Hadiah dari seberang laut; dan seberang highway

Wednesday 26 January 2022

Assalamualaikum dan hai semua! Alhamdulillah murah rezeki tahun 2021 banyak kali terpilih jadi top commentator blog. Mengomen bukan mengharap balasan hadiah, tapi kalau dapat, rezeki jangan ditolak.

Hadiah dari seberang laut; dan seberang highway? Ha...meh kita tengok yang dari seberang laut dulu. Kiriman blogger Amie dari Lahad Datu, Sabah. Kak Amie merupakan seorang guru yang pandai memasak. Selain entry resepi, beliau juga selalu berkongsi cerita jalan-jalan dan keletah anak-anak. Seronok baca, lagi-lagi tentang si bongsu Firdaus. Boleh jengah blog Amie's Little Kitchen


Hadiah dibalut cantik dalam beg kain Stanton Hotel. Terus aku google Stanton Hotel kat mana. Rupanya di Karamunsing, Kota Kinabalu. Tak dapat pergi Sabah, dapat ole-ole dari sana pun cukuplah. Ambil bau. Hehe

Kak Amie bagi aku kain batik siap jahit warna pink-purple - my favourite color, dompet bentuk ikan, keychain Sabah dan brooch motif burung hantu. So far semua pun tak sempat rasmi lagi sebab last week anak-anak sedara ada kat rumah. Nanti diorang mintak. Mana boleh. Kejinya mak sedara. Hihi. Diorang dah balik baru aku bukak bungkusan GDex dan ambil gambar untuk buat entry ni.


Yang ni pulak dari seberang highway. Dari pemilik blog Mamapipie. Kenapa seberang highway? Sebab Mamapipie pun orang Selangor jugak. Cuma daerah berbeza. Kalau drive kena lalu highway.

Mamapipie bagi aku pouch striped pink, mousepad, mini calendar dan notebook. Yang ni pun sama tak rasmi lagi.

Blog Mamapipie selalu share tempat makan dan penginapan best. Selain tu, yang specialnya blog Mamapipie ni dia selalu buat peraduan 'tangkap nombor'. Apo tu? Nak tau kenalah jengah blog dia. Mana tau berjaya tangkap dengan sempurna boleh dapat hadiah tau. Selalunya wang tunai. Siapa tak mahu..huhuuhuuu.. bak kata Tok Ti.

Thanks a lot to both wanita-wanita hebat ni. Kenapa aku kata diorang hebat? Keduanya wanita bekerjaya dan bergelar ibu dan isteri. At the same time diorang rajin update blog. Aku yang bujang dan kerja level kerani je ni pun blog selalu berhabuk. Haha. Semoga keduanya murah rezeki dan bahagia di samping keluarga tersayang.

OKlah tu je nak share kali ni. Jumaat ni nak inject dos ketiga. Ingatkan vaksin made in Sweden tak payah booster dah. Kenangkan takut ada masalah kemudian hari terpaksalah ambil. Bukan takut Covid, takut tak boleh kerja or tak boleh rentas negeri je.

Doakan aku dapat kerja lain. Mana tau berkat doa korang, Allah bantu jugak usaha aku yang dah masuk tahun ketiga ni. Aminnn. *Bukan tak bersyukur, tapi tak salah kan nak improve hidup?*
Read More

Hidden Gem di Bukit Antarabangsa - Hillside Jogging Track

Sunday 23 January 2022

Assalamualaikum dan hai semua! Semalam gara-gara 'KL tutup' so last minute cancel plan nak ke lake garden KL. Tapi disebabkan lama sangat tak jumpa cik ND dan nak membuang kemalasan yang bersarang dalam badan, kitorang keluar jugaklah cari port jogging yang pernah viral dalam kalangan warga Ampang/ Keramat/ Hulu Kelang suatu ketika dulu. Asyik jogging tempat sama je, jemu jugak kan.

Pagi tu kami keluar dalam pukul 8. Hujan renyai-renyai manja. Tapi sebab dah siap-siap takkanlah nak sambung tarik selimut tidur balik.

At first kitorang pun tak tau macamana nak ke tempat ni. Ikut waze tapi dia bawak kitorang ke look out point Bukit Antarabangsa. Untuk tengok KL dari atas. Ek eleh. Puas dahlah aku tengok Kuala Lumpur. Lebih 30 tahun. Puas sudah. 

