Assalamualaikum dan hai semua! Adakah kalian masih mengikuti entry Jepun aku? Harap masih sudi walaupun drama Jepun aku ni tak ada Takuya Kimura mahupun Takeshi Kaneshiro. Erk..hampa kenai ka? Ke kenal KPop je? Hehe.
Selepas selesai berangan dalam set penggambaran Oshin di Museum of Housing and Living, kami ke destinasi seterusnya iaitu Umeda Sky Building. Sebelum tu, nak singgah solat dulu. Berdasarkan research, ada prayer room di Osaka Station City. Dari Museum of Housing and Living, kitorang naik tren Tanimachi Line dari stesen Tenjimbashisuji Rokuchome dan berhenti di stesen Higashi Umeda.
Keluar je dari tren, terus ternganga. The thing is, walaupun aku rasa dah cukup buat research, still tinggi possibility untuk sesat dalam stesen keretapi. Bayangkan tempat yang besar dah macam airport *exaggerate* lepas tu ramai orang dan sentiasa sibuk. Stesen Higashi Umeda terletak di bawah tanah, so kena naik ke level atas untuk cari exit ke Osaka Station City . Kemudian baru cari South Gate Building or JR Osaka Station. Aku nak cerita pun aku tak reti sebab kitorang sendiri sesat barat nak tercabut kaki. Apa boleh buat, selain ikut signboard, jangan segan-silu nak tanya orang. Paling mudah, masuk Tourist Information Centre.
Prayer Room terletak berhampiran dengan Hotel Granvia Osaka dan Daimaru Department Store. Dah penat, terlupa nak amik gambar. Tapi prayer room dia selesa dan bersih. Dah selesai solat, kita ke agenda seterusnya. Agenda yang satu ni special request aku.
Tempat dia dalam Daimaru Department Store. Naik lif depan prayer room tu je
Pokemon Centre Osaka!!
Terletak di Tingkat 13. Tempat ni memang shopping haven untuk penggemar Pokemon.
Selain dari Pokemon Centre, kat level ni ada Uniqlo. So, travel mate aku yang lain gi sana sementara tunggu aku shopping.
Tapi sejujurnya aku rasa barang-barang kat sini lebih sesuai untuk kanak-kanak dan remaja macam soft toys, beg, aksesori handphone dan raincoat. Aku malas nak mengangkut soft toys balik, buat penuh beg je. Cari lah jugak kot-kot ada keychain kecik-kecik, tapi tak ada. Last-last aku beli Planner, Stationery untuk anak-anak sedara, coin pouch dan beg kecik untuk letak toiletries. Tu pun letih cari design yang sesuai untuk remaja purba. Hihi.
Aku habis 3,780 yen. Kecik-kecik dulu tak merasa. #AyatSedapkanHati.
Walaupun aku pernah mention yang aku bukanlah kaki shopping, tapi Jepun adalah exception. Oppps! Next kami ke Yodobashi Umeda. Dekat je dengan Osaka Station City. Once again, kami mengamalkan konsep 'tanya orang', so awek kawai di information counter menjadi penunjuk arah.
Yodobashi Umeda terletak di seberang jalan dari Osaka Station City
Ada apa di Yodobashi-Umeda?
Kat sini macam-macam ada. Kamera, telefon, barangan elektrik, gadget, jam dan banyak lagi. Semuanya dibahagikan mengikut tingkat. Siap duit aje nak merayau dari satu tingkat ke tingkat yang lain.
Jam biasa-biasa dia jual gantung-gantung je gini
Jam branded pun ada. Ada orang kata kalau kena dengan gaya, beli time sale dapat harga jauh lagi murah dari kat Malaysia. Lagi-lagi yang brand Jepun. Korang yang memang ada niat nak beli, bolehlah compare harga dulu sebelum datang.
Tapi ni tetap jam paling win bagi aku! Alarm clock Giant? Nampak macam radio pun ye jugak. Adakah kita akan dikejutkan dengan nyanyian Giant? Ngeri betul, kalau tak bangun saja je.. Mahal sangat, kalau tak, berminat jugak aku nak beli sebab rare.
