Saturday, 29 April 2017

April Wrap-Up

Assalamualaikum semua! Ikut hati memang nak update blog dengan kerap. Tapi tulah, bila sibuk , terpaksa buat entry pukal. Ceh.. macam lah korang minat sangat dengan kehidupan aku. Kah kah. Syok sendiri namanya..layan jelah.

April has been a busy month. Busy sebab ada..

1.Dinner Company

Office aku jarang ada peluang buat dinner. Kalau dapat 3 tahun sekali pun syukur. Dinner kali ni bertemakan smart casual dan glam. Walaupun mengelak, aku terjebak jugak jadi ahli comittee. Tak best betul. Bukan apa, dah 2 kali dinner aku terlibat belakang tabir. Teringin nak datang pakai cantik-cantik, makan dan 'be surprised'. Sebab ahli comittee memang sedia tau tentang susunan majlis, hadiah lucky draw dan game. Tapi dah telibat, lapangkan jelah hati. Aku ajak adik bongsu aku teman. Aku bayar, dengan syarat, dia drive. Mak aku kata aku memang power bab mengelak tak nak drive. Hahaha.

Sebab aku tak pandai makeup mata, aku terjah kaunter Elianto kat Mid Valley. Tapi bukan percuma ye. Kena beli produk dan staf dia akan mekap berdasarkan barang yang kau beli. Takpun, kau beli produk bernilai RM120 dan dia akan mekap kau full. Dari bulu mata sampai bulu hidung. Aku beli eyeshadow dan concealer je, tapi alang-alang dah make up mata, dengan blusher dan highlighter sekali staf tu tenyeh.

Eyeshadow stick 2 batang, concealer, eyeshadow. Semua sekali around RM50

Aku ada this bad habit suka beli barang mekap bebanyak padahal tak reti or jarang guna. Ni baru separuh dari apa yang aku ada. Sape lagi ada perangai macam ni sila angkat tangan!

Majlis bermula agak lambat sebab hujan lebat, jalan jadi jam dan hotel Cititel ni betul-betul sebelah Mid Valley. Memang susah nak cari parking.

Ni gambar paling decent. Tu pun candid. Kah kah.

Konon nak try pakai shawl. Hari-hari tengok tutorial, tapi ambil masa setengah jam melilit. Cmane korang semua pakai shawl effortless je wei! Aku memang cannotlah tudung selain bawal. Huhu. Tapi walaupun tudung behave, mood aku agak merudum time ni. Kenapa? Nanti aku cerita.

Dekat majlis ni aku tak banyak sangat amik gambar. Satu sebab mood ke laut, satu lagi sebab kena bertugas dan satu sebab lagi adalah aku still tak pandai nak senyum dengan braces. Bila senyum tutup mulut, bibir jadi terjuih dan muka garang gila. Memang hodoh teruk. Nak senyum nampak gigi rasa tak selesa. Maka kerja aku elak kamera jelah. Haha. Rugi mekap memahal.



Gitu gini pun, Alhamdulillah, majlis berjalan lancar dan tatkala aku hampir nak tersandar keletihan kat kerusi, nama aku dan seorang lagi tetamu dipanggil. Ah sudah..lucky draw kan dah habis. Takkan diorang nak panggil aku perform pulak. Mentang-mentang suara aku sedap. Cet, poyo kan puji diri  sendiri.

Tiba-tiba...Surprise! Diorang nyanyi lagu Happy Birthday! Nampak tak betapa nervousnya aku. Kau mampu satu dewan nyanyi untuk kau. Hadoi..

Birthday abang sebelah aku tu hari sebelumnya, tapi birthday aku hari lusanya. Still, aku agak surprise sebab aku hide birthday kat Facebook. Aku kan tak suka bukak FB, so malas nak tepek birthday kat situ kang orang wish aku tak reply cam kurang ajar pulak. Pastu time birthday orang aku tak wish pun rasa tak best jugak kan.


Lucky draw aku dapat Sijil SSPN. Adik aku dapat voucher spa. Plan nak pergi spa sebelum majlis kahwin adik aku. Glowing lah time wedding tu nanti. Amboi, kakak pengantin over OK.

2. My birthday

Hari lepas dinner tu, aku malas nak keluar. Lepak rumah je tengok TV. Malam tu family belanja sate, early celebration kekdahnya.


Tapi aku tak makan banyak sangat. Puncanya sebab gigi bongsu aku yang belah kiri makin melampau-lampau sakit. Itulah punca utama aku moody dan tak selesa nak senyum time Dinner Company. Kau taulah kalau sakit gigi ni benda kecik pun boleh buat kau angin.

Mungkin sebab tu birthday kali ni aku rasa sangat alone. Lately aku kerap tak sihat. Dan bila sakit, takde tempat mengadu, rasa sepi sangat. Betullah orang kata bila sakit ni emosi senang terganggu. Lagipun aku stress jugak kat tempat kerja dengan perangai colleagues aku, so tu pun antara punca aku selalu turn on Bitch Mode.


So, Happy Birthday to me! Still ugly, still single, still waiting for Liverpool to win the league. Kah kah.

