Assalamualaikum dan hai semua!
Bertemu lagi kita dalam sesi throwback. Masih di dalam negeri Selangor, kali ni kisah aku dan keluarga ke Sekinchan, sebuah pekan kecil yang terletak di daerah Sabak Bernam. Sekinchan terkenal dengan sawah padi dan perkampungan nelayan. Tempat bercuti yang sesuai untuk mereka yang sukakan suasana kampung. Bagi warga KL dan Selangor, memang senang la datang sini, tak perlu rentas negeri.
Cuaca di Sekinchan ni lazimnya panas, so lagi seronok jalan-jalan di waktu petang. Apa aktiviti petang hari di Sekinchan? Since dah lama tak tengok pantai, kita pergilah cari Pantai Redang. Eh.. Selangor pun ada Redang? Ha, jangan confuse Pantai Redang dengan Pulau Redang pulak ye.
Kawasan parkir yang luas dan redup
Pantai Redang ni sangat berangin. Laut dia tak sesuai untuk mandi-manda, tapi pantai dia jadi kegemaran penduduk tempatan untuk main layang-layang. Kalau korang ke sini boleh la bawa layang-layang sendiri. Tapi masa kitorang pergi ni ekor layang-layang pun tak nampak. Maybe sebab PKP or maybe sebab hari bekerja.
Berhampiran dengan Pantai Redang ada perkampungan nelayan. Fresh seafood juga antara tarikan utama di Sekinchan. Antara restoran seafood halal popular di Sekinchan adalah:
Abah Ikan Bakar
Restoran Lembah Bernam
Aji Mentarang Bakar
Faridah Mentarang Bakar
Untuk senarai restoran lain pula boleh refer SINI
The famous ‘Wishing Tree’. Antara port menarik untuk bergambar tapi aku malas kang orang kata aku taksub benda yang bertentangan dengan ajaran Islam pulak.
Gerai makan pun tak ada yang sesuai untuk orang Muslim so kita batalkan hasrat mengeteh di Pantai Redang. Tapi perut cam lapar pulak lepas kena angin laut.
Kalau datang Sekinchan, rugilah tak try makan mentarang. Mentarang hanya boleh didapati di pantai berselut sahaja macam di Pantai Sabak, Selangor. Harganya agak mahal, benda rare lah katakan. Aku lupa sudah berapa. Korang boleh rujuk Facebook Faridah Mentarang Bakar untuk senarai menu dan harga. Actually ada banyak restoran mentarang bakar di Sekinchan, tapi kitorang makan sini sebab ni gerai yang kitorang nampak dulu.
Nak sedap makan mentarang ni, of course lah order stail bakar or rebus. If dah masak buat sambal ke, sup ke, rasa asli dah kurang. Sedap wei rasanya manis, masin dan tak memuakkan. Sambil taip ni rasa nak berenang ke Sekinchan demi sesuap mentarang tapi apakan daya.
Selain mentarang, kitorang order jugak Siput Pepahat. Ni pun aku first time makan. Gambar lupa nak ambil lah.
Selesai makan, drive menelusuri kawasan sawah. Selain negeri Kedah, Selangor juga merupakan penyumbang kepada hasil padi di Malaysia.
Banyak burung bangau mencari makan. Waktu ni padi baru mula ditanam, mudah sang bangau memagut ikan yang timbul
Lastly kita ke Pasar Jerami Ban Kenal, Sungai Besar. Orang kata ada jualan makanan kat situ tapi sayang masa kitorang pergi semua gerai tutup. Sendu aje. Nasib baiklah takde golekan rumpun jerami macam dalam filem koboi.
Tak bergambar sangat kerana lighting kurang cantik. Gambar semua gelap. Lebih sesuai ke sini kalau waktu pagi
Sekian kisah aku dan famili jalan-jalan di Sekinchan, Selangor. Nanti entry berikutnya aku share homestay mana kitorang duduk dan tempat makan lain yang kami pergi di Tanjung Karang dan Kuala Selangor. Thanks for reading!