar2 hebat hebat cikSal kipidap
ReplyDeletebagus gak layan hoki..support team hoki malaysia yang dah lama bertaraf dunia.
ReplyDeletelagipun..... sampai bila nak tengok liverpool???
ReplyDeleteonce a red, always a red
DeleteWowweeee! Semangat membara!
Deletedatang lagi kat sini ya Sal.. BW ni awal pagi jaga murid exam..sepi ja diorang
ReplyDeleteAaah betullah kan sukan hoki kt malaysia ni hebat jugak kan tp dipandang sepi oleh media..kesian kesian..bola sepak badminton tu jugak nak diagung2kan.huhu
ReplyDeleteMinum milo anda jadi sihat dan kuat! Ehh,...hihihi
ReplyDeleteAkak main hoki tak pernah,..pegang kayu hoki pernahla sebab jadi tukang angkut keluar dan simpan kayu hoki dalam stor sukan time pendidikan jasmani ;)
Tak kisahlah Sal kaki bola tengok hoki, best jugak sesekali kannn..
ReplyDeleteApa pun majulah sukan untuk negara..
Lama dah tak gi Stadium Bukit Jalil..
ReplyDeletep/s: Minum milo anda jadi sihat dan kuat