Recap..
Next stop...Ladang Kurma..Pokok kurma ni sekali tengok macam pokok kelapa sawit je. Katanya, tanah di Madinah ni subur. Hampir setiap rumah penduduk Madinah ada pokok kurma.
Day 10- 9 May
Pagi ini rombongan kami dibawa untuk ziarah Madinah. Tempat pertama yang kami pergi adalah Masjid Quba'. Dalam perjalanan, bas kitorang melalui perkuburan al-Baqi', tempat di mana isteri-isteri Nabi, puteri-puteri Nabi, ahli keluarga, para sahabat dan ahli Madinah disemadikan. Antaranya Saidatina Aisyah dan Saidina Uthman bin Affan. Tapi kami hanya berkesempatan untuk tengok melalui pagar yang tinggi. Perkuburan di Madinah, sama macam di Mekah. Hanya ada dua ketul batu sebagai nisan. Tanpa nama atau sebarang ukiran.
Salah satu keistimewaan Masjid Quba' ni adalah kerana Rasulullah s.a.w pernah bersabda, bahawasanya sesiapa yang bersuci di rumahnya, kemudian pergi bersolat di Masjid Quba akan diberikan pahala satu kali umrah. Makanya we all pun cuba memelihara wuduk dari hotel sampai selesai solat sunat di sini. Alhamdulillah..Moga amalan kami diterima Allah.
Next stop...Ladang Kurma..Pokok kurma ni sekali tengok macam pokok kelapa sawit je. Katanya, tanah di Madinah ni subur. Hampir setiap rumah penduduk Madinah ada pokok kurma.
Entrance ke Ladang kurma..excited betul Mak walaupun demam.Hehe... |
Underneath pokok kurmak I will wait for you. |
Selesai di Ladang Kurma, kami menuju ke Jabal Uhud, lokasi terjadinya Perang Uhud yang mengorbankan kira-kira 70 syuhada. Antaranya adalah bapa saudara Rasulullah s.a.w, Saidina Hamzah. Beliau dibunuh oleh seorang hamba dan kemudian dada beliau dirobek dan hatinya dimakan oleh seorang perempuan kafir bernama Hindun. Ish, gila betul perempuan tu kan.Mintak jauh!
On the way balik ke hotel, bas kitorang melalui Masjid Qiblatain atau Masjid Dua Kiblat. Diriwayatkan, sewaktu Rasulullah s.a.w sedang mengimamkan solat Zohor, turun wahyu supaya kiblat ditukar dari Baitul Maqdis ke Kaabah. So, Nabi pun berhenti sejenak kemudian menyambung solat dengan menghadap ke Kaabah . Sayang pulak tak singgah, tapi takpela coz Ustaz Ali kata pahala solat di sini sama je macam di masjid-masjid lain.
Kitorang lalu gak kat Masjid Khandaq. Aku tak berapa clear tentang sejarah Masjid ni, tapi aku ingat la pernah belajar tentang Perang Khandaq. Khandaq means parit. Salah seorang sahabat Nabi bernama Salman al-Farisi mencadangkan parit dibina sebagai kubu bagi menghalang kemaraan tentera musuh. Dengan izin Allah tentera Islam telah menang perang tersebut.
Sebelum sampai hotel, kitorang berhenti kat Pasar Tamar. Untuk apa lagi, beli kurma lah, takkan beli durian pulak..haha (bad joke!).Selain dari kurma, boleh gak beli buah Tin, kacang-kacang dan kismis. Peniaga kat sini tak kedekut. Just say the magic word, "Halal?" dan kita boleh rasa walaupun tak nak beli.
Sampai hotel sebelum zohor...alhamdulillah. Tapi waktu ni dah start rasa tak best sebab esoknya nak kena balik. Alaaaaaaaaaaa.........
Day 11- 10 May
Hari terakhir di Madinah, means hari terakhir trip ni. Beratnya hati nak tinggalkan tempat ni. Pagi tu lepas kemas beg, kitorang ke Masjid Nabawi untuk ziarah Wida' atau ziarah selamat tinggal. Mana yang berkesempatan dapatlah pergi Raudhah tapi orang perempuan tak pergi, takut makan masa pulak kat sana.
Dalam pukul 10.30 pagi , kitorang berangkat ke Lapangan Terbang Prince Mohammed bin Abdul Aziz. Dekat je, dalam 10 minit dari hotel. Ahamdulillah, urusan di imigresen takde masalah, dan kesilapan teknikal menyebabkan rombongan kitorang dapat free seating dalam flight. Luggage plak ditimbang as whole, bukan individual, so semua terselamat dari masalah excess baggage. Blessing in disguise *senyum lebar*
Penerbangan dari Madinah makan masa dalam 8 jam 15 minit. Flight kitorang take off dalam pukul 3.30 petang waktu Madinah. All the way to KL aku rasa aku tidur 2 jam je. Yela, sebab kalau ikutkan itu bukan waktu tidur masa kat Madinah. Sampai KL pukul 5 pagi, kat Mekah baru 12 tgh malam. Alhamdulillah, rombongan kami sampai dengan selamat. Selepas solat subuh, bas NSTP dan Sri Pentas pun datang jemput kitorang di KLIA.
Seriuously kalau ikutkan aku, 7 'episod' ni pun tak cukup untuk cerita apa pengalaman di Mekah dan Madinah. Rasa nak share semua gambar, semua yang aku lihat dan semua orang yang aku jumpa. Lepas pergi sana aku rasa macam tulah tempat paling best dalam dunia, kalau boleh nak pergi tiap-tiap tahun. Semoga kita semua berpeluang menjadi tetamu Allah, seelok-eloknya pada usia muda. Amin...
Dah daftar haji belum?