So tengok dalam ol reliable Google Map. Nampak tempat ni ada orang save - Taman Bukit Utama Hillside Jogging Track. Ikut pembacaan aku masa tempat ni viral dulu, ia memang kawasan lereng bukit. So marilah kita ke sana. Senang je ikut Google Maps cuma tersorok sikit lorong masuk ke tempat jogging tu sampai kitorang terlepas. Patah balik je, takde masalah. Setiap kawasan perumahan di Bukit Antarabangsa ni ada pondok pengawal tapi kalau nak ke Taman Bukit Utama Hillside Jogging Track ni takde guard jaga.


Suasana pagi yang berkabus. Sejuk! Menyesal tak bawak sweater. Sekali tengok macam di Cameron Highland pula. Tapi tu bukan ladang teh ye, tu rerumput je. Nampak macam tempat ni dijaga kemas.


Tempat ni takde kereta lalu walaupun jalan bertar cantik. Tapi curam betul ye. Aku tak berani bawak budak-budak yang tengah lasak datang sini takut diorang berlari laju turun bukit tanpa brek. Nak main roller blade pun bagi aku sangat bahaya. Sebab cerun dan membelok. Kitorang sekadar jalan, tu pun ayu-ayu macam pakai kebaya Nyonya dengan payung di tangan.


Jalan sampai ke bawah sekali nampak takungan air ni. Nak kata tasik bukan, empangan pun bukan. Tak tau nak cakap air ni datang dari mana. Semua longkang di hillside jogging track ni mengalir ke sini. Keruh macam teh tarik tapi takde bau. Rasanya air bercampur lumpur. Boleh buat air untuk samak ni. Haha.


Bahaya jugak kalau bawak anak-anak kecil sebab takut tercebur. Berapa kedalaman air aku tak pasti. Sebuah tempat misteri tapi terjaga rapi.

Dah jalan sampai ke bawah, tibalah waktu yang mencabar. Mendaki balik ke atas. Pergh..rasa nak tercabut lutut sebab curam. Takde maknalah nak jogging. Jalan je. Tu pun mencungap. Nasib baik tak panas.



Yang membuatkan tempat ni bertambah unik adalah deretan kerusi tu. Seolah-olah tempat ni memang dibuat untuk orang ramai. Tapi siapa je sanggup naik ke Bukit Antarabangsa ni melainkan orang local macam kami. Aku pernah tengok di Facebook ada yang picnic dan layan sunset view. Aku tak tangkap gambar dari point of view kalau duduk di kerusi-kerusi ni sebab hujan manja dah start lebat tapi cantik jugak la, nampak skyline KL.


Kawasan parkir luas. Ada kediaman terbiar berbentuk bulatan ala Colosseum berhadapan lorong masuk. Rasanya pernah diduki sebab ada banyak piring Astro lama yang dah berkarat. Binaan unik, tak macam rumah-rumah yang biasa kita tengok. Di Bukit Antarabangsa ni banyak rumah-rumah terbiar. Sayang sebab kebanyakannya besar dan cantik. 

Aku suka jugak tengok tempat-tempat penuh misteri macam ni. Teringin nak tahu sejarah dan punca kejatuhan sekiranya ia pernah ada kisah gemilang. Contohya macam Mimaland dan Highland Tower. Tapi bagi aku tempat paling misteri adalah Econsave di Pandan Perdana, kalau lalu MRR2 dari arah Selatan akan nampak di belah kiri. Legend kot atas tu ada theme park. Unfortunately tak berekesempatan pergi masa masih dibuka tahun 90an dulu.

Kredit gambar dan bacaan lanjut di SINI

Weh dah kenapa blog aku dah macam blog paranormal pulak. Jangan salah faham ye, aku cuma penggemar sejarah lama. Bukan nak jadi Uncle Seekers tau. Benda-benda 'alam lain' aku tak nak campur.

Anyway tempat ini juga digelar 'Stelvio Pass Bukit Antarabangsa' dan digemari cyclist. Masa kitorang datang ni nampak jugak sekumpulan cyclist tapi tetibe eh tak jadi turun pulak. Maybe sebab hujan kot. 

The Stelvio Pass is a mountain pass in northern Italy bordering Switzerland at an elevation of 2,757 m above sea level. It is the highest paved mountain pass in the Eastern Alps, and the second highest in the Alps, 7 m below France's Col de l'Iseran. Sumber: Wikipedia. Gelaran 'Stelvio Pass' tu mungkin terinspirasi dari sini. Cuma yang di Bukit Antarabangsa ni humble jelah. 

Anyway, walaupun tak keluar peluh tapi sebab hujan, rasa lapar pulak. Discuss dengan ND cari port breakfast yang tak payah masuk KL. So kami ke 1Chopati Aeon AU2 Keramat. Aku memang hantu capati. ND pulak kata dia selalu makan situ dan memang sedap.





Ha..nampak tak kitorang lapar. Ambil set capati+poori. Aku ambil kuah sardin, ND ambil daging. Memang sedap dan mengenyangkan. Puas hati breakfast kat sini. Air aku ambil teh tarik dan ND minum teh halia.

Lepas makan shopping groceries sikit dan singgah Watson's. Alang-alang dah ada kat Aeon Au2. Rasa selesa jalan-jalan walaupun lepas 'exercise' sebab tak berpeluh pun. 

So..adakah kami akan datang lagi? Insha Allah. Kalau cuaca baik. 
Read More

Concubine Lane, Ipoh : Expectation vs Reality

Thursday 20 January 2022

Assalamualaikum dan hai semua! Hampir 3 bulan balik dari Ipoh, tapi ceritanya tak habis-habis. Kali ni aku nak cerita tentang antara tempat popular di Ipoh lama terutama untuk kaki bergambar iaitu Concubine Lane.

Concubine Lane adalah jalan yang mengambil nama sempena tempat di mana gundik atau perempuan simpanan ditempatkan di kawasan itu sekitar tahun 1800-an. Sumber : Berita Harian


Entah apalah sejarah hitam di Lorong Concubine kan. Sekarang dah takde dah. Tapi sayangnya amalan 'menyimpan perempuan' masih ada di zaman ini. Bukan takat orang kaya je, yang makan pun bini tanggung ada hati nak pasang dua. Elok pukul je orang macam ni. Eh dah kenapa aku emo.

Before we begin, let's recap trip aku dan Anies ke Ipoh penghujung bulan Oktober 2021. Perak masih dalam PPN Fasa 3 waktu kami ke sana, jadi ada banyak tarikan yang masih ditutup.

Day 1

Day 2


Tauke tu jeling-jeling aku nak try lah tu. Sorry Uncle, I am not for sale! (insert lagu Stacy)

Anyway, tempat ni memang overhype di media sosial. Tak percaya korang tengok lah di FB dan Instagram. Lawa-lawa gambar orang tangkap. Jeles aku walaupun aku tau gambar tu lawa sebab orang dalam gambar tu yang lawa. Haha.

So..meh lah kita tengok, tempat ni meet expectation ke tidak. Atau indah khabar dari rupa?

Expectation


Reality

Payung tinggal beberapa ketul je. Probably sebab malam sebelumnya hujan lebat. 




Pergi hari Ahad, jadi manusia tersangatlah ramai. Before datang ada baca yang ramai suggest makan Ais Kepal dan Rainbow Cheese Toast tapi blogger Anies cakap tu kat KL pun ada. Make sense. Lagipun kitorang baru lepas lunch. Nak tangkap gambar lawa-lawa memang susahlah sebab asyik berlaga dengan pengunjung lain. Nak bukak mask pun tak berani. 


So..expectation dan realiti tak sepadan. Maybe kalau datang hari biasa berpeluang bergambar dengan lebih tenang. As someone yang memang cuba cut sugar aku tak rasa rugi pun tak makan makanan viral di Concubine Lane.

Expectation




Semangat nak pergi BookXcess Ipoh yang merupakan bekas 'vault' bank lama. Sekali bila sampai, tutup untuk renovation. Padahal kat Google tulis open. Hampa jugaklah nak tangkap gambar cantik-cantik dalam tu. As someone yang takde Instagram aku pun tak faham kenapa aku obses dengan tempat-tempat yang instagrammable. Hahaha.

Ni aku pergi masa awal November, so tak tau sekarang dah bukak ke tidak. Check dulu ye before pergi supaya tak kecewa macam aku.

Expectation: 

Nak makan, or at least mengopi di Plan B


Realiti :

Plan B penuh dengan orang. Malas nak beratur semata-mata demi secawan kopi. Lagipun kedai kopi hipster bersepah di KL. Pilih je mana-mana. Tak kurang cantik dan sedap kopi dan makanannya berbanding Plan B. 

Expectation: 

Actually aku tak kisah tak dapat makan di Plan B sebab aku nak sangat lepak di Platform 9 1/2 Cafe yang dinamakan sempena Platform 9 3/4 dalam francais filem/buku Harry Porter. Antara keistimewaan cafe tersebut adalah boleh bergambar dengan kostum dan props Harry Porter dan nilai estetika cafe itu tersendiri yang buat kita rasa macam di Hogwarts. 



Realiti :

Puas aku dan Anies mencari di setiap lorong tapi tak jumpa. Adakah sebab kami 'muggle'. Anyone tahu status cafe ni? Adakah dah tutup atau under renovation? Adakah kami kena berlari tolak troli dan rempuh dinding atau flush masuk melalui toilet?

Baru berangan nak minum 'Butterbeer' dan pose ala-ala Hermione.


Anyway tak semua tentang Concubine Lane mengecewakan. Ada juga yang meet expectation macam: 


Kong Heng Square Flea Market - Menarik jugak barang-barang di sini. Boleh beli souvenir


Port bergambar banyak di lorong-lorong belakang



OKlah nanti aku sambung lagi. Kena habiskan cerita Ipoh baru boleh bukak cerita travel baru. Thanks for reading!
Read More

Jute Bag merah menyala- hadiah dari Blogger Suria Amanda

Monday 17 January 2022

Assalamualaikum dan hai semua! Busy betul la. Sampai berhabuk blog ni tak berupdate. Bahan nak buat entry banyak. Masa dan access to PC saja yang lacking. (Macamlah orang kisah. LOL)

Last week dapat jute bag ni dari Famsy. Confuse sekejap siapa yang bagi sebab ada 2 orang blogger yang mintak detail aku last month sebagai penghargaan top blogger. Nampak sangat kan asal ada masa lapang je aku blogwalking. Dah tu je media sosial yang aku aktif selain LinkedIn. Aku suka komuniti Blogger sebab tak toksik. I is soft OK.

Check email, rupanya dari kak Suria Amanda bertanyakan samada dah dapat belum hadiah kiriman. Ni kali kedua aku dapat jute beg Famsy dari rakan blogger.



Merah menyala warnanya macam merah Liverpool. Jute bag pemberian kak SA ni bersaiz sederhana so bolehlah isi telekung, sejadah dan air mineral. Dah plan nak guna ke surau bulan puasa nanti. Jom kita sama-sama berdoa agar tahun ni kita boleh beribadat dan memeriahkan Ramadan dan Syawal seperti sebelum kemunculan pandemik. Jemu oi raya kat rumah je.

Bulan depan dah nak masuk Rejab. Pantasnya masa berlalu. Puasa dah habis ganti ke tu?

Tengok jauhnya aku melalut. Terima kasih kak SA atas kirimannya. Semoga dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik. Teruskan menghadapi hari-hari dengan senyuman bersama orang-orang tersayang. Abaikan je mulut-mulut yang bertanya soalan yang bukan-bukan sebab Allah kan ada. Ewah. *Pandainya cakap orang padahal sendiri ke laut*

Nak berkenalan dengan kak Suria Amanda boleh jengah SINI. Respect kak SA ni rajin update blog hampir setiap hari. Seronok baca perkongsian terutama sekali bila kak SA cerita pasal Mak Pah dan Pak Zain. Boleh relate sebab aku pun duduk dengan ibu bapa yang dah tua. Dia macam bila parents berkumpul sesama mereka cerita pasal anak; orang macam kami cerita pasal mak ayah. 

OKlah, tu je nak cerita. Tengah gigih nak habiskan cerita Ipoh.
Read More

Aranyak Netflix Series

Wednesday 12 January 2022

 

Dah habis binge watch series ni last week tapi baru hari ni sempat buat review. Aranyak bermaksud hutan, merupakan sebuah drama siri Hindustan bergenre misteri dan thriller dan rating 18+. Hanya 8 episod, setiap episod tak sampai satu jam. Siri ini tidak sesuai ditonton oleh mereka yang ada trauma serangan seksual dikhuatiri boleh menjadi trigger. 