Merchandise anime dan komik pun banyak. Aku tak minat anime, so tak spend pun kat sini
Figurine kat sini jauh lagi murah. Tapi hati-hati, yang 'nakal' pun banyak. Ah..engkorang bukan tak tau Jepun!
Yodobashi ni luas dan selesa nak shopping. Tempat duduk pun banyak. Seeloknya berpecah sebab minat orang tak sama. Time ni memang dah letih, aku tak ada mood nak shopping sangat. Level jual CD, handphone dan kamera aku tak singgah pun.
Settle beli barang semua, macam biasa aku sebagai ketua kontinjen tanya ahli sekalian, nak terus merayau ke nak balik rumah. Ikutkan time tu awal lagi tapi musim luruh memang cepat gelap. Masing-masing menabahkan hati nak pergi tempat lagi satu dalam itinerary iaitu Umeda Sky Building.
Dari Yodobashi Umeda, aku ikut direction dari website ni untuk ke Sky Building. Terus saja ikut step nombor 2. Aku memang print out dan bawak ke sana. Taulah hakak ni travel style ol-fashioned. Iti pun tulis tangan kekdahnya.
On the way ke Umeda Sky Building, sejuknya la hai menggigil-gigil aku. Time tu memang pakai down siap dengan hood sekali. Sampai je terus masuk, tak larat nak amik gambar. Lepas tunjuk pass kat kaunter tiket, ada staff yang akan usher kita naik lif sampai tingkat 35, pastu naik escalator yang sangat panjang untuk ke observatory. Kitorang naik lif dengan pengunjung lain jugak. Ramai warga Korea yang melancong ke Jepun jadi jangan terkejut kalau sesetengah tempat ada option guide yang boleh berbahasa Korea.
Kalau ada Osaka Amazing Pass masuk free. Sebab tulah gigih jugak nak pergi.
Umeda Sky Building tu biasa aje. Yang buat dia special adalah Floating Garden Observatory nun di atas sana. Kalau tengok dalam gambar bawah ni, gelung kat puncak, pada ketinggian 170 meter dari tanah.
Bentuk 'V' di bawah gelung tu adalah escalator. Satu untuk naik dan satu untuk turun. Masa kat atas tu aku tak perasan pun. Naik lif on the way ke bawah baru aku realise tadi aku berdiri atas escalator panjang yang kalau jatuh memang nan hado apa bawah dia. No wonder observatory ni kalau angin kuat dia tak bagi naik sebab akan rasa terbuai-buai. Tapi escalator tu dalam tiub lah. Kalau open air memang aku surrender.
Dah sampai atas boleh tawaf bulatan tu untuk ambil gambar. So, dapat tengok Osaka angle 360 darjah. Tapi mungkin sebab sejuk, hujan renyai-renyai dan gelap sebab malam, gambar aku semua gigil dan tak cantik. Sedih.
Sepanjang aku kat Osaka, langit kerap berkabus. Lagi-lagi waktu malam. Mungkin sebab 'pencemaran cahaya' atau mungkin sebab musim hujan. Ni gambar aku amik dari atas Floating Garden tu. Aku mengaku aku gayat so aku berdiri agak jauh dari dinding kaca tu.
Meh belajar Sains sikit...
Pencemaran cahaya adalah fenomena biasa di kawasan macam negara maju apabila banyak sangat cahaya buatan manusia, menenggelamkan cahaya semulajadi. Tu sebab kalau kat kampung, gurun atau pulau lagi senang nampak bintang dalam kuantiti yang banyak. Bintang sebenarnya boleh dilihat di mana-mana, tapi kalau dah kat bawah ni terang sangat, sinaran bintang tidak kelihatan. Tak ada istilah 'bintang tak ada'..cuma nampak dengan tak nampak aje.
Masa on the way turun atas escalator. Bukti aku pergi sana. Kang kata aku amik gambar Google je. Hehe.
Time ni memang masing-masing dah tak larat sangat. Tu pun nasib baik kat Umeda Sky Building ni ada lobi, so bolehlah rehat-rehat kejap. Nak minum kat cafe dia pun boleh, rasa macam kat Menara KL cuma tak berputar lah. Harga? Kau rasa?
