Braces Journey Part 1 - Kenapa Aku Bergigi Besi

Sunday 29 January 2017

Kalau korang pernah jumpa aku, korang mesti perasan yang gigi atas aku berlapis dan ke depan sikit. Bahasa mudah : Jongang. Dalam gambar tak nampak sebab aku selalu senyum tutup mulut. Tapi kalau depan mata beribu batu jauhnya dah kenal tu aku..Hahaha.

Zaman kanak-kanak aku sejujurnya horror untuk dikenang. Sudahlah hidup huru-hara, pergi sekolah or sekali-sekala berjumpa sedara-mara, kena ejek pula. Tapi entahlah, tak pulak aku mengadu kat sesiapa. Habis sekolah menengah, baru aku ada keberanian nak cakap ngan Ayah aku yang aku nak pakai braces. So, dia pun bawak aku gi satu dentist ni. Lepas check apa semua, dentist tu cakap aku kena buang lapan gigi dan pakai headgear! Mestilah aku menolak. Cmane aku nak sambung belajar kalau macam tu. Dahlah time tu aku baru pakai tudung. Kalau free hair takpelah jugak pakai.

Bila dah habis belajar, aku still pendam impian aku sebab aku tau kos bukan murah. Tapi tulah, lambat pulak aku ni dapat kerja. Dah dapat kerja, takut plak nak cabut gigi. Time tu rasa redha je kalau hodoh sampai mati. By the way kaedah 'headgear' tu dah jarang diamalkan. Awal tahun 2000-an je orang pakai benda tu.


Lepas aku bedah buang gigi bongsu, aku rasa dah takde apa dah nak ditakutkan lagi sebab tu lagi hazabedah makan masa dekat seminggu nak baik. I've went through the worst, rasanya I can go through the one yang little less painful. Boleh dianggap tu turning point aku mendapat keberanian. Tapi kali ni aku mintak kawan baik aku 'support'  bagi sokongan moral. Rasa macam dah terlambat pun ye jugak. Yelah, biasa orang pakai braces zaman sekolah or masa umur awal 20-an.

Untuk pakai braces, aku pilih klinik yang sama, dan dapat jugak doktor yang sama. Malas nak survey sebab aku rasa Suriani Dental ni service dia bagus. Dr. Khairul tu pun buat aku rasa selesa je. Huh, nak mengata aku suka gi sana sebab doktor hensem lah tu!

Mula-mula doktor tu belek-belek gigi aku pastu tanya aku option Braces mana yang aku nak amik. Aku amik Damon Braces. Damon Braces ni result lagi cepat berbanding Traditional Braces, kurang sakit, lagi senang nak jaga dan paling penting tak perlu cabut banyak sangat gigi. Yay! Tapi mahal sikit. Takpelah, selagi aku ada kerja. Takat cabut gigi tu boleh claim lagi.


Actually aku pakai braces pun sebab kerja. FYI, aku dah dipindahkan ke Customer Service since tahun lepas. Pelik gak bos aku, biasa front desk mestilah amik yang cantik dan bergaya ye tak. Ini tidak, taruk aku je. Pffft! Dah duduk mengadap customer, kenalah banyak berkomunikasi. Mostly in English. Gigi berlapis ni memang orang susah nak faham apa aku cakap. Letih nak ulang.

Lagipun, aku risau jugak dalam keadaan ekonomi macam ni, ramai staf resign or diberhentikan, takut esok lusa aku pulak. Manalah tahu kan. So at least aku dah repair gigi aku, senanglah sikit nak cari kerja. Orang sekarang nak bagi kerja pun memandang rupa tau. Sebab tu gamaknya aku lambat dapat kerja. Entahlah nak.

Eh..panjang pulak cerita sedih aku. Macam menagih simpati je. Kah kah. Sukatilah kan ni blog aku.

First thing first, sebelum pakai braces, nurse akan amik X-Ray gigi dulu.


Nak amik X-Ray ni macam biasalah, tak boleh pakai sebarang aksesori macam anting-anting or sepit rambut. Kalau bertudung, sila pakai tudung yang senang cabut dan sarung. Tak memasal nurse tu kena tengok korang buat tutorial hijab kat situ.

