Bukan entry jual barang - Tips kekal cergas di bulan Ramadhan

Sunday, 29 June 2014

Assalamualaikum semua..puasa tak? Harap-harap semua berpuasa la hendaknya. Lain lah kalau yang dapat 'lesen besar' tu. Tapi aku rasa pembaca blog aku semua baik-baik, tak ada yang kaki ponteng. Betul tak? *Ayat bodek nak komen banyak letewwww*

Infografik : bilangan jam berpuasa bagi negara-negara lain di dunia. Puasa sampai 20 jam? Wow, kita yang 13 jam ni pun dah ramai yang semput. Imej diambil dari Huffington Post
.
OKlah, jimat tenaga sikit, jom terus straight to the point.

1. Sahur tu ada berkatnya walaupun hanya sebiji kurma
Ambil makanan yang mengenyangkan macam roti whole grain, oat, buah-buahan macam pisang dan epal dan minum air secukupnya semasa sahur. Kalau korang ni perut Melayu, tak perlulah pura-pura nak berdiet bagai, makan jelah nasi untuk elakkan kebuluran di siang hari. Tapi kalau korang ni perut mat saleh, bolehla try menu-menu yang dicadangkan oleh website Buzzfeed ni.

2. Jangan minum air berais semasa berbuka
Air berais adalah penyebab ramai antara kita menguap masa solat terawih. Kalau dah haus sangat pun, minum air masak dulu, dah makan sikit baru minum air sejuk. Kalau terus terpa air sejuk, badan dan sistem penghadaman akan terkejut, tu yang rasa lesu memanjang.

3. Solat Terawih
Terawih..polemik masyarakat kita yang tak pernah sudah. Terawih ni maksudnya rehat, so boleh buat rilek-rilek je. 8 rakaat OK..20 pun OK. Sunat muakad dilakukan secara berjemaah, tapi boleh dilakukan sendirian. Mungkin ada anak kecil, jadi si ibu tak dapat nak ke masjid. Kalau nak buat secara berjemaah di rumah pun boleh. Rapatkan silaturrahim sesama ahli keluarga. Kot lah nak test menantu/ adik ipar baru boleh ke tak jadi Imam.
Point sebenar aku, terawih ni dikira macam satu senaman sebab siang kita berpuasa, badan letih, nak beriadah pun malas. Bila kita bergerak banyak lepas makan, takdelah kalori-kalori tu terkumpul jadi lemak. Kalau nak cakap pasal fadilat solat dari sudut Sains, memang banyak, korang boleh google atau tanya doktor bertauliah.
Yang penting, terawih ni ada dalam bulan Ramdhan SAHAJA. Dapat pahala lak tu. Tak nak ke bai...

4. Hindarkan dari berfikiran negatif
Dah bunyi cam Prof. Muhaya lak aku *perasan*
Elakkan dari dok ulang-ulang ayat "Ngantuknya ... letihnya" .Kalau ada kawan korang dok ulang ayat tu, jangan layan dia. Iye, memang ngantuk tu tak boleh disorok. Tapi tidur di tempat kerja adalah sangat tidak digalakkan kerana ia akan memberi imej buruk di mata bos korang di samping gaji tak berkat! Kalau dah tak tahan sangat, tidurlah sekejap di waktu rehat. Ingat bos korang tak tahu ke korang ngantuk sebab tengok bola malam tadi?

5.Jangan minum minuman berkafein sewaktu sahur
Minuman berkafein memang buat kita alert, tapi kafein akan meningkatkan kadar metabolisme dan membuatkan kita lagi lapar. Lagipun, kafein merupakan sejenis diuretik, maknanya, ia boleh meningkatkan kadar pembuangan air dari badan. Tu yang badan letih sebab dahlah takde air masuk, banyak pulak yang keluar. Kak Sal kau ni student Fizik tapi sembang cam budak Medic kan? Hehe, nantilah kalau ada masa aku cerita pasal tu.

Gambar hiasan from Huffington Post .

Pesanan penaja:  Apa-apa pun, jangan pernah lupa mereka yang tak bernasib baik. Banyakkan bersedekah dan doa untuk saudara seagama kita di serata dunia. Moga Allah melindungi mereka.

Kalau korang ada petua lain, jemput share kat sini untuk panduan semua ye..
Read More

World Cup 2014 Talk - Edisi cuci mata

Monday, 23 June 2014

Disclaimer: Hotness itu subjektif..Ini pandangan aku je. By the way, hensem tak menjamin yang pemain tu terer. Ingat ye para gadis. So, here goes...10 pemain paling hot Piala Dunia 2014 (di mata aku).

