LaLaport Bukit Bintang KL - Di atas tapak Penjara Pudu

Sunday, 13 March 2022

Assalamualaikum dan hai semua! Ni cerita semalam. Bosan duduk rumah, aku ajak adik aku ke LaLaport yang terletak di Bukit Bintang, KL. Mall ni 'terkenal' sebab dibina atas tapak penjara Pudu yang dirobohkan pada tahun 2012. 

Orang-orang lama tahulah betapa bersejarahnya Penjara Pudu yang ditamatkan operasi pada tahun 1996. Logik jugaklah pada pendapat aku sebab masa tu kawasan Bukit Bintang tengah membangun dengan pesat dan menjadi tumpuan pelancong. Takkanlah tengah-tengah bandar ada penjara. Lepas ditamatkan operasi, pernah dijadikan muzium tapi tak pasti berapa lama. Aku sendiri tak berkesempatan nak pergi sebab ramai cakap muzium tu 'keras' dan banyak cerita mistik pengunjung lepas melawat muzium tu. Yang aku ingat, sekolah aku nak buat lawatan tapi last-last tak jadi. Parents tak bagi kot. Termasuklah mak aku. Hehe.

Baca ni kalau berminat nak tau sejarah Penjara Pudu : Penjara Pudu - Masihkah Kau Ingat


10 tahun kemudian, di atas tapak Penjara Pudu, berdiri megah LaLaport pertama di Asia Tenggara. LaLaport merupakan rantaian pusat beli-belah Mitsui Fudosan yang berpangkalan di Tokyo, Jepun. Mitsui Shopping Park dengan keluasan 78,500 kaki persegi ni menghimpunkan rangkaian jenama-jenama kedai dan restoran terkenal dari Jepun seperti Pansy, Como, Nitori, Nijoma dan Don Don Donki di bawah satu bumbung.

Senarai penuh kedai boleh lihat di SINI

Kitorang pergi naik public transport je. Kalau naik LRT aliran Ampang/ Sri Petaling, turun di stesen Hang Tuah.

If naik monorel pun turun di stesen yang sama. Stesen LRT dan monorel Hang Tuah bersambung.

Kalau naik MRT, boleh turun di stesen Bukit Bintang tapi kena jalan sejauh 1km. Kalau biasa menapak di KL sebenarnya tak jauh pun. Teringat masa umur 20an dulu kerja Pavilion, memang cekap aku bab jalan Bukit Bintang ni. Mujur tak sampai Changkat je. Ops. 


Naik eskalator dari stesen LRT terus nampak entrance ni. Lalaport Bukit Bintang City Centre/ Lalaport BBCC




Banyak wing masih dalam pembinaan walaupun dah dibuka untuk orang awam dari bulan Januari




Kedai yang paling menarik perhatian adalah Nitori. Seolah-olah IKEA tapi versi Jepun


Nitori pada pendapat aku banyak produk menarik yang memang berasal dari Jepun. Macam kita masuk Daiso, ada je idea unik yang tak dijumpai di kedai lain. Contohnya sarung bantal 'sejuk' dan alas kaki cepat kering. Tapi kalau nak beli tu belek-belek lah dulu. Ada jugak yang made in China, tapi harga mahal. Probably sebab dijual di sini. Pandai-pandai lah banding harga dan kualiti. Alah, korang semua terer bab shopping ni, tak payah ajar. 




Kerusi 'Deadpool'


Masa aku ke Jepun dulu,  tak jumpa pulak LaLaport. Sempat pergi shopping di kawasan Dotonbori dan Yodobashi Umeda store sahaja.

Jemput baca secebis pengalaman aku bercuti ke Osaka-Kobe-Kyoto-Nara di SINI

Berhampiran tempat aku ambil gambar ni ada deretan tangga LED yang digelar 'Grand Steps'. Sebab siang tak nampak sangat kerlipan lampunya so aku tak pergilah ambil gambar. Kalau malam mesti cantik.


LaLaport juga ada 'Rooftop Garden' yang menghijau dan boleh nampak banyak bangunan ikonik Kuala Lumpur macam Menara KL, TRX dan KL118. Ramai ambil gambar di sini tapi aku tak join sebab panas. Bila panas, aku ambil gambar tutup mata. 


Jadi lah kan..tak dapat bergambar dengan Gundam di Tokyo


RollerWa ni pun menarik jugak. Coming soon. Tak sangka kegilaan roller skates akan kembali. Dulu tahun 90an memang famous sebelum kemunculan roller blade.

