Moh ke Ipoh kite!!!

Wednesday 11 December 2013

Ate..sejak bila pulak aku dilantik jadi duta Tahun Melawat Perak nih...

Aku sebenarnya baru je balik dari menghadiri wedding one of my best friend zaman dok USM dulu. Geng belajar dan buat assignment merangkap geng gi pasar malam, bergosip mosip dan masuk kelas lambat sebab tengok sinetron Malin Kundang. Nama beliau Ning Nabila, bekerja sebagai guru di Tambun, Ipoh. Ha..rumah dia memang dekat dengan the ever famous Lost World of Tambun sampaikan kitorang suggest dia n encik hubby honeymoon kat sana je.

Enough about her, sebab ni blog aku so kena la cerita pasal aku kan..

Last Friday, lepas keje, aku ngan Dayah (geng kat USM gak), direct naik ETS kul 6 petang gi Ipoh. ETS ni macam komuter jugak, cuma jadual tetap dan lagi laju. ETS ni aku highly recommend sebab selesa, tak payah merempuh jam, laju dan ada toilet macam keretapi biasa. Harga mahal sikit berbanding bas tapi jimat kot berbanding naik kereta kalau takat berdua. Apa-apa sila refer gambar bawah ni takpun bukak je website KTM.


Dalam kul 8.30 malam kitorang sampai, terus naik teksi ke Sun Inns Hotel, Tambun. By the way, Stesen KTM Ipoh interior dia sangat vintage u olls! Tapi sayang tak sempat camwhore sebab Dayah dah lapar. Hahaha.

Sampai hotel, kitorang check-in pastu turun makan kat restoran bawah tu. Pas makan kitorang naik atas dan membuta. Cuaca sejuk membuatkan aku tidur lena. Konon nak jalan-jalan Ipoh di waktu malam tapi hampeh je aku!

Takde gambar hotel, ada screenshot masa booking je. Hehe

Keesokan paginya tak diduga kitorang menghadapi masalah iron. Memandangkan Iron Man jauh di New York so tak dapat la dia tolong kitorang. Travel tips :  kalau nak tido hotel bajet, bawak pakaian yang senang digosok. Aku ni memang tak reti pakai tudung lain dari bawal tapi untuk travel biasanya aku bawak tudung Syria atau shawl cotton. Hotel ada bintang biasanya ada sterika dalam bilik, takpun bilangan sterika yang banyak , tapi dah nama hotel bajet paham-paham ajela.

Yang aku bengang adalah sikap orang-orang kita yang dok hotel bajet tapi nak feeling dok hotel 5 bintang! Dah pinjam iron pas tu kepam dalam bilik. Kot 3 hari dia dok situ 3 hari la dia pinjam. Consider la penghuni lain yang nak kelihatan cantik bergaya di hari bahagia jugak kan..

Pagi tu Dayah dah bengang sebab dia tak boleh iron tudung. Dayah kalau hangin memang scary ye!! Nasib baik lah dalam angin pun akal dia panjang jugak! So, dia ajak la Dalila (kawan kitorang yang duduk Perak gak) untuk ke kedai dobi. So, kalau korang menghadapi masalah macam ni, korang try la cari kedai dobi untuk mintak tolong gosok pakaian korang. Dalam kes Dayah ni, dia gosok sendiri okay! Ape-ape pun terima kasih la kat akak kedai dobi yang bagi Dayah guna sterika dia dengan bayaran 2 ringgit. Takpelah, tarif elektrik pun dah naik sekarang ni kan.

 Nilah kedai dobi yang berjasa itu. Thanx akka!

Selesai misi cari sterika, kitorang pun ke rumah Ning. Kitorang sampai awal, saje nak borak since dah lama giler tak jumpa..Tak nak cakap banyak, kita layan gambar..









Dalam pukul 3, kitorang pun berangkat balik. Cadangnya nak ke Medan Gopeng, amik bas nak ke Manjung, rumah family Dayah. Surprise surprise stesen bas tu dah ditutup ok! So, take note buat yang nak naik bas ke Ipoh. Stesen bas yang beroperasi sekarang adalah di Medan Kit. In the end Dalila drop kitorang kat Lahat (bukan Lahat Datu) since dia nak singgah tengok baby kawan dia kat area tu jugak.

Jam dah pukul 5 petang tapi aku tak solat lagi so menggelupur cari surau. Tanya staf McD kat situ dia pun tunjuk satu surau yang dari jauh nampak macam rumah je. Kecewanya aku bila tengok surau tu kunci. Like, seriously, korang pernah tengok gereja atau kuil yang berkunci tak?? Kalau nak cakap pasal benda ni sampai esok pun tak sudah, kena buat entry khas agaknya. In the end aku just amik wuduk kat toilet (nasib baik tak kunci) dan solat kat beranda surau. Takpelah, anggap je training untuk travel ke luar negara yang memang susah jumpa surau. Still, aku tak puas hati dengan konsep 'kunci surau' yang diamalkan orang-orang Malaysia ni!

Malam tu kitorang tidur rumah Dayah kat Manjung dan esoknya ayah dia hantar ke KTM Batu Gajah. Walaupun aku suka ETS tapi aku kurang puas hati sebab masa aku gi diorang pasang movie The Golden Compass. Aku balik pun pasang cerita sama. Ate takde CD lain ke yeop!!!

Anyway, we had fun walaupun tak dapat jumpa semua. Rindunya zaman universiti dulu..huhuhu.

Thanx for reading u olls!!!
Read More