Dah settle semua, kita balik lah. Ikut laluan yang sama datang tadi. Masa ni memang rasa lapar menggigit-gigit usus. Bayangkan last makan pukul 12 macam tu, time ni dah malam. Apa lagi, on the way balik ke stesen Higashi Umeda, tumpang duduk kat kaki lima makan balance roti sandwich tuna dan beli air dari vending machine. Katanya jarak 800 meter, tapi jauhnya aku rasa. Maybe sebab penat mencari prayer room.
This is definitely my favourite memory of the trip! Bayangkan dah macam gelandangan masing-masing. Nasib baik tak kena tahan ngan polis Jepun!
Settle makan, seret kaki ke Osaka Station City dan cari laluan ke Subway. Ada dua option, samada train Midosuji Line atau Yotsubashi. Kitorang just plan, mana yang nampak dulu, tu yang kitorang naik. Aku pun tak berapa ingat, line mana satu kitorang naik. Yang pasti, sampai ke Namba. Dalam train on the way balik tu memang flat habis.
Sampai rumah terus makan, mandi dan kemudian tidur. Letih giler hari kedua di Osaka ni. Tapi esoknya lagi mencabar, sebab nak ke Kobe! Best tak Kobe? Kita sambung lagi ye nanti. Bye...
Part 2
Part 1
p/s : Kebanyakan toilet di Jepun ada air tapi adakalanya kena guna botol kosong dan isi air di singki. Pastikan check dulu.
yg gila shopping mesti berkubang kat dpt store tu kan hehehehe
ReplyDeletecantik laa bangunan dia... x naik mmg rugi bkn dtg selalu kan
memang berkubang..kat level atas-atas tu ada kedai Uniqlo lagi..
Deletepunya la bnyk pokemon, kat mesia sibuk cari pokemon hahah..walaupun penat berjalan tapi berbaloi kan sal,
ReplyDeleterasa lain beli barang kat tempat asal produk tu. lagi banyak pilihan. cop made in Japan tu yang penting..haha
Deleteso impress yg bentuk v tu eskalator, mau tercabut jantung klu pndang bawah, i is gayatttt..
ReplyDeletetak nampak bawah pun..sebab memang confined tube. lagipun malam kan...
DeleteNasib baik saya bukan penggemar Pokemon. kalau tak dah nabges tengok banyak sangat barang2 Pokemon kat kedai tu..
ReplyDeleteCantik viee dekat floating garden tu. Mudah-mudahan ada rezeki sis ke Jepun pulak. 😘
ReplyDeleteAda Pokeman ye..
ReplyDeleteview ohsem kat floating garden..
ReplyDeleteohsem sangat view floating garden tu, bestnya gi jepun
ReplyDeletetapi tak sesuai orang gayat. nanti dia diri jauh je..
Deleteoo, takleh gi la sebab husband saya gayat. huhu
Deletegayat macam saya jugak, berdiri jauh-jauh sikit dari penghadang kaca tu
DeleteAlaaa...tak ada ke gambo prayer room tu
ReplyDeletebiasa aje. Takdelah pelik sangat prayer roomnya..
Deletesakan nyopping pokemon- apa gift untuk I?
ReplyDeletehihihihi
u nak pokemon gak ke? haha...nantilah, belum ada mood nak pos. hidup pun tengah huru-hara sikit ni. Haha
Deletecantik floating garden tu...
ReplyDeletemasuk itinerary gak tu.
moga sampai suatu hari nanti.
Insya Allah.
highway yang tengah bangunan tu kat mana?
ReplyDeletelupa dah
kitorang tak lalu yang tu. dah balik baru tau.kalau tak dah masuk dalam iti.
Deleteaik - bukan ada dalam iti ke haritu?
Deleteke dah dikeluarkan tanpa sengaja?
rasa ada bgtau haritu
tak ada...yang bridge kat Kobe tu adalah.
Deleteokay cepat sambung
ReplyDeleterasa kaget tak ciksal jumpa jamban cangkung dorang yang terbalik tuhhh., ke x penah jumpa lagik., hikhik2
ReplyDeletejumpa Wak..kat tempat yang agak kampung banyaklah.
