Tips melawat Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia

Monday 27 January 2020

Assalamualaikum dan hai semua! Siapa kat sini pernah melawat Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia? Kalau pernah, meh sini aku nak tanya..nape tak ajak aku? Hahaha. Actually, aku dah lama tau pasal tempat ni tapi tulah belum sampai seru. Buat yang tak tau atau tak pernah sampai, muzium ini terletak di Sasana Kijang, Jalan Dato' Onn, Kuala Lumpur.

Entry ni bukan entry berbayar tau, tapi aku cuma nak share tips dengan korang supaya trip korang ke Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia (BNM) tak gagal macam aku. Ya..misi aku gagal, after all, gagal is my middle name and I come from Loserville.

Tak nak gagal macam aku? Teruskan membaca tips-tips berikut:

1. Drive sendiri ke sana

Muzium BNM ni agak tersorok. Stesen LRT terdekat adalah Stesen Komuter Bank Negara dan LRT Bandaraya. Google Maps kata kalian boleh sampai dengan berjalan, tapi percayalah jalan ke Muzium BNM dari stesen-stesen berikut sangat tak mesra pejalan kaki. Kena lalu highway dan jalan jauh. Utamakan keselamatan gais. Kalau nak naik public transport jugak, install Grab siap-siap so boleh naik Grab dari mana-mana stesen tren terdekat. Parking percuma dan banyak, so tak payah risau.


2. Datang dengan kawan. Or better still, datang dengan kawan yang pandai ambil gambar.

Walaupun aku takde akaun instagram, tapi antara tarikan aku nak datang Muzium BNM ni adalah kerana ia sangat-sangat insta-worthy. Or instagrammable. Or whateverlah. Bukan kaki ambil gambar pun boleh datang isim nak ambil gambar bila kat sini tau.

3. Bring a tripod

If terpaksa datang sorang-sorang or just nak ber 'me-time', sila bawa tripod. Selfie stick tak cukup. Nak mintak tolong orang pun boleh, tapi malangnya time aku pergi tempat ni lengang. Si Bodoh ni ada tripod tapi tak bawak. Banyak missed opportunity nak ambil gambar cantik.

Pacak je selfie stick kat mana boleh

4. Charge your photography equipment!

Banyak sangat makan ubat, otak pun dah jam. Bawak powerbank tak bawak cable. Tak habis visit lagi satu floor, handphone dah habis bateri. Tengok-tengok kabel tertinggal. Phone dah mati, mood pun hilang. Terus aku rasa nak marah diri sendiri. Mood dah takde, aku balik je. Kuat angin aku ni.

5. Start dari level atas sekali

Antara gambar paling ikonik Muzium BNM ni adalah the spiral staircase. Ni gambar last aku ambil sebelum phone aku menghembuskan nafas terakhir. Muzium BNM ada 4 tingkat. Jangan risau kalau bawak stroller atau naik wheelchair sebab muzium ni ada lif jugak. Aku suggest korang naik lif sampai atas sekali, start tour atas dulu dan kemudian turun.

Gambar ni paling cantik kalau ambil dari level paling atas. Next time aku ambil gambar ikonik yang aku harapkan tu

6. Tak suka sejarah? Tapi suka duit kan?

Muzium ni free gais! Complete dengan surau, kafe, loker dan tandas yang cantik dan selesa. Come with an open mind. Sejarah duit dan perbankan ni menarik sebenarnya. So take your time stroll tiap-tiap ruang pameran. Aku menyesal misi aku gagal, so aku akan pastikan aku datang lagi sekali. Kali ni aku akan ikut tips yang aku tulis ni. Kalau gagal jugak, baik meninggal jelah.




7. Bonus point!

Lepas habis melawat Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia, boleh singgah ke Memorial Tun Hussein Onn dan Memorial Tunku Abdul Rahman yang berhampiran. Both pun free jugak.

