Dah kurus pun nak exercise?

Tuesday, 19 January 2021

Sejak work from home 100% , aku dah mula amalkan rutin exercise setiap pagi. Kalau dibenarkan rentas daerah, on weekend aku pergi morning walk dengan kawan-kawan. Bila PKP, terpuruk di daerah sendiri dan public park ditutup, aku jogging di kawasan perumahan. Jogging seminggu sekali cukuplah. Haha.

Kalau jogging di kawasan perumahan, carilah yang redup dan jauhi kawasan sunyi sekiranya jogging bersendirian. Amalkan penjarakan fizikal.  

Once upon a time kat Tasik Botani Putrajaya

Turun KL best gak, cuci mata tengok laki orang main basikal. Haha. Jangan risau, tengok je tak usik.

Exercise aku level beginner je. Just follow video Youtube. Masa mula-mula dulu mencungap jugak. Kurus tak semestinya fit ye. Aku dapat keinsafan nak exercise bila aku perasan badan aku agak stiff. Nak bangun pun kena paut meja macam orang tua! Bila buat 'plank', hanya mampu tahan 2 saat dah tersembam ke lantai. Teruk betul!

2 saat je kau buat plank Sal? Meh sini abang Thor ajar! Credit: Google image

Selain daripada untuk tingkatkan fitness yang menurun seiring usia, aku ada sebab sendiri jugak kenapa aku jadikan ia rutin (Walaupun kadang-kadang ter skip. Hehe). Antara sebabnya adalah: 

1. Elakkan sambung tidur lepas solat Subuh

Aku ada masalah susah tidur. Dah tidur susah bangun pulak. Lol. So aku akan pastikan pagi aku aktif untuk menepis godaan katil. Ia juga boleh jadi motivasi bangun awal bila cuti solat. Tidur kalau dilayan memang terlajak. Bila bangun lewat, malamnya aku susah tidur. Ulang. Sampai bila nak macam tu kan? So kenalah ubah.

2. Bila badan penat, malam tidur lebih lena

Waktu aku sakit dulu, aku makan pil tidur setiap malam supaya dapat lelapkan mata. Pil tidur ni memang buat kita tidur lena tanpa mimpi, tapi ada side effect iaitu keletihan kronik di siang hari esoknya. Walaupun aku dah stop makan ubat-ubat tu sekarang, tapi since badan dah terbiasa harapkan 'bantuan', aku akan susah tidur kalau badan tak penat di siang hari. Exercise adalah cara yang aku amalkan supaya badan letih. 

Iklan sekejap untuk yang memerlukan

3. Kurangkan simptom resdung

Siapa ada resdung mesti faham perasaan bersin bertalu-talu di pagi hari. Cuaca sejuk memburukkan keadaan. Exercise dapat membantu meningkatkan peredaran darah, hence legakan sakit kepala dan lancarkan pernafasan. Lazimnya aku start je exercise, bersin pun berhenti. Siapa ada resdung  boleh try cara aku. Tapi buanglah dulu hingus tu. Hahaha.

4. Reduce stress

Menurut kajian, bersenam menghasilkan endorphin, hormon yang dapat meningkatkan perasaan gembira. Antara terapi yang sering dicadangkan oleh pakar untuk mereka yang selalu stress. Convert those negative energy into exercise gais. PKP boleh menjejaskan kesihatan mental tau, tu sebab kes bunuh diri makin meningkat. As someone yang ada history ulang-alik klinik pskiatri, aku tak nak sakit lama berulang lagi. Bak kata Elle Woods dalam Legally Blonde: 

I don't have a husband to shoot, but there is one guy in mind. Haha. 

5. Increase immune system

Bersenam dapat meningkatkan sistem immune badan. Memanglah soal sihat dan umur tu rahsia Allah, tapi kita sebagai manusia wajib berusaha. Sekarang musim Covid-19. God knows wabak apa yang akan muncul lagi dalam masa terdekat ni. Marilah jaga kesihatan sendiri. Baru boleh jaga ahli keluarga kita pulak.

So, tu jelah sharing aku untuk menjawab soalan kenapa aku nak bersenam walaupun dah kurus. Harap rutin ni berterusan walaupun lepas tamat PKP. Korang pulak macamana maintain aktif dan sihat sepanjang PKP? Share lah di ruangan komen. Jaga diri OK!
Read More

Rekemen Movie : Alpha & Sydney White

Friday, 15 January 2021

Assalamualaikum dan hai semua! PKP tiba lagi, bermakna job task aku makin berkurang. Every work day is a slow day. Nampak macam makan gaji buta, tapi bukan pintaku lahir ke dunia, tidak kuduga cacat beginiiiiiiii *Sindrom orang merindui pusat karaoke*

Since pusat karaoke tutup, wayang pun tutup (urgh, ini pun aku rindu), kita tengok movie di rumah je. Drama bersiri aku malas follow,  aku sound korang siang-siang. Dulu rajin jugak, zaman sekolah dan zaman universiti. Sebut je apa sinetron, drama Pinoy, siri omputih, drama Jepun, slot smarinda, semua aku khatam. Dari Desperate Housewives ke Pengako Sayo, Spa Q, Meteor Garden, GTO mahupun Bawang Merah Bawang Putih. Apa sangatlah 200 episod. 

Cuma drama Korea je tak kena dengan jiwa aku walaupun dah pernah paksa diri tengok. PKP first time dulu try layan drama viral  'World of the Married'  tapi endingnya macam celaka. Aku masih menyumpah ke hari ini.

Anyway, enough membebel. Entry ni untuk rekemen movie, bukan cari gaduh dengan peminat drama Korea. Hahaha. Biasala tu. Aku minat citer hindustan, selalu dengar orang kata citer hindustan merepek tapi kisahlah pulak aku. So, let's check out 2 movie aku nak rekemen (bukan filem hindustan, I promise)

Alpha (2018)

Filem ni berlatarkan Eropah zaman prasejarah, 20 000 tahun yang lampau. Zaman di mana manusia hidup dengan memburu untuk makan dan mencerap formasi bintang sebagai pemandu arah. Watak utama filem ini adalah Keda (lakonan Kodi Smit), seorang pemburu muda yang terpisah dari puaknya semasa 'The Great Hunt'. Semasa Keda cuba mencari jalan pulang, dia bertemu seekor serigala yang cuba membunuhnya. Keda berjaya mengalahkan ia, tapi tak sampai hati nak membunuh serigala tersebut. Serigala tersebut dirawat dan dijadikan teman perjalanan lalu dinamakan Alpha.

Filem ni OK lah nak layan bersama famili. Tentang persahabatan manusia dan serigala. Sambil tu boleh lihat cara hidup orang zaman batu. Buat kita bersyukur dilahirkan zaman moden. Nak api petik je lighter, tak payah gosok kayu. Filem rekaan tak mungkin 100% tepat dengan sejarah, tapi kalau ikut kajian, 20 000 tahun dahulu bumi banyak dilitupi ais dan manusia di zaman tersebut sudah pandai membuat senjata dari kayu dan batu. Bahasa yang digunakan dalam filem ini pula adalah bahasa rekaan Profesor Christine Shreyer, seorang pengkaji asal-usul peradaban manusia. One thing yang aku respect penerbit filem ni adalah diorang buat research dan takdelah buat skrip membabi buta.

Seriousness aside, watak Alpha tu sangat comel OK. Tonton jika korang suka The Revenant, 127 Hours, Call of The Wild dan Mowgli.

Sydney White (2007)

Asyik filem serius je, kali ni layan romantik komedi pulak. Lakonan Amanda Bynes sebagai Sydney White, seorang gadis yang berperwatakan agak tomboy tapi bercita-cita meneruskan legasi mendiang ibu sebagai ahli sorority. Sorority ni macam persatuan di universiti di mana ahlinya memiliki rupa paras menarik dan terkenal di kampus. Malangnya ketua sorority, Rachel Witchburn, lakonan Sara Paxton benci dengan Sydney sebab ex boyfriend Rachel merangkap lelaki paling hot di Southern Atlantic University, Tyler Prince (lakonan Matt Long) suka dekat Sydney.

Uniknya filem ni sebab dia ala-ala Snow White zaman moden. Sydney bersahabat baik dengan 7 orang pelajar lelaki geek di kampus yang sering digelar 'loser' kerana perwatakan dan minat yang pelik. Agak cliche tapi mana je filem macam ni yang tak predictable kan.

Tonton jika korang suka Mean Girls, Sorority Bunny, Easy A, Legally Blonde, She's The Man dan jika korang peminat Amanda Bynes macam aku. Awal tahun 2000-an dia ada show dia sendiri iaitu The Amanda Show yang ditayangkan di saluran Nickelodeon. Ingat lagi arwah nenek aku kata aku tengok cerita merapu sebab Amanda Show ni mostly sketsa komedi dan Bynes serta pelakon tambahan lain selalu bersolek dan memakai kostum untuk menjiwai watak. Bynes tak takut nampak hodoh demi karekter dan dia ada slang country yang unik. 

Sayangnya Amanda Bynes ni terjebak dengan pelbagai masalah dan sejak 2010 mula menghilang dari dunia lakonan. Semoga kembali ke pangkal jalan ye. Ramai peminat rindu. 

By the way, aku dengan Amanda Bynes ni sama birthday tau. Ha.. Saja bagitau walaupun tak penting. Lol. 

OK lah, tu je nak membebel. Asal update entry je panjang berjela. Tabah la membaca ye. 

Read More