Hari ketiga di Sydney, pagi-pagi buta kitorang dah bangun sebab nak ke Airport. Tapi bukan sebab kitorang nak balik. Aisy, kalau bukan sebab nak balik, nak buat apa?
Sebabnya, one of our travel mate je nak balik awal sebab ada urusan keluarga. Memang dari awal trip lagi dia dah bagitau yang dia akan balik dulu. Atas semangat setiakawan yang tinggi (skema nya ayat), kitorang pun temankanlah dia ke Sydney International pagi tu. Kalau masa sampai hari tu kitorang naik cab, kali ni kitorang naik kereta sewa, siap dengan supirnya sekali.
Kitorang guna perkhidmatan seorang student Malaysia yang menginap di Malaysia Hall untuk hantar kitorang ke Airport dengan bayaran hanya 50 AUD! Jauh lagi murah dari naik cab sebab harga dia ni fix. Kalau u olls nak contact dia, bolehla email aku. Yelah, kot korang nak ke Sydney dan plan nak menginap di Malaysia Hall, lebih murah bila guna perkhidmatan kereta sewa ni berbanding naik cab.
View dari dalam train
Settle Bella check-in luggage dan dapat boarding pass, kitorang pun bergerak ke
DFO Homebush. Ada orang kata kat sini lagi banyak sales berbanding kat Harbour Town . Honestly kalau aku yang buat itinerary, memang tempat ni tak termasuk dalam list. Sebab kat
Harbour Town, Gold Coast kan dah shopping, buat apa nak shopping lagi? Aku lagi rela pergi burn duit naik cruise sebab aku teringin nak tengok Opera House di siang hari macam dalam blog orang lain tu. Nak pergi sorang tak cukup keberanian pulak, so ikut jelah. Salah aku jugak, masa diorang tanya kalau ada apa-apa nak tambah kat itinerary, aku jawab takde.
Dari Sydney International, kitorang naik train sampai ke station 'Museum', pastu tukar train yang menghala ke 'Strathfield'. Tapi bila dah sampai Strathfield masing-masing nganga lepas tag kad Opal kat gate exit. Aku lah nganga paling luas sekali! Sebabnya...
Tambang 16 AUD dari International Terminal sampai Strathfield! Wargh..tau tak 16 AUD tu banyak mana? Almost RM 48 tau! Semata-mata nak naik train. Aku syak train 'Airport Line' tu yang mahal. Macam naik ERL.
Takpe, rileks, bak kata Mak aku "kalau tak nak duit habis, jangan gi berjalan. Duduk rumah diam-diam".
Ada empat pilihan bas nak DFO Homebush
Turun je dari train, terus cari exit to Everton Road, nak naik bas ke DFO. DFO ni bukak dari pukul 10 pagi sampai 6 petang sahaja. Masa nak naik bas tu dengan tenang tag Kad Opal, sekali tengok balance kad tak cukup. Aiyok, kalutlah masing-masing dok cari syiling nak bayar tambang. Nasib baik driver bas ni sabar je tunggu walaupun sebenarnya kitorang risau bila kitorang dok terhegeh-hegeh tu, jadual perjalanan dia akan tertangguh. Yelah, public transport kat sini memang menepati jadual.
DFO ni interior dia sama je macam shopping complex lain kat Malaysia..Tapi aku suka sebab tempat duduk banyak! Bukan macam kat KL ni, kaki nak tercabut pun terpaksa gagahkan berjalan dengan beg plastik penuh tangan. Aku banyak duduk-duduk je, tengok gelagat omputih. Suka tengok gaya diorang yang kurang gila gadget. Anak-anak kecik diorang takde dok pegang handphone or tablet kat meja makan. Kalau duduk sorang-sorang or santai-santai, biasanya ada buku or surat khabar yang meneman. Aku segan nak tangkap gambar kang diorang ingat aku stalker pulak.
Aku pun takdelah nak shopping apa sangat. Jumpa kedai ala-ala 'Stadium', ada satu corner kecik jual merchandise Liverpool, tapi collection dia sikit, pastu biasa-biasa je.
