Saturday, 3 October 2015

Melbourne Part 2 - St. Kilda dan Luna Park

**Flash back kisah di airport sebelum berangkat...**

Muka sememeh aku ni mungkin nampak macam boleh dipercayai, jadinya Ayah dan Mak CT telah menitipkan pesan dekat aku supaya tengok-tengokkan anak dia. Esspecially kat part barang-barang penting, takut CT misplaced. CT pun nampaknya percaya kat aku, suruh aku pegangkan passport dia sampai lah selamat sampai ke airport Melbourne. Pergh...giler. Nasib aku tak jual anak dara kesayangan diorang ni..haha.

Tapi, ramalan Mak Ayah CT agak hampa, sebab aku yang diharap sangat ni rupanya lagi hampeh. Harapkan pagar, pagar makan padi. Harapkan goalkeeper, bola leret celah kangkang..

Alkisahnya, masa nak naik tram ke St. Kilda, tetibe aku tak jumpa kad MyKi yang baru merasa tap sekali tu. Habis aku geledah jaket dan beg. Mungkin hilang masa aku sakan bergolek-golek posing. Terpaksa beli baru, burn $20 aku! Melbourne ni leceh sikit. Walaupun kau duduk sehari je kat situ, nak naik public transport dia tetap kena pakai MyKi, bukan boleh bayar kat driver or beli tiket kat machine. Tak macam kat Sydney. Aku paling suka sistem kat Gold Coast. Wajib beli GoCard, tapi boleh refund duit kad dan balance dalam tu kalau dah nak balik.

Oh ye, MyKi ni senang beli dan senang top up. Ada jual di mana-mana kedai.

Takpe, takpe, aku tak nak rosakkan mood aku! Destinasi St. Kilda tetap diteruskan. Kami tunggu tram betul-betul depan Flinders Street Station. Nak ke St. Kilda ni korang boleh naik tram nombor 16 atau 96. Turun di stesen The Esplanade. Nah, link journey planner public transport di Melbourne. Korang just select je destination, dari mana nak ke mana, akan keluar option public transport samada bas, train atau tram.

Ada apa dengan St. Kilda?


Korang nampak tak rumah kat hujung tu? OK, tak silap aku tu muzium.. Belakang lagi dari rumah tu, korang boleh tengok penguin! Diorang akan keluar bermain di celah-celah batu.

Since aku dah pernah tengok penguin masa kat Sea World dulu, so aku takdelah heran sangat. Ewah, sombong bongkak pompuan ni! Tapi aku ni memang suka laut! So, aku take time untuk enjoy the view, walaupun lenguh kaki berjalan ke hujung jeti.

Yang pakai seluar pendek tu, tak sejuk ke?

Sementara Cik CT 'mengejar' penguin, aku duduk atas batu feeling Ombak Rindu melayan perasaan. Gambar takde, sebab aku dah macam orang kena Parkinson. Pegang kamera pun gigil! Iyelah, time keluar lepas zohor tadi matahari mencanak atas kepala, tak expect tetiba sejuk macam ni. Pakai jaket nipis je. Dahlah tepi pantai, dia punya angin jangan cakaplah. Korang nak tengok gambar tunggulah CT update entry ye. Hahaha.

Penguin-penguin tu keluar lepas sunset. Jangan tanya aku siang-siang dia gi mana.

Melbourne city night view from St.Kilda

Dah dapat yang dicari, kita gi tengok Luna Park pulak. Luna Park ni adalah sebuah taman tema dalam kawasan St. Kilda. Aku memang suka theme park, tapi takdelah plan nak naik rides. Lagipun, Luna Park ni bukanlah dibuka sepanjang tahun. Kalau korang nak gi, boleh check jadual kat sini. Kitorang dah tahu awal-awal Luna Park ni tutup, tapi takat nak tangkap gambar depan signboard dia je. Sebab Luna Park ni memang klasik, macam setting cerita hantu zaman 80an. Citer apa entah, yang ada clown gila tu.


Gambar aku!

Jauh kan, beza! Dahla seram!  Luna Park ni dekat je dengan St. Kilda, naik tram 16 or 96 jugak, berhenti kat stesen 'Luna Park'. Senang cari. Tepi jalan je.

