Lelaki Ini

Wednesday, 27 September 2017


Lelaki ini...
Yang percaya kau adalah seorang yang menarik,
Yang gelisah andai pakaianmu melampaui batas,
Yang resah andai lenggok langkahmu menarik perhatian,
Yang risau bila kau berhias berlebihan.

Lelaki ini..
Yang kononnya kuat dan gagah,
Sebenarnya lemah saat melihat air matamu mengalir,
Sebenarnya goyah kalau kau terluka.
Sebenarnya sakit kalau kau menderita.

Lelaki ini..
Akan mempertahankan kau dari bahaya,
Dengan segala kudrat yang ada.
Akan menentang sesiapa yang cuba menyakiti,
Namun ada kalanya kau salah sangka.
Kau anggap kawalannya tak masuk akal.
Kau anggap kawalannya menyekat kebebasan.
Kau sangka dia benci
Sebenarnya dia sayang.

Lelaki ini..
Yang bila berjanji dia penuhi,
Yang bila kau pinta dia tunaikan.
Walau ada kala hajatmu keterlaluan.
Namun kerana dia sudah berikrar,
Akan menyayangimu sejak hari pertama kau muncul dalam hidupnya.
Lelaki ini, berusaha,
Walau tercabar upaya,
Walau keringat lesu mengalir,
Namun saat kau tersenyum manja,
Dia lupa penat lelahnya.

Lelaki ini...
Jarang menyatakan sayang,
Adakalanya ternampak berang.
Adakala dia terlampau tegas,
Sehingga buat kau rimas,
Namun dia setia menemani di sisi,
Jatuh bangunmu dia ada di situ.
Kadang-kala dia memujuk,
Terkadang dia mengutuk,
Namun sindirannya buat kau bangkit,
Kerana lelaki ini pernah berpesan,
Dari kesakitan kita membina kekuatan.

Lelaki ini..
Yang kau panggil Abah, Ayah, Papa atau Daddy,
Yang menjagamu dari kau kecil lagi.
Lelaki ini patut kau sayang sepenuh hati.
Tapi kenapa,
Makin kau meningkat dewasa,
Makin kau lupa,
Pada insan yang merotan untuk mengajar,
Yang melupakan keseronokan demi memberimu kehidupan.
Padamu dia sandarkan harapan,
Tak, dia bukan harap menumpang senang,
Dia cuma ingin lihat kau berjaya,
Supaya bila tiba saat dia menutup mata,
Dia tahu dia dah besarkan seorang insan berguna
Dia tahu ada seorang yang akan mendoakanya di-sana....

~Nukilan buat semua anak-anak di dunia .Terutama sekali Aku~


*Entry Repost* 

44 comments

  1. Lelaki pertama dalam islam

    Tentunya Rasulullah SAW

    Kekasih Allah swt

    ReplyDelete
  2. Amat menyentuh Hati mama baca ni huhuu

    ReplyDelete
  3. rinduuu ayah.. everyday pun rindu each second rindu cuma kena ingatkan hati tak boleh ikut emosi T.T

    yes.. a father is forever a daughter's first love =')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tul lah ct..al fatihah untuk lelaki2 terhebat bergelar ayah yang telah pergi

      Delete
  4. Alfatihah untuk abah....
    Teringat zaman kecik, kalau bulan puasa sementara nak tunggu waktu buka,ptg ptg abah bawak pusing lombong tinggal. Dah best sangat dah tu. Padahal lombong tu keliling dia semak samun, kebun orang je pun. Jauh sekali lah ada buai kongkang jongkit bagai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benda2 macam tu walau x mahal tapi tetap kita ingat

      Delete
  5. Semoga Allah swt selalu memberikan rahmat dan ampunan-Nya untuk kedua orang tua kita. Dan juga untuk ayah yang selalu ikhlas mencari nafkah untuk keluarga. Aamiin.

    ReplyDelete
  6. erm sedihnya. dah hilang arwah abah for 11 years now. moga tenang di sana

    ReplyDelete
  7. Terbaiklah bait2 puisi ni,begitu bermakna bagi insan bergelar lelaki yang hampir pada kita.Bapa..akak telah pergi 9thn lalu...rindu sngt.

    ReplyDelete
  8. touching lak...
    rindu arwah ayah....

    ReplyDelete
  9. Ayah, walau tegas, sebenarnya dia sayang... Rindu pula arwah ayah...

    ReplyDelete
  10. biar pun kena rotan masa dulu-dulu,
    pengorbanan seorg ayah jgn diabaikan

    ReplyDelete
  11. Abah tetap menyayangi anak-anak terutama anak perempuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa tu kan, anak perempuan rapat dengan ayah

      Delete
  12. Abah akan memberi perhatian lebih kepada anak-anaknya yang tak kahwin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ouch! huhu. malunya rasa masih menyusahkan ayah nak fikir pasal kita di usia sebegini. patutnya dia dah tak payah fikir.

      Delete
  13. tentunya ciri-ciri ini hanya ada pada lelaki yang baik-baik sahaja :)

    ReplyDelete
  14. Replies
    1. jangan sedih Huda. syukurlah kita masih ada ayah

      Delete
  15. Replies
    1. sihat Alhamdulillah..aish lama x wasap Huda. Sorry, sibuk sikit

      Delete
  16. best puisi ni, ayah memang layak untuk dinobatkan sbg hero kita

    ReplyDelete
  17. Doa yang terbaik buat hero kita ni. Semoga sentiasa di bawah rahmat Allah.

    ReplyDelete
  18. Mula-mula ingat lelaki manalah yang dah menambat hati anak dara sorang ni. Separuh jalan membaca dah boleh agak ni tentu khas untuk ayah ^_^

    Betulkan, Sal... kenapa kita mesti berubah sikap bila dah semakin dewasa, semakin pandai berdikari? Padahal dulu-dulu, ayahlah tempat utama kita bergantung hidup, harapan dan segalanya dalam hidup ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lelaki yang dah lama wujud kak, tapi tulah sering dilupakan bila dah ada kehidupan sendiri

      Delete
  19. baca tajuk entry ni terus teringat lagu anuar zain -lelaki ini.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..dapat inspirasi dari lagu tu sebenarnya

      Delete
  20. touching,...makin rindu pada arwah abah lepas baca entri ni

    ReplyDelete
  21. e'eh.... kebetulan time aida baca entri ni, abah aida depan mata ni, sal.
    tgh borak sambil blogwalking :)
    alhamdulillah...

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah