Ramen Halal dan Souvenir Murah di Kyoto - Part 13 - Kansai Trip

Thursday, 5 October 2017

Assalamualaikum semua! Ikut hati nak update cerita travel baru tapi cerita Jepun dilupa jangan. So, hadaplah ye.

Lepas dah kenyang walaupun struggle makan menggunakan chopstick, kami mengatur langkah (amboi ayat drama Yusof Haslam sangat) mencari JR Saga Arashiyama Station. Since hari ni kitorang pakai JR Pass, so aku dah susun itinerary supaya naik train JR sahaja. Dekat Jepun ni ada banyak company yang mengoperasikan keretapi dan bas; dan JR antara yang memiliki jaringan terbesar dan meluas.

Senang je cari JR Saga Arashiyama Station sebab ada signboard. So walaupun lalu lorong-lorong rumah dan kedai, kitorang tak sesat pun. Dari Arashiyama Station, kami naik JR Sagano Line ke  Kyoto Station dan tanpa keluar dari stesen, cari JR Nara Line dan berhenti di Inari Station. Ada faham ke adik-adik ku sekelian?

Kitorang ke Inari untuk lihat Fushimi Inari, antara top tourist attaction kat Kyoto. Bagi pengganut Shinto, tempat ni dianggap suci dan banyak jugak kitorang nampak yang menyembah Tuhan mereka di sini. For some people, diorang kurang selesa ke tempat macam ni, so kalau korang pun one of them, takpelah tak singgah pun. Terpulang. Tapi aku suka tempat ni sebab cantik. Warna oren menyala-nyala. Tak jumpa tak taulah, sebab memang keluar stesen je dah boleh nampak tempat ni.

This photo ain't mine

Tempat ni famous tau, ada scene filem 'Memoirs of a Geisha' shoot kat sini.


Entahlah kenapa aku ada seketul gambar ni je. Korang pernah tak rasa macam korang ambil gambar banyak kat tempat tu, tapi bila nak buat entry tetiba semua takde. Misteri betul kan? Hahaha. Biasalah tu, ko amik gambar pakai kamera or HP orang, pastu tak 'sedut', so memanglah takde gambarnya.

                                                                   
Gambar atas ni bukan photoshop, tapi ada dua laluan. Sebenarnya ni hiking trail. Kalau korang jalan je terus sampai hujung akan jumpa Mount Inari. Tak silap aku jalan pergi balik makan masa 2,3 jam. Kitorang takdelah sampai ke atas tu, tapi kalau nak gambar cantik kena lah ke atas, orang makin lama makin tak ramai.


Ingat nak berlari ala-ala Sayuri dalam filem 'Memoirs of a Geisha' tapi confirm akan langgar orang kalau aku buat. Sini ramai orang, so kena pandai-pandai adjust nak gambar cantik

Dekat luar ada banyak kedai souvenir tapi aku dah banyak belanja sebelum tu so takdelah nak beli apa-apa. Sekadar usha-usha gerai jual makanan dekat luar shrine. Kat sini agak kurang yakin nak cari gerai yang halal sebab boleh dikatakan semua tak pandai cakap Inggeris. Hanya ada seketul gerai kuih je yang aku yakin, tu pun sebab aku dah screenshot tulisan Jepun for 'Sakae' , 'Wine' dan 'Alcohol' kat hp pastu tunjuk kat diorang dan diorang geleng. Again, aku yakin gila aku dah amik gambar kuih dan gerai tu tapi manalah perginya. Kuih dia macam putu piring je, tapi inti kacang merah.

Memandangkan dah petang, kami nak cari tempat untuk solat. Ikut plan, nak solat di Kyoto Tower Building. So, patah balik ke Kyoto Station naik JR Nara line tadi. Turun, cari exit  ke Kyoto Tower.

 Yang tinggi tercatuk tulah Kyoto Tower. Boleh naik untuk tengok bird eye view Kyoto. Tapi prayer room dalam bangunan depan dia tu.

Surau di Kyoto Tower terletak di tingkat tiga. Surau dia cantik, berkonsepkan buluh. Tema hari ni memang buluh ye adik-adik.