Pastu amik impression. Doktor akan masukkan acuan macam tanah liat tu dalam mulut lebih kurang seminit. Lama jugaklah rasa dia tertinggal dalam mulut lepas dia keluarkan tu. Tapi jangan risau, ni tak sakit langsung.


Dah settle, book appoinment pertama untuk cabut gigi. Aku kena cabut empat gigi sepatutnya tapi since aku ada cabut sebatang sebab rosak berapa tahun lepas, so tinggal tiga je. Alhamdulillah.

Kos X-Ray + Tooth Impression = RM 400

So, next entry aku akan cerita pengalaman cabut gigi pulak. Cabut gigi sihat ni sakit ke tidak? Sabar..nanti sambung ye. Thanks for reading!



 Jangan permainkan kekurangan fizikal orang lain sebab mungkin gurauan kita mengguris hati dia yang belum tentu mampu disembuhkan dengan ucapan 'Maaf'




Read More

Ahoj Smicer!!

Monday 23 January 2017

Assalamualaikum dan Hai semua!. Lama tak update blog. Nak buat cmane..ada je hal. Ini cerita lama sebenarnya, cerita tahun lepas. Time ni Liverpool sedang disebut-sebut bakal jadi juara liga. Tapi sekarang krik-krik duduk dalam gua. Kah kah.

Masa dapat tahu Vladimir Smicer nak datang KL, menggelupur aku wasap Anies plan gi tengok dia kat IOI City Mall. Di hari kejadian, seawal pukul 11 pagi kitorang dah tercongok kat sana.

Kalau ikut tentatif, sesi meet and greet akan bermula pukul 11.30. Tapi ramai yang dah beratur kat bawah nun.

 
Eh terupload selfie plak

Apa barang tengok sahaja, kita turun dan beratur sekali

Mock-up 'Shankly Gates'..harap suatu hari nanti dapat sampai Anfield

MAS (Malaysia Airlines) merupakan penaja utama penerbangan Liverpool FC. Pas ni aku kalau naik MAS nak pakai jersi Liverpool jelah. Mana tau dapat seat upgrade ke. Haha

Seperti yang dijanjikan, tepat 11.30 pagi, Vladimir Smicer muncul di depan peminat yang tabah menanti dan beratur menunggu giliran. Tak macam events yang aku pernah pergi sebelum ni, tak ada sesi soal jawab atau interview ringkas. Terus aja peminat yang beratur naik satu-persatu ke pentas untuk bergambar dan mintak sign.


Vladimir Smicer berasal dari Czech Republik dan pernah bermain di posisi midfield Liverpool FC awal tahun 2000-an dulu. Tak silap aku dia pakai No. 11. Salah seorang hero Istanbul 2005. Dulu masa aktif dalam bola sepak sangat kacak orangnya. La ni pun still kacak cuma chubbs sikit.


Cabaran Robo-Keeper. Ini open untuk pengunjung jugak. Tapi memandangkan aku dah lapan tahun tak sepak bola, khuatir akan terlentang maka tak jadi cuba. Biarlah Smicer yang try. Sedangkan Dida dia boleh tewaskan.

Background 'Kop End'.

Kejap je dapat pandang-pandang jeling-jeling Smicer ni. Lepas satu jam, dia pun blah. So, kitorang pun merayau tengok apa ada.


 Tak cukup True Reds lah kalau tak tau sejarah Liverpool


Piala Champions League yang kali terakhir dimenangi di Istanbul pada tahun 2005. Antara match paling diingati peminat bola sepak kerana comeback menakjubkan ke atas team AC Milan. Sampai hari ni aku (dan ramai lagi)  masih tak boleh hadam cmane team biasa-biasa boleh kalahkan team hebat yang ada Maldini, Kaka, Nesta dan Shevchenko. 

 Thanks Anies melayan aku! Sayang kau!


Tak sempat nak try virtual reality ni. Manalah tau nampak jodoh. Eh.