 Kek dari kengkawan opis.

3. Minor surgery wisdom tooth. Again

Sebab sakit gigi dah tak tertahan, aku pun book untuk operate gigi bongsu belah kiri aku di klinik sama aku buat braces. Senang coz diorang ada aku punya dental XRay. Kali ni Dr.I yang operate, bukan Dr.K. Kalau Dr.K mahu dia membebel berkilo-kilo sebab saja lambatkan operate. Salah aku jugak kan, benda dah sakit dari tahun 2015 tapi takut punya pasal, elak memanjang.

Mula-mula, Dr.I check dulu dan tanya samada aku ada rasa sakit ke tidak. Sakitlah doc, tak sakit tak datang. Haha. Compare tu belah kanan, gigi bongsu belah kiri tertanam lebih dalam dan melalui saraf. Aku punyalah tak tahan, aku cakap je dengan doktor tu yang aku sanggup operate hari yang sama instead of makan ubat dan datang balik. Diorang siap mintak aku sign permission form. Pergh..serius ka? Macam nak operate jantung siap kena sign bagai.

Operate kali ni lebih teruk dari yang first time. Dr. I kata dekat tempat gigi bongsu berlaga dengan geraham tu dah bernanah, tu sebab sakit. Masa dia inject bius, ngilunya rasa nak menangis. Tapi Alhamdulillah, lepas hampir sejam, minor surgery aku pun berakhir. Ah..leganya. Turun dari kerusi kepala rasa pening. Call adik aku suruh amik.

Credit info and image : Source

Balik tu aku terus demam. Demam urat orang tua-tua kata. Sampai muntah-muntah sebab perut masuk angin. Dah nak makan tak lalu. Pipi dan rahang kiri bengkak dan tak boleh bergerak, terpaksa tuam dengan ais. Masa tu risau sebab teringat dalam permission form tu ada mention yang since gigi aku melalui saraf, ada kebarangkalian saraf terpotong dan rosak kekal. Salah sendiri jugak, tak menyempat.

Demam kali ni aku memang kronik, tapi mujurlah aku operate hari Khamis dan dapat dua hari MC. That's why aku kata proses penyembuhan lagi sakit dan lagi lambat dari operate belah kanan 2 tahun lepas. Last time aku takdelah sampai demam.

Syukur, kebetulan adik-adik aku balik weekend tu, so dioranglah tempat aku bermanja. Ambilkan bubur, bancuhkan glucose, make sure ice pack sentiasa ada dalam fridge. Bersyukurlah Sal, ramai lagi sayang kau.

Ambil masa hampir 5 hari untuk rahang aku kembali flexible dan boleh mengunyah seperti biasa. Syukur takde side effect. Dalam hal ni, penting cari klinik gigi yang dentist dia cekap dan ada tauliah. If tak confident, buat dengan kerajaan.

Read more : Cabut gigi bongsu : Q&A

4. Atuk masuk hospital

Belum kebah demam aku, dapat wasap dari group sepupu yang atuk aku masuk hospital kat Muar. Sebab badan dah tak larat sangat, aku bagitau kat sepupu dan pakcik aku yang lain yang aku akan balik  kemudian.

Nak menangis rasa tengok keadaan Atuk. Berat dah tinggal 38kg. 

Baik je demam aku terus balik kampung. Alhamdulillah,  Atuk aku dah discharge dan sekarang ada kat rumah makcik aku kat KL.

5. Bukak jahitan dan braces review 

Balik KL, pergi bukak jahitan operation gigi bongsu belah kiri dan tukar powerchain. Powerchain yang dipasang kali ni lebih tebal. Seminggu aku tak boleh mengunyah.

6. Holiday with BFFs

Stress kerja tahap aku perlukan vacation lebih dari segala-galanya. Aku penat. Kali ni dalam negara je. Nasib baik time ni dah boleh makan macam biasa. If not, rugilah kan.


7. Demam. Again

Teruk betul antibodi aku. Bulan ni je dah 2 kali demam

8.Pesta Buku KL @ PWTC 28 April-7 May 2017

Aku akan bertugas di sana. Kalau jumpa tegur lah ye. Boleh akak perasan blogger famous, padahal sendu. Haha.

Sekian kisah April. Wayang pun tak sempat tengok bulan ni.

Cabaran kerja company besar. Sorang dua buat taik, everyone yang bernaung bawah nama M**** P**** kena sumpah dengan rakyat Malaysia. Dah takde duit, lagi mintak kena saman. Bikin malu je.  Masin mulut korang, company ni kena saman sampai lingkup, kenalah aku dan ribuan lagi cari kerja lain. Nilah orang kata kerana nila setitik.

46 comments:

  1. HAPPY BIRTHDAY SAL..CANTIKNYA FOTOGENIK WALAU X BERMEKAP..MOGA ATUK CPT SMBUH

    ReplyDelete
  2. Kasihan pulak baca kisah Sal dan sakit gigi ni. Lepas ni bolehlah enjoy bila dah tak sakit lagi. Bila masa ya Sal pakai braces? Macamana akak tak tahu? Ada juga terbaca sebelum ni Sal guna braces tapi memang tak tahu tang bila Sal pakai. Tapi tak kisahlah, macamlah masuk periksa pulakkan...

