Once Upon A Time in Shenzhen Part 3

Thursday, 8 February 2018

Assalamualaikum semua. Sebelum aku bukak story baru elok rasanya aku sambung story HK-Shenzhen aku. Ikutkan serba-salah nak story ni, takut macam buka pekung di dada sendiri pulak. Tapi aku rasa biarlah aku story sebagai panduan kepada traveller lain.

Saspen lain macam kan pembuka entry aku. Hahaha. Actually entry aku sebelum ni macam malas giler, so kalau nak baca versi rajin, boleh baca story Anies.

So, lepas tinggalkan Splendid China, aku mula berkira-kira nak cari tempat nak solat Zohor-Asar. So, kami pun patah balik ke stesen 'Window of the World'. Before datang aku ada buat research pasal tempat solat kat Shenzhen. Nak pergi masjid jauhlah pulak, sekali nampak ada a few blogger share pasal 'Muslim Hotel Shenzhen'

Berdasarkan research aku, kat Muslim Hotel ni ada surau dan restoran makanan halal. Alang-alang dah sampai China, aku teringin nak try local food macam Dim Sum dan Mi Tarik. So berdasarkan Google Maps dan sharing blogger-blogger tersebut, aku pun naik train aliran Shekou ke stesen Hubei. Lepas tu aku pun ikut direction yang aku dah ambil dari google map dan ajaran blogger-blogger tersebut. Blogger mana aku pun dah lupa.

MRT kat Shenzhen ni sebijik macam kat KL tu ha. Aku rasa beli dari kilang sama

Well...guess what? Dekat setengah jam berjalan tak jumpa jugak hotel yang dimaksudkan. Nak tanya orang memang susah sebab penduduk Shenzhen hanya tahu berbahasa Mandarin. Mungkin la diorang faham dialek Kantonis, tapi kalau diorang jawab balik dalam bahasa Mandarin pun tak guna jugak. Aku ni nak kata pandai cakap Kantonis idokle tapi adalah pick up a few phrases dari kawan-kawan zaman sekolah dan drama-drama pukul 7 aku selalu tengok dulu. Tapi belajar bahasa Mandarin tak semudah itu ye kawan-kawan. So walaupun aku khatam siri 'Meteor Garden' sampai 5 kali, aku masih tak mengerti apa-apa. Nak cakap jauh sekali.

So, pengajaran untuk korang, kalau tak cukup persediaan jangan kau terjah Tanah Besar China. Mengagau macam kitorang lah jadinya. Perut dah makin berkeroncong. Akhirnya aku pun putus asa dan ajak Anies cari restoran halal yang aku dah buat back up plan nak pergi dari Malaysia lagi. Info restoran ni aku dapat dari blogger Scdha Sein. Thanks a lot SS! Aku tak pandai nak cerita detail macam SS, so korang bacalah SINI

Nampak stesen Metro kitorang pun masuk. Belek-belek map, cari train Longgang Line dan stesen Shai Bu. Dengan gigih aku mengikut arahan yang diberi dalam blog SS. Masa nak dekat sampai tu aku cuak sikit sebab nampak macam dalam construction. Matilah aku kena marah dengan Anies. Huhuhu. Tapi rupanya restoran yang dicari masih ada berdiri megah di situ. Alhamdulillah. Tanpa berlengah lagi aku terus ajak Anies masuk.

 Inilah restorannya. Perhatikan logo halal tu ye. Kalau was-was masuk tu bagilah salam, kalau salam dijawab memang sah le tu.

Punyalah lapar sampaikan tangkap gambar pun tak centre

Memandangkan diorang ni tak pandai cakap Inggeris, kitorang pulak tak reti cakap Cina makanya terpaksalah order main tembak je ikut gambar tu. Aku ni asalnya berangan nak makan mi tarik, last-last berpaling tadah dan makan nasi sebab lapar sangat. Hampeh betul kan. Nasib baik Anies order mi tarik so aku paulah sikit.

Tarik betul-betul bang! Ralit aku tengok dia menarik mi. Travel takde internet macam tu lah. Bila duduk menunggu macam ni kenalah cari aktiviti tengok orang supaya tak bosan

Mungkin sebab terlampau lapar dan lupa aku tak amik pun gambar makanan kitorang. Huhuhu. Pas makan, barulah ada tenaga sikit. So, apalagi ayuh kita pergi shopping di Dongmen Pedestrian Street. Tak jauh pun, betul-betul depan restoran ni ada jejantas. Seberang jejantas tu sampailah deretan kedai banyak-banyak.