Food court kat DFO ni banyak jugak pilihan. Ada satu kedai ni, ada cop halal, menu dalam bahasa Melayu lagi! Tengah dok usha lauk-pauk yang ada (konsep ala-ala nasi campur) ternampak sejenis lauk yang tak berapa nak menyelerakan iaitu..
Sweet and Sour Pork
Terus hilang selera Kak Sal dan rakan-rakan nak makan situ. Terus cinta beralih arah ke kedai kebab. Memanglah lauk tu dalam tray lain, tapi yelah kalau dah bercampur halal haram tu dah jadi syubhah lah kan.
Yang tak bestnya, DFO ni takde surau.So, terpaksa bergegas balik. Tapi, sebelum balik, diorang nak ke satu tempat lagi. Oh, mungkinkah misi naik cruise tengok Opera House dari jauh akan tercapai?
Hipokrit tau pompuan ni kata tak suka shopping..beg plastik pink besar gedabak tu apo?
Perjalanan balik, instead of ke station 'Museum', kitorang terus menghala ke Central Station. Tapi kali ni kitorang beli tiket train secara manual. Malas nak top up
kad Opal sebab esoknya dah nak tinggalkan Sydney. Lagipun, kad tak boleh refund.
Sayang lah kan.
Kat stesen Strathfield ni banyak jugak platform dia, so kena alert platform mana ada train yang akan ke Central sampai dulu. Apa, tak faham? OK macam ni..katakan
train Aliran A kat
Platform 3 menghala ke Central sampai lagi
2 minit. Train
Aliran B kat
Platform 1 menghala ke Central sampai lagi
20 minit. So, kalau nak cepat berlarilah ke Platform 3. Nak tau tu boleh refer skrin yang ada tunjuk jadual perjalanan train.
Tak kuasa makcik nak pening-pening, kita tanya orang je.Hehehe
Sampai di Central Station, ke mana kita? Shopping souvenir la kat Paddy's Market! Ni memang antara tempat yang aku pastikan ada dalam itinerary sebab ramai blogger kata souvenir kat sini murah. Nak tahu murah ke tidak, jom kita terjah..
Nak ke Paddy's Market, kita naik tram. Berhenti betul-betul depan 'pasar' ni.
Paddy's Market ni bukanlah tempat menjual padi, tapi jual barang-barang macam keychain, fridge magnet, T-shirt, mug dan banyak lagilah souvenir kat tingkat satu. Kat tingkat atas pulak ada supermarket ala-ala Giant gitu. Tapi tulah, ia dibuka sampai pukul 6 petang sahaja dan ditutup pada hari Isnin. Plan your trip well ye.
Aku datang je burung merpati lari. Hampeh!!
Ingat nak solat kat sini, kalau sempat dapatlah sightseeing lagi, tapi malangnya takde surau. Kenalah balik ke Malaysian Hall. Semasa perjalanan balik tu menyesal sangat tak top-up kad Opal sebab dapat driver bus perempuan yang cengeng! Cam nak marah je bila kena issue tiket manually. Pastu buat tak tau je tak nak pulangkan baki. Yang paling kitorang bengang, bila kitorang tekan loceng nak turun kat MH, dia tak nak berhenti! Kurang asam gelugoq betoi! Hang mai Aloq Setaq, pala hang aku putaq! Nasib baik ada sorang mat saleh nak turun stesen depan sikit dari MH, barulah dia berhenti. Kalau tak kenangkan jaga nama baik agama dan negara mau aku maki je.
Sampai MH, dah lewat petang, solat Jamak Takhir Asar-Zohor dulu pastu tunggu Maghrib.Sejukkan hati yang membara. Grrr..
Perasan tak entry kali ni tak banyak gambar. Maybe sebab aku lebih
seronok menikmati indahnya bandar Sydney dengan mata sendiri. Lagi puas
dari melalui lensa kamera. Lagipun, suasana di shopping complex kan, apa
sangatlah yang boleh capture. Kalau nak tengok gambar-gambar cantik
layanlah entry dolu-dolu.
Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5
Part 6
Part 7
*bersambung*