Assalamualaikum dan hai semua! Lama betul tidak menulis di sini. Entahlah kenapa, hobi blogging yang suatu masa dahulu merupakan keutamaan tiba-tiba menjadi sesuatu yang memenatkan. Seolah-olah aku kena seru setiap joule tenaga yang aku ada semata-mata untuk tulis satu entry.
Dan pagi 3 Ramadan ini, dalam hujan renyai-renyai manja di Ampang, tiba-tiba semangat itu kembali. Ke sebab ini adalah hujung minggu di bulan puasa, aku takde aktiviti kat luar jadi aku bosan takde benda nak buat? Tak kisahlah, yang penting aku sedang mengetuk keyboard tanpa tujuan.
Aku tidak menghilang ke mana-mana. Masih di rumah beralamat sama kalau-kalau korang nak kirim juadah berbuka. Hahaha. Masih berkerja di tempat sama, walau setiap hari diulit kebosanan, bertahan juga demi duit. Mungkin itu sebabnya aku hilang minat dalam hidup. Tak bersemangat nak bangun pagi setiap hari. Jangan kata blogging, bola sepak pun aku dah lama tak tengok.
Apa pun, aku cuba juga mencari kegembiraan dengan mengisi masa bersama ahli keluarga dan kawan-kawan. Tapi kadang-kadang dalam ramai pun boleh rasa sunyi kan?
Selamat berpuasa dan beribadat di bulan Ramadan semua! Semoga segala amalan kita diterima dan diampunkan dosa-dosa.
Oh ya, terima kasih buat yang mengirim emel bertanya khabar. Alhamdulillah, luaran memang sihat, cuma mental dan emosi sedikit bercelaru. Semoga di bulan mulia ini Allah makbulkan doa aku untuk 'hidup' baru yang sangat aku inginkan.