Hampa sekejap perasaan. Dasar jimat elektrik! Tapi takpelah, aku pun dah penat, perut pun dah lapar. Kat Luna Park ni takde tram yang direct ke rumah RZ, so kitorang naik jelah tram yang ada. Nombor 16 atau 96 sahaja. Dalam tram aku tertidur. Hampeh tak? Kesian CT kena berjaga takut terlepas station. Kitorang berhenti kat stesen Melbourne Uni dan decide untuk jalan kaki. Ikut gerak hati je. Terer tak kitorang sebab tak sesat. Tapi, agak takut jugak. Sana pukul 9 malam dah sunyi macam kul 3 pagi.

Sampai rumah RZ, kitorang terus makan. Hahaha. Syok lah, Acik Y dah masak. Dia tak ikut kitorang merayap seharian, letih katanya sebab dalam flight tak tidur. Antara kitorang bertiga, aku sorang je yang tidur lebih 5 jam dalam flight dari KL.  Aku senang tertidur dalam kenderaan bergerak, lagi-lagi kalau selesa dan bergerak dalam kelajuan stabil. Hehehe. Korang kalau nak aku jadi co-pilot, mohon drive macam Lewis Hamilton supaya aku tak tertidur. Kalau korang hensem macam Kimi Raikkonen, lagilah mata aku segar. Hehehe. Oit, ingat aku kenal pemain bola je ke!

Sementara RZ dan CT catch up kisah silam, aku dah lena berbungkus selimut dalam kedinginan malam pertama di Keppel Street, Melbourne.

First day wrapped up! Thanks to my travel partner, Siti..We made it walau takat berdua je.

Kalau you all nak baca tips persediaan nak ke Melbourne, terutama yang first time datang Australia, boleh baca kat SINI. Bukan boleh main redah je kan..

Till then, see you next entry! Thanks for reading, lovelies!!!



103 comments:

  1. Saya redah je... hihi...

    Ok keep writing....

    Nk tgu sambungan.

    ReplyDelete
  2. Intro pon dah gempak..hihihi singgah bc story from ostolia

    ReplyDelete
  3. akak !! pantas nyeeee hahaha thumbs up.. ceq kasi 5 bintang..
    sebenarnya Cik CT tu terlena gak dalam tram.. tapi kepala dia terhantuk tu terus celik mata..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...kak Sal kau banyak masa.malas nak keluar rumah musim jerebu.berkurung mengadap blog,tengok bola,main twitter..tapi part 3 lambat sikit kot taip..nak kena susun cerita..

      Delete
  4. oooohemgi Luna Park.. meninggalkan kesan mendalam padaku..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.ayat seram Siti tu still terngiang-ngiang di telinga

      Delete
    2. Apsal
      ...
      Apsal....



      #kepohci jap

      Delete
    3. Hahaha. .ct takut amik gambar dekat2, takut ada benda ikut balik..tapi memang seram sebab sunyi.

      Delete
  5. hehehe.. kalau akak tinggal CT, alamatnya tak detim lah kami hari Jumaat tuh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak tinggal CT, akak yang menangis sorang-sorang kat Melbourne nu..x tahu nak g mana..haha

      Delete
  6. CT kejar penguin ka penguin kejar dia kak...?? heh2

    ReplyDelete
    Replies
    1. hello miamor.. penguin datang kepadaku hahahaha

      Delete
    2. CT nyanyi-nyanyi sikit macam dalam fairy tale terus penguin muncul..hehe

      Delete
    3. Serious???? Rakam sikit sore ko dik siti...
      Akk bwk hjg thn ni...

      Delete
    4. Hahahah akak pun tengah dok bayang aksi CT kejar penguin dan dikejar penguin :)

      Delete
    5. Huda...xkn bawak sore je..bawak la orangnya sekali. .hihi

      Delete
    6. CT rasa kan.. paling bising kat tempat tu orang Malaysia lah ahaha..
      bukan CT sorang.. tapi semua sama-sama jakun.. bunyi sikit semua menyuluh lampu..

