Encorp Strand Mall lah pulak

Sunday 31 August 2014

Assalamualaikum u olls.. Entry ni merupakan sambungan dari INI. Dalam entry yang lepas aku cerita aku gi dua tempat kat Damansara, tapi sempat cerita pasal gi ke Empire Damansara je. Ni nak sambung story seperti yang dijanjikan. Kali ni aku ke Encorp Strand Mall pulak. Encorp Strand Mall merupakan sebuah mall kepunyaan Encorp Sdn. Bhd dan terletak di Kota Damansara.


Mall ni baru dibuka pada 28 May 2014, aku pun first time dengar pasal tempat ni. Alang-alang aku ke sana bawak kamera, gatal pulak tangan ni nak tangkap gambar banyak-banyak. Motif sangat kan!

The Surau




The toilet yang seriously posh!

 Ada 'pulau', dan lampu chandeliar yang bertukar warna setiap beberapa saat. Kalau kawan lama sangat dalam toilet duduk la sini tunggu.

Banyak cermin..kaki selfie dalam toilet so gonna love this! 

The attractions

A/X World- 6D Cinema. Biasa 2,3 atau 4 je kan? Aku tengok dari luar je, tak masuk.

 TGV Cinemas, yang agak sunyi. Sesuai untuk korang yang nak lepak tempat tak ramai orang. Sesetengah orang, macam aku, tak suka tempat crowded.

 Buktinya, tengok la arcade game ni. Kalau kat Ampang mahu penuh sampai melimpah ruah.

J-Kids Centre. Tempat mainan untuk kanak-kanak, obviously. Ada kolam untuk baby jugak. Ala, yang korang selalu tengok ramai blogger bawak baby mandi-manda. Ini antara cawangan diorang.Yang ni pun tak ramai orang. Kalaulah dekat memang memanjang aku bawak anak sedara aku mai sini. Nasib baik jugak jauh,sebab makcik korang ni kedekut. Main kat taman permainan cukuplah. Free pun free. Muahahaha.

Kedai-kedai lain


Directory yang interactive. Gigih Kak Sal korang tangkap gambar.

 Banyak kedai belum beroperasi



Thw whole tingkat tiga dan empat adalah untuk parking

OKlah, just in case korang tertanya-tanya, tujuan aku ke Encorp Strand Mall ni bukan untuk setakat tangkap gambar dan update dalam blog je, tapi sebab kerja.  Kali ni ni department aku buat event ni..

Lat- Merdeka and Unity Photo Exhibition


Ha, nilah dia punca aku sibuk sampai tak sempat nak blogwalking atau join segmen. Sempena Hari Kemerdekaan, unit Pusat Sumber NSTP, dengan kerjasama Encorp Sdn. Bhd mengadakan pameran kartun-kartun lukisan Datuk Lat bertemakan kemerdekaan dan kesatuan rakyat Malaysia. U olls kenal kan Datuk Lat ni? Datuk Lat, atau nama sebenarnya Mohammad Nor Khalid merupakan pelukis yang telah menghasilkan banyak komik-komik terkenal seperti Kampung Boy, Mat Som dan Town Boy. Antara karier awal beliau adalah sebagai wartawan di New Straits Times pada tahun 70-an dan kemudian menjadi pelukis sepenuh masa. Sampai sekarang, walaupun dah tak bekerja untuk NSTP, beliau still kirimkan kartun untuk disiarkan dalam suratkhabar BH, Metro dan New Straits Times. Oh ye, beliau juga merupakan abang kepada pengarah terkenal, Mamat Khalid.


Aku dah banyak kali jumpa Datuk Lat ni, sebab dia memang selalu datang office. Seorang yang sangat humble dan ramah. Teringin nak tangkap gambar ngan dia tapi malu sebab setiap kali pun dia datang atas urusan rasmi dengan bos aku. Takut orang office kata aku starstruck pulak! Huhuhuhu. Nantilah, suatu hari nanti. Nak jugak buat kenangan kan..

Disebabkan aku lambat update entry ni, pameran foto ni pun dah tamat. So sorry guys,huhuhu... Sebagai ganti, ni aku belanja gambar aku selfie sebijik!


Sekarang ni unit kitorang buat event Merdeka Photo Exhibition kat Setia City Mall, Shah Alam. Sesiapa yang berminat nak tengok gambar-gambar bertemakan kemerdekaan dan pembentukan Malaysia bolehlah  menyinggah di ruang legar tingkat satu, betul-betul depan North Court Entrance. Pameran akan berlangsung sampai 5hb September ni. Kalau jumpa aku jaga booth kat exhibition tu nanti tegur la ye...


