Kung Fu Dunk
Antara filem Jay Chou yang aku tonton di wayang. Filem ini mengisahkan Fang, seorang anak yatim piatu yang mahir dalam kung fu Shaolin. Fang menggunakan kemahiran kung fu untuk menjadi bintang pasukan bola keranjang. Though banyak babak-babak yang tak logik tapi best dan kelakar jugak lah filem ni especially masa perlawanan basketball. Korang boleh tonton filem ni di Netflix.
To be honest, walaupun Jay Chou pelakon utama, watak Xiao Lan lakonan Baron Chen lagi menyerlah sebab dia hensem dan ada aura lelaki tersakiti. Hihi.
Now You See Me 2
Jay Chou sekadar supporting actor bernama Li, anak kepada pemilik kedai magic Long dalam filem ini. Aku rekemen sebab NYSM dan NYSM 2 adalah antara filem favourite aku, bukan kerana lakonan Jay Chou wow dalam filem ni.
To be honest aku rasa dia bukanlah pandai berlakon sangat tapi pandai pilih watak yang sesuai dengan karekter dan riak muka takde perasaan.
Initial D
Filem yang diadaptasi dari manga Jepun. Jarang aku suka filem racing tapi sebab Edison Chen (kiri sekali) dalam poster adalah antara crush zaman remaja aku maka aku suruh abang aku cari VCD filem ni.
Dalam filem ni Jay Chou bawak watak Takumi, awalnya hanya menghantar tofu untuk kedai ayah dia tapi bila dah hari-hari buat drift, Takumi berminat nak join dunia racing. Tokyo Drift what? Ini Mount Akina drift..
Green Hornet
Rezeki Jay Chou boleh berbahasa Inggeris dengan baik jadi dia berpeluang mengembangkan karier di Hollywood.
Aku suka lakonan Jay Chou sebagai Kato dalam filem ni sebagai sidekick kepada Green Hornet lakonan Seth Rogan sebab dia berpeluang tunjukkan skill martial art. Aku tak puas hati betul masa watak Cameron Diaz reject dia. Why woman? Why? Dahla Kato pandai buat kopi dan modified kereta.
Curse of The Golden Flower
Antara filem yang mempunyai sinematografi yang sangat cantik. Kalau suka filem tentang pergolakan dalam istana zaman maharaja China dulu-dulu bolehla layan. Cuma kalau tengok yang versi tanpa potongan jangan tengok dengan anak-anak ye.
OKlah tu je nak share. Hari ni hari malas tapi update jugak blog sebab dah berhabuk. Thanks for reading!