Selain dari Smicer, Patrick Berger pun ada datang jugak untuk sesi kedua. Tapi sayangnya aku dan Anies salah timing. Masa kitorang datang balik lepas makan, nombor dah habis. Had hanya untuk 100 orang je. Yang sedibnya, gambar dia yang aku tangkap semua corrupt.

Apa pun, teruskan percaya wahai penyokong Reds. Keep on believing and support moga ada rezeki tengok Liverpool julang piala lagi. Sabar. Tak boleh sabar gi sokong team lain. Hihi.

Walk on, walk on with hope in your heart. And You'll never walk alone.

Oh ye, kalian faham tak ni? Tak faham sila move on dan tunggu aku update entry baru entah bila. Thanks for reading!
Read More

Feeling Oshin - Part 4 - Kansai Trip

Monday 16 January 2017


Sape sini pernah tengok cerita Oshin? Kalau tak tengok secara istiqamah (sape tengok full 300 episod tu memang dahsyat lah!) , at least mesti tengok sipi-sipi kan? Tapi tu Oshin versi Jepun, kalau nak tengok Oshin Melayu, Oshin Afrika, Oshin kulit putih..kat mana ek kat Osaka ni? Aku suggest korang gi Museum of Housing and Living (Konjyakukan).

Berdasarkan research aku, nak ke Museum of Housing and Living (Konjyakukan), kena turun kat stesen Tenjimbashisuji Rokuchome. The funny part bila keluar dari stesen subway Tenjimbashisuji, apa yang aku nampak hanyalah jalan raya dan sebuah bandar yang sibuk. Salah stesen ke? Terkedek-kedek lah aku mengeluarkan itinerary kat kaki lima yang sesak dengan ibu-ibu muda Jepun berbasikal macam nak masuk the next X-Games .

Kalau namanya muzium, takkanlah kat tengah-tengah bandar ni. Cam tak logik je. Aku pun keluarkan handphone, guna Google Maps. Ikut map, dekat je, tak sampai 100 meter. Pusing-pusing situ, last-last tanya orang. Rupa-rupanya...

Museum of Housing and Living terletak dalam bangunan damnit! Haha. Patutnya keluar stesen, kitorang belok kiri dan masuk satu bangunan ni walaupun nampak cam office building. Masuk je, kami disambut oleh awek-awek Jepun yang comel macam dalam drama. Eh, kalau aku lelaki mau hilang akal kat sini. Haha.

Muzium ni terletak kat tingkat lapan. Bayaran masuk 600 yen. Tapi pakai Osaka Amazing Pass dapat free!

Apa bestnya muzium ni? Berbanding dengan Osaka Castle yang mempamerkan cara hidup diraja dan tokoh-tokoh peperangan, muzium ni lebih santai dan memaparkan cara hidup rakyat Jepun zaman dulu-dulu. Zaman Meiji ke Edo entah katanya. Senang cerita, cam cerita Oshin ngan Akantare tu lah! Yang lagi best, boleh tangkap gambar!

Tak feellah tangkap gambar pakai baju biasa. Kat sini kenalah menikmati 'Kimono Experience'. Yang lelaki tak payah risau, u olls tak pakai kimono, tapi pakai Yukata. Tapi nak pakai kimono pun boleh, orang Jepun tak judge orang. Kah kah.

Pesanan ikhlas untuk yang nak masuk Museum of Housing n Living ni, pergi toilet awal-awal kat stesen train. Toilet dalam muzium ni tak ada paip. Nak pakai botol kosong isi air kat sinki pun tak boleh sebab beg tak dibenarkan bawa masuk, kena simpan kat loker.

Tiket untuk pakai kimono

Nak pakai kimono kena tunggu turn, tak boleh main terjah je. So, aku suggest korang masuk je, terus ambil nombor giliran dan beli tiket. Sewa pakai kimono kat Museum of Housing n Living adalah 500 yen untuk setengah jam. Lagi sepuluh minit nak sampai turn, korang boleh beratur siap-siap. Pakai kimono ambil masa. Tapi korang saiz sederhana untunglah..Kimono saiz L n XL banyak cantik-cantik. Saiz kecik macam aku tak banyak choice mungkin sebab tu saiz common untuk orang Jepun. Yang lawa semua dah kena amik.

