The world has change, Madam!
The world has changed for people on Twitter, not for people like us
Menonton filem ini di Netflix dengan harapan yang tinggi. Apatah lagi bila dengar Shah Rukh Khan puji melambung lakonan Alia Bhatt dan tak sabar menanti buah tangan Alia yang pertama sebagai co-producer. Aku bukanlah fanatik Alia Bhatt, tapi aku suka tengok dia berani keluar dari kepompong watak gadis moden (Dear Zindagi, Kapoor & Sons, Humpty Sharma Ki Dulhania, Badrinath, Shanddar etc) dan mencuba watak berat seperti dalam filem Udta Punjab dan Gangubai.
Filem Darlings mengisahkan Badru (Alia Bhatt) yang berkahwin dengan Hamza (Vijay Varma) atas dasar cinta. Hamza mempunyai tabiat buruk iaitu suka minum arak sehingga mabuk dan kemudian memukul Badru. Ibu Badru, Shamsu (Shefali Shah) yang tinggal berdekatan sering menasihati Badru supaya meninggalkan suaminya tetapi Badru menegaskan yang Hamza akan berubah. Zulfi (Roshan Mathew) jiran mereka sendiri buat laporan polis tapi Badru sayang sangat pada Hamza sampaikan dia tak bagi polis penjarakan suami dia.
Hari demi hari perangai Hamza makin teruk sampai berlaku satu peristiwa yang membuatkan Badru bertekad nak 'ajar' Hamza. So, nak tau Badru buat apa korang tengok lah sendiri.
Orang yang tak biasa tengok filem Hindustan mungkin akan ada kejutan budaya sikit sebab walaupun karekter filem ni semuanya Islam tapi tenang je minum arak. Aku husnudzon lah yang diorang nak selit dakwah kenapa arak diharamkan dalam Islam. Takde pulak aku baca kontroversi orang muslim India boikot filem ni sebab karekter Hamza tapi ada yang boikot sebab tak suka apa yang karekter Badru buat pada Hamza. Tapi aku suka. Endingnya pun aku suka. Hahaha. Mungkin wanita yang pernah tersakiti mental fizikal oleh lelaki je kot yang boleh relate filem ni.
Filem ni bukan filem feminist ya. Ia cuma memaparkan perjuangan dua orang wanita yang dah serik dibuli. Filem ini juga tentang sifat buruk sesetengah lelaki yang susah nak dibuang dan ramai wanita membuat silap dengan menyangka mereka mampu mengubahnya.
So buat yang belum berkahwin, berdoalah supaya ditemukan jodoh yang baik. Tiberrrr...
Anyway recommended ke tidak? Depends. Kalau suka dark comedy boleh tonton. Filem yang sarat dengan mesej. Tentang keganasan rumah tangga, kasih sayang ibu pada anak, hubungan toksik dan hidup bermasyarakat. Ada babak slow sikit dan ada babak saspen. Dari segi lakonan ok lah. Shefali Shah macam biasa amazing. Alia Bhatt rasanya boleh improve lagi. Sorry sistur. Watak-watak lain cemerlang. Tengok Hamza rasa sakit hati, tengok Zulfi rasa kesian. Dahlah rambut macam Mohamed Salah. Eh.
Tu jelah review dari aku. Jarang keluar lately so takde modal buat entry.