      Delete
    7. ingatkan penguin, rupanya itik..haha

      Delete
    8. ahahaa yg tu klakar.. serious klakar over gilaaa semua menyuluh skali itik yg keluar ahaha

      Delete
  7. Kenapa takde gambar penguin T___T

    Nama MyKi tu ala-ala nama MyKad. Pertama kali baca ingatkan hilang ic sebab nama dah dekat serupa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. gambar penguin,CT je yang amik pakai camera dia.akak time tu dah terduduk je menahan sejuk..

      oh tak..akak kalau gi oversea memang tinggalkan IC dalam luggage. nak balik baru keluarkan..terkilan hilang myKi tu sebab mahal..huhu

      Delete
    2. Faham perasaan itu... sbb kami pun pnh hilang myki tu....

      Lbh rasa nk nanges... cuba ko "darab 3"...

      Hwaaaaa

      Delete
    3. kitorang lagi dahsyat, sebab darab 3.3...huwaaaa

      Delete
  8. penguin tu tido kot siang2..... hihihiiihih... Amboi kak sal feeling ombak rindu sorg2... :D btw cantik pantainya kan...

    ReplyDelete
  9. Kak Sal suka pantai rupanya.. klu pantai mesia ni kena pakai sunblock.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. pantai Malaysia panas..tu yang best!hihi

      Delete
    2. jom g kpg sy..tepi pantai...panas giler...terbakor kulit...hahahahah

      Delete
  10. gmbr flckr ,gmbr siti.,

    gmbr wak:
    https://fotolumayan.wordpress.com/2010/10/10/luna-park/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah...nanti nak gi tengok. Gambar wak amik mesti cantik

      Delete
  11. Dalam seronok ada juga di uji hilang MyKi tapi nasib baik baru $20/- (jgn convertlah nanti sedih)..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. .tu orang tua pesan jgn seronok sangat. .hihi. Tapi betul..dia jadi sedih bila convert

      Delete
  12. Jahat jugak ada niat nak jual anak orang hahhahaa :P setuju MyKi tu mmg leceh nak beli kalau kita tak banyak sgt nk jalan2... huhuu.. Sayang juga la Luna Park tu tutup huhuu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. .sebab $20 tu paling murah. Kalau duduk sekejap je kan syg...

      Delete
  13. mesti cute Siti and penguin..Luna Park tu dah tutup ke? cam takde orang je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukak time cuti sekolah n weekend sahaja. Kitorang g ni hari isnin

      Delete
  14. Datang dari blog kak Siti. Hehehehe Best laa kan jalan jalan kat sana ^^
    Tapi memang betul aa. Luna Park tuu dah kenapa nampak seram semacam --'

    ReplyDelete
  15. Cantiknya lampu2 St. Kilda waktu malam :)

    ReplyDelete
  16. Alaaa nak tgk gmbr penguiiin. Hehehe

    P/S: ambik la Lewis Hamilton, ambik lah Kimi Raikkonen. Janji jgn ambik Sebastian Vettel kite. Ehhh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..bukan kenal sangat pun.main petik je nama

      Delete
    2. Carlos i book siap2 k.. Alonso yang dah macam nak pencen pun still hero i ehehe..

      Delete
    3. tapi Carlos tu memang hensem...hehe

      Delete
    4. kaaaan !!! dari dia join smpai skarang da macam dewasa ni i follow dia.. hensem gila. tp skill dia xde la hebat sngt.. dia ketegori junior lg..

      Delete
    5. budak baru belajar..lama-lama nanti hebat lah tu..nanti suruh dia drift kat Penang seround..hehe

      Delete
  17. wah wah dapat tengok penguin. apsal tak culik seko? mihmihmih

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..mau ada yang kena kejar kat airport masa nak balik

      Delete
    2. kejar 1 hal.. nak suruh diorang diam 1 hal !! ahahaha..

      Delete
  18. Kalau ya pun penat dan menggigil nak pegang kamera, sempat pulak ambil gambar kasut aje kat Ostolia ^_^ Kenapa tak posing sampai lembik, Sal? Bukan hari-hari pun sampai sanakan.

