Salam Eid Al-Fitr. Wish awai tak kalut
Saturday, 30 April 2022
Cukuplah sehari ni je keje opis...
Monday, 25 April 2022
Assalamualaikum dan hai semua! Allahu, berhabuk blog ni. Makin hari makin malas nak update blog. Apa lah nak jadi.
Hari ni aku kerja opis sebab ada photoshoot hari raya. Dah 2 tahun takde photoshoot raya tau. Rasa rindu pulak dengan kawan-kawan opis. Sebenarnya aku tak berapa rapat dengan kawan-kawan department sekarang sebab sempat kerja dengan diorang tak sampai setahun, tetiba Covid19 melanda. Dapat pulak bos yang OK dengan bekerja secara remote, so sebahagian besar dari kami masih sambung bekerja dari rumah sampai sekarang.
Alhamdulillah photoshoot department berjalan lancar. Bos besar kata nanti keluar kat suratkhabar. Aku pulak lupa nak tanya tarikh bila. Esok lah kot.
Hari ni datang opis dapat banyak goodies. Antaranya sampul duit raya dan kuih raya ni.
Plan asal aku, balik kerja nak ajak sorang member ni berbuka sekali tapi dia kata tak nak. Hurm.. Ikutkan hati tak nak ajak dah lepas ni. Bukan apa, selama ni dia dok cakap sedih berbuka puasa kat rumah sewa sorang-sorang. Pastu stress keje. So, aku ajak lah berbuka sekali, pastu boleh tengok-tengok baju raya. Tak beli pun takpe. Cuci mata, borak-borak tenangkan fikiran. Tapi dia tak nak, aku nak buat cmane.
Walaupun geram, tapi aku faham lah orang ada kemurungan ni memang macam tu. Aku pernah ada dalam situasi dia. Asal orang ajak keluar, ada je alasan aku. Nasib baik ada jugak kawan-kawan aku yang tak putus asa dan tak biarkan aku terus hanyut memendam sorang-sorang. Aku doa orang-orang yang ada masalah mental seperti kemurungan sentiasa dikelilingi orang-orang yang memahami dan sabar dan semoga cepat pulih.
So..dah takde geng nak berbuka puasa, kita balik jelah rumah. Lagipun aku ABC, bukannya puasa. Hehehe. Cuma aku pening kepala sebab tengahari makan megi je. Perut masuk angin. Sape suruh eksyen tak makan nasi. Kononya 'kalau puasa boleh je tahan'. Aku lupa yang bila puasa tu berkatnya lain. Nasib baik naik LRT dapat duduk. Beg dahlah berat, bawak kuih raya sampai 4 botol.
Ingatkan nak singgah Jalan TAR, cuci-cuci mata, tapi tak daya dahlah. Naik LRT direct jelah balik rumah.
Penat betul badan. Dah lemau kan, 2 tahun keje dari rumah. Dah manja. Aku kena banyakkan exercise macam berjalan sebab aku ada masalah kolestrol. Ramai orang kurus ada masalah ni.
Dahlah hari ni banyak kerja. Memang letih. Lepas tumpang sekaki berbuka dengan famili tadi pun dah tertidur kejap, tapi sebab adik aku kejut suruh kunci pintu dia nak pergi Terawih langsung hilang mengantuk aku. Dah pening kepala balik. Teringat blog yang dah lama tak berupdate. So, bangun jap coret-coret di sini.
Entahlah bila lagi nak kerja opis lagi. Tunggu jamuan raya pulak kot. Haha. Tak pun tunggu hantar surat resign. Haih..hati tu teringin nak kerja jauh dari rumah, nak belajar berdikari, tapi tak suka driving. Ko ingat semua tempat dalam Malaysia ni ada public transport macam KL! Lama sangat ni duduk dalam zon selesa. Tu yang jadi malas menternak kolestrol.
Tak pun aku ni kena gi bercuti la. Takde sesape nak pinang aku pergi travel ke? Sila hantarkan cadangan anda. Kena dengan bajet dan tempat, kita onz! Local boleh, oversea pun OK kalau tak banyak terma dan syarat.
Kau dah kenapa, orang sibuk nak raya kau sibuk nak travel. Aduh...
Review The Batman - Adakah ini filem Batman terbaik?