1. Olivier Giroud - France
 Guano tengah main bola pun rambut maintain berjambul gitu mon chéri? Hensem dan tinggi, what's not to like eh?


2. Cristiano Ronaldo - Portugal
Orang bukan kaki bola pun kenal bintang Real Madrid yang selalu jadi duta produk ni

3. Robin Van Persie - Netherlands
The flying dutchman..selepas menghancurkan hati penyokong Spain semesta alam.

 4. Niko Kovac - Croatia
OK la, dia ni bukan pemain, tapi coach. Tapi aku tetap nak masukkan dia dalam list. Tak kira!

5. Iker Casillas - Spain
One of the reason aku mula menyokong Spain. Berjambang atau tidak, dia tetap hot.

6. Neymar Jr. - Brazil
Muka 'budak nakal'.

7. David Villa - Spain
Pujaan hati dulu, kini dan selamanya..

8. Adnan Januzaj - Belgium
Not exactly hot, tapi dia comel! Terutama bila dia  penat dan blushing

9. Ciro Immobile - Italy
Tak bermakna list kalau takde pemain Italy kan..

10. Joe Hart -England 
He may not catch the ball, but he always catch my heart.

Sape pemain hot di mata korang?

p/s: Fernando Torres tak masuk carta ni, dia masuk carta hati. Dia sentiasa jadi pemain paling hensem di mata aku since forever. Hahaha.
Read More

Al-kisah pemilik nama klasik

Friday, 20 June 2014


Assalamualaikum dan apa khabar u olls? Tau tak 'nama klasik' tu apa? Nama klasik adalah nama-nama orang dulu-dulu yang jarang kita jumpa diulang pakai oleh mak bapak zaman sekarang. La ni nama bebudak semua canggih-manggih. Kot kalau nak recycle nama klasik tu, harus diubah ejaan agar nampak moden dan bunyi Arab sikit. Contohnya Rokiah jadi Ruqayyah, Irfan dieja Erfan , Razak jadi Razaque, Sufiah jadi Soffea dan macam-macam lagi lah.

Aku adalah salah-seorang generasi lahir tahun 80-an yang memiliki nama klasik. Aku bangga dengan nama aku sebab rare. Kalau ada mak bapak nak bagi nama anak macam nama aku, mungkin diorang patut fikir dua-tiga kali. Takut diorang mengalami struggle seperti apa yang kitorang pemilik nama klasik di zaman millenium ni perlu hadapi seperti..

1. "Nama awak cam nama nenek/ makcik/ pakcik/ atuk/ moyang saya..."
Statement yang sering didengar setiap kali aku introduce diri pada kenalan baru. Huhu..tak tahu nak response apa. Terima jelah hakikat nama korang dah ketinggalan zaman.

2. Orang senang nak tahu kau yang mana satu
On the bright side, nama klasik macam nama aku dan nama bunga-bungaan (contoh - Melati), tak ramai yang guna. So di tempat kerja atau tempat belajar, sebut je nama kau, diorang dah tahu kau yang mana satu. Kalau nama yang common macam Nadia dan Farah kan kena describe sikit.

3. Susah nak cari nama glamour untuk digunakan di alam maya
Mula-mula nak buat blog, aku puas fikir nak pakai nama apa supaya nama blog aku catchy. So, aku decide untuk modified Salbiah jadi Sal Bee Yah. Bajet moden la tu! Yelah, nama klasik ni biasanya pendek. Kalau panjang bolehla dipotong-potong atau letak sedebuk je macam tu.

4. Senang bakal suami dan bakal mertua nak sebut nanti
Hehe...kalau lelaki, senang la bakal ayah mentua nak sebut nama before akad nikah. Sebab ada tempat, nama pengantin lelaki pun kena sebut betul-betul masa akad nikah kalau tak nanti saksi kata tak sah! Nama pengantin perempuan apatah lagi.

So, korang ada tak kawan-kawan yang memiliki nama klasik? Share la kat sini..

Salam Jumaat!
Read More

Mari belajar bahasa Johor

Monday, 2 June 2014



Sape sini orang Johor, angkat tangan!!! Aku ni nak mengaku orang Johor macam menipu pulak sebab I/C Kolumpo, tapi mak ayah asal orang sana, so kira aci lah nak feeling Johorean kan. Anyway, kalau korang perasan orang Johor ni ada slang diorang sendiri walaupun tak obvious macam dialek Pantai Timur, Negeri Sembilan atau Utara Semenanjung. Susah nak explain cmane, tapi biasanya orang Johor boleh detect each other walaupun kali pertama jumpa. 

Manalah tau kot korang dapat bakal suami/isteri orang Johor, boleh try impress family dia dengan beberapa perkataan di bawah. Conform diorang kagum.

