Rekemen Movie - 24 filem tahun 2004 paling aku minat

Tuesday, 19 May 2020

Assalamualaikum dan hai semua. Entry ni aku dedikasikan khas buat kaki movie yang selalu datang blog ni. To be honest aku rindu nak tulis movie review ajet-ajet pengkritik filem yang kritis, puitis, padahal menggelitis tapi sayangnya tak dapat ke wayang sekarang ni. Tak dapat rekemen filem baru, kita rekemen la filem lama.

Ada orang tak suka tengok filem yang sama berulang-ulang. Ada orang pulak kalau filem tu dia minat, dia akan tengok ulang-ulang walaupun dah hafal dialog. Aku adalah golongan kedua. So, aku compile list filem zaman aku muda remaja baru nak mendaki puncak menara gading iaitu 2004. Kenapa 2004? Sebab pagi tadi aku ternampak trailer remake antara filem favourite aku dari tahun tersebut. Benci betul aku orang buat remake ni. Tak ada idea dah ke? Bagi aku filem remake adalah kemalasan abadi.

So, here's the list. Jangan cakap akak tak payung..

1. The Butterfly Effect

Rekemen untuk peminat Ashton Kutcher dan penggemar filem psikologi thriller campur time travel. Habis tengok confirm pening kepala. Hahaha.

2. Confession of a Teenage Drama Queen

3. 30 Hari Mencari Cinta - Indonesia

4. Veer Zaara - India

Filem ni walaupun agak slow tapi lagu-lagu dia sedap. Suara Lata Mageshkar tu membuai telinga

5. House of Flying Daggers - China

6. Hingga Hujung Nyawa - Malaysia

7. Taegukgi - South Korea

Aku bukan peminat filem Korea dan kurang suka filem perang, tapi filem ni aku tengok sebab Won Bin Oppa. Saranghaeeeeee. Hensem teruk dia ni.

8. A Cinderella Story

9. Kung Fu Hustle -  China/ HK

10. 100 Days With Mr Arrogant - South Korea

11. The Notebook


12. Puteri Gunung Ledang - Malaysia

13. Buli - Malaysia

Ini antara filem yang aku dah hafal dialog dan aku still gelak walaupun dah banyak kali tengok. Sayang betul Afdlin dah tak buat filem lagi sekarang. Bagi aku dia genius. Biasalah, peminat Liverpool memang power. Eh tetibe

14. Beautiful Boxer - Thailand

15. Hum Tum - India

16. White Chicks

17. Art of The Devil - Thailand

18. New Police Story - HK/ China

19. Lemony Snicket's a Series of Unfortunate Events

Jangan confuse dengan version bersiri di Netflix. This one ada Jim Carrey. Walaupun dia nampak cam annoying tapi bagi aku dia telented actor. By the way, bukan remake ini yang mendatangkan kemarahan aku.

20. Stepford Wives

21. Fida - India

22. Mean Girls

23. Trauma - Malaysia

24. 13 Going on 30

Jennifer Garner comel sangat dalam filem ni u olls. Baju pun cantik-cantik. Masa tu memang terkejut tengok lakonan dia sebab si Garner ni famous dengan watak agen CIA tendang pungkok (dibaca:kickass) dalam siri Alias. Aku paling suka scene menari 'Thriller' kat parti. Masa ni Mark Ruffalo belum jadi Hulk lagi.

So, korang pernah tengok tak filem-filem yang aku list kat atas ni? Kalau belum, aku rekemen korang tengok. Kalau dah, jemput share pendapat korang. Pendapat masing-masing Best aku kata, mungkin saja filem sampah di mata orang lain. Hahaha

Tu jelah nak membebel. Thanks for reading dan selamat menonton!
Read More

My Skincare Routine

Tuesday, 12 May 2020

Disclaimer: Kulit aku tidaklah flawless. Glass skin jauh sekali. Ini juga bukan entry jual barang. Sekadar berkongsi. Tiadalah aku dapat komisen walau sesen pun.

Skin type 

Combination, oily di bahagian dahi dan hidung, kering di bahagian pipi dan dagu.

Skin concern 

Parut jerawat, sunspot dan pigmentation. Bumpy sikit. Dulu pernah breakout teruk sampai kena jumpa dermatologist dan buat rawatan dermapen. Jerawat akan naik sebutir dua menjelang period, kalau banyak makan makanan bergula/susu dan kalau stress.

This is me almost 2 tahun dulu. Korang tengok la dagu tu jerawat berkampung. Dagu Thanos pun cantik lagi!

