Skyscraper Movie Review

Tuesday 24 July 2018

If you can't fix it with duct tape, then you are not using enough duct tape



Assalamualaikum dan hai semua. Mashaallah lamanya tak update blog. Dari musim raya membawa ke musim bola sampai ke musim durian. Ingat nak sambung cerita travel tapi keadaan tak mengizinkan so mari buat movie review.

Last week aku tengok filem ni. Faktor utama menonton filem ni adalah The Rock. Hahaha. Lagipun aku suka genre action thriller campur a bit of elemen kekeluargaan.

Skyscraper mengisahkan Will Sawyer (Dwayne Johnson aka The Rock) seorang pesara tentera yang kini bertugas sebagai penganalisis keselamatan bangunan tinggi. Tugasan terbaru beliau adalah menguji sistem keselamatan 'The Pearl' milik usahawan Hong Kong, Chin Han (Zhao Long). The Pearl, pencakar langit tertinggi dunia dikatakan bangunan paling canggih dan selamat ; telah terbakar secara tiba-tiba. Will Sawyer telah dituduh menjadi dalang kebakaran tersebut tetapi beliau tidak boleh lari kerana ahli keluarga beliau iaitu isteri (Neve Campbell) dan sepasang anak kembarnya terperangkap dalam The Pearl.


So nak tau berjaya ke tidak Will Sawyer selamatkan keluarga dia dan siapakah dalang sebenar kebakaran tu korang kenalah tengok filem ni. Best. Serius aku tak tipu. Banyak letupan, aksi dan scene yang buatkan korang gayat.

Aku suka plot twist dia walaupun awal-awal cerita dah boleh detect siapa musuh dalam selimut. Ending dia jelah simple sangat tapi babak-babak lain dah disusun cantik so boleh abaikan je minor defect tu. So..rekemen ke idok? Highly! Sila tonton please.

OKlah, thanks for reading!

p/s: Bangunan terbakar panggil bomba, hati terbakar nak panggil siapa?
Read More