Aku tertarik menonton drama ni sebab opening scene buatkan aku nak tahu lebih lanjut. Anak lelaki Inspektor Angad Malik lakonan Parambrata Chatterjee diculik di depan mata dia sendiri sewaktu berumur 5 tahun dan gagal dijumpai walaupun permintaan penculik telah dipenuhi. 

8 tahun kemudian Inspektor Angad dipindahkan ke Sironah, sebuah perkampungan kaki gunung dan dikelilingi hutan. Hari pertama beliau bertugas, seorang remaja dari Perancis yang datang bercuti ditemui mati tergantung. Inspektor Kasturi (Raveena Tandon) bekerjasama dengan Inspektor Angad menyelesaikan kes tersebut. Mahadev Dogra (Ashutosh Rana) seorang bekas polis, turut berminat dengan kes tersebut kerana menyerupai kejadian 19 tahun dahulu yang gagal diselesaikan beliau. Orang kampung pulak percaya kes tersebut ada kaitan dengan mitos tempatan 'Harimau Bintang'. 

Raveena juga antara faktor aku menonton siri ni walaupun boleh dikira dengan jari filem beliau yang aku pernah tonton ( Andaaz Apna Apna, Bulandi, Yeh Lamhe Judai Ke) dan cuma Bulandi je aku rasa best. Maybe sebab Raveena selalu berganding dengan hero-hero yang aku tak minat macam Govinda dan Ajay Devgan sebab tu aku tak bother sangat.

Aku rasa watak polis ni sesuai dengan dia sebab raut muka dia garang dan badan dia tegap. Masih nampak cantik though. Raveena Tandon boleh dikatakan antara major Bollywood star di tahun 90an tapi di Malaysia kurang popular. Siap ada yang confuse beliau dengan Twinkle Khanna (Mela, Badshaah).

Anyway berbalik pada Aranyak, ada a few perkara aku tak puas hati macam polis tak siasat ke kenapa keluarga pelancong Perancis tu duduk lama sangat sampai 10 hari kat Sironah. Konflik Inspektor Kasturi dan suami pun macam tak perlu. Sekadar nak tambah panjang cerita kot.

Tapi selain dari tu siri ni ok lah. If korang minat cerita kepolisan dan misteri bolehlah layan. Plot twist dia agak surprising. Orang yang paling tak dijangka pun rupanya jahat. Jangan risau takde zoom in zoom out dan over dramatic macam drama bersiri Hindustan kat channel Colors dan Zee TV tu. Ini siri Hindustan kedua aku tonton di Netflix selepas 'Typewriter' yang bergenre supernatural.

Selamat menonton! Anyone yang dah tengok siri ni bolehlah share review korang di ruangan komen. Nampak ending macam ada season 2! Harap ada sebab nak tahu apa sebenarnya jadi kat anak Inspektor Angad.

Read More

Demam sebab tersampuk rumah tinggal? Atau sebab makan roti berkulat?

Thursday 6 January 2022

Assalamualaikum dan hai semua! Pagi Isnin baru ni aku teringin nak makan telur goreng dikapit roti. Parent aku puasa dan adik aku kerja office so aku breakfast sorang-sorang. Dah goreng telur, ambil roti tetiba nampak ada kulat sikit dekat kulit roti. Sebab malas nak gi kedai dan dah lapar sangat, aku potong je kawasan berkulat dan bakar roti tu. Nampak sangat dah banyak kali buat kan? Hihi.

Sepanjang hari takde apa berlaku. Aku buat kerja macam biasa dari rumah. Petang tu lepas kerja aku gi jogging dengan adik aku. Kebetulan dia balik kerja awal.

Actually takdelah joging sangat. More like jalan-jalan release tension. Stress asyik terima rejection email dari company yang aku apply kerja. Kadang-kadang rasa nak give up. Kecik hati lah bila orang kata aku tak bersyukur. Nak improve hidup pun salah ke? 


Anyway macam biasa bila jogging akan lalu kawasan rumah tinggal ni. Ikutkan banyak kali dah jogging sini tapi selalunya pagi. Kali ni je lalu menjelang Maghrib. Or maybe sebab aku cakap benda merepek kat adik aku kot masa tu? Wallahu'alam. 

Pagi Selasa bangun tetiba muntah. Ingatkan sebab gastrik so makan ubat. Perut bergelodak, eh cirit-birit pulak. Definitely bukan gastrik. So makan Chi Kit Teck Aun. Alhamdulillah lega. Nak MC malas ke klinik. Lagipun kerja dari rumah dan tugasan tak banyak. Dah tak muntah dan tak sakit perut so buat bodoh je.