1. Gobok - almari

2. Gebor - selimut

3. Sapan - rosak (ni biasa orang Muar guna, daerah lain tak sure)

4. Berterombe - main kejar-kejar. Perkataan yang famous di bibir para nenek sewaktu cuti sekolah dan hari raya.
Contoh ayat :" Cuba berenti berterombe, runtuh jugak rumah aku ni kang!"

5. Melak - agaknya.
Contoh ayat : "Dia dah balik, melak". 

6. Bebak - tak dapat menampung sampai terkoyak (untuk kain)
Contoh ayat : "Besar dah anak aku ni, sampai bebak buaian "

7. Ek... - biasa digunakan orang Johor di hujung ayat. Jangan terlebih guna, takut dituduh menghanjing pula..

8. "Jangan serik yek".. -ayat famous orang Johor bila send off tetamu. Maksudnya, datanglah lagi.

9. Tak mematut - tak patut.

10. Belanja - beli barang dapur atau keperluan kenduri.
Contoh ayat : " Maksuklah dulu, abang kau pergi belanja".

Sebenarnya banyak lagi, tapi praktikkan lah 10 ni dulu ek sambil makan goreng pisang cicah cili kicap dengan kopi O 434. Oh Muar I Miss You..

Assalamualaikum..Jangan serik yek!
Read More

Soalan basic untuk orang 'kerja surat khabar'

Sunday, 1 June 2014

Situasi: korang berkenalan dengan kawan baru. Dia cakap dia kerja kat syarikat suratkhabar XYZ. Apa soalan-soalan yang akan menyusul lepas tu? Cop..tak payah jawab, aku gerenti mesti korang akan tanya soalan-soalan kat bawah ni..

1. Reporter ke?

Soalan paling cliche'.. dari hari aku dipanggil interview sampailah dah dekat tiga tahun kerja, tulah soalan pertama orang akan tanya aku. No dear, kat  syarikat suratkhabar ada pekerjaan lain selain dari reporter seperti kerani, despatch, akauntan, driver, tukang masak,secretary dan manager. Dah semua orang jadi reporter sape plak nak susun suratkhabar dalam lori untuk dijual. Kalau suratkhabar kat Hogwarts takpelah boleh terbang sendiri.

2. Mesti selalu jumpa artis kan?

Tak semua orang selalu jumpa artis dan orang famous. Lainlah kalau kau dari unit Hiburan yang boleh bergelak tawa dengan Aaron Aziz kat Old Town. Sesekali bila ikut event, merasa lah jugak. One thing bila kerja bawah label syarikat suratkhabar, kau kena kawal diri supaya tak nampak 'jakun' bila berjumpa dengan artis dan VIP. Tapi sesekali langgar jugak 'rules' tu, contohnya macam gambar-gambar bawah ni:

 Hero Malaya pujaan hatiku, Johan As'ari. Ni masa jamuan raya

  Leong Mun Yee dan Brian Nickson, atlet terjun Malaysia. 

Terasa kerdilnya diri ini...

Wishlist aku: Dato' Lee Chong Wei, YB Khairy Jamaluddin dan Shah Rukh Khan..

3. Mesti hari-hari dapat (news)paper free kan?

Well..kalau hari tu kerja dapatla. Tapi jangan expect kitorang untuk walk-in kedai runcit dan mintak je suratkhabar sesuka hati. Takde maknanya! Kalau hari tu tak masuk office, kenalah beli macam orang lain. Diskaun pun tak hado!

4. MH370 kat mana?

Pilihan raya bulan berapa? Kenapa Dyana Sofea kalah? Betul ke rakyat Brazil protes World Cup tahun ni? Sila jangan tanya soalan tak tercapai akalku. Apa yang ditulis dalam suratkhabar dan keluar dalam berita, itulah yang kitorang tahu. Lainla kalau kitorang ada contact Dato Sri Hishamuddin. Jangan expect we olls tahu rahsia negara yang top secret.

5. Ada lagi ke orang baca suratkhabar?

Eh..asal lak takde? Kalau takde dah lama kitorang semua ni cari kerja lain. Dalam zaman serba canggih ni, suratkhabar sebenarnya masih relevan. Alhamdulillah, rezeki Allah tu ada...masih ada orang berharap pada suratkhabar untuk tahu apa yang berlaku di serata dunia dan untuk pengiklanan. Dalam mahkamah, keratan surat khabar boleh dijadikan bukti tau.

Apa-apa pun pekerjaan kita, bekerjalah dengan ikhlas supaya rezeki berkat..tak gitu?

So,korang biasa tanya apa kat orang 'kerja suratkhabar'?
Read More