Kaki Shopee tolonglah saya!

Friday 27 November 2020

Aku ni jarang shopping online. Lagi-lagi yang melalui platform macam Lazada, Shopee etc. Kalau aku beli online, itu tandanya barang tu tak jual kat kedai. Kalau jual pun harga agak mahal atau aku takde access nak ke sana. 

So 18.11 hari tu, aku pergi kedai buku sebab nak cuci-cuci mata. Bila dah 100% work from home ni memang jemu la tak keluar lihat dunia. Masa dok merayap tu aku ternampak la set jigsaw puzzle. Terdetik hati nak beli, boleh jugak buat-buat hilang bosan. Sekali tengok harga mahal bebenau, kalau yang 500 pieces tu paling kurang pun RM40. Biasa puzzle ni mana ada orang main banyak kali so rugi beli yang mahal. 

Malam tu belek-belek Shopee. Since aku malas tunggu lama untuk barang sampai aku pun cari la yang label 'Local Seller'. Ikut kefahaman aku, if local seller mestila sampai cepat. Kalau oversea iyela kot lambat. Kan? 

Tengok ye, dia tulis situ West Malaysia. Me also West Malaysia. So apa yang lama sangat?  Lokasi dia pun kat Selangor je u olls. 

Tunggu dekat 10 hari, aku start hilang sabar. So aku pun check la tracking order dia bagi tu, rupanya parcel aku ada kat China. Mana la aku tak naik angin. 

Aku pun chat la dia kat Shopee

Lain kali mention la kata shipped from oversea. Bukan shipped dari West Malaysia. Aku plak kena balik konon tak notice dia mention awal-awal take 7-12 days to arrive. Ceh.

Makanya aku extend shopee guarantee. 26.11 tu baru nak deliver dari Wuhan ke Guangzhou? 

Actually aku bukan membebel ni nak kata seller ni menipu ke apa. Tu sebab aku hide identiti dia. Cuma nak mintak pendapat korang yang selalu guna Shopee. 

Soalan pertama, katakanlah barang aku tu tak sampai gak by 2.12, adakah aku kena request refund. If dah refund tetiba barang sampai nak buat apa?  Aku kena pulang balik barang tu ke? Satu hal plak aku nak gi pejabat pos. Ke cmane? 

Soalan kedua. Salah aku tak reti guna Shopee ke ni salah dia tak terus-terang dengan customer? Aku rasa macam tertipu tapi mungkin jugakla aku yang tak reti. 

Tunggula 2.12 ni tengok barang sampai ke tidak. Jimbit betul, PKPB pun dah nak habis time tu. 

Tolong jawab ye rakan-rakan blogger sekelian. Thank you! 

Update: Parcel aku sampai semalam, 1.12 dalam pukul 3 pm. Aku klik jelah receive. Rupanya ada 2,3 orang yang complain benda sama macam aku. Aku rasa salah seller ni cuma tak mention barang dia pos dari warehouse oversea. Agak misleading untuk customer sebab ingat dia post dari West Malaysia. Note to self: lepas ni nak beli apa-apa, chat dulu seller and baca review.

Thanks a lot untuk tips yang u oll kongsikan. 12.12 nanti nak beli apa pulak? Hehe
Read More

Memoir Sebuah Kemurungan

Sunday 22 November 2020

Aku ingat lagi apa rasanya. Berdiri di rooftop Tingkat 26, merenung ke bawah, berkira-kira untuk terjun. Padahal aku manusia yang takut tinggi.

Panggilan masuk dari seorang kawan yang agak rapat. Bertanya kenapa aku tak datang untuk lunch sedangkan sarapan pun aku tak habiskan. Memang sejak akhir-akhir aku kurang selera makan. Badanku yang memang kurus semakin susut.

Aku beritahu kawan aku yang aku ada di bumbung. Fikiran aku serabut. Aku menangis. Beberapa minit kemudian kawan aku sampai. Dia megajak aku duduk. Aku lupa berapa lama aku duduk situ dan menangis. Dia hanya memerhati. Tak berkata walau sepatah. Mungkin dia sudah kehabisan ayat untuk memujuk aku yang sejak akhir-akhir sering menangis ibarat Kasim Selamat kehilangan Sabariah.