    Akak ni kalau naik kenderaan bergerak, memang tak boleh tutup mata, tak boleh lena. Memang sesuai sangat jadi co-pilot. Tapi kalau dapat geng yang asal kenderaan bergerak aje dah lena macam Sal ni, memang akak pun boleh termenguap samalah! Sangat tak sesuai memandu dengan co-pilot macam ni tau ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat situ gelap je kak..diorang tak bukak lampu banyak, tak nak menakutkan penguin kot? bila gelap ni, nak tangkap gambar pun malas..blur je macam gambar kasut tu

      Delete
    2. pastinya dia posing banyak besen wei
      takat tunjuk semua
      hak exclusive gitu...adeh. tu pun kena explain

      Delete
    3. hahaha..betul lah kak, memang tak posing kat sini.gigil-gigil je...

      Delete
  19. berapa suhu time ni?

    tepek laa gmbr2 suasana mlm kt situ...mesti cun

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pasti..rasanya dalam 10 degrees

      Delete
    2. perghhhh bestnya pengalaman camni

      Delete
    3. 10 je? kat liverpool dulu ai releks je -10C


      hahahahaahhahahahahahah

      Delete
    4. hahaha..paling sejuk masa malam yang kena belasah ngan Man Utd tu kan? hihihi

      Delete
  20. mana pingu ... huhuhuuu ... tu lah , mat saleh dah biasa dgn cuaca sana . klu saya lagi gila kot menggigil ... lepas ni nak gi baca blog siti lak ... heheheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. pingu! suka dok tengok cite tu dulu

      Delete
  21. Wawawawa.......diam diam udah sampai Melbourne rupanya ....
    Parkinson Parkinson jangan sebut ha.....tu penyakit mak mertua ku huhu.....
    Tulah sapa suruh golek golek ala ala hindustan kan dah hilang kad tu..... Eh? Tak de taik anjing ke kat sana Sal? Ko siap golek golek gitu?



    ReplyDelete
    Replies
    1. sana bersih kak..jangan kata anjing, kucing liar pun takde..kalau risau pun, risau taik burung je..hehe

      Delete
    2. bersihkan negara orang...negara kita banyak tak implementkan benda-benda baik camni

      Delete
  22. manja pulak si SYM suruh pegang passport...hahaha

    (ayat nak kena panah dengan SYM)

    akhirnya dapat travel bersama ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..biarlah, dia nak bermanja sekali-sekala.kalau hilang passport dia, dengan saya sekali susah..hehe

      Delete
    2. mana ada dengki....wekkkkk

      Delete
  23. teruskan mennulis sal...sambungannya...tak sabau nak baca ni....eksited sebab belum pernah sampai....

    ReplyDelete
  24. Untungnya sal..dapat travel macam ni. ni la best nyer jadi org bujang..kalau kathy nak travel mesti 6 sekali nak ikut. Mana nak cekau duit nak ke oversea? Hehehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah nasib kita kak kathy wei
      tak best rasanya nak travel tinggal anak
      tapi kalau bawa...cost plak ye
      tak apalah...kita duk rumah ajelah kak...hehe

      Delete
    2. tunggu anak-anak besar, pastu bawak mak ayah pulak.manalah tau..

      Delete
  25. tetiba sy mencari2 penguin dlm gmbr..haha lawa sgt view dekat st.kild..sy pun suka pantai jugak!♥

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde penguin dalam gambar, sebab penguin duduk celah batu.malam baru keluar. lagipun,sejuk yaamat time ni

      Delete
  26. myki tu leh refund ker balance nyer sal??? saje nk nyebok tya...hehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak boleh kak..so, either bawak balik, or bagi je local kat sana

      Delete
    2. ooooo......kena pakai smpai habis laa yeee....bwk balik jd kenangan...hik hik hik

      Delete
    3. bawa balik jadi reput dalam laci...hihi

      Delete
  27. passport CT minta Sal yang pegang? hurm....berat tugas tu..its 'nyawa'...kalau sis JM mmg x berani sbb jenis careless jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...memang 'berat'.kesian gak kat Siti, dah bawak makanan lagi.saya melenggang je bawak backpack kat belakang ada sweater je.tapi, sebab dah biasa adik-adik ramai kot..dah terbiasa jadi orang yang diharapkan

      Delete
  28. itu lah ruginya pakai myKi kan..kalau x habis guna mmg rugi so better top pup sikit dulu kalau x cukup baru add on!...klau dah jatuh tu dah jadi rezeki org lain lah...ada xpired date x...ye lah mana tahu ada rezeki nak ke ke sana leh ambik kad myKi cik Biah punya :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bab expiry date saya x sure..kad myki saya dah selamat saya wasiatkan kat kawan Siti..maap ye kak JM..hihihi

      Delete
  29. nasib baik myKi yang hilang kalau passport? ya Allah minta jauh lah kes2 mcm tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hilang duit takpe lagi, tapi janganlah passport!