My mission:

1. Cegah jerawat baru dari naik dan merawat jerawat yang datang bertamu.

Surprisingly, jerawat aku senang naik di bahagian kulit kering. So, no, sape kata kulit kering tak kena jerawat?  Jerawat ni punca utamanya adalah pori-pori tersumbat. Antara punca pori-pori tersumbat adalah muka yang tak dibersihkan dengan betul dan penggunaan produk yang comedogonic (menyumbat pori).

2. Memudarkan parut

3. Mencegah wrinkles. Umur dah 30-an ni so sendiri mau ingat.

Ha tu dia. So, meh tengok produk apa aku pakai. Sekadar berkongsi. Siapa tau kot ada yang membaca ada masalah sama macam aku.

Dari kiri:

1. Iunik Lime Moisture Mild Peeling Gel
2. Hada Labo Blemish and Oil Control Hydrating Lotion
3. Nanowhite Fresh Dark Spot Corrector
4. Nanowhite Dark Spot Corrective Serum
5. Neutrogena Ultra Sheer Dry Touch Sunscreen
6. Loreal Revitalift Lazer X3 Eye Cream
7. Mario Badescu Drying Lotion
8. Benton Snail Bee Ultimate Serum
9. Cosmoderm Tea Tree Oil Facial Cleanser
10. Uriage Thermal Micellar Water


Here's my routine

-Pagi

Aku tak basuh muka dengan cleanser di waktu pagi unless kulit rasa betul-betul melekit. Just basuh dengan air. Kulit basuh terlalu kerap pun tak elok jugak. Boleh mengeringkan.

Then, pakai produk (2), (4) dan (5). Aku akan pakai sunscreen walaupun duduk rumah. Lain la kalau duduk dalam gua tak masuk cahaya langsung kan. If ada jerawat, aku akan spot treat dengan (3). Eye cream tu penting. Dalam entry ni aku pakai (6) tapi aku beli je mana-mana yang tak buatkan aku naik tiny bumps bawah mata.

Fun fact : Aku dah amalkan pakai eye cream dari umur 25. So far dapat prevent eye creases (garis halus keliling mata), tapi still ada eyebag. Masalah yang ni belum ada penyelesaian.

-Zohor/ Asar

If muka aku kena habuk/ peluh/ rasa berminyak, aku akan bersihkan muka dengan micellar water (10). Titikkan atas kapas muka dan lap perlahan-lahan. Tapi kalau tak, aku just basuh muka dengan air.

Lepas solat, guna (4) dan (5). Ubat jerawat (3) kalau perlu

-Petang/ Malam sebelum tidur

Basuh muka dengan (9). Aku ada baca petua yang kena basuh muka at least seminit kalau nak active ingredient tu betul-betul dapat khasiatnya. Bilas dengan bersih.

Sapukan (8). Nak lagi best, follow dengan Benton Snail Bee High Content Essence (takde dalam gambar). Memang bangun pagi rasa lembut je kulit.  As usual, pakai (6)

-2 kali seminggu

Exfoliate dengan (1). Aku suka brand Iunik ni sebab dia guna ekstrak buah. Tak kasar sangat dan tak ada rough beads. Biji-biji kasar tu memang a big no no untuk kulit berjerawat dan kering ye.

- Jerawat degil

Aku akan pakai (7). Tapi kalau pakai ubat jerawat ni kena pakai malam dan kena dot betul-betul pada jerawat tu sahaja.

Dah OK sikit sekarang. Kalau dulu nak selfie pun menyampah

Tips Tambahan

1. Penting untuk kita tahu apa bahan aktif dalam skincare yang kulit kita tak tahan. Macam aku, aku tak boleh tolerate benzoyl peroxide, olive oil dan ekstrak pegaga. Kulit aku serasi sangat dengan snail secretion, tea tree oil, aloe vera dan bee venom.

2. Apa yang bagus untuk kawan kita, tak semestinya bagus untuk kita. Lain kulit lain cara penjagaan. Kalau nak follow skincare tips orang jangan ikut membuta-tuli.

3. Please jangan pakai produk yang too good to be true. Kalau result dia terlampau cepat, nampak sangat ada yang tak kena. Ada reason produk tersebut tak lepas piawaian KKM.

4. Jangan berkerut.

So..korang ada tak skincare tips nak share jugak? Jemput tulis di ruangan komen. Jangan lah lawa sorang-sorang. Hehehe.

Till then, thanks for reading gais!

Entry lain yang menarik:

7 Tips Untuk Kurus

Tips Kekal Cergas di bulan Ramadhan

What Not to Sing at Your Ex's Wedding

Read More