Ada orang lain, so untuk menjaga kemaslahatan ummah, aku bagi gambar tempat wuduk je. Haha

Dah selesai solat, masih penat lagi, kitorang pun malas nak buat aktiviti yang berat-berat, so decide untuk tengok Kyoto dari atas. Kira jimat sikitlah, instead of naik Kyoto Tower, kita tengok view Kyoto for free. Of course lah tak sama, tapi nak lebih santai. So, cross the road, balik ke Kyoto Station, nampak escalator dan tangga tinggi sampai ke puncak, naik je sampai ke rooftop. If nak exercise naiklah tangga tu. Kalau escalator rosak, korang boleh tumpang naik lif dalam Isetan kat sebelah kanan.

If susah nak cari, tanya staf kat information centre, cara nak ke Kyoto Station Sky Garden . Berdoalah supaya tak hujan sebab tempat ni open air.

Ada glass wall keliling Sky Garden ni. Ada kerusi dan rumput untuk lepak-lepak jugak. So tengok Kyoto di sebalik dinding kaca sambil makan bekal.

The beauty of Gion. Suka tengok kawasan klasik kat tengah-tengah bandar yang sibuk


Bagi aku Kyoto ni, dari segi cantik mungkin tak berapa. Langit pun berkabus. Tapi dari atas ni boleh nampak rumah-rumah Kyoto yang padat dan jalinan transport dia yang canggih dan sistematik. Imagine kalau at least satu je train meragam, berapa banyak train lain yang affected. Kagum aku kehebatan diorang kawal sistem.

Kitorang stay sini sampai matahari terbenam. Sunset dia biasa je, nama pun kawasan bandar. Pas Maghrib, kami nak cari makanan tempatan. Lagipun bekalan dah habis. Haha. Dah plan nak makan kat Restoran Ayam Ya. Masihkah kalian ingat pertemuan kitorang dengan seorang rakyat Malaysia hari pertama di Osaka? Dia suggest kitorang makan kat situ, sebuah restoran Ramen Jepun yang halal. Perhatikan perkataan halal tu ye. Hahaha.

Agak susah nak cari Ayam Ya tanpa bantuan google maps. Tambah-tambah pulak dengan kesejukan yang menggigit tulang sum sum. Manalah tak asyik lapar kat sini. Haha. So, nak ke Ayam Ya, keluar dekat pintu yang menghadap Kyoto Tower, pastu jalan ke arah kiri. If korang nak pergi, better print google street view awal-awal dari sini. Takpun, make sure ada internet sepanjang berada di sana. Oh please google dulu restoran tu wujud lagi ke tidak sebab aku ada je pengalaman cari  restoran yang blogger suggest, sekali sampai dah tutup. Untuk selamanya.

Rupa restoran ni dari luar

Restoran ni unik sebab pakai sistem vending machine. Masukkan duit dan pilih apa yang kita nak. Ada bahasa Inggeris, so jangan risau. Aku noob ingat makanan keluar, rupanya sekeping kupon kecik, then ko bagi kat kaunter. Order dah siap dia akan hantar.


Simple je kedai dia, tapi agak luas. Selesa dan bersih.


Dah sampai Jepun, kenalah makan ramen

Perut tak tahan tu makanlah nasi

Bagi aku makanan kat sini memang sedap. Tapi air cuma ada plain water dan Japanese Green Tea je. Milo tabur ke, Sirap Laici semua ilek. Aku doa restoran ni tak tutup sampai bila-bila supaya korang pun dapat rasa jugak. Tak sama dengan Ayam Ya kat Sunway Velocity

Dah kenyang, badan pun dah lemau, so marilah kita pulang. Nak balik kena naik JR dari Kyoto Station, so patah balik ikut jalan datang tadi. On the way nak cari train, nampak laluan ni sebelum masuk Kyoto Station, so saja masuk untuk explore.


Tapi lepas tu menyesal. Menyesal sebab jumpa kedai ni


3 coins ni macam Daiso, tapi barang dia harga 300 yen. TAPI, kat sini korang boleh beli souvenir beg kain ada perkataan  'Kyoto'atau 'Osaka' yang serius comel dan cantik giler dan macam-macam saiz. Kedai ni je jual. So, menyesal gak lah, keluar duit lagi. Haha. Konon dah janji tak nak spend lagi on souvenir. Adoi! Tapi kedai ni best sebab rare dan takde kat Malaysia (sewaktu entry ini ditaip). Tempat yang sesuai untuk beli souvenir kalau kalian tak sempat ke area Gion.