      Delete
    2. nasib saya tak penah ada passport...hehe

      Delete
  30. Replies
    1. ye ke penguin tido siang? almaklumlah, patik belum khatam ilmu hewan...

      Delete
    2. kih kih kih...dengar boleh percaya JANGAN

      Delete
  31. nampak menariklah travel korang berdua ni...walaupun baru pertama kali travel bersama smooth je kan..maybe preparation done well dan travel partner pun best....

    ReplyDelete
    Replies
    1. partner saya kan buat preparation tip top meletup..hehe.so, kak JM...bila nak travel ngan kitorang?

      Delete
    2. Jom Sal! kita ke Kashmir nak? kita ke Taj Mahal tapi ikut pakej on late mac to early april 2016

      Delete
    3. ala kak JM..timing tak cantik.tapi, kalau nak ke India memang kena ikut pakej..bahaya nak backpack small group.tarikh lain? I ok je asyik tgk Tol Mahal je...haha

      Delete
  32. Kak ipar aida side asben, dok kat bumi kangaroo.
    lom cukup bajet mau ke sana, sal.
    anak ramai :-) ha ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib kita serupa...
      aiceh..ternyanyi plak =)

      Delete
  33. kenal juga kamu dengan f1 racer ye...tapi samalah kita
    tapi kimi raikkonen tu dah tua lah dak sal wei...
    nico rosberg lah okay sikit...tak pun alexander rossi
    barulah bergetar tulung rusuk katanya...wahaha
    ni apa komen lari dari topik ni...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. satu-satunya cite clown hak yang seram yang akak pernah tengok, cite IT
      pastu sumpah tak tengok dah cite seram clown

      nama dia memang luna ke? tak ada unsur keseraman langsung
      tapi tempat memang nampak seramlah
      lagi gambar sal ambik...uishh...seram

      Delete
    2. oh sal, bab tidur dalam kenderaan
      kita sama lagilah! asal masuk kenderaan tidur
      asal tidur, masuk kenderaan...hehe

      Delete
    3. nama theme park tu Luna Park. Ah..yes, saya teringat citer IT bila nampak pintu gerbang dia. Tak tau nape.Dah lupa lah citer tu cmane..ingat ada clown gila je

      Delete
  34. Replies
    1. let's just say ada banyak theme park yang lagi best dekat Australia. Iconic place untuk bergambar, tapi kalau semata untuk naik rides, baik gi Gold Coast or Luna Park dekat Sydney

      Delete
  35. harap saya bole tengok penguin nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada rezeki..tapi kena sabar.dah gelap baru keluar.

      Delete
  36. gagah neh! kengkonon hipster la amik gambar gittu..kekekeke...comel!

    hmmm...kalau ada public..eh silap..kalau ada nadi pengakutan bak kata CT tu mmg sangat happeyy!

    alaaaa...kesian kak sal! Be extra careful ye next time...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...we oll memang ajet-ajet hipster.tu baru sikit, kalau tunjuk semua, pening korang yang membaca

      Delete
  37. kak Sal, kita geng, suke jugak tidur dlm kenderaan bergerak.... hahahahah kalau naik kereta tuh, xsampai 5 min, dah lelap....hahahahahha i am a bad co-pilot, becos i sleep most of the time :D hihihihihi mmg berbeza betul gambar depan Luna park tuh yer....heheheh

    ReplyDelete
  38. aiyak, mmg sangatlah careless..haii..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..melayang duit sebab careless..huhu

      Delete

Thanks sudi baca. Komen je apa-apa korang suka. Lagi panjang lagi best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by BloggerCandy.com