Thursday, 21 April 2022
Aku stream filem ni di applikasi Astro Go melalui HBO Max. Durasi 2 jam 48 minit tu tak tertanggung rasanya untuk menonton filem yang 'gelap' dan berat seperti ini di wayang. Bukan filem penuh warna-warni dan banyak karekter macam Avengers Endgame (3 jam 2 minit) atau My Name Is Khan (2 jam 45 minit) yang ada keindahan bandar San Francisco dan manis senyum Shah Rukh Khan. Kedua filem tu aku tak ada masalah untuk tonton di wayang walaupun lama.
Satu demi satu pembunuhan kejam berlaku atas nama 'keadilan' dan sisi gelap keluarga Wayne mula terdedah. Siapa sebenarnya Riddler dan kenapa dia benci pada Bruce Wayne, korang kenalah tengok sendiri.
FA Cup berteman secawan teh pudina
Sunday, 17 April 2022
Antong Coffee Mill Taiping - Kilang Kopi Bersejarah
Wednesday, 13 April 2022
Assalamualaikum dan hai semua! Masih lagi cerita di Taiping. Hari kedua, lepas sarapan di homestay, kami ke Antong Coffee Mill. Kilang kopi Antong merupakan salah satu tarikan di Taiping kerana kaya dengan sejarah.
Aun Tong Sdn Bhd was founded in 1933 in Taiping, Perak. Its founder, Mr. Tiah Ee Mooi has made his coffee a popular drink among the locals, with his signatured product “Antong” remains a favorite brew among coffee lovers, both local and abroad.
After half a century, Antong Sdn Bhd has grown from strength to strength developing into a modern coffee roaster. Researching the best business practice, Antong is capable of producing 10 tons of roasted coffee beans per day.
Today, after 80 years in the coffee trade, Antong has perfected the art of coffee roasting to accommodate customers’ expectations and satisfy multiple demands.
Sumber: Laman Web Rasmi
Memanglah bersejarah lah kan, dah wujud hampir 90 tahun (Official website tak update). Ini kali pertama aku melawat kilang kopi, so nak tahu apa yang best ada kat sini.
Rumah berwarna kuning dalam gambar di atas bukanlah kilang, tapi 'Aun Tong', rumah di mana Chen Cuifen dan Dr. Sun Yat Sen menginap semasa berada berada di Taiping. Dr. Sun Yat Sen merupakan figura yang amat terkenal di China kerana mendiang merupakan orang yang mencetuskan revolusi di China dan menggulingkan Dinasti Qing. Kalau melawat negara-negara yang ada ramai kaum Cina macam Hong Kong, Macau dan Taiwan pasti akan jumpa memorial atau rumah peringatan Dr. Sun Yat Sen.
Chen Cuifen pula adalah wanita yang tiada siapa tahu apa hubungan sebenarnya dengan Dr. Sun Yat Sen. Ada yang kata kekasih gelap, ada kata kawan baik dan juga teman seperjuangan. Boleh baca di SINI kalau nak tau lebih tentang sejarah mereka berdua. Kisah yang menarik, tapi sebagai wanita, rasa kesian pun ada.
Teruja tengok barang-barang antik yang ada dalam muzium ni.
Dalam muzium ni jugak boleh lihat gambar-gambar dan news clipping tentang Chen Cuifen dan Dr. Sun Yat Sen. Ada juga tentang sejarah kilang kopi Antong.
Lepas beli kopi, boleh duduk-duduk minum di kawasan lapang yang disediakan.
Penulis Yang Disayangi Tuhan - Perkongsian Buku
Saturday, 9 April 2022
Assalamualaikum dan hai semua! Seperti yang aku janjikan, ini perkongsian buku Penulis Yang Disayangi Tuhan yang aku terima dari Kak Ujie hasil cabutan bertuah segmen 'Nak Buku Percuma?'
Judul :PENULIS YANG DISAYANGI TUHAN
Penulis: Bahruddin Bekri
Bilangan m/s: 388
Genre : Fiksyen
Penerbit : Jiwa
Tahun Terbitan: 2021
ISBN:9789671826096
Sinopsis : Novel pertama karya Usamah mendapat sambutan yang hangat sampai kehidupannya bertukar menjadi senang dan mewah. Sehinggalah suatu hari, Joe Penapi-seorang pengkritik terkenal mengkritik novel kedua dan ketiga tulisan Usamah hingga menyebabkan jualan novel tersebut jatuh merudum dan syarikat penerbitnya gulung tikar!