Contoh beg comel yang aku cakap tadi.

Sudah..cukuplah tu shopping, mari kita pulang ke pangkal jalan.


Pulang ke Namba, masih dapat jumpa entiti macam malam sebelumnya. Tapi since kitorang tak redah ke area yang happening, takdelah ramai sangat kitorang nampak.


Comel, Power Rangers naik beskal

Tak sabar nak habiskan entry Jepun ni. Hehehe

Part 12
Part 11
Part 10
Part 9

36 comments

  1. Comelnya beg Kyoto tu! Ramen dia nampak lain sikit ya. Ke ramen Jepun memang macam tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. honestly ni first time makan ramen, so tak pandai bagi opinion.sorry

      Delete
  2. uniknya fushimi inari tu sal. memang nampak terus seni bina budaya jepun.

    surau dia pun unik. bila lah nak dapat peluang g jepun ni. wishlist juga ni,

    ReplyDelete
  3. rupa mcm bihun sup je tu hahaha...

    ReplyDelete
  4. ye ke sayuri ada lari kat situ? alamak... mmg da lupa... hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena tengok balik. aku pun pas balik rasa nak tengok lagi filem Memoirs tu

      Delete
  5. thanks cikSal, mengimbau kembali hampir 30tahun masa wak lepak2 nek beskal kat kyoto tu jugakk., huhu2

    ReplyDelete
    Replies
    1. wak kayuh basikal pakai baju power rangers gak ke?

      Delete
  6. Bestnya baca perjalanan Sal kat sana tu ... makanan tu nampak sedap!

    ReplyDelete
  7. sedapnya ramen! original dari sana mesti lgi feel kan, rasa cam naruto jer..

    ReplyDelete
  8. cantiknya surau dia berasaskan buluh tu.. mesti sejukkan...

    comel ja tempat wudhuk tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sejuk aircond..haha.tapi memang feel solat dalam ni. rasa in nature sangat

      Delete
  9. napa tak tumpang power rangers.. heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..ni lawak.susah plak nak bagi direction nanti

      Delete
  10. Bestnya.. surau bersih makanan sedap

    ReplyDelete
  11. okaaay nak kena study dari awal. hehe akak kedai 300yen tu sebelum Kyoto Station ke ? bangunan2 kat luar ke ? da sampai tempat orang kan kenala makan makanan sana. semoga Ayam Ya tak tutup, buat selamanya hehehe.. lawakla akak ni..

    power rangers sioooot tengah jalan. boleh x bergambar dngn diorang ? ngeh3..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kedai 300 yen tu dekat luar kyoto station, dalam area Porto Dining.

      boleh je bergambar ngan Power Rangers tu tapi kitorang dah penat..huhu

      Delete
  12. orennya...itu kalau tak jumpa memang saje je la kan, warnanya boleh nampak dari jauh.

    comel beg tu

    ReplyDelete
  13. Suka tempat dia orang ni. Cantik dan bersih.

    ReplyDelete
  14. Bagi saya, kedai ramen Ayam Ya dekat Kyoto branch paling sedap!

    nurulrasya.com

    ReplyDelete
  15. WAH..KYOTO,MU TUNGGU AKU DATANG..HAHA.BILA LA BLEH DATANG

    ReplyDelete
  16. klu paki gini kat mesia.. semua org kan describe GILA hahahaa..

    ReplyDelete
  17. Bagus jugak negara Jepun ni ye Sal....siap ada tempat solat.
    Kalau mak mesti kurang puas makan tu. Macam banyak tahu dengan seaweed je Sal aduhhh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, banyak je mak ramen nya. Portion asia, just nice

      Delete
  18. set dah,..sudah part 13,..kekny masih ada part 14 nya lgi nih

    ReplyDelete
  19. ramen? aida x pernah makan. so mcm x dpt nak komen pasal ramen.
    ultraman naik basikal????
    kalau la ijat ikot sal ke jepun tu, abis lah ultraman tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. power rangers la sis..haha.tapi kalau bebudak datang sini memang excited tengok naruto apa semua

      Delete
  20. Wow.. advance.. Order guna vending machine..
    Gambar yang last tu ohsemnya.. Power rangers tu..

    ReplyDelete
  21. Wahhh Kyoto macam lagi best je. Thank you sebab share gambar-gambar lawa, tak sabar nak ke sana.

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah