Entry Penghargaan untuk Blogger Anies

Saturday, 8 April 2017

Assalamualaikum semua!! Lama rasanya tak buat entry penghargaan untuk rakan blogger kan. So..sila kembang semangkuk ye Anies, entry ni memang untuk hang!

Hari tu kitorang ngedate. Jumpa je terus dia bagi aku satu bungkusan. Uish..aku baru nak merajuk sebab tengok blogger lain dapat tapi aku tak. Hahaha. Actually, aku tak berharap. Masa Anies bagitau dia nak gi Switzerland, aku pesan kirim salam kat pakwe muka iras-iras Granit Xhaka pun cukuplah. Tau sangat pergi Europe modal banyak, so aku faham kalau tak dapat souvenir.

Tapi...rejeki jangan ditolak ye tak? Nak tau apa aku dapat? Meh kita explore..


1. Shawl kaler coklat dengan black laces. Memang cantik, kain pun lembut. Aku jarang pakai shawl so akan simpan ni untuk special ocassion
2. Luggage tag. Think it's in French. Bolehlah nak acah-acah dah sampai.
3. Bookmark Gempak Starz
4. Fridge magnet dari Jerman
5. Simcard
6. Fridge magnet dari Cambodia

Thanks a lot!!! Serius aku terharu wei!

Terima kasih yang kedua..sebab teman aku bersesak-sesak jumpa Liverpool legend, John Arne Riise. Event kali ni agak mengecewakan sebab tak properly managed compare tu meet and greet yang kitorang pernah pergi. Dahlah sound system bergema. Susah nak tangkap apa Riise cakap. Nasib baik English mamat Norway ni fluent. Tapi kalau nak tahu, penyokong Liverpool ni tahap kesabaran diorang tinggi. So, kalau nak cari jodoh, carilah penyokong Liverpool. Tak mudah putus asa, terima seadanya dan kekal setia walau selalu dihampakan. See...rugilah awak tak nak kat saya. 😊 *Drop hint*

Sabar menanti Riise, probably the last decent left-back yang Liverpool ada. Harap season depan belilah left back, centre back, goalkeeper, 20-goal per season striker, holding midfielder, referee, linesman, budak Milo dan Luis Suarez.

 Bercahaya semacam gambar ni, mana taknya matahari memancor dari belakang. Ni lah John Arne Riise. Hensem tak? Aku nervous sangat sampai lupa buat thumbs up. Dahlah atas pentas! Aku mana boleh pentas-pentas ni, kecut perut, usus, tali pusat, buah pinggang semua.

Terima kasih yang ketiga, thanks sebab tak marah kat aku.. Aku ada buat salah sikit, nasib baik Anies tak besarkan isu dan still nak kawan dengan aku. Yang tahu cerita tu, tahu lah. Sob...sob... *Kesat air mata pakai hujung mafla Liverpool* Risau jugak hilang kawan, bukan senang nak dapat friendship dari dunia maya kekal ke dunia nyata. Bukan nak Drama Queen, tapi itulah hakikatnya.

Dokanlah kitorang murah rezeki dapat kita gi Anfield sesama. Dapat tengok Emre Can dari jauh pun cukuplah. Sape nak ikut kena hafal lagu 'The Reds Go Marching In'. Kah kah. Aku sendiri pun tak hafal. Ale..ale..Luaskan Kuasamu aku reti lah.

OK gais...Thanks for reading. Sape nak kenal ngan Anies boleh usha blog dia kat SINI. Jumpa next entry!


Update : Baru lepas operate gigi bongsu dengan jayanya..tapi tengah menderita gusi bengkak plus demam.

43 comments

  1. alahai cik sal... comel betul bila merajuk... ha ha haa...

    ReplyDelete
  2. Simcard tu sama mcm jay emm beri pada SS... Tapi... SS tak reti nak guna camne... Nak register camne? nanti ajar SS plz...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anies kata nanti dia ajar..hehe. ce SS tanya JM.