DeleteHihi... banyak je soft toy tu jual kat Malaysia ye Sal....buat penuh beg je beli kat sana. Cantik pemandangan dpd atas Umeda Sky building tu ...biru
ReplyDeleterasanya lagi cantik kalau datang siang..
Deletehuuhu...sakan kan...walaupun seret kaki tapi rasa macam perlu habiskankan semuanya dalam hari yg sama! hahahaha...org cakap kita hidup hanya sekali..tapi pi Jepun xtau la bape kali boleh sampai..ihik..
ReplyDeletepi Jepun ni wajib tau Sally..hihi. Tengo korang dia, teknologi dia..memang tak habis-habis kagum. Dari sampai, hinggalah nak balik
DeleteBestnya dah sampai Jepun..
ReplyDeleteAkak teringin musim bunga..
Nak tengok sakura berkembang..
samalah...moga dapat sampai suatu hari nanti
DeleteKalau dah depan mata mana boleh tak membeli. Bukan kaki shopping pun bila budget ada murah pulak tu mesti beli punya.
ReplyDeleteMeman gayat juga tu kalau tengok bawah masa naik escelator yg sal kata bentuk v itu.
Barang kat Jepun ni unik dan comel..tu yang tak kaki shopping pun terus rasa nak beli
DeleteBestnya baca pgalaman org.. Kt bila la nk jejak kaki kt jepun jgk..dlm malaysia pom x hbs roundblg..hehe..
ReplyDeleteSuka tgk bgunan dia.. Tinggi n canggig je.. N tmpat dia nmpk sgt bersih n mesra pelanggan..
memang bersih, orang-orang dia pun bersopan dan sukatolong orang. Teknologi pun tip top
Deletenak pegi juga Japan, insyaAllah 1 hari nnt. baru ja lps dari blog Cik Epal baca pasal dia gi Jepun 😄 Entry camni boleh jadi panduan buat mereka2 yg bakal ke Jepun
ReplyDeleteInsha Allah..hanya berkongsi pengalaman. Thanks singgah dan follow sini
Deletesama-sama 😄
Deletewow bestnya
ReplyDeletefuh banyak nak komen ni memandangkan lama tak ke sini
ReplyDeletehaha..silakan.buat cam rumah sendiri
Deletehehe datang komen balik baca entri lama
Deletepeminat anime, mainan mesti ke jepun...menarik nampak
ReplyDeletemau kena tambah luggage kalau datang sini
Deleteada jumpa DOMO tak kat sana
ReplyDeletemenatang kaler coklat tu ek? takdelah pulak
Deletedepa kata popular kat sana....tapi tak jumpa na...dah tak popular kot
Deletemenarik bangunan kat sana...lebih bertambah menarik escalator tu
ReplyDeleteboleh tahan ka perut makan roti ja...kalau aRz kat sana jenuh nak cari nasi
ReplyDeletesampai rumah memang terus cari nasi..hehe
Deletejenis perut nasi kandar ni susah....hehehe
Deleteapa boleh buat, perut dah terdidik makan nasi baru kenyang
Deletefirst time tau hakak kaki shopping.. ngeh2
ReplyDeleteakak jadi kaki shopping tengok tempat dan barang jugak.if tak dapat kat malaysia memang akak beli
Deletehahahaha.. tidak ! tak sanggup nak bagi Giant nyanyi kat tinga.. nanges !
ReplyDeletehaha..kalau tak bangun tu saja jelah
Deletewow ! tetiba rasa gayat pulak tengok Umeda Sky Building tu dari bawah
ReplyDeletemuke lapau nau tu... heee
ReplyDeleteserius arh kak.. tengok escalator tu dah rasa takut2 berani.. nasib dalam tube, kalau idakkkkkkk
ReplyDeleteKalau yen murah mmg dah memborong
ReplyDeletekalaulah yen macam rupiah atau baht..hehe
Deleteakak kenal dua2 pelakon tu paling suka takuya kimura ehehehe..
ReplyDeletegayat pulak tengok escalator tu