Till then, Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan untuk semua!

Entry ni pun scheduled post..
Read More

of Empire Damansara n Kulcats

Friday 29 August 2014

Aik, sejak bila aku jadi agen Majlis Perbandaran Petaling Jaya lak ni, promote Damansara sebagai destinasi pelencongan (bukan typo)? Kalau nak tau cerita, sila baca sampai habis ye..Oh ye, entry ni special sebab setelah sekian lama, aku up gambar yang ada muka aku dalam entry. Korang excited tak ni? Tak excited pun buat-buat la excited gak ye sebagai menjaga hati tuan tanah. Hahahaha!

First thing first, harus korang tau yang budak Ampang macam aku memang jarang sangat ke Damansara sebab jauh dan aku memang tak pandai jalan kat area ni. Highway bersimpang-siur! Sediakan duit jelah nak bayar tol. Kau cakap la Ikea ke, One Utama ke, Curve ke, memang aku yang humble ni prefer lepak kat Ampang Park dan Times Square je. Tapi bulan ni je dah dua kali gi sana. Pertama untuk tengok my BFF, Sarah shoot pre wed kat Empire Damansara.

Empire Damansara ni ada office building, apartment yang sewanya minimum dua ribu sebulan, lot-lot kedai high end dan restoran. Selain tu, Damansara Performance Art Centre (DPAC) pun kat sini jugak. Kira tempat lepak budak Subang Jaya memang ada gaya, macam hari-hari, hari raya. Tapi yang aku menyampah, mungkin sebab tempat ni belum fully occupied, tenant pun tak ramai, punyalah siksa nak cari dalam Google Maps dan Waze. Kitorang sendiri sesat sampai keluar masuk tol dua kali!


Kau tengok la, yang titik merah tu, keliling dia kelabu..Mesti ingat tempat ni terapung atas tasik kalau tengok Maps. Pfft! Redah jelah nak sampai ke sana.

Tapi kan, tapi kan..nak shoot pre wed kat sini memang cantik sebab dekorasi bangunan dia berunsur vintage. Kalau tengok gambar aku bawah ni cam feeling kat oversea je!


Budak dua orang tu anak kawan aku, Zana (yang tudung biru). Satu-satunya yang kahwin awal. Lagi dua orang tu,Dee dan aku, In sha Allah, ada jodoh adalah..Stop asking please...

Posing kaki patah

Gambar ni aku amik dari FB Sarah..huhu. Ni gambar candid..yang full version kat photographer diorang.

Habis photo shoot, kitorang gi makan kat cafe Kulcats Barrio, Taman Tun Dr. Ismail. Tempat yang sesuai kalau korang suka western food dengan citarasa tempatan. Sedap jugak! Harga standard, tapi portion besar. Decoration tempat ni bertemakan urban dan moden. Too bad kelaparan membuatkan aku lupa nak ambil gambar. Semua gambar bawah ni aku ambil dari Kulcats Foursquare

 The ambiance
CREDIT

 Antara makanan yang ada

The menus
CREDIT

Pas dah kenyang,  kitorang patah balik ke KL, gi Semua House pulak cari bunga telur untuk Sarah. Tak boleh nak share gambar kat sini,  tak surprise nanti. Nak patah gak la kaki sebab kawan aku ni cerewet sikit. Yelah, hari bahagia kan. Mesti nak yang terbaik, tercantik, tercomel dan segala ter lah! Pilihan banyak lak tu, masing-masing rambang mata. Empat orang, empat pendapat. Last-last ikut pilihan bakal pengantin. Dah dia yang nak kahwin kan..

Penat shopping, aku ajak diorang datang rumah aku untuk beraya. Haha, nampak sangat ni cerita dah basi! Busy betul kak Sal korang baru ada kesempatan nak transfer gambar!


It's definitely an awesome day well spent with the three of them. Cam sedih lak Sarah nak kahwin sebab dah lama sangat kawan ngan dia. Aku ngan dia sangat-sangat berbeza dari penampilan,  personaliti dan cara kitorang bawa diri. Tapi perbezaan tu yang buat kitorang rapat agaknya.

Nak cerita pasal destinasi kedua aku kat Damansara, tapi cam dah panjang sangat pulak entry kali ni. Kita sambung lain kali lah ye..

Thanks for reading...