Sekian sesi perkongsian aku. Thanks for reading! Nak tahu lebih lanjut pasal Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia, boleh klik SINI


Read More

Sekali-sekala masuk dapur

Sunday 12 January 2020

Confession time: Walaupun aku tak berapa minat dan tak berapa pandai masak, aku suka tengok cooking show. Kalau takde game bola atau movie yang best, aku usha apa ada kat channel TLC (ASTRO 707).  Antara rancangan yang aku suka adalah Girl Meets Farm.


Pengacara rancangan ni, Molly Yeh merupakan seorang food blogger kacukan Jew dan Chinese (kacukan yang agak unik bagi aku). Aku suka tengok dia masak sebab dia selalu senyum lebar macam dalam poster ni. Pastu dapur dia cantik dan lengkap. Apa nak je ada. Molly ni rumah dalam area ladang, husband dia pun keje ladang, so dia selalu masak guna fresh herbs dan sayur petik belakang rumah. Since dia half Chinese, dia selalu jugak tambah elemen Asian dalam resepi dia.

Tapi, aku suka sangat tengok Molly Yeh ni kerana dia selalu confident yang apa dia masak tu sedap. Aku rasa tu kualiti wajib ada pada seorang tukang masak. Kena yakin. Molly selalu puji masakan dan resepi dia sendiri. Kalau aku tengah down, tengok rancangan dia ni boleh naikkan balik mood aku.

So, dengan menjadikan Molly sebagai inspirasi, gigih jugaklah aku masak Korean Spicy Chicken untuk makan-makan sempena birthday adik ipar aku. Hahaha. Takde kena-mengena pun sebenarnya sebab resepi aku ambil dari twitter, bukan dari rancangan Girl Meets Farm pun. Cuma aku pinjam confidence dia tu je sikit.


Alhamdulillah, dapat good feedback dari famili aku. Tu pun aku buat tak pedas supaya anak-anak sedara aku yang kecik boleh makan.

A week before that aku nak buat pegaga masak lemak campur keledek. Nak beli keledek kuning, terbeli keledek ungu, maka kuah kaler purple.


Walaupun rupa pelik, nasib baik rasa macam masak lemak biasa. Cuma aku lagi suka rasa keledek kuning.

So, begitulah kisah kalau aku masuk dapur. Entah apa-apa jelah aku masak. Tengoklah next week menu apa aku cuba.

Sekali-sekala blog aku cerita masak-memasak, selalu cerita makan je. Thanks sudi baca. Lots of love *Sambil senyum sampai telinga macam Molly Yeh*
Read More

Sonata Salju di Jeju - Part 15 - Jeju Dongmun Traditional Market

Friday 10 January 2020

Assalamualaikum dan hai semua. Kisah di Jeju dah hampir sampai ke penghujung. Dan kebiasaannya bila nak balik dari negara asing, adalah lebih afdal menghabiskan saki-baki duit terutama duit kecik. Tapi kalau u olls nak simpan bawak balik pun sukati lah kan. Duit korang bukan duit aku. Haha. Simpan pun bagus, kot lah in the future nak pergi negara sama lagi. Ataupun bawak balik pastu tukar ke duit RM. Takdelah balik holiday makan megi je.

Balik dari Ecoland, kitorang nak repeat Jeju Dongmun Traditional Market. Jeju adalah bandar yang sunyi di waktu malam so tak banyak tempat untuk explore berbanding waktu siang. The Makciks kami hantar balik hotel dulu sebab diorang tak nak ikut.


Dah hantar The Makciks dan rehat sekejap, aku, Siti dan Kak Husna keluar balik. Pergi Dongmun Market naik bas je.


Berbanding dengan kali pertama kami pergi, cuaca cerah petang tu. So boleh shopping dengan tenang dan selesa.


Area pasar basah




Kami ke sini bukan untuk beli ikan. Yela, duduk hotel takde dapur, nak masak macamana. Just layan je suasana local. Peniaga ikan-ikan kat pasar ni belasah je promote apa yang diorang jual kat kitorang dalam bahasa Korea. Aku sengih jelah sambil geleng tanda tak nak.