Asalnya kitorang nak cari Fabric Market tapi tak jumpa pulak. Last-last sangkut beli souvenir ngan handbag seketul. Harga handbag memang murah dan banyak choice.


I wish I had taken more photos tapi sesungguhnya area Dongmen ni sangat sibuk. Pengangkutan utama di sini adalah basikal, so tau jelah baru nak standby amik gambar tetibe dengar loceng basikal. Nak jalan pun berebut tau.


Selpie gedik seround sebab hepi merasa seumur hidup dapatlah jejak China sekali. Yang tudung kelabu tu senyum lebih sebab dapat handbag.

Daytrip aku ke Shenzhen ni nak kata berjaya sangat pun tidaklah since katanya nak masuk Splendid China tapi pastu tak jadi. Lepas tu cari Fabric Market pun tak jumpa. Campur tolak sesat barat pulak. Muahaha. Tapi apa-apa hal pun aku happy. Happy dapat tengok tempat orang. Selama ni dengar je pasal China dari mulut orang dan tengok dekat TV. Bagi aku perkara paling penting bila travel adalah nak tengok cara hidup local. Walaupun dah biasa dengan kaum Cina di Malaysia, berada di negara China adalah pengalaman berbeza. Mungkin suatu hari nanti aku akan kembali lagi tapi kali ni lama sikit dan ke daerah lain pulak. Tapi kena make sure prepare fizikal mental. Main terjah macam ni mau menangis.
Hari pun dah malam dan memandangkan perjalanan balik ke Hong Kong mengambil masa, so marilah kita bergerak-gerak-gerak khas. So kami pun naik Metro balik ke stesen Luo Hu, stesen kami sampai. Waktu ni memang orang agak ramai di border. Proses nak masuk balik ke HK tak serumit masa sampai. Cuma isi Departure Card di kaunter imigresen. Nak masuk Hong Kong tak cop passport, tapi dia bagi kertas kecik untuk mengesahkan yang kita berada kat negara tu secara halal. Pastikan korang simpan kertas kecik tu elok-elok tau.

Dah selesai urusan di border, once dah masuk Hong Kong, naik MTR dari Lo Wu ke Hung Hom. Pastu tukar MTR, naik West Rail Line sampai East Tsim Sha Tsui. Sampai TST, rasa macam awal lagi, so kita jalan-jalan dulu tengok TST di waktu malam.

Area Tsim Sha Tsui waktu malam yang sibuk

Chungking Mansion tempat kitorang duduk. Satu bangunan ni berapa puluh hotel bajet agaknya.

Ip Man? Untuk yang tak tau, Ip Man dan persatuan Wing Chun tu memang wujud. Ip Man ni guru kungfu Bruce Lee tau. Hiyaaaaaaaaaa!!! (Jerit ala-ala Bruce Lee)

Depan Chungking ada mall iSquare.

Sebenarnya tujuan aku ngan Anies masuk iSquare ni pasal kitorang nampak escalator tinggi ni dari luar. Nampak macam sampai ke rooftop so kitorang pun teringin nak naik dan tengok view Tsim Sha Tsui dari atas.

Tapi malangnya dahla tak jumpa escalator tinggi dan rooftop tu, ternaik pulak ke area fine dining. Bayangkan dalam lif penuh mat salleh dan orang-orang kaya bergaya HK pakai smart-smart tapi ada 2 nyonya baru sampai dari China. Kah kah. Dahla busuk seharian berpeluh kat Shenzhen. Tapi kitorang kan  penyokong Liverpool sejati muka tebal peduli hape aku.

Malas nak sesat dalam mall yang dah nak tutup, baik kita berjalan-jalan kat luar jelah. Riki tempat yang boleh pergi.


Antara pengangkutan awam utama di HK adalah bas. Bas diorang semua dua tingkat tapi laju giler wei. If kat HK, tolonglah berhati-hati masa nak melintas.

Memandangkan masing-masing dah letih, we olls pun decide untuk balik dan tidur. Esok nak jalan-jalan HK lagi. Kali ni nak ke mainland pulak.

So, nak tau apa ada kat mainland Hong Kong, tunggu sambungan kitorang tau. Tak tau lah sape update dulu, aku ke Anies. Hahaha. Till then, xie xie ni!
Read More