Melbourne Part 10 - Puffing Billy!

Sunday, 31 January 2016

Assalamualaikum semua!

Jom, sambung cerita Melbourne! Selepas puas berflora cinta dekat Warratina Lavender Park dan Tesselar Tulip Festival, kitorang move on ke Puffing Billy pulak. Puffing Billy ni pun salah satu tarikan pelancongan utama di Melbourne. Ada apa dengan Puffing Billy? Keretapi? Eh...eh, seketul manusia bernama Salbiah ni tak puas ke hari-hari naik tren gi kerja sampai kat Australia pun sibuk nak naik keretapi.

Puffing Billy ni bukan keretapi moden biasa ye kawan-kawan. Sewaktu diwujudkan pada tahun 1900, ia beroperasi menggunakan enjin stim, dan masih mengekalkan cara yang sama sampai sekarang! Elemen old fashioned masih dikekalkan untuk menarik perhatian pelancong.


Kalau you all nak naik Puffing Billy ni, boleh pilih nak naik dari stesen Belgrave atau naik dari stesen Lakeside. Harus diingat yang keretapi Puffing Billy hanya ada beberapa trip je sehari, so plan your trip betul-betul.  Pastikan korang check time table untuk mengelakkan kekecewaan.

Tambang? Boleh check sini.. Tu yang basic, kalau korang kaya macam Dato' Seri Vida bolehla join event diorang. Murder mystery tu macam best aje!

 Pondok jual tiket pun klasik

Kitorang memilih untuk naik dari Belgrave. Kalut lah jugak, sebab sampai situ je ada lagi 15 minit keretapi nak jalan. Memandangkan ada diskaun kalau beli pakai student card, we oll mintak AK yang belikan tiket. Tapi, syarat dia mestilah student card universiti kat Australia. Harvard, Yale, MIT mahupun USM tak laku ye. Instead of $51.50, kitorang bayar $41.00 per person. Mahal? Maybe, tapi bagi aku dan Siti, alang-alang dah sampai, lanyakkan aje! Bukan selalu kau sampai Melbourne. Entah-entah ni first and last.


Puffing Billy ni hanya aku dan Siti saja yang naik. AK, Acik Y dan RZ tak join. Diorang takpe, lama lagi nak duduk Melbourne. Aku ngan Siti misi now or never. Hahaha.

Train dah nak jalan, terus naik dan cari tempat duduk. Korang kalau tak sempat tangkap gambar kat Belgrave, jangan risau sebab kalau tiket return akan balik ke sini jugak.

Can we go now, mate?
 Yeah, sound!

Naik Puffing Billy kalau nak dapatkan ultimate experience kena duduk julur kaki macam ni. Tapi kalau tak nak, duduk je kat seat, takde masalah.

Kukuh betul jambatan ni walaupun dibuat dari kayu. Time lalu ni cuak la jugak. Hati-hati time tangkap gambar. Kalau kamera atau handphone jatuh ke bawah mau menangis.

View dalam keretapi

First pit stop - Menzies Creek. Tak berhenti lama pun..Sekadar sempat nak feeling Kuch Kuch Hota Hai sebabak dua

"Mein ja raha hoon, Rahul".. dan Rahul membalas.. "Dey..poodah!!"

Translate : "Aku pergi ye, Rahul.."
" Dey...pigi dah!"

Jom, sambung perjalanan...last pit stop, Emerald. Eh..macam nama Emerald City, bandar dalam cerita Wizard of Oz pulak!

Aku tak ingat amik gambar ni kat Emerald ke kat Menzie's Creek. Yang penting, acik tu sporting..

Keretapi Puffing Billy ni berhenti rehat kat Emerald agak lama jugak. 20 minit tak silap aku. Mungkin diorang nak bakar kayu untuk fuelkan enjin, ala macam dalam filem-filem koboi tu. Tapi kan, masa sampai kat pekan Emerald ni, aku terus terkesima. Sebijik macam town yang aku biasa tengok dalam citer omputih tu!



Memang comel, rasa nak pindah duduk sini. Tenang je rasa. Kat sini kitorang jalan-jalan je, tengok orang yang tak berapa nak ada. Masuk kedai, keluar kedai. Tak beli apa pun. Nak jalan jauh-jauh dari stesen keretapi takut sesat pulak.


Dah dengar bunyi hon keretapi, kita pun gi lah naik tren balik. Ni last trip patah balik ke Belgrave. Kalau tertinggal, pandai-pandai lah..


 Nah, belanja selfie. Sakit gak montot duduk kat tingkap tu. Nasib baik peha banyak isi. Kah kah kah.

Abaikan muka comot. Yang penting antara tempat wajib pergi kat Melbourne dah settle.