Buah limau adalah antara souvenir yang sering dibawa balik dari Jeju sebab confirm halal dan antara trademark pulau ini. If nak bawak balik limau, hari last baru beli sebab nak maintain freshness.



Balik ke hotel pun dengan menaiki bas. Jeju di waktu malam winter tersangatlah sejuknya. Memang doa bas cepat-cepat sampai. Sebelum balik, kitorang singgah dulu untuk tapau dinner dekat restoran seafood belakang hotel. Masa kitorang pergi ni kat Jeju takde kedai yang certified halal. Kena interview betul-betul kedai tu ada jual ayam/daging dan guna alkohol tak dalam masakan.


Malam tu lepas dinner, masing-masing busy packing sebab flight esoknya waktu pagi. Dah rindu nak balik Malaysia. Nak makan ayam!! Seminggu duduk Jeju makan vegetarian dengan seafood je.

Macam yang aku pernah mention sebelum ni, kami saja booking hotel yang dekat dengan airport. So that nak gi airport boleh naik teksi je. Naik bas pun boleh tapi agak susah nak mengheret beg besar-besar. Kalau aku berdua dengan Siti boleh gagah lagi, tapi dah bawak warga emas kenalah consider. Kami berlima so kena naik 2 teksi. Nasib baik jugak hotel betul-betul tepi jalan. Senang nak cari teksi.



Suasana di Jeju Airport. Airport sama kitorang datang. Jeju ada satu airport je ye.



Prayer Room ni lepas departure gate. Tak sure dalam arrival ada ke tidak. Surau yang selesa. Lengkap dengan kemudahan berwuduk.


Bye Jeju, bye Korea! Mungkin satu hari nanti aku akan kembali. Tapi kalau aku ke Korea lagi nak try tempat lain la pulak.

Dengan ini berakhirlah entry Jeju. Memandangkan aku malas, so korang boleh baca pasal budget dan itinerary kat blog Siti. Baca di SINI

OKlah, kita jumpa di entry travel yang akan datang! Truth be told, dah hampir 2 tahun aku 'gantung passport'. Sampai expired kawan tu menanti aku terbang. Entry travel seterusnya could be a surprise. Korang rileks je k. Ada umur kita jumpa lagi. Thanks baca entry Jeju aku. Saranghae!!!

Read More

Jumanji The Next Level

Sunday 5 January 2020

When you're scared and insecure, that's when you need your people the most


Ada dua sebab aku nak tengok filem ni : The Rock dan sebab aku dah tengok Jumanji : Welcome to the Jungle. Welcome to the Jungle for me is a good movie, so aku nak tengok adakah second installment ni just as good or menghampakan seperti kebanyakan filem sequel.

Pendapat aku, sebelum tengok The Next level, korang kena tengok yang first dulu. Sure, korang akan still faham jalan cerita, cuma 'tak berapa nak sampai'. Aku tengok ni dengan adik aku and since dia tak tengok yang first, ada a few part aku kena bagi short briefing. Thankfully masa tengok ni orang tak ramai kalau tak mesti dah dikecam rakyat jelata sebab berborak dalam panggung.

Aku tak nak bagi sinopsis, sebab nanti spoiler. Tapi aku berani cakap yang sequel ni lagi best dari yang first! Probably sebab lebih banyak karekter dan watak-watak tu cuba adapt dengan avatar yang berbeza umur dan sifat mereka in real life..

Ada jugak slow scene dan banyak cakap tapi bagi aku tu antara kekuatan Jumanji : The Next Level. Sequel ni lagi banyak pengajaran. Tentang kekeluargaan, persahabatan dan menghargai hidup. Filem ni balance jugak dengan elemen kelakar. Oh by the way, tunggu sampai lampu bukak sebab ending dia ada surprise.

Kalau korang tanya aku, cerita ni aku recommend ke tidak, jawapan aku : yes please! Kalau ajak aku tengok kali kedua pun aku onz!

Oklah, thanks for reading dan selamat menonton!


Read More