Roller Wa adalah skating rink indoor. Di 1Utama dah dibuka sejak Disember 2021 tapi aku tak pernah pergi lagi. Macam menarik pulak. Katanya aktiviti roller skating indoor ni popular di Korea. 

Sempat jugak aku tengok toilet di LaLaport ni. Manalah tau sama macam di Jepun, pakai elektrik. Tapi tidak ye, toilet biasa je. Ada air, jangan risau.


Ini kawasan kedai-kedai makan di level bawah sekali


Ingat nak cuba MatchaEight ni sebab aku suka green tea tapi ramai beratur. So auto malas. 

So..adakah aku akan ke sini lagi? Maybe tidak dalam masa terdekat memandangkan banyak kedai tak bukak lagi. Nasib baik dah makan siap-siap kat rumah. Pergi ni pun sebab rasa ingin tahu. Nak pergi attraction lain takut ramai orang. Cuti sekolah kan.

Frust jugak aku sebab takde pusat karaoke dan arked game 'Pachinko' memandangkan keduanya adalah aktiviti hiburan masa lapang popular di Jepun.

OKlah tu je nak cerita tentang 'mall berhantu' ni. Hantu apa? Hantu Shopping. Nasib baik aku tak terjebak. Or maybe next time?
Read More

Funtasy House Ipoh

Friday, 11 March 2022

Assalamualaikum dan hai semua! Akhirnya kita sampai ke entry terakhir trip aku ke Ipoh 4 bulan yang lepas. Macamana nak jadi travel blogger yang berjaya macam ni. Eh..travel blogger laku lagi ke di zaman tik tok ni?

Ha..Ayu kan gambar aku kat bawah ni. Ibarat menanti orang datang meminang je. Kahkah. Entahlah meminang tawaran kerja atau meminang ajak travel sekali. Nak tau kat mana aku ambil gambar ni? Jemput baca sampai habis (bajet saspen padahal kat tajuk dah ada) . Amaran : Entry ni banyak gambar.


Before we begin, let's recap trip aku dan Anies ke Ipoh penghujung bulan Oktober 2021. Perak masih dalam PPN Fasa 3 waktu kami ke sana, jadi ada banyak tarikan yang masih ditutup.

Day 1

Day 2

Day 3

Lepas lunch, kami singgah solat Zohor di Masjid Sultan Idris Shah II atau dikenali sebagai Masjid Negeri Perak. Settle solat dalam pukul 1.30 pm sebab masa tu Zohor masuk waktu awal. Masih ada banyak masa sebelum naik KTM balik ke KL pukul 3.30 pm, jadi kami ke Funtasy House yang tak jauh dari stesen keretapi. Hanya 500meter je berjalan kaki.


Since kitorang dah check out dan memang menunggu masa nak naik tren untuk balik, beg semua angkut sekali. Tapi jangan risau sebab ada locker dan tempat simpan luggage. Free jer, tapi simpan kunci baik-baik


Harga tiket dan waktu operasi Funtasy House Ipoh

Kitorang pergi ni hari Isnin, so takde orang laim dalam tu. Ada kitorang je. Senanglah nak bergambar, boleh bukak mask. Hehehe.

Korang kalau biasa masuk muzium berkonsepkan 3D atau 'Trick Art' ni mesti tau kan, kalau nak gambar cantik, kena pandai pose. Unfortunately, aku bukanlah orang yang pandai posing jadi korang abaikan jelah kalau tak fotogenik atau trick sesuatu gambar tu tak sampai.


Jadi gadis sarkis jap. Chaal chaal chaal mere hathi, oh mere saathi


Gambar juggling ni tak berapa nak jadi


Berangan di Cappadocia kejap


Insert lagu 'Defying Gravity' dari teater Broadway 'Wicked'. 


Ku harapkan putera raja, puteri bunian yang muncul. Ceh


Everybody is Kungfu fighting!




Eh Sotong ni..aku tangkap buat sambal kang ha


Masuklah Jah oi..dapur aku ni tunggang terbalik dah ha


Menyorok dari tikus

Di sini ada juga photographer diorang yang akan tolong amikkan gambar. If pakai kamera dia, nanti korang kena beli lah gambar tu kalau nak. Tapi pakai kamera sendiri pun boleh. Just cakap jelah elok-elok.


Thumbelina yang pasrah kena kahwin dengan Putera Katak


Cabut gigi hantu



Teringat masa pergi Museum of Illusion di KL. Rasanya pose yang sama je. Haha.