Ini bukan sedutan novel atau cerita pendek. Ini cerita aku sendiri. Ya, aku pernah rasa bagaimana keinginan mengakhiri hayat sendiri begitu menebal. Mana-mana orang yang pernah mengalami depression@kemurungan akan mengalami perasaan ini : Rasa diri tak berguna dan menyusahkan. Seolah-olah kalau kita tiada, beban orang tersayang dapat dikurangkan. Soalan yang sering bermain di fikiran:  Untuk apa aku terus hidup?

Namun cerita semua orang tak sama. Sakit si A tak mungkin sama dengan si B walau makan ubat yang sama. Setiap orang diuji dengan ujian berbeza. Kami pun sakit. Cuma sakit kami tak nampak di mata nyata. Ada pesakit mental pandai menyembunyikan, tak sedikit pun kelihatan. Ada juga yang inginkan perhatian; tak dapat banyak, sikit pun cukuplah dari orang tersayang.

Ada orang kata, sakit mental ni punca dari kurang iman. Aku tak salahkan orang yang ada mentaliti macam tu. Aku mengaku aku pernah ada kefahaman yang sama. Hakikatnya punca sakit mental ada pelbagai. Antaranya keturunan, ketidakseimbangan hormon/ bahan kimia dalam otak, suasana pembesaran yang tidak sihat, trauma dan masalah hidup yang kronik seperti hilang punca pendapatan, hutang, penceraian etc.

Lebih setahun aku berteman ubat dan ulang-alik ke klinik psikiatri. Hidup aku tunggang-langgang. Disebabkan tak boleh tumpu perhatian, sering buat silap dan kerap ambil MC/EL, aku telah demoted. Aku hilang kerja yang aku suka. Aku jarang keluar rumah dan jumpa kawan-kawan. Saudara-mara aku hairan kerana aku menyepi. Kalau sekali sekala aku muncul di kenduri, aku tampil lesu dan banyak menjauhkan diri. 

Aku memilih untuk sembunyikan sakit aku dari tempat kerja. Aku tidak mahu sakit aku menjadi sebab kredibiliti aku yang sudah jatuh semakin merudum. Rakan-rakan dan keluarga yang tahu hanya sebilangan kecil. Aku rahsiakan kerana tak nak mereka risaukan aku. Ada kala aku rasa berseorangan tapi aku tahu Allah ada. Dia saja yang beri aku kekuatan bila rasa putus asa tu datang. 

Apa pun aku bersyukur atas ujian yang Allah beri dalam bentuk Mild Depression Disorder+Anxiety. Bersyukur kerana ujian ini seolah teguran kerana aku banyak lalai dan melupakan Dia. Kerana ujian ini aku kembali berpijak di bumi nyata. Aku mula menghargai keluarga dan rakan-rakan yang tak pernah tinggalkan aku. 

Banyak lagi yang ingin aku kisahkan tapi cukuplah setakat ini. Mungkin korang ada soalan atau kecaman, sila tinggalkan di ruang komen.

Terima kasih luangkan masa untuk membaca. Terima kasih juga sebab bila aku cakap aku sering sakit dalam entri-entri sebelum ni, ramai yang mendoakan aku kembali sihat walaupun kalian tak tahu aku sakit apa. 

Till then.. Jumpa next entry! 


Read More

Melaka Solo Trip - Melaka On Foot

Tuesday 17 November 2020


Assalamualaikum dan apa khabar semua! Berjumpa lagi kita dalam segmen pantun :

Datang Melaka nak naik Taming Sari
Taming Sari tutup

Haish frust betul aku tengok main entry ke kaunter tutup. So aku pun tanyala penjual-penjual kat gerai berhampiran, pukul berapa bukak. Rupanya tutup sebab rosak. Adoi, gagal lagi misi aku. Ingat dapatla menikmati pemandangan bandar Melaka dari ketinggian 110 meter. Bukan selalu dapat naik menara Gyro berputar 360 darjah yang pertama di Malaysia.

No wonder parking atas tanah je

Nampak tiang jelah tegak tercacak macam keris awak

Menghilangkan penat di Taman Bunga Merdeka. Mintak tolong satu famili ni ambilkan gambar ajet-ajet ayu duduk kat tangga


Tak nak masuk ke bosskurr?

Muzium Setem. Nak masuk tapi pagar tertutup rapat.

Tinggalan kubu A Famosa. Panaih lit lit time ni

Take note ye, Muzium Istana Kesultanan Melaka tutup hari Isnin. Baru berangan nak masuk feeling Tun Teja Kau Pergi Bukan Kubenci, Kau Yang Tak Mengerti


Singgah beli Coconut Shake Batu Berendam kejap kat area Taman Bunga Merdeka. Lupa ambil gambar air dan kedai sebab haus sangat. Sedap u olls minum time cuaca panas. Kalau tak sempat nak gi Klebang, bolehla singgah depan kapal terbang tak terbang berhampiran Dataran Pahlawan ni.

Wah, kalau masuk ni mau hujan lebat Melaka petang tu. Takpela, tak nak rosakkan cuaca cantik

Kita gi shopping jelah


Lengangnya. Shopping ni kalau sorang memang tak berapa ada mood. Tapi terbeli jugak 2 helai Tshirt  untuk anak saudara. Sorang setahun 8 bulan, sorang lagi baru 6 bulan masa aku pergi ni. Diorang jela yang lahir zaman aku dah kurang travel. Yang lain tu dah puas merasa. Bankrap la Cik Non nak beli untuk semua ye tak. Dulu zaman kaya, event sana sini, OT pun berkepuk. Ni zaman Covid. Huhu


Beli makanan je. Paling suka dan wajib beli: dodol, kuih Peneram dan Gula Melaka. Belacan tak beli sebab hidung aku import dari Liverpool. Tak tahan. Achooom!

Disebabkan lama tak pergi mall di KL sebab kes tengah naik masa tu kat NU Sentral, Mid Valley, 1Utama etc, so aku singgah kejap Dataran Pahlawan dan Mahkota Parade. Singgah Bath and Body Works, Guardian, Watson. Macam la kat Kolumpo takde. Paling penting, singgah tandas untuk memerut. Dah makan macam-macam kena buang.

Actually aku ada singgah satu muzium sepanjang jalan-jalan kat bandar Melaka ni. Sape boleh teka muzium apa dia memang terer. Ha.. Nanti aku cerita next time la ye. Takdela berjela panjang entry ni.

Matahari makin meninggi, aku decide untuk balik TFRH untuk ambil beg. Aku tinggal beg kat kaunter lepas check out. Yela takkan nak heret ke sana ke sini. Jalan je ikut laluan datang tadi. Payung dan spek mata hitam jadi peneman. Sun block jangan lupa.

Satu jela aku tak gemar jalan sepanjang tepi sungai kat Melaka ni sebab banyak biawak. Sedangkan nampak cicak je dah menggelupur. Kalau nampak biawak sanggup patah balik dan lalu jalan lain.

Sampai hotel, ambil beg dari reception dan ke mana kita? Sambung next entry la ye. Stay safe. Duduk rumah dulu. Dengar cerita, negeri yang kurang kes mungkin akan ditamatkan PKPB awal. Nasib baik aku duduk di sempadan 2 negeri. KL tutup, aku jalan-jalan Selangor. Selangor tutup, aku jalan-jalan KL. Both tutup aku jalan dalam mimpi jelah. Huhuhu.

OKlah, nanti aku sambung lagi. Thanks for reading!
Read More

Melaka Solo Trip - Sayyid Antique & Cafe dan Flor De La Mar Museum

Tuesday 3 November 2020

Assalamualaikum dan hai semua! Tengah menung sebab PKP ke tu? Marila kita jalan-jalan secara maya untuk mengubati kebosanan. 

Aku menginap di TFRH tanpa ambil breakfast sebab buffet sarapan tak disediakan. What a pity, sebab aku tengok restoran hotel ni nampak mewah, siap ada outdoor seating yang mengadap sungai. Nak buat cmane, dah regulation kerajaan tak membenarkan restoran menghidangkan menu secara buffet untuk mencegah jangkitan Covid19 antara pengunjung. At least buatlah stail ala carte ye tak? Tapi nampaknya dapur tak berasap. Mungkin sebab tak ramai guest.

Tak apalah, kita check out siap-siap dan cari breakfast kat luar. Melaka ni banyak kedai makan, tapi kena cari yang halal. Dengan bantuan Google, aku jumpa port breakfast ni ni: Sayyid Antique & Cafe.




Cafe ini terletak di Jalan Hang Jebat. Jalan kaki tak sampai 5 minit berpandukan gogle maps. Kalau datang naik kereta, parking agak terhad. Masa aku sampai, baru pukul 9 pagi. Customer ada, tapi takdelah sampai penuh kedai. Kedai ni memang confirm halal sebab owner dia famili Melayu.





Harga dan senarai menu sarapan pagi di Sayyid Antique & Cafe



Disebabkan malam sebelumnya aku tak makan nasi, so aku order la nasi lemak. Pastu aku order half boiled egg dengan toast. Ni lupa ambil gambar. Adik kat kedai tu perati je aku. Mesti dia kata aku ni bela saka. Hahaha. Masakan dia OKla, boleh tahan.


Aku suka deko kedai ni sebab guna barang-barang antik


Dah kenyang makan, kita pergila merayap tengok bandar Melaka


Restoran ni dekat dengan Muzium Budaya Cheng Ho tapi tutup sebab hari Isnin


Jalan sampai jumpa Dutch Square. Lengang je. Ada nampak beca 2,3 buah


Kubu ni nama dia Bastion Schweinsteiger Middleburg 


Stop kejap untuk ambil gambar kat sini


Aku berani kata Melaka ni selamat sebab banyak polis bantuan. Tengok tu ada 2 abam polis dok perati orang lalu-lalang.


Sebab takde clear itinerary, kita jalan jela sepanjang tebing sungai


Jalan lagi sampai Muzium Samudera. Aku dah pernah pergi muzium ni masa kecik dulu tapi best jugak kalau dapat masuk lagi. Boleh sejukkan badan sebab muzium ada aircond. Lagipun harga tiket cuma RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak. Kaki sejarah macam aku memang suka lah




Tapi malangnya muzium ditutup untuk renovation.

Muzium Samudera merupakan replika kapal Flor de La Mar yang dibina pada awal tahun 1990 dan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 13 Jun 1994.
Muzium Samudera terletak di Jalan Quayside berhampiran muara Sungai Melaka. Dibina berdasarkan replika Kapal Portugis berukuran 34 meter tinggi, 36 meter panjang dan 8 meter lebar.
Fokus utama muzium ini ialah sejarah kelautan Melaka dan zaman kegemilangan Melaka sebagai Emporium Timur. Ia juga menyingkap pergolakan politik maritim di Melaka yang membuktikan bahawa hilangnya kuasa politik maka hilanglah segalanya.
Pameran di muzium ini memaparkan perkembangan perdagangan dari zaman kesultanan Melayu Melaka hingga ke zaman Kolonial Portugis, Belanda, Inggeris dan era penaklukan Jepun di Tanah Melayu. Turut dipamerkan ialah lukisan, peta lama, model kapal dan artifak berkaitan maritim dan perdagangan di Melaka.
Sumber: PERZIM


Kecewa dengan Muzium Samudera, kita jalan la sampai Menara Taming Sari. Setiap kali aku gi Melaka, mesti kempunan tak dapat naik. Kali ni die die pun nak naik. 

Cerita aku dan Menara Taming Sari ni sambung next entry la ye. Ni dah panjang, jemu pulak korang baca. Thanks for reading!


Read More