First dose AstraZeneca at PWTC is done!
Tuesday 29 June 2021
Bukit Melawati Kuala Selangor
Wednesday 23 June 2021
Assalamualaikum dan hai semua! Lama tak tulis entry jalan-jalan. Suatu masa dahulu inilah forte utama blog aku. Throwback sewaktu hanya rentas daerah dibenarkan. Sebagai warga Selangor yang perihatin, inilah masa untuk menyumbang kepada industri pelancongan negeri. Konon. Padahal selama ni dok terbang ke sana ke sini, halaman belakang 'rumah sendiri' tak dipeduli. Bila dah dirantai kaki, baru terkedek-kedek nak ambil tahu kat mana best jalan-jalan kat Selangor ye.
Actually aku pernah ke Bukit Melawati masa sekolah rendah. Adik bongsu aku je yang tak pernah. So alang-alang dah bercuti di Kuala Selangor, kita jejaklah antara tarikan bersejarah kat situ.
Before sampai sini aku ada buat research sikit. Kalau ikut website, ada perkhidmatan tram yang disediakan untuk pengunjung dari pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari Sabtu, Ahad dan cuti umum. Tapi, kalau datang hari biasa, boleh je nak drive sendiri atau hiking sampai ke puncak.
Sampai puncak, driver berhenti dan kitorang explore sendiri. Dia tunggu je dalam tram so lepak lah selama mana nak.
Siang mengantuk malam berjaga
Saturday 12 June 2021
Penantian 4 tahun sekali berakhir! Top up setahun gara-gara Covid 19 so jadi 5 tahun. Euro tiba lagi. Walaupun diadakan di tahun 2021, nama 'Euro 2020' dikekalkan. Kali ini melibatkan lebih dari satu tuan rumah. 11 bandar di 11 buah negara Eropah bersedia menjadi venue perlawanan. UEFA nak buat kelainan sempena ulangtahun Euro ke 60. Ia dah dirancang sebelum pandemik lagi. Bad timing nampaknya. Harap takdelah kluster Euro sebab sempadan negara-negara tuan rumah dibuka untuk pemain dan penonton.
Info pasal venue perlawanan boleh baca SINI
Masih melibatkan 24 buah negara seperti kejohanan di tahun 2016. Antara pasukan yang disebut-sebut sebagai bakal juara adalah France, Belgium, Itali dan erk... England (team favourite blogger Anies). Seperti biasa aku masih menyokong Spain walaupun ramalan awal aku, team favourite aku hanya mampu bertahan setakat 16 terakhir berdasarkan senarai pemain yang terpilih dan prestasi La Liga dalam Champions League musim lepas.
Entahlah korang faham ke tidak aku cakap apa ni.. Haha
Rasa macam hambar je tournament kali ni sebab ada a few stadium yang menghadkan kapasiti penonton. Takdelah meriah dengan sorakan macam dulu. Player pun kena jaga-jaga sebab ini sukan bersentuhan ( aneh pulak bunyi ), so if the whole team tak dapat diturunkan sebab kuarantin, lawan akan menang percuma.
Oh by the way, sape tengok game Malaysia vs Vietnam ? Ce ulas sikit.. Aku macam biasa second half dah tertido. Game Turki vs Itali pun terlepas. Harap line up lepas ni bagi lah pemain muda pulak. De Paula ngan Aidil tu dah nak baya aku. Player Malaysia bukan macam player Eropah, jaga fitness dan jaga makan.
Harap Euro 2020 ni berjalan dengan lancar dan meriah. Tak sabar nak tengok game England vs Croatia next.
Tadom Hill Resorts - Part 3
Monday 7 June 2021
Assalamualaikum dan hai semua! Mereput sudah cerita bercuti di Tadom Hill Resorts (THR) ni dalam draf. Marilah sambung. Jemput baca dulu supaya faham hujung pangkal:
Masuk hari kedua merangkap hari terakhir di THR, awal-awal pagi aku dah bangun. Lepas solat Subuh, kitorang gi morning walk di kawasan sama kitorang main ATV hari sebelumnya. Bukan jogging, sebab masing-masing stamina tak sama. ND peserta marathon tegar. SR pulak bekas atlit masa zaman sekolah. Aku? Malaih sembang. Kalau masuk rentas desa, Top 10 tu dah dalam tangan. Tapi Top 10 dari belakang la. Sape sama angkat tangan!!