Serta-merta, hidup Usamah jatuh miskin hingga dia terpaksa hidup di kawasan setinggan. Semangat menulisnya juga hilang. Usamah mahu keluar daripada kemelut kesusahan ini, lalu dia meminta bantuan Johari Salim, seorang penulis legenda.
Namun hendak mendapatkan semula semangat menulis bukannya mudah. Johari Salim menetapkan syarat pada Usamah untuk bertemu dengan lima bekas penulis hebat bagi mengetahui rahsia mereka. Dalam masa yang sama, jiran-jiran Usamah, warga Indonesia tanpa permit, memerlukan bantuannya daripada terus menjadi mangsa peras ugut.
Dapatkah Usamah mengembalikan semangat menulisnya? Apa rahsia yang dikongsikan lima penulis tersebut? Dan bagaimana pula nasib jiran warga Indonesianya itu?
Kali pertama baca review novel ni di blog Kak Ujie, aku memang dah tertarik nak membacanya, tapi sebab ada lambakan buku tak berbaca dalam simpanan, aku hold dulu. Terperap buku tu dalam cart Shopee. Tapi kalau rezeki tak ke mana, sampai jugak novel berwarna ungu ni ke tangan. Tapi ada syaratnya ... perlu membaca dan membuat perkongsian dalam masa sebulan dari tarikh buku diterima. Memandangkan hidup aku lately begitu mundane..so challenge accepted!
Awal-awal aku nak bagitau yang aku tak mahir menulis ulasan buku. Bagi aku tak semudah membuat ulasan filem mahupun ulasan perlawanan bola sepak kerana membaca perlukan imaginasi. Apa yang aku nampak dan faham, belum tentu sama dengan orang lain. Ewah.
So, here goes, aku tulis dalam bentuk point lah ye
- Menjadi seorang penulis adalah tanggungjawab yang besar. Hasil tulisan seorang penulis boleh membawa ke syurga, ataupun neraka.
- "Dalam dunia ni, duit umpama air di dalam tangki. Sekiranya kita cuai menutup pili, setitis demi setitis pasti air akan habis walau sebesar mana pun tangki itu. Apatah lagi kalau kamu membuka pilinya sepuas hati." Antara dialog yang aku suka dalam novel ni, tentang pentingnya berjimat cermat di waktu senang.
- Sabar adalah sifat yang paling penting bagi seorang penulis. Sabar bila dikritik, sabar ketika menulis dan sabar kalau tulisan tak mendapat sambutan.
- Penulis yang baik adalah yang mampu mengubah emosi manusia
- Satu penipuan akan membawa kepada penipuan yang lain. Ini merujuk kepada 'lakonan' jiran-jiran Usamah, warga Indonesia tanpa permit yang pura-pura ingin berbaik dengan Usamah kerana menyangka dia adalah polis yang ingin menangkap mereka.
- Novel ni juga mengajar tentang ilmu dan teknik penulisan secara tidak langsung. Penulis karya kreatif sesuai baca novel ni
- Semakin banyak proses yang perlu dilalui, semakin baik hasilnya. Contohnya misi Johari Salim pada Usamah, ada pengajarannya tersendiri di setiap langkah.
- Nafsu dendam dan marah itulah yang merosakkan manusia.
- Walaupun menulis dengan niat yang baik, ingin memberi pengajaran, tidak perlu berlebihan dalam menulis tentang kejahatan dan keburukan watak-watak. Contohnya filem-filem Malaysia. 90% adegan negatif dan maksiat, adegan insafnya 10% sahaja.
- Nak jadi penulis yang disayang Tuhan? Menulislah dengan asas Tauhid dan menerbitkan keinginan manusia mencari redha dan rahmat-Nya.
Souvenir dari Kak Amie dan 'Hutang' dengan Kak Ujie
Tuesday, 5 April 2022
Assalamualaikum dan hai semua! Rindu betul nak menulis di sini tapi itulah tak ada kesempatan. Ada je urusan, kalau tak uruskan hal sendiri, uruskan hal orang. Minggu lepas ambil cuti 3 hari, Rabu-Jumaat membawa ke hujung minggu jadi 5 hari. Plan asal nak berjalan-jalan di luar KL sebelum berpuasa. Sendiri pun takpe, aku tak kisah. Tapi last-last tak jadi. Ada je perkara-perkara lain yang menuntut komitmen dan kehadiran aku. Nama je cuti, tapi sibuk.