Nanti ada staf yang tolong korang pakai kimono, so tak payah risau bab lilit-lilit tu. Tak nak nampak gemuk janganlah pakai tebal-tebal.



Sebenarnya gambar ada banyak lagi, tapi member aku belum send. Tapi ni kira cukup la ye. Haha. Alah, ulang selpie muka aku bebanyak nak buat apa!

Setengah jam tu rasa sekejap je, tapi memang bestlah kat muzium ni. Tapi bila ramai orang kena bertabah nak tunggu turn. Paling famous kat 'dapur' dan 'ruang minum teh'.

Dah settle berangan dalam set filem Oshin, kami pun berangkat ke destinasi seterusnya. Ke mana kita? Sambunglah next entry ye.

Public Transport guide : Osaka Castle to Museum of Housing and Living (Konjyakukan)

1. Naik cab
Jarak : 3.3 km
Taxi Fare (estimated) : 1741 yen

Untuk mengagak tambang teksi di Osaka, boleh guna Taxi Fare Finder
Hanya masukkan destinasi dari mana nak ke mana, anggaran tambang akan dipaparkan. Teksi di Osaka pakai meter ikut time macam Malaysia. Kalau jam, huhuhu jelah tengok tambang nanti.

2. Naik subway

This one yang kitorang pilih. Kitorang guna Osaka Amazing Pass, tapi kalau beli ticket on the spot, tambang 240 yen sorang.

Dari stesen Tanimachi-4-chome (paling dekat dengan Osaka Castle), naik direct train (Tanimachi Line - signboard warna purple ) to stesen Tenjimbashisuji Rokuchome. 

3. Naik JR train

JR tak boleh pakai Osaka Amazing Pass, tapi kalau beli ticket on the spot, tambang 160 yen sorang.

Dari stesen Osakajokoen (paling dekat dengan Osaka Castle), naik direct train to stesen Temma.

*Info adalah benar sewaktu entry ini ditaip*

OK lah nanti ada free time aku sambung lagi
Part 2
Part 1

Nota kaki : Agak jiwa kacau bulan ni. Haish..sorry tak sempat blogwalking dan komen.
Read More

Dangal oh Dangal

Sunday 8 January 2017

Walaupun luaran nampak macam kental, sebenarnya aku seorang gadis hati tisu yang amat meminati filem Hindustan. Cuma kurang mengikuti perkembangan filem-filem generasi baru atas alasan nilai estetika filem India yang makin hilang, lagu yang kurang menyengat dan pelakon yang tak sehebat dahulu. Tapi tu tak bermakna aku tak hadap langsung. Sesekali bila ada nama pelakon yang aku minat, aku tengok jugak. Contohnya Aamir Khan.

Aamir Khan ni bakatnya melangkaui lakonan. Dia bukanlah bintang Bollywood pertama yang ada production house sendiri, tapi filem terbitan beliau cenderung lari dari kebiasaan. Antara yang aku suka adalah Lagaan, Taare Zameen Par dan Talaash. Beliau selalunya berlakon dalam filem produksinya sendiri sebagai watak utama.

Filem Dangal, yang bermaksud ahli gusti, diarahkan oleh Nitesh Tiwari, seorang pengarah baru dan berdasarkan kisah benar. Geeta Phogat merupakan pemenang pingat emas acara 55 kg gusti wanita di Sukan Komanwel 2010 manakala Babita memenangi pingat perak kategori 51 kg dalam kejohanan yang sama. Nak tahu lebih lanjut sila goggle sendiri ye. Hehe.

Dalam filem Dangal, Aamir memainkan watak sebagai Mahavir, seorang atlit gusti India yang kempunan menghadiahkan pingat emas untuk negaranya walaupun kerap memenangi pelbagai kejuaraan untuk diri sendiri. Oleh itu, beliau berazam yang bakal anak lelaki beliau nanti akan merealisasikan impiannya. Tapi sayang Mahavir hanya dikurniakan anak-anak perempuan. Sedikit demi sedikit beliau melupakan hasratnya.