Menurut Blogger Anies, nak dibanding dengan Muizum 3D Penang, Funtasy House ni ada kurangnya sikit iaitu lantai diorang tu kacau effect gambar. If dicat sekali supaya blend in dengan illusion lagi cantik.
 

Al kisah terdapat seorang pencuri harta karun


Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya beliau ditangkap


Tak nampak macam takut, macam menari inang pun ada


Tu tangan ke ranting kayu?



Terburai dah isi perut. Habislah segala pizza dan roti goyang makan pagi tadi


Cubaan menghidupkan semula oleh Sang Drakula

Actually ada banyak lagi gambar tapi ada yang tak jadi. Hahaha. Photo credit to blogger Anies. Since dia bagi gambar aku je, so entry ni ada gambar aku jelah ye. Korang gi ketuk pintu rumah dia kat SINI suruh update entry versi dia pulak.

If korang berada di Ipoh dan minat trick art museum sebegini bolehla singgah di Funtasy House, Ipoh yang terletak di 16, Jalan Market.

Facebook

Read More

Sushiwak Melawati Mall - Kedai Sushi Halal Serendah RM 1. Sedap ke?

Monday, 7 March 2022

Assalamualaikum dan hai semua! Ini cerita bulan lepas. Pergi Melawati Mall dengan member nak beli barang sikit, kebetulan dah hampir tengahari. Laparlah pulak walaupun dah breakfast. So..tercari-cari kat mana nak lunch. Aku dengan kawan aku si ND, kitorang sama-sama tak berapa suka makan ayam so bila nampak kedai sushi, terus mata bersinar-sinar macam dalam anime. 

Agak pelik nama kedai ni - Sushiwak. Eh..ni kedai makanan Jepun ke Jawa? ND cakap Sushiwak ni kepunyaan selebriti yang terkenal dengan misai melentik - Wak Doyok. Siapa kat Malaysia ni tak kenal Wak Doyok? Seorang ikon fesyen, usahawan berjaya dan selalu bersedekah dan melakukan kerja amal. No wonder rezeki beliau murah. Beria aku puji tau. Hurm...Wak Doyok ni single lagi kan. Eh.

At first aku macam skeptical jugak. Sebab pernah makan di restoran selebriti tapi lepas tu rasa tak seindah nama brand. Tengok dari luar, nampak ada pelanggan tapi takdelah crowded sangat. Masih boleh amalkan penjarakan fizikal. Aku dan ND tak fikir banyak, terus masuk dan duduk dekat dengan conveyer belt supaya senang nak ambil sushi. Kedai luas dan bersih. Tempat duduk pun banyak.



Nice deco. Nampak eksklusif


Range harga sushi dari RM1 hingga RM5.50. Murah pada pendapat aku.


Meh tengok menu



If sushi yang korang nak tu takde atas belt, boleh order. Sushiwak pun mengamalkan konsep order pakai QRCode. Kebanyakan restoran zaman sekarang dah buat macam ni, so kita go with the flow


Baik makan 'Maki' dari dok maki orang. 


If nak makan nasi, bolehlah cuba salah satu dari menu 'Donburi'


Tak makan sushi? Boleh pilih set Bento. Ni biasanya kalau bawak mak ayah warga emas lah. 


Mi pun ada


Menu Sushiwak ni bukan sushi sahaja. Kalau rasa nak makan makanan Jepun boleh datang sini. Menu pelbagai. Actually aku pun bukan pandai sangat. Masa nak order tu google lah dulu. Kang takut makanan dah sampai, tak menepati citarasa tekak pulak. 



Selain dari sushi, aku order Spicy Udon sebab aku memang suka makan udon. Restoran Jepun ni kalau kata spicy pun takdelah spicy sangat.


ND order Curry Salmon Don. Dia kata sedap. Sebab ni musim pandemik kan, takdelah nak rasa sikit. Lagipun masa ni aku baru habis kuarantin.

Ironinya entry ini walaupun tentang aku makan di kedai sushi, tapi aku lupa nak tangkap gambar sushi. Adoi la.


Dah makan kita bayor la


Kerlas ye ko Wak, jadi samurai


Total loss : RM85.95. 

Puas hati makan sini sebab sedap, servis bagus dan harga berpatutan. Boleh repeat lagi kalau teringin nak makan sushi atau makanan Jepun.

SUSHIWAK Melawati Mall, 
Lot No. L3-23- & L3-24 (B), Level 3,
Jalan Sabah, Taman Melawati, 
53100 KL


Boleh juga order via Foodpanda dan GrabFood 


Read More