Tak apalah, sekurang-kurangnya ia cuti yang produktif. Dapat juga aku selitkan masa berehat dan tonton drama Korea Netflix 'Silent Sea' sampai habis. Ada masa nanti aku buat review.
Cakap pasal review, aku sebenarnya berhutang entry review buku dengan blogger Kak Ujie. Bukanlah paid review, tapi aku menjadi penerima bertuah buku 'Penulis Yang Disayangi Tuhan' hasil tulisan Bahruddin Bekri melalui segmen 'Nak Buku Percuma' di blog kak Ujie.
-Blogger yang terpilih perlu membaca buku yang diterima dan membuat perkongsian hasil pembacaan buku tersebut di blog dalam tempoh 30 hari selepas menerima buku-
Bulan lepas juga aku berjaya meneka dengan tepat lokasi kak Amie/ Cikgu Salami bercuti iaitu di Sandakan. Kak Amie cuma minta pembaca teka daerah mana beliau dan keluarga bercuti di Sabah melalui segmen 'Teka Daerah Jalan-Jalan Cari Penat'. Sandakan adalah daerah pertama yang terlintas di fikiran kerana ia adalah destinasi pertama yang aku jejak dengan menaiki kapal terbang. Bayangkan dari KL penerbangan ambil masa hampir 3 jam, tapi aku tak lalu nak makan sebab pening lalat. Ni cerita berbelas tahun dululah. Waktu baru grad dan kerja part timer untuk event.
Dapat T-Shirt lengan panjang 'Borneo' dan antologi cerpen ' Bicara Rindu'. Salah satu cerpen dalam antologi ini iaitu 'Bubur Sum Sum Sirap Gula Merah' adalah hasil tulisan kak Amie sendiri. Masih belum berkesempatan baca. Pandai kak Amie meneka saiz T-shirt untuk aku. Nanti boleh rasmi kalau ke bazaar Ramadan. Buat masa ni kitorang hari-hari berbuka kat surau je. Setakat berempat, kurang meriah nak juadah banyak-banyak.
Terima kasih kepada blogger Salami Simon dan Ujie Othman atas hadiah yang diberikan. Semoga kalian berdua dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik. Aku memang suka baca blog diorang ni sebab keduanya rajin berjalan dan selalu berkongsi nasihat-nasihat yang baik.
Di kesempatan ini (skemanya ayat), aku nak ucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Mentarbiah Diri supaya menjadi insan yang lebih baik. Semoga Allah terima semua amalan kita dan diampunkan segala dosa.
Thanks for reading!
Aktiviti malam di Taiping - Spritzer Eco Park dan Le'pak Kitchen
Friday, 1 April 2022
Assalamualaikum dan hai semua! Sambung cerita di Taiping. Lepas check in homestay pukul 3 lebih, kami keluar balik lepas Maghrib. Nak ke Spritzer Eco Park. Plan asal nak pergi tempat ni lepas balik dari kilang arang, tapi dah hujan mencurah-curah, terpaksalah postpone. Tengok waktu operasi, sampai pukul 9 malam je jadi kenalah cepat. Setengah jam perjalanan dari homestay.
Agak mencabar nak ke tempat ni sebab dah malam, tempatnya pulak jauh ke dalam. Kiri kanan pokok, siap ada monyet melepak tengah jalan. Dah nama pun eco park, so mestilah dikelilingi alam semulajadi ye tak. Agak tak sedap hati jugak. Dahlah bawak budk-budak. Drive aje ikut Waze, tetibe nampak ada pondok Pak Guard. Rupanya dah sampai..
Spritzer Eco Park ini dibuka pada 8 Julai 2015 oleh Spritzer Bhd, antara syarikat pengeluar air mineral terbesar di Malaysia. Tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke Eco Park ini.
More than just drinks, Spritzer wants to include Malaysian in its love for nature, as well as educating them on to discovers the benefits of preserving nature, how to be its good friend and how Spritzers products come from a pristine and natural source - Spritzer Malaysia Eco Park