Suatu kejadian membuka mata Mahavir yang 2 orang anak perempuannya, Geeta (lakonan Zaira Wasim) dan Babita (Suhani Bhatnagar) boleh dibentuk untuk menjadi ahli gusti. Awalnya isteri Mahavir (Sakshi Tanwar) membantah tapi Mahavir meminta tempoh satu tahun untuk menguji dua anak gadisnya sambil disertai sepupu mereka, Omkara (Ritwik Sahore). Maka mereka bertiga pun memulakan latihan walaupun dihina dan dikutuk oleh orang kampung yang mendakwa gusti adalah sukan orang lelaki.

Setelah pelbagai rintangan diharungi, Geeta (Fatima Sana) dan Babita (Sanya Malhotra) meningkat dewasa dan menjadi atlit gusti wanita berjaya di India. Geeta terpilih untuk mewakili negara tapi perlu berlatih bersama jurulatih kebangsaan. Pertama kali berjauhan, konflik bermula apabila prestasi Geeta merudum. Mahavir, Omkara  (Aparshakti Khurana) dan Babita cuba memulihkan prestasi Geeta dalam misi meraih pingat emas pertama acara gusti wanita untuk India.

Filem ini di awalnya menjentik sisi Feminis aku. Agak kejam memaksa dua anak perempuan berkorban demi menurut kehendak seorang Ayah. Seolah-olah hak mereka untuk hidup seperti gadis normal lain telah dirampas. Namun apabila Geeta dan Babita makin berjaya, aku mula nampak konsep 'mahu yang terbaik untuk anak' cuma mungkin seorang Ayah punya cara tersendiri.


Filem Dangal dikategorikan dalam genre 'Sport', tapi orang tak kaki sukan pun boleh faham. Cuma yang selalu bersukan, atau tengok sukan akan teruja lebih. Taktikal bertahan vs menyerang bila perlu, kaitan antara fitness dan cara hidup seorang atlet, keinginan mewakili negara, bagaimana seorang atlet menyesuaikan diri dengan jurulatih berbeza itu semua dihidang dalam Dangal. Boleh nampak banyak persamaan pembangunan sukan di India dengan Malaysia. Konsep National Coach dan sindiran watak Mahavir tentang kerajaan yang kedekut nak keluarkan belanja pada sukan yang ada potensi tu buaatkan aku tersengih sorang-sorang. Aku harap KJ tengok filem ni!

Dari segi jalan cerita, tak ada apa nak complain memandangkan ia kisah benar. Cuma ada beberapa scene yang aku rasa berbaur kontroversi. Reenactment perlawanan fnal di Sukan Komanwel 2010 menjadi dan plot secara kronologi tanpa unsur flashback yang memeningkan juga senang dihadam.

So, rekemen ke tidak? Highly! Tengok lah wei, lagu dia pun sedap-sedap. Filem ni paling sesuai untuk anak yang tak berapa ngam dengan bapak, macam aku! Serius, babak Aamir Khan nangis tu aku nak nangis sekali!

So, korang ada tak filem genre 'Sport' yang korang rasa best? Kongsilah kat ruangan komen. Aku paling minat 'Nadia', 'Goal: Living the Dreams', 'Creed' dan 'Will'. Dalam wishlist: 'United', 'Moneyball' dan 'Hoosiers'.

Tak payah tanyalah nape aku suka filem 'Will' ni..haha

So, jumpa next entry folks! Apna Khayal Rakna!
Read More

Mempersoalkan filem Desolasi

Thursday 5 January 2017

"Dalam hidup ni, kita kena persoalkan semua benda"


Dalam sibuk-sibuk adik aku nak bertunang, sempat lagi aku ngan adik aku lagi sorang pergi tengok filem terbaru arahan Syafiq Yusof ni. Harus kalian tahu yang adik aku bukan penggemar filem Melayu. So, bila aku tanya apa sebab filem yang satu ni buat dia teruja, jawapan dia sama dengan aku: Nak tengok Kuala Lumpur kosong!