Sampai stesen Belgrave, sempat la aku ke toilet jap amik wuduk. Tak solat lagi wei! Singgah kejap kat souvenir shop pastu cepat-cepat keluar dari situ sebab Puffing Billy kul 5 macam tu dah tutup. Aku ngan Siti main redah je cari jalan nak ke parking lot. Rasanya sampai tadi turun kat tempat lain. Balik keluar tempat lain pulak. Actually, sementara aku dan Siti naik Puffing Billy, Acik Y, RZ dan AK lepak je dalam kereta. Sanggup diorang tunggu we oll, lama giler tu! Sampai tertidur. Nasib baik ada bekalan spaghetti dan cuaca sejuk, so lena je nak tidur dalam keter. Kali ni pun, bentang sejadah kat parking lot je untuk solat.

Time tu memanglah teringat segala cerita tentang orang Islam yang kena kacau sebab pakai tudung or solat di tempat awam. Yelah, jauh di sudut hati tu, takut lah jugak walaupun dah pernah buat sebelum ni. Tapi, Alhamdulillah, Allah permudahkan.

Dah settle solat, masing-masing pun dah letih, so marilah kita pulang ke bandar Melbourne. Malam masih muda waktu kitorang sampai ke bandar. Takkan nak tidur kot...

Nak tau kitorang buat apa? Lagi penting, nak tau orang Melbourne malam-malam buat apa? Kita sambung nanti na..Tengok sendu ke happening.

Till then, thanks for reading..  

Part 9
Read More

The Boy - expect the unexpected

Monday, 25 January 2016

Ahad lepas aku pergi menonton The Boy, gara-gara terpukau dengan trailer yang menampakkan filem ni seram nokharom. Seram ke? Nak tau, baca sampai habis na...


Pelakon utama filem ni adalah Lauren Cohan sebagai Greta Evans; Rupert Evans sebagai Malcolm; Jim Norton sebagai Mr. Heelshire dan Diana Hardcastle sebagai Mrs.Heelshire. Greta datang dari Amerika ke England (tak dinyatakan which part) untuk menjadi pengasuh kepada anak lelaki pasangan Heelshire bernama Brahms. Awalnya dia terkejut kerana Brahms rupanya sebuah patung porcelain, tapi dia layankan je kerana gaji lumayan yang ditawarkan. Walau bagaimanapun, Greta perlu mengikut peraturan dan jadual yang disediakan untuk Brahms.

In the meantime, Greta telah berkenalan dengan Malcolm, pemilik kedai runcit yang selalu menghantar barang ke rumah pasangan Heelshire. Malcolm makin kerap ke rumah Heelshire yang besar macam istana tu setelah Mr. dan Mrs. Heelshire pergi bercuti dan meninggalkan Greta bersama Brahms. Kejadian-kejadian pelik mula berlaku seperti barang-barang Greta beralih tempat dengan sendiri, bunyi-bunyi pelik di tengah malam dan Brahms yang seolah-olah bergerak apabila ditinggalkan. Yang peliknya, Greta makin sayang pada Brahms dan melayannya seolah-olah kanak-kanak sebenar.


Kalau tengok trailer, aku expect filem ni macam Annabelle, Chucky atau Dead Silence. Anak patung gila yang dirasuk semangat jahat lalu mengaruk tak tentu hala. Realitinya, filem Rahsia lakonan Noorkumalasari tu jauh lagi seram! My horror-tolerance level is very low and this movie can't even scare me. Huh? Awal-awal filem ni dah dragging sebab terlampau fokus pada Greta dan banyak cakap. Memang menguap woi! Aku ingat banyaklah scene terkejut bagi gugur jantung, tapi hampa. Slow dari mula sampailah ke conclusion. Watak Malcolm tu katanya English, tapi takde slang yang pekat, kalau tak boleh gak buat-buat penyedap telinga.

Cuma satu je aku puji, plot twist ending dia. Buat kau realise kenapa cerita ni tak seram. Sayang, jalan cerita ngan idea dah ada, cuma tak execute dengan baik. Ending yang unexpected dan kreatif, tapi tulah, the last 15 minutes movie ni je best.

So, nak tengok ke tidak? Aku (dan ramai lagi yang dah tengok) tak rekemen. Tapi, terpulanglah. Jangan cakap akak tak payung review.

Sekali-sekala ada masa update blog, rajin pulak aku edit gambar. Hahaha..jangan marah ye, kak Yana Yani, kak Kathy Rbain, Daddy Ziyad, Tomok, David Beckham, Sir Alex

Jumpa lagi next entry! Thanks for reading!

Read More

The Forest - menyesal tengok!

Friday, 15 January 2016

Jumaat yang lepas, my BFF cik ND tetibe wasap aku ajak tengok Dilwale sekali lagi. Memandangkan aku dengan bongkaknya mengklasifikasikan Dilwale sebagai overrated, aku agak berat hati nak bersetuju. So, dia pun suggest movie lain which is The Forest. Aku pulak sibuk sehari suntuk, takde masa nak check out trailer ke, sinopsis ke. Aku mengiyakan aje dengan zero knowledge.

So, malam tu pas balik kerja, ND amik aku dan adik aku. Kitorang tengok kat Galaxy Ampang je, dekat ngan rumah. Tak kuasa dah malam-malam nak gi jauh-jauh. Masa dalam kereta ND inform yang filem ni citer omputih, tapi berlakon kat Jepun. Dia ada bagi details lain jugak, tapi entahla, aku terlampau letih dan mengantuk nak hadam apa dia cakap. Sorry, beb! Hahaha.

Sampai wayang, masa beratur nak beli tiket, still ada second thought nak tengok Dilwale or Ip Man 3, tapi entahla, since dah awal-awal plan nak tengok The Forest, kitorang proceed je. Tapi kemudian...aku menyesal! Kenapa menyesal? Bacalah sampai habis...


Filem ni mengisahkan pasangan kembar seiras Jess dan Sara, dual role lakonan Natalie Dormer. Jess telah dikhuatiri hilang di hutan Aokigahara, also known as the Suicide Forest yang terletak di kaki gunung Fiji, Jepun. Sara percaya kembarnya masih hidup, jadi dia membuat keputusan ke sana untuk mencari Jess. Awalnya dia meminta tolong penduduk tempatan, tetapi rata-rata enggan masuk ke sana kerana Aokigahara merupakan tempat di mana ramai orang pergi untuk membunuh diri. Mereka percaya ada semangat 'Yurei', yang membuatkan sesiapa saja yang masuk ke hutan tersebut akan berimaginasi perkara-perkara menakutkan lalu mendorong mereka untuk melakukan perkara di luar sedar.

Sewaktu di hotel, Sara bertemu dengan Aiden, lakonan Taylor Kinney yang merupakan seorang wartawan. Aiden sedang menulis rencana berkaitan Aokigahara. Aiden mempelawa Sara untuk bersama-sama dengan dia dan pekerja sosial bernama Michi, lakonan Yukiyoshi Ozawa untuk masuk ke dalam Aokigahara. Michi merupakan sukarelawan yang memujuk orang-orang yang masuk ke situ supaya membatalkan hasrat untuk membunuh diri.

Whatever you do, stay on the path (baca dengan accent Jepun yang pekat)

Menariknya cerita The Forest ni adalah, Hutan Aokigahara tu sebenarnya wujud! Kalau nak tahu lebih lanjut, korang boleh baca pasal hutan yang terkenal tu kat SINI. Tak ada apa nak dipelikkan, kerana Jepun merupakan salah sebuah negara yang mempunyai kadar bunuh diri yang tinggi. Bagi penduduk kat situ, terjumpa mayat tergantung dalam hutan ni adalah perkara biasa.

So, Sara jumpa ke tidak kembar dia Jess? Ke Jess memang dah mati? Betul ke hutan ni berhantu? Siapa Aiden? Siapa Michi? Filem ni merupakan genre yang aku suka. Orang putih panggil 'mindf**k'. Forgive my language, tapi memang itu istilah dia. Sebuah filem yang agak memeningkan kepala dan kau yang menonton pun tak tau benda tu betul ke hanya bayangan watak dalam filem.

"Turn around, Sara...."

Tau sebab apa aku menyesal? Sebab cerita ni sangat seram dan banyak terkejut!! Aku memang tak boleh blah dengan hantu dari Asia, terutama Jepun. Hantu omputih takpe, seram cmane pun aku boleh hadap. Ada satu scene tu memang aku tetibe rasa nak keluar dari panggung tapi buat-buat berani jugaklah. Tengok sambil tutup muka. Hahaha. "Menyesal tak tengok Dilwale", aku cakap kat adik aku.

Hasilnya,2 malam berturut-turut aku tak boleh tidur! Terbayang-bayang je depan mata. Nasib baik tengah-tengah malam ada bola, so aku ada alasan kenapa aku tidur depan TV, lampu bukak lak tu. Nak cover, nak mengaku malu. Entahla, aku je kot yang penakut. Adik aku ngan ND OK je..

Korang kalau berani dan tak sakit jantung , bolehla layan filem ni. Best pada pendapat aku, tapi nak suruh tengok lagi sekali memang tak lah.

So, ada berani ke nak tengok??

OKlah gais, nanti free sembang lagi na.. Sayonara!

Read More