KL Special Force Movie Review

Wednesday 21 March 2018

Perompak akan sentiasa tumbuh macam cendawan. Hari ni kau pancung satu, esok tumbuh lagi


Tarikan utama aku nak menonton filem ni adalah :

1. Ianya arahan Syafiq Yusof
2. Kebanyakan review mengatakan filem ni best dan banyak aksi. Plot twistnya juga menarik
3. Cakap-cakap orang yang lakonan Fatah Amin tak kayu. Say what???

Aku menonton filem ni bersama ND dan SR. Kesian SR, dia dah tengok tapi dia kata OK je nak tengok lagi since aku cakap dengan dia 'A Wrinkle in Time' dan 'Tomb Raider' mengecewakan. Dua filem tu nantilah aku buat review kalau sempat.

KLSF mengisahkan Lan (Rosyam Nor), seorang anggota polis yang mengetuai sebuah unit khas. Beliau ditugaskan menumpaskan sekumpulan perompak yang menggelarkan diri mereka geng Anarkis. Anarkis diketuai oleh Ashraff (Syamsul Yusof). Disebabkan Anarkis sangat licik, Lan menghadapi kesukaran walaupun dibantu dua sidekick, Kevin dan Raj. Oleh itu, pihak Bukit Aman menghantar polis muda iaitu Zul (Fattah Amin) untuk membantu siasatan.

 Sape kata Rosyam Nor dah tak relevan? Nak kena ni!

Aku rasa part plot twist yang menarik dalam cerita ini adalah watak Lan dan Zul yang saling mencurigai satu sama lain. Lan syak Zul ni spy Geng Anarkis, Zul pulak kata dia dihantar untuk siasat dakwaan yang Lan terima rasuah dari Ashraff. So dari mula sampai akhir kau akan tertanya-tanya siapa sebenarnya polis baik, siapa polis jahat.

Babak aksi seperti yang dikatakan orang memang gempak dan meletup-letup. Ko nak banding filem Hollywood memanglah tak adil, tapi untuk level Malaysia dah habis hebat dah tu.

Dari segi lakonan, kita memang tak perlu ragui bakat Rosyam Nor lah kan. Even watak-watak sampingan macam Sabrina Ali (Diana, isteri Lan), Balqis (anak Lan - aku lupa nama apa), Esma Danial dan Shaharuddin Tamby pun korang dah tau memang berbakat. Tapi Fattah Amin tak kayu wei! Tunggu scene hujung-hujung masa watak Ashraff cuba nak play mind games dengan dia. I'm impressed. Tapi lakonan Syamsul Yusof tetap gagal memenangi hati aku. Kah kah. Cuba lagi bro.

Pandai ke pegang senapang tu bang?

Tu part yang aku suka. Yang aku kureng kenan adalah filem ni banyak buat aku teringat filem 'New Police Story' lakonan Jackie Chan dan Nicholas Tse. Antara yang paling ketara adalah watak perompak yang suka pakai topeng badut pastu gelak terkekeh-kekeh dan watak Syamsul Yusof suka duduk atas bumbung. Lagi satu, scene Lan turun dari bangunan pakai tali serupa dengan aksi dilakukan Jackie Chan dalam filem New Police Story. Bukanlah nak kata tiru bulat-bulat, tapi dah aku teringat nak buat cmane. Tu filem favourite aku kot.

So..rekemen ke tidak? Well...OK jugak. Boleh dikatakan filem Melayu yang berkualiti. Jalan cerita menarik dan tak meleret-leret. Babak pertama je dah terus masuk ke point utama. For me, aku suka. Semoga lepas ni Syafiq Yusof boleh hasilkan banyak lagi filem yang bagus-bagus.

Till then, thanks for reading gais!!
Read More

Look for a Star - HK Part 3

Sunday 11 March 2018

Assalamualaikum dan hai semua. Lama betul kisah HK aku ni tergantung. So, mari kita recap. Hari pertama kami jalan-jalan je di area Tsim Tsa Tsui dan shopping di Ladies Market. Hari kedua pulak kami merentas sempadan untuk ke Shenzhen, China. Boleh baca di sini:

Part 1 - Hong Kong
Part 2 - Hong Kong
Part 1 - Shenzhen
Part 2 - Shenzhen
Part 3 - Shenzhen

Hari ke tiga di HK, kami memilih untuk berjalan-jalan di area Kowloon sebelum menuju ke main island. So, pagi-pagi bangun, kitorang breakfast bubur nasi segera dan masak nasi lemak Brahim's. Nampak macam best je bawak bekal nasi lemak bukan? Tapi ketahuilah bahawa bekalan nasi lemak menyumbang kepada pengalaman mengharukan aku di HK. Haha. Nak tahu pengalaman apa, teruskanlah baca story aku ye.