    Oh, Sal! Terbabit sama ke kes yang itu? Habis macamana sekarang ni? Kena cari kerja lain ke? Betul ke ni? Moga dipermudahkan urusan kalau betullah kena cari kerja lain!

    By the way, Happy Belated Birthday! Birthday jiran sebelah akak lupa, birthday Sal pun samalah. Same daykan kalau akak tak silap ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kak, same day.saya dah dekat 3 bulan pakai braces.selalu jugak update kat blog ni, tapi tulah kak MD yang sibuk tak mai sini..hehe

      Delete
  3. untung laaaa ada dinner..hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..dinner berbayor.kalau free tu baru betul2 untung

      Delete
  4. smoga atok sal cepat sembuh & sihat hendaknya..

    pssst pasal pesta buku ni, dah lama teringin nak pergi, ajak en.somi smpi ke sudah tak hingin, hadap la membawa diri pergi sensorang..meyampah tauuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..dia rimas agaknya pesta buku ni crowded. lagi2 kalau weekend.

      Delete
  5. hihii zie datang lagi!!
    lupa pulk nak khabor, tak yah makeup byor mahal2 meh hakak makeupkan, pree je
    tapi kalu tak santekkkk jangan mare hehee :)

    tapi tula kalu makeup meletop drees up cantik2 kalau mood ke laut, semua serba tak kena, rasa nak balik awal je kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..betul tu.mood tu benda paling penting.mekap memahal pun kalau tak senyum pun tak guna jugak

      Delete
  6. Happy belated birthday kak Sal. Moga sentiasa bahagia~ ;)

    Semoga atuk cepat sembuh dan sihat ceria happy! :)

    Alaaa, kalau saya tau akak ada kat PWTC dah try usya2. Tapi, takde perasan pulak haritu. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah orang ramai kan... kalau jumpa boleh belanja makan..hehe

      Delete
  7. Happy bday sal, semoga tercapai semua cita2. semoga atuk sal jga kembali sihat

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks sis..dah sebulan kemudian baru baca komen ni. Adehh

      Delete
  8. Samalah...bila mood kelaut nk update, skali uodate trs pukal.. Haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekali update entry panjang berjela

      Delete
  9. Fuhhhh yoooo... Cik Sal make over...

    ReplyDelete
  10. Sakit tu wisdom teeth. Mau tak makan berhari kalau tak cabut

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas cabut pun sama gak, tak makan berhari2. Tapi Alhamdulillah dah lega sekarang

      Delete
  11. Happy Bezday Sal...insyaallah tahun depan hakak doakan ko dah tak keseorangan celebrate bezday Sal. Jangan lupa jemput tau!

    Bab mekap mekap ni hakak suka jugak cuma tak reti je. Berangan beli eyeliner tp sampai sudah tak pakai. Lecehlah....kang nak solat dah kena cuci bagai pulak. Dahlah mmg jenis suka ukur jalan.

    Ko cuti ke mana tu Sal? Langkawi ke?


    ReplyDelete
  12. Happy Belated Birthday Sal!! Bestnya hadiah tu!! Dah pergi ke Spa. Hihi

    Semoga atuk Sal cepat sembuh.

    Dan bestnya dapat pergi Pesta Buku KL..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum pergi lagi. X taulah bila. Puasa dh dekat ni

      Delete
  13. Sape ckp cik sal x lawo..nah bila dh makeup rupa lebih kurang artis tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Artis karaoke boleh kira artis kan...haha

      Delete
  14. Dulu sis JM pun setia dgn bawal tp sejak pakai shawl ni semua bawal dh di 'goreng' 😬

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya masih x boleh move on. Shawl kalau special occasion je. Tu pun lama nak melilit. Haha

      Delete
  15. X susah pun pakai shawl kalau dh biasa x perlu nk beriya belit meh nk ajar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah, nanti nak menuntut jadi hijabista. Haha. Saya travel suka bwk shawl sng x payah gosok. Tapi tulah serabutnya lahai

      Delete
  16. Mmg sgt2 bz tu...bestla company buat dinner dpt gak merasa masuk hotel..keje gomen semua nk save jgn kata nk buat dinner meeting pun dh x ada mkn minum huhhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. La ye ke...bukan meeting gomen wajib ada karipap ngan mihun ke? Hehe

      Delete
  17. Powerchain tu kekal ke atau ada tempoh utk d tanggal..kalau x selesa mengunyah selera kurang nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Powerchain tu sebulan sekali dia akan tukar. Braces ni bila gigi kita dah gerak, dia akan longgar. So, repeat sampai dapat desired result

      Delete
  18. hamboiiiiii satu dewan tlg raikan....

    ReplyDelete
  19. cer tnjk pic close up yg da mekap tu? ;-)

    ReplyDelete
  20. Sy dan make up? Tak ngam sebab tak pandai make up 😂 Teringat pulak dengan arwah nenek sy 😢

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah tak pandai..tapi suka kumpul buat penuh bilik.haha

      Delete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com