Tengahari tu tetiba rasa badan panas. Ambil tuala basah letak atas kepala. Buat kerja sambil baring. Sempat blogwalking lagi. 

Struggle jugaklah nak survive sampai pukul enam. Tahan mata tak nak tidur sebab tengah kerja kan. Malam start sakit kepala sebab panas sangat. Makan nasi pastu makan panadol. Tidur. Sempat mengucap dulu sebelum tidur. Manalah tau tak bangun. Hopefully tak bangun.

Pagi Rabu terjaga. Oh Tuhan nak panjangkan umur sebab belum sempat taubat lagi. Dosa pun banyak. Sedar diri sikit. Alhamdulillah demam dan kebah. Mungkin jugak demam sebab kehujanan Sabtu lepas. 

Dan hari ini, teruskan hidup macam biasa walau terlalu banyak terkucil hati sana-sini. 

Doakan aku sihat mental dan fizikal. Doakan aku dapat kerja lain jugak. 

Thanks for reading. Malas betul nak menulis lately. Ikutkan nak hidup pun malas. 


Sorry for the negative vibe. Tak ada tempat lain nak meluah

Read More

The King's Man Movie Review

Sunday 2 January 2022

The more you fear something, the more likely it is to come true

Filem ketiga dalam francais The Kingsman ini bukanlah sambungan kepada Kingsman: Secret Service (2014) atau Kingsman: Golden Circle (2017) tetapi prequel atau backstory. Peminat Eggsy (Taron Egerton) harap maklum yang watak dia takde ye.

Berlatarbelakangkan England tahun 1910-an, filem ini mengisahkan Orlando Oxford lakonan Ralph Fiennes, seorang bapa yang sangat protective kepada anak lelakinya Conrad Oxford (Harris Dickinson). Orlando sebenarnya adalah agen British yang turut dibantu Polly (Gemma Aterton) dan Shola (Djimon Hounsou). Disebabkan Orlando sangat protective, beliau melarang Conrad dari menyertai tentera walaupun setelah melepasi umur 18 tahun.

Konflik tercetus apabila watak 'Shephard' muncul. Shephard ingin mencetuskan perang antara kuasa-kuasa besar dunia seperti Jerman, England dan Rusia. So tugas Oxford dan team adalah untuk menghalang orang-orang suruhan Shephard dari meneruskan agenda jahat diorang dan menghalang perang dari berlaku.


Best villain in this movie for me : Rasputin

Berbeza dengan filem Kingsman terdahulu, filem yang ini boleh dikatakan gabungan spy/war movie. Ia ada kombinasi fakta dan fiksyen. Pendapat aku ia agak 'mudah' untuk ditonton sekiranya korang ada basic knowledge tentang Perang Dunia Pertama. Kalau tidak mungkin kena beri perhatian lebih untuk faham jalan cerita.

Filem ni macam nak buat plot twist tentang siapa 'Shephard' sebenarnya tapi aku rasa setengah jam pertama penonton boleh agak dah siapa sebenarnya di sebalik karekter mastermind tersebut. Obvious sangat. As always since filem ni merupakan produksi English so orang English nampak mulia je walaupun umum tahu yang negara Eropah sendiri banyak tak suka England. Rating filem ni 18 sebab bahasa kasar dan aksi ganas. Typical filem-filem The Kingsman terdahulu. Cuma tak banyak fancy gadget.

Susah nak cakap aku suka ke tidak filem ni since aku kurang gemar filem perang tapi aku suka filem spy/aksi. Interesting combination. Buat aku teringat pada filem The Man from  U.N.C.L.E dan Sherlock Holmes arahan Guy Ritchie. Bezanya both filem tu takde scene battlefield.


Jangan frust Eggsy takde. Conrad pun comel jugak. 

Entahlah nak rekemen ke tidak. Aku rasa if korang memang peminat francais The Kingsman, penggemar filem Matthew Vaughn (Lock, Stock and Two Smoking Barrels; Stardust; Rocketman), peminat Ralph Fiennes dan suka filem bergenre sejarah/perang then boleh tonton filem ini di pawagam terdekat.

Filem ni ada after credit, tapi tak berbaloi pun nak stay. But it's up to you. Remember the important thing - Manners Maketh Man.


Read More