Antara perkara paling wajib korang patut pergi bila sampai HK adalah melawat Avenue of Stars. Dia punya wajib, level kalau gi Paris kena tengok Eiffel Tower dan kalau gi Melaka kena makan asam pedas. Sampai macam tu sekali.

Apakan daya, takde rezeki kami nak melawat tarikan utama di HK ni sebab ditutup untuk construction dan dijangka dibuka semula hujung tahun 2018. Tapi untuk mengelakkan kemurungan dan perasaan seolah-olah sampai tapi macam tak sampai, pihak Hong Kong telah berbesar hati memindahkan kebanyakan exhibit yang famous ke Garden of Stars (GOS) yang terletak di East Tsim Sha Tsui Waterfront Promenade.

GOS ni terletak within walking distance je dari Chungking Mansion. Lagipun, ada banyak map macam ni untuk bantu tourist. Ni aku snap malam sebelumnya masa baru balik dari Shenzhen so sorrylah blur sikit.


Berdasarkan signboard dan map, dapat difahamkan bahawa GOS terletak di balik taman permainan ni. Kena mendaki tangga so ayuh.


Ada apa di Garden of Stars? Sesuwaiii dengan nama tempat tersebut, ia merupakan sebuah taman yang didedikasikan untuk ikon-ikon filem dan muzik Hong Kong. Memandangkan aku ni memang peminat cerita Cina, tak kisahlah filem atau drama pukul 7, mestilah aku teruja bila sampai sini.

Tapak tangan pertama aku gi cerap mestilah pelakon paling aku minat, Nicholas Tse

Acah-acah romantik ngan Anies. Kah kah

Me among the Stars. Perut buncit lupa cover. Hadoi

Belah kiri is Michelle Yeoh gais! Ipoh mali talak sombong.

 Ada banyak tapak tangan macam ni, jenuh nak tangkap gambar semua.

Ada jugak yang sekadar diabadikan dengan plak kosong tanpa cerapan tapak tangan. Mungkin coming soon ataupun dah jadi mendiang.

Tak semenggah perangai dua-dua ekor

 Statue Bruce Lee, bukan Berus Gigi

Kuang ajo yang belakang tu, beria aku berlakon dia dok usha amoi lain

Sebelah Garden of Stars adalah kawasan waterfront, so bolehla lepak tengok view HK dan bot lalu-lalang. Time ni panas terik, tu yang gambar gelap macam contoh di atas. Lantaklah nak.

Anies sedang berangan dia berada di port Liverpool agaknya. Hehehe

Avenue of Stars yang masih dalam renovation. Mesti pas ni lagi gempak


Dah puas berada di kalangan bintang-bintang, kami meneruskan perjalanan untuk ke HK Island. Antara perkara wajib bila sampai HK ni (banyak nau yang wajib. Sunat takde ke?) adalah naik feri untuk ke seberang. So, dari GOS, jalan jelah ikut signboard ke Tsim Sha Tsui Star Ferry Pier. Star Ferry Pier ni tak sama dengan China Ferry Terminal, so jangan keliru OK.

 Sementara nak sampai terminal feri kita posing la berlatarbelakangkan bangunan pencakar langit HK. Satu yang special sepanjang perjalanan ke terminal feri adalah laut yang tidak berbau. Lepas tu nampak bersih.

Ini ke feri yang aku dan Anis akan naik? Ni dah macam kapal Jack Sparrow.

Memandangkan dah lama tak update blog, so izinkan aku menekan butang publish walaupun boleh je nak sumbat cerita lagi. Hahaha. Tahu ramai yang rindu entry baru kan.

Nanti kita sambung dengan pengalaman naik feri dan tragedi nasi lemak. Insha Allah. Doakan aku tak malas-malas. Thanks for reading, gais!
Read More