*auto publish *
Read More

Isu Boikot - jom nilai diri sendiri

Wednesday 6 August 2014


Boikot oh boikot..sana-sini orang cakap pasal boikot. Dengar cerita, hari Jumaat ni nak buat 24 jam tanpa McDonald. Respon aku? Biasa je... since dah hampir 3 tahun tak makan McD.

Tapi kan...aku sebenarnya ralat dengan diri sendiri. Selama ni aku boikot, tanpa mengajak kawan-kawan aku join sekaki. Bila ada yang mengajak, aku mengelak dengan beri alasan - fast food cholestrol tinggi, aku jaga badan dan perut Melayu aku hanya boleh kenyang dengan makan nasi. Sekali dua, aku tergelincir jugak.  Ada sekali, aku travel ngan kawan aku dan since tu je tempat makan yang diyakini halal, aku pun order Filet-o-fish favourite aku walaupun rasa bersalah. Lagi sekali, masa ada kawan baik aku ajak lepak McD. Bodohnya aku tak ambil kesempatan tu untuk educate diorang. Aku hanya order hot chocolate dan berusaha menahan lapar tengok orang sekeliling mengunyah fries dan burger. Terbayang-bayang wajah anak Palestin menangis sambil tengok kitorang makan.

Sampai ke hari ni aku still menyumpah diri aku sendiri sebab tak ajak orang-orang sekeliling aku boikot sekali. Mungkin kerana aku takut dituduh berlagak baik maka aku ambil inisiatif berdiam diri dan cuba jaga hati kawan-kawan. Lagipun, aku malu sebab walaupun aku tak makan McD dan tak minum Starbucks aku masih menggemari produk Nestle. Hari-hari aku melantak Nescafe' dan Milo.. Kalau mi segera, aku mesti pilih Maggie. Skincare Garnier pun aku pernah guna.


Itu cerita dulu..Aku akui kesilapan diri aku. Kalaulah masa boleh diputar...

Sekarang isu boikot dah jadi viral. Aku dah boleh senyum senang tengok kawan-kawan aku yang dulunya fanatik McD, nak guna wi-fi McD pun fikir dua kali sekarang ni. Aku harap diorang maafkan aku sebab tak pupuk kesedaran dalam diri diorang. Dan aku harap umat Islam Palestin maafkan aku jugak. Adeh!

Tetibe dengar cerita yang McD nak bagi burger free berhampiran masjid sekitar Kuala Lumpur, Jumaat ni. Risau lak aku dengar. Bukan aku risau kawan-kawan aku  makan McChicken tanpa mengajak aku, tapi aku risau kot ada yang bikin kecoh nanti. Iyelah, orang Malaysia ni pelik-pelik. Kot ada yang mengaruk buat demo pijak burger ke, maki pekerja-pekerja McD berbakul-bakul ke..Tak ke haru.. Yang buruk nama nanti orang Melayu, orang Islam. Macam dok demo kat depan restoran McD tu.. apa kes?

Pastu ada pulak yang skeptical pada kempen ni. Ada yang kata "Ala, sementara je tu.." Ce fikir positif sikit, support each other, doakan supaya istiqamah..kan tu lagi bagus? Nanti ada yang dah semangat nak boikot, tetiba tak jadi. Macam kes ada orang ni komen kat FB "Bangsa lain mesti tak boikot sebab diorang sokong Israel." Kan statement macam tu menunjukkan yang kau racist? Nak je aku share artikel INI tapi kang kata aku nak cari populariti pulak sebab komen tu kat page FB yang beribu pengikutnya.

Aku harap, dalam kita dok sakan boikot sana sini, kita tak lupa yang Israel lebih takut tengok umat Islam bersatu hati. Tegakkan Islam dalam diri sendiri dulu sebelum nak tegakkan Islam di dunia. Semoga boikot dan doa kita berterusan walaupun kita tengok keadaan dah reda. Sebab Zionis ni bukan boleh caya sangat.. kata je tentera berundur la, gencatan senjata la, dia tengok kita leka esok, dia ulang balik cycle yang sama.

Ingat, kita nak runtuhkan ekonomi mereka, bukannya akhlak kita.

Wallahu'alam.

Nota kaki : Aku ada keluarga dan kawan baik yang kerja di HP dan Motorola..huhuhu.
Read More

Mengkaji tema-tema telemovie raya

Monday 4 August 2014

Korang suka tengok telemovie raya tak? Bagi aku, antara telemovie dan filem, aku lebih suka tengok telemovie time raya ni. Kecuali filem hindustan, hehehe. Aku prefer telemovie khas raya over filem sebab feel dia lain. Yelah, kalau filem tu takde beza pun kau tengok time raya korban ke, Krismas ke, Deepavali ke, tapi kalau telemovie Aidilfitri hanya seronok ditonton di bulan Syawal sahaja.