      Delete
    2. Titiew pun x tahu ��

      Delete
  3. BANYAK SAL DPT HADIAH DRPD ANIES TU..MMG XLUPAANIES DGN KWN BAIKNYA TU.

    ReplyDelete
  4. Walaupun lupa thumbs up, nasib baik tak lupa bagi senyuman manis kat dalam gambar tuu. Hihi
    Terbaiklaa sis dgn kak Anis. Die hard fan Liverpool betul nih.

    ReplyDelete
  5. Waaaaa syoknya dapat banyak hadiah dari anies! *jelessss

    ReplyDelete
  6. wow siapa "awak" tu.

    ehem ehem

    ReplyDelete
    Replies
    1. entah, mana tau bakal jodoh terbaca. kah kah

      Delete
  7. Aniesssss...

    ini tidak adil.

    hihihi

    ReplyDelete
  8. serik dah cakap nak ikot.

    hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..dah hafal lagu you'll never walk alone belum nak ikut ni? hihi

      Delete
  9. wahh..banyak dapat hadiah, best2..peminat tegar mesti jejak kaki di Anfield..hehe..

    ReplyDelete
  10. alolo..comel je merajuk giteww..persahabatan yg susah cari persahabatan sudah senang, wlpun ada sikit slah faham tp still bersahabat. alhamdulillah

    ReplyDelete
  11. cantik selendang tu..hee.. Untungnya dapat hadiah.. :3

    ReplyDelete
  12. Nasib baik tak merajuk. Macam-macam dapat hah. Untunglah nasib badan, Sal. Bagus jugakan persahabatan alam maya berlanjutan sehingga ke alam nyata. Bukan senang nak cari kawan sejati dan sekepala ^_^

    Minta maaflah Sal, akak tak kenal mamat pun. Nak kata handsome dan macho sangat pun tidaklah tapi akak boleh detect dari gambar betapa nervousnya Dik Sal dapat bergambar di sebelah mamat tu. Lagi-lagi kat stage ya, lagilah nervous breakdown gitu. Hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab stage kan..rasa macam semua orang dok perati.padahal orang lain tak heran pun..haha

      Delete
  13. Replies
    1. Alhamdulillah...rezeki persahabatan tu yang paling mahal

      Delete
  14. wow..menarik nie..

    bukan juga nak bergambar dengan sport Figure

    ReplyDelete
  15. hi kakak.. lama tak singgah sini.. like really lama =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi Siti...mish u! akak pun lama x g blog Siti

      Delete
    2. blog kita sendu.. tengah cuba nak rajin =)

      Delete
    3. marilah cuba bersama-sama...haha

      Delete
  16. Wahhhh mentang mentang dapat banyak benda dpd Anies, bukan main lagi ucap Terima Kasih kat Anieskan sampai 3 perenggan haha....
    Kena bayo bape henggit tu Sal nak bergambo dengan si dia tu. Takkan free ek...

    ReplyDelete
    Replies
    1. free je kak..event ni Astro sponsored. Datang dan beratur dengan tabah je.

      Delete
  17. Replies
    1. tak pakai lagi sebab memang tak pandai pakai shawl..huhu

      Delete
  18. adehhhhhh mem besar terharu ni rs nk peluk hendo je ni... waaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. dari kau peluk hendo, baik peluk moreno. kah kah. takde keeper pun tak boleh score. pfft

      Delete
  19. sama2... ehhhh mn ada marah... kite ni jenis cool je... sbb tu mampu bertahan walaupun dah tggu 27 thn... ekekekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..apa ada hal. Next year will be our year!!

      Delete
  20. Wahhh, murah rezeki Sal & Anies 😄 jadi, kena cari jodoh orang Liverpool la ni? 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..payah jugak tu. orang Liverpool ni slang English dia pekat susah nak faham. Kena taruk subtitle baru faham. hehe

      Delete
    2. ok, cancel �� ahahahaha

      Delete
  21. Rezeki tu dpt kenalan blogger yg pemurah..byk lak tu dpt

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah