Kinta Riverfront Hotel Walk Ipoh - Betul ke dulu tempat ni macam I City?

Saturday 5 February 2022

Assalamualaikum dan hai semua. Cerita kami di Ipoh masih belum habis. Petang hari kedua kami di sini, kitorang nak usha Kinta Riverfront Hotel dan Kinta Riverfront Walk. Dekat je dengan Hotel Cititel Express tempat kami menginap. Hanya berjalan kaki ikut laluan tepi sungai.

Before we begin, let's recap trip aku dan Anies ke Ipoh penghujung bulan Oktober 2021. Perak masih dalam PPN Fasa 3 waktu kami ke sana, jadi ada banyak tarikan yang masih ditutup.

Day 1

Day 2



Apartment dalam gambar di atas adalah sebahagian dari Kinta Riverfront Hotel and Suites. Antara hotel yang famous jugak di Ipoh ni. Pernah baca review blogger yang kata swimming pool Kinta Riverfront Hotel best dan sangat sesuai untuk percutian keluarga terutama kalau bawak budak-budak.

Masa pandemik melanda dulu, hotel ni ditutup sementara tapi masa kitorang pergi dah bukak balik dan dah nampak kembali meriah. So sesiapa yang nak bercuti ke Ipoh bolehlah intai-intai hotel bertaraf 4 bintang ni dari laman tempahan yang offer harga terbaik atau di website rasmi. Kami intai dari luar je


Takde apa pun nak buat sini. Pose atas jambatan jelah mampu


Air sungai keruh sebab petang sebelumnya hujan lebat


Sampai ke seberang jambatan nampak beberapa alat-alat melombong bijih timah lama yang terbiar. Wah..itu agaknya Palong Tin Museum!


Asalnya aku teruja nak berjalan di Kinta Riverfront Walk sebab aku pernah baca di blog salah seorang travel blogger favourite aku, Syed Amran yang di sini ada Palong Tin Museum - muzium tentang sejarah aktiviti melombong bijih timah di Ipoh. Aku memanglah hantu muzium dan seingat aku, aku tak pernah melihat sendiri alat melombong bijih timah depan mata. Tengok orang 'melombong bijih' sambil tunggu traffic light hijau tu biasalah. Hahaha


Kecewa jugak bila sampai, nampak deretan bangunan terbiar dan dedaunan berguguran..dahan nan kerapuhan..bunga-bunga cinta...Layu di pusara.



Aku harap adalah nanti pihak yang akan pulihara dan bukak muzium ni balik. Aku husnudzon yang tempat ni tengah renovate.


Deretan bangunan kat seberang sungai tu pun kosong je tak berpenghuni. Ingatkan ada kafe boleh mengopi tepi sungai macam di Melaka tapi takde. So kitorang ambil gambar jelah. Gambar ini diambil beberapa ketika sebelum kami kena 'perambat'...

Kena perambat sebab apa? Tempat ni actually ditutup untuk orang awam sebab tengah construction. Patutlah tak nampak orang ramai melainkan seorang brader tengah bersenam dan satu famili yang aku syak bukan local jugak macam kitorang. Nasib baik Pak Guard tu tak marah-marah, dia cakap elok-elok je. Kitorang mintak maaf jelah and request nak patah balik dari arah kitorang datang. Cuak jugaklah aku masa tu.


Patah balik baru perasan yang kitorang cross border ni. Allahu teruk perangai. Nasib baik takde cedera ke apa. Maaf Pak Guard. Part ni aku tak cerita kat mak aku, kalau tak habis kena bebel.

So..if betul tempat ni under construction, mungkinkah ada sinar harapan nak tengok Palong Tin Museum dan Riverfront Walk ni kembali meriah macam dulu-dulu?

Masa tempat ni tengah viral tahun 2017, memang meriah dan cantik. Orang kata macam I City di Shah Alam nun. Meriah kalau datang malam-malam sebab ada tempat makan, port bergambar, live band dan pokok-pokok lampu LED lip lap lip lap. Suatu masa dahulu ni tempat tumpuan seisi keluarga. Romantik gitu berjalan di tepian sungai dilimpahi cahaya lampu warna-warni. Tak nak jalan, boleh juga sewa basikal atau trishaw.



Tapi tu dululah. Kinta Riverfront Walk di tahun 2021 tinggal tiang je. 


Kalau ikut pembacaan, sebelum Covid melanda lagi dah jadi sendu tempat ni. Maybe masalah pengurusan atau kos. Bukan murah dan mudah nak maintain. Tak tau siapa yang patut jaga. Majlis Perbandaran ke pihak Hotel Kinta Riverfront? Ada jugak aku nampak rumah tepi sungai. Tu yang nampak unggun api dalam gambar atas ni. Mungkin jugak pemilik tanah persendirian? Wallahu'alam. Teringin nak tahu cerita. Sesiapa yang ada info ke, teori konspirasi ke, bolehla share di ruangan komen. Hehe.

Perkhidmatan berbasikal sepanjang sungai ni pun dah tak nampak, tapi ada nampak beberapa keluarga naik basikal sewa warna kuning berhampiran Taman Dr. Seevanisagam, sebuah taman botani untuk kegunaan awam. Kami tak dapat nak ke sana sebab dah 'terencat' kena perambat dek pak guard tadi. Di sana ada 'Taman Jepun'. Mesti menarik dan cantik tempatnya sebab dari jauh nampak ramai jugak orang.


Anyway, hari pun dah lewat. Kinta Riverfront Walk pun nampak sunyi, tak semeriah zaman kegemilangannya dulu. Takut pulak nak berada di situ waktu senja.


Snap gambar Cititel Express, tempat kami menginap dari atas jambatan. Best ke stay situ? Baca review di SINI


Main snap aje kawasan sekeliling sambil berjalan kaki balik ke hotel



Disebabkan dah letih sangat, kitorang decide untuk balik ke bilik je walaupun baru pukul 7 lebih. Singgah Old Town jap. Kudap-kudap snek dan hot chocolate. Tak larat dahla sebab dah merayap dari pagi.

Baca ni juga : 
         

32 comments

  1. Sedih pula terbiar.
    Mungkin pihak hotel tidak mampu buat penyelenggaraan.
    Ada juga sinar untuk muzium dibuka semula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap sangat muzium bukak. Or at least pindah lokasi. Sayang alat-alat tu terbiar. Generasi baru kenalah belajar, susah payah orang dulu-dulu mencari rezeki

      Delete
  2. Walaupun air sungai nampak keruh, tapi rumput dan kawasan tebing sungai nampak terjaga. Bila penat merayap sepanjang hari, tentu lena tidur malam kan Sal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kak Amie, maybe ada projek sedang dalam perancangan, tapi tertangguh sebab PKP. Oh yes, malam tu tido lena and tido awal

      Delete
  3. Kurang kunjungan orang ramai, tiba PKP mungkin asbabnya jadi sunyi, risau pula lihat Sal berdua ja di situ. Alhamdulillah selamat bersantai di Old Town.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum PKP pun tempat ni dah sunyi. Ada je orang lain,tapi tak ramai. Tak ada apa pun di sini orang nak tengok

      Delete
  4. Kan bagus kalau meriah macam dulu. Mungkin betul kata Sal masalah pengurusan atau kos tu tak mampu nak tampung lagi. Itu yang sendu. Dah tak ada tarikan kat situ. Harap harap construction tu untuk renovate bangunan yang dah senyap sunyi. At least tak dibiarkan begitu saja. Lama ditinggalkan memang seram rasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kos tinggi nak mantain tempat macam ni. Lagipun bayaran masuk free je,mana nak untung. At least bangunan tepi-tepi tu buat kedai makan pun ok. Tapi baru-baru ni baca news, area riverfront ni nak bukak balik tahun 2022. Kita tunggu dan lihat jela

      Delete
    2. Ohh patutlah. Majlis pun tak ada duit banyak nak tampung. Okay jugak tu buat gerai. Dari duit sewa sikit sikit boleh gak tampung sikit sikit maintainance kat situ. Kalau upgrade semula okaylah.

      Delete
  5. Cantik tempat nie 🌹🌹

    ReplyDelete
  6. cantik juga kawasan ni bila waktu malam tu. port ambil gambar kahwin pun sesuai ni sal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu gambar lama. Masa saya pergi ni tinggal tiang je. Malam bunyi sahutan anjing je

      Delete
  7. CANTIK TEBINGAN SG KINTA BERSEJARAH

    ReplyDelete
  8. Ini kalau dibangunkan dan dihidupkan semula mesti indah sangat tapi mesti juga memerlkan modal yang besar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin kena tunggu pandemik reda. Kang dah rebuild tapi tetap takde orang datang, susah jugak

      Delete
  9. sayang juga tempat tu kan Sal, harapnya dah dibaikpulih nanti akan meriah kembali

    ReplyDelete
  10. Sayangnyaa kalau terbiar gitu je. Tengok gambar 2017 tuuu cantik jeee. Mungkin kekangan kewangan lah kot puncanya kan. Tapi serious, rugi kalau tak dibaikpulih semula muziummm.

    ReplyDelete
  11. Wah... Rupanya di sana juga ada tempat bersejarah yang kurang terawat. Terima kasih telah berbagi, ananda Sal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti tempat ni bersejarah ke tidak. Huhu. Setau saya hotel ni pun baru dibina tahun 2013

      Delete
  12. Punyalah minat dengan benda-benda sejarah ya Sal, sampai termasuk tempat larangan pun tak perasan…😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Tulah. Main jalan je. Demi konten blog tau.

      Delete
  13. mcm seram jugak dh tempat ni.. sygnya x dimaintain kan... mcm MAPS kt ipoh pun sama... padahal best je tmpt tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah. MAPS tu tak tahu mana silapnya. Tengok ramai je orang pergi

      Delete
  14. Tgk masa siang cantik. Sekali bila dah malam lagi la cantik dgn lampu warna warn

    ReplyDelete
  15. sayangnya! cantik tu kalau dijaga dan diurus bebetul.
    aida lom lagi rayau rayau jalan di ipoh.
    singgah beli nasi kandar yg viral tu aje, Sal.

    terkenang baru2 ni aida terbaca pasal theme park kat ipoh jugak.
    terbiar. nak ditumbuhi lalang. theme park boboiboy tu kot.
    pernah nak gi dulu kala. PKP pulak 2 tahun...
    now, no more rupa2nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasi kandar viral tu kami tak sempat makan masa datang sini.

      theme park MAPS tu ke? sebelum PKP lagi dah tutup. saya pun tak sempat pegi. ramai orang kata best. masalah penurusan agaknya padahal tengok ramai je oran pergi

      Delete
  16. seronoknya jenjalan...amik gambar..posing2 ... best!!

    ReplyDelete
  17. Saya pernah stay dekat Kinta Riverfront ni dulu la lama dahh. Masa tu okey lagi tempat nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..saya pernah gak baca review blogger yang kata tempat ni best dan meriah

      Delete
  18. taman seenivasagam tu mmg popular dari dulu..kalau tepi sungai, bawah majlis, tapi itulah kan, kos tinggi..

    ReplyDelete
  19. harapnya memang tengah baik pulihlah.. Sayang juga kalau terbiar je tambah ada muzium tu.. menarik kalau bawa anak-anak riadah kat sini..

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah