Assalamualaikum dan hai semua! First of all, aku nak ucap takziah kat blogger Qaseh Vee, yang baru kehilangan
bonda tercinta. Al-fatihah untuk arwah Hajah Mangiah binti Haji
Abdullah, semoga ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Kemudian, dapat pulak berita sedih yang Blogger Siti Yang Menaip pula kehilangan ayah. Semoga Allahyarham Shuhami bin Sulaiman tenang di sana.
Al-fatihah untuk arwah. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Semoga Siti dan kak Qaseh Vee kuatkan
semangat dan tabah menghadapi ujian Allah ini.
Buat yang tak tahu, Siti adalah partner travel trip aku ke Melbourne. Update entry ni memang teringat kat dia je.
OK lah, jom kita sambung cerita sebelum makin banyak yang aku lupa. Selepas solat Jamak Zohor Asar dekat Cape Woolamai, we oll meneruskan perjalanan ke Churchill Island Heritage Farm. Perjalanan mengambil masa around 10 minit. Satu perkara yang menarik on the way ke Churchill ni, korang berpeluang tengok wallaby/ kanggaru liar dan arnab-arnab gemuk berlari keriangan di kiri kanan jalan. Tak sempat nak snap gambar, tapi memang ada seekor wallaby, ke kanggaru entah steady je berdiri tepi belukar, tunggu nak lintas jalan! Tapi jangan berangan la nak jumpa Koala, diorang duduk atas pokok je.
Part 2

Dah sampai!
Beli tiket dulu
Besar jugak!
Aku ni tak pernah sampai New Zealand, tapi tetap jugak nak mention yang tempat ni cantik macam kat New Zealand..haha
Langit biru..Subhanallah!
Sebab terlampau cantik, aku tak bother nak edit pun gambar.
Demo memerah susu lembu. Boleh hands-on kalau berani. Aku? Spesis penggeli!
Brader yang sama..nak buat demo lain plak.
Apa dia buat kat kambing biri-biri tu? Adakah ni upacara khatan? Adakah aku berpeluang merasa pulut kuning kat Philip Island ni?
Sebenarnya, proses ini dipanggil 'Sheep Shearing'. Menurut cerita brader ni, orang dulu-dulu shear bulu kambing biri-biri ni pakai pisau je. Sekarang dah moden, pakai la mesin. Steady je dia pegang kambing biri-biri tu macam tu. Cik biri-biri tu pun pasrah menyerah diri untuk dibotakkan. Dah biasa agaknya.
Penting untuk buang bulu sheep ni sebab ia takkan berhenti tumbuh. Kalau tak buang, nanti sheep tu akan nampak gemuk dan berat. Macam korang lah, tak potong rambut dan kuku mesti rimas. Bezanya, bulu kambing biri-biri ada gunanya. Bulu u olls? Hahahaha
Yang baju merah tu adalah budak-budak sekolah. First time tengok golongan aborigines, atau orang asli Australia.
Bulu biri-biri ni banyak gunanya. Antaranya untuk buat kot musim sejuk dan kasut Ugg.
Biri-biri yang dah botak. Korang jangan risau, nanti tumbuh balik.
Ni buat kari sedap nih!
Yang aku faham, Churchill Hertitage Farm ni adalah untuk menunjukkan cara hidup dan aktiviti perladangan di Australia kepada pengunjung. Selain dari tu, korang boleh step back in time dan lihat rumah lama zaman Victorian. Sesiapa yang suka deko ala Inggeris boleh ambil inspirasi dari sini.
Dapat bilik macam ni, memang feeling Elizabeth Swann dalam Pirates of the Carribean lah u oll!
Settle menikmati cara hidup farmer kat sini, kitorang pun move on ke destinasi seterusnya. Ke mana tu? Tunggu..
Thanks for reading, gais!
*Autopublish. Busy weekend ahead!*