Berdasarkan pemerhatian aku yang memang hantu TV ni, antara tema-tema telemovie raya yang paling kerap digunakan produser drama adalah:

1.  Anak derhaka
Tema paling popular. Biasanya drama macam ni berunsur sedih. Aku rasa tema ni selalu digunakan sebab nak menggalakkan anak-anak yang dah melupakan ibu bapa mereka agar kembali ke pangkuan keluarga di hari raya. Yelah, kau buatlah ibadat banyak mana pun, kalau pegang status 'anak derhaka', takde maknanya pahala menggunung tu. Redha ibu bapa kan paling utama kalau nak berjaya dunia akhirat.

Personal favourite: Pondok Buruk. Lakonan Fauziah Nawi dan arwah Ismail Din. Memang tangkap leleh la! Jiwa kental pun boleh nangis..

2. Balik beraya
Biasanya kisah orang yang kerja di bandar nak balik beraya di kampung. Ada je halangan macam takde tiket, kereta rosak, kena rompak tengah jalan la dan macam-macam lagi. Biasanya berunsur komedi. Ada jugak yang sedih. Contohnya Daun Ketupat Kering lakonan Rusdi Ramli, Rosyam Nor, Fauziah Nawi, Rita Rudaini dan Intan Azura. This one memang sad ending. Huhu, kalau nak tengok cerita ni standby tisu banyak-banyak!

Personal favourite: Nak Balik Raya. Lakonan Johan,  Zizan, Nadia Mustafa n ramai lagi. Memang lawak tak hengat!

Antara scene dalam 'Nak Balik Raya'

3. Cari duit untuk raya
Watak utama cerita ni biasanya kalut nak cari duit untuk berhari raya sampai terlepas pandang ibadat sunat macam terawih dan tadarus. In the end diorang akan menyesal tu pun lepas dipulaukan oleh seisi keluarga yang dah pakat balik kampung tanpa diorang. Typical ending..

Personal favourite: Bahulu Gayah ke apa ntah tajuknya. Lakonan Shila Rusly dan arwah Hani Mohsin. Mix of komedi dan drama. Cik Gayah dalam telemovie ni sakan nak bisnes bahulu sampaikan anak dan laki berbuka dan sahur bahulu sepanjang hari. Lagi satu drama aku suka, lakonan Abby Abadi, Norman Hakim dan Remy Ishak. Abby dan Norman still together time shooting telefilem ni. Diorang ada kedai jahit dan Abby dok pulun ambil tempahan walaupun tak menang tangan. Tak silap aku tajuk dia Sabarlah Sabariah. Haha, main tibai je.

4. Perchentaan
Boleh jadi cerita sedih atau cerita komedi. Contohnya dua orang lelaki dok gaduh berebut sorang awek ke, bakal mertua tak suka each other ke ataupun cinta terhalang.

Personal favourite: Tak ada! Haha, aku kurang suka tema ni. Mungkin kerana aku hanya boleh hadam jiwang cerita hindustan, maka agak sukar menghayati jiwang drama Melayu.

5.Mak mertua yang mengerikan
Asas ceritanya sama..kahwin tanpa restu. Bila balik raya, mak mertua asyik nak cari salah. Biasalah kalau tak suka. Ayah mertua biasanya rileks je. Maka, bermulalah struggle seorang menantu untuk mendapatkan approval dan kasih sayang dari ibu mertua yang asyik nak cari gaduh je kerjanya.


Personal favourite :Menantu Mak Dara lakonan Arfah Damanhuri dan Shila Rusly sebab mak mertua dalam cerita ni memang vogue ala-ala wanita 50-an tapi menantunya si Shila ni, tentera yang sempoi. Memang huru-hara! Lagi satu, Rendang Untuk Mertua lakonan Fazura dan Wan Maimunah. Memang kesian tengok Fazura dalam cerita ni sebab mak mertua dia memang mimpi ngeri. Antara calon drama yang memerlukan penyediaan tisu sebelum menonton.

Telefilem favourite aku ni semua yang lama-lama. Tahun ni cerita takde yang best la. Korang plak cmane? Apa telefilem raya favourite korang? Share lah kat sini..

Till then..Selamat kembali bekerja!

*auto publish*
Read More