Semua orang tahu KL kosong adalah sesuatu yang mustahil berlaku. Lengang-mungkin, tapi menghilangkan semua manusia di dalamnya bukan mudah. Kredit untuk Syafiq n Co. kerana menjadikan sesuatu yang mustahil itu sebagai kenyataan. Teringin jugak aku nak tahu teknik yang digunakan.


Kalau lihat trailer, ramai boleh agak yang Aiman, (lakonan Syamsul Yusof) watak utama dalam filem ini tak habis-habis ditimpa malang. Melihat melalui kaca mata Aiman, kita semua akan sedar yang kita pernah berada dalam situasi itu. Mempersoalkan. Kenapa aku ni asyik ditimpa bala? Apa dosa aku buat sampai dapat ujian macam ni? Desolasi sebenarnya mendakwah kita tentang qada' qadr dan takdir dengan cara yang tak terjangka. Sedikit meremang bila persoalan 'kenapa kita solat?' ditimbulkan dan dikupas oleh watak-watak filem ini sedikit demi sedikit.

Dari segi lakonan, aku sebenarnya dari dulu tak gemar lakonan Syamsul Yusof. Bagi aku dia sedikit keras. Ada kalanya aku tergelak walaupun babak itu sepatutnya serius. Lakonan Jalaluddin Hassan sebagai ayah Aiman sememangnya menterjemahkan karektor kebanyakan ayah di luar sana. Aku suka watak Zaid (Pekin Ibrahim), bekas mat rempit yang tiba-tiba menjadi alim selepas ditimpa kemalangan. Dia meneutralkan watak kalut Aiman dan ayahnya menjadikan filem ini lebih seimbang.

CGI Desolasi agak realistik. KL dikosongkan, dikejar dinosaur, Aiman dan Maya (Bella Dally) terapung - nampak berkualiti untuk filem Malaysia yang pastinya tak segah produksi Hollywood. Sinematografinya juga. Scene kegemaran aku adalah apabila Aiman dan ayahnya berlegar di ruang sama tapi mereka tidak dapat melihat satu sama lain. Seolah Aiman berada di alam bunian. Tapi ini bukan filem mistik. Ini filem sains fiksyen yang cuba dikaitkan dengan elemen kerohanian. Idea yang rare dan satu percubaan berani Syafiq Yusof untuk keluar dari kotak.


Seperti biasa, ada idea pun tak guna kalau tak dilangsungkan dengan baik. Filem ini banyak juga kekurangannya selain lakonan Syamsul. Bagi aku, ciri-ciri skema filem Skop Production masih kuat. Kalau biasa menonton filem atau drama terbitan Skop , pasti dah terbiasa dengan dialog yang formal dan boleh lulus kalau nak guna dalam peperiksaan. Tengok Gerak Khas jelah cakap macamana. Watak Dr.Yap lebih kaku dari Aiman ada kalanya melucukan. Begitu juga watak-watak polis. Pelakon recycle. Jemulah..

Endingnya juga terlampau mudah. Filem genre macam ni bagi aku lebih kena dengan konsep kalau ending tergantung. Pernah tonton Sucker Punch, Identity dan Shutter Island? Konsep hampir sama tapi dalam ketiga-tiga filem tersebut, di penghujungnya penonton ditinggalkan dengan tanda tanya dan tidak mendapat penjelasan sepenuhnya. Tapi filem Malaysia kalau ending tergantung mesti akan kena kutuk ye tak? So, aku fahamlah kenapa semua persoalan dijawab dan diterangkan dengan terperinci dalam Desolasi. Sepatutnya tinggalkan sikit untuk penonton persoalkan.

Kalau kau tanya aku, Desolasi hampir sama konsep dengan S.A.M. Tapi Desolasi lebih berat dan agak sukar meneka plot twist. Aku bagi 3.9 bintang.


Korang patut tengok Desolasi. Percayalah.
Read More