Once Upon a Time in Shenzhen Part 2

Friday, 29 December 2017

Assalamualaikum semua! Ayuh kita sambung kisah jalan-jalan di Shenzhen. Lepas isi perut di Cultural Square Science Park, aku dan Cik A ke Windows of the World(WoW). Apa susah, Metro One Day Pass kan ada. Dari Stesen Shenzhen University, naik je Luo Bao line patah balik ke Luo Hu. Stop dekat stesen 'Window of the World'. Keluar ikut exit J. Kat sini korang jangan risau, signboard banyak.

Sesuai dengan nama dia yang acah gempak tu, WoW merupakan sebuah taman replika 'keajaiban-keajaiban' dunia. Nak masuk dikenakan bayaran sebanyak CNY200 untuk dewasa dan CNY100 untuk kanak-kanak. Kanak-kanak tinggi bawah 4 kaki dan warga emas umur 70 tahun ke atas - percuma. Dibuka setiap hari dari 9 pagi sampai 10 malam.

Tempat ni memang dari asal aku dan Cik A tak rancang nak pergi. Yelah, setakat piramid Egypt ngan Eiffel Tower tu, Cik A dah tengok yang original. Apa barang tengok yang replika. Hahaha. Lainlah aku. Sunway Pyramid dengan filem Eiffel I'm in Love aku pernahlah tengok.

Banyak cakap pun tak guna, ayuh kita layan gambar.

Time ni panaih lit lit. Ada restoran halal tapi tutup. Kalau tak boleh gak lepak-lepak minum teh sejukkan badan.

Eh..kumpulan F4 ke tu?

Replika Lovren Louvre Pyramid di Paris

Eiffel?

Yang baju kuning tulah Cik A. Kenal kan? Memang selalu muncul kat blog ni. Nak berkenalan boleh ke blog dia : AniesAndYou

Sebenarnya time ni memang panas sangat. Aku dah rasa nak migrain. Air dah berbotol. Ikutkan nak elak minum air sebab nak elak gi tandas tapi minum pun semua cair jadi peluh je.

Tak tahan lama-lama kat sini, aku ajak Anies pergi destinasi yang memang kitorang dah plan nak pergi dari Malaysia lagi iaitu : Splendid China

Splendid China ni macam Mini Malaysia. Ada replika monumen-monumen cantik di China macam Great Wall, Shaolin Temple dan Forbidden City. Pastu boleh gak tengok askar Terracota dan pertunjukan-pertunjukan kebudayaan yang berbeza setiap jam. Kira kalau masuk sini dah macam cover satu negara China in one shot. Sape tak nak kan? Dahlah aku ni memang suka tengok cerita China. Rasa macam dalam filem-filem dahulu kala je.

Dari WoW, naik Metro ke stesen OCT. Keluar ikut exit D. Again, hadaplah ko bag check. Paranoid China ni boleh tahan jugak. Botol air pun dia scan. Nasib baik dia tak paksa aku dengan Anies habiskan air kitorang baru beli kat situ jugak.

Ayuh kita!

Nak dijadikan cerita, sampai je depan Splendid China, aku dah start sakit kepala. Nak bergambar pun hilang terus mood. Cuaca memang panas sangat-sangat. Aku pun discuss ngan Anies supaya batalkan jelah hasrat nak masuk. Manakan nak ambil gambar depan entrance pun aku tak lalu. Splendid China ni kawasan open air tak berbumbung. Lepas tu sangat luas. Kalau masuk aku takut aku pengsan.

Anies adalah kot tangkap gambar sikit-sikit. Nanti korang tunggu la entry dia. Gambar aku seketul pun takde. Nasiblah, ko datang musim panas ye. Panas kat sini kalah panas Malaysia. Walaupun kecewa tapi kesihatan perlu diutamakan. Nantilah aku datang time musim salji ke, autumn ke.

Lupakan hati yang kecewa. Kita ke tempat lain pulak. Walk on..walk on...with hope in your heart

Maafkan entry hambar sehambar hati aku di hujung tahun. Kah kah. 

Jumpa next entry!

Read More

Genting Premium Outlet

Sunday, 24 December 2017

Assalamualaikum dan hi semua! Bulan Disember ni sibuk bebenor! Sampaikan blog tak berupdate. Balik-balik join Giveaway. Haha. Lagipun cuti sekolah korang kena faham kepayahan berebut PC dengan anak-anak sedara. Nak update dekat office pulak takde peluang dan privacy.

At first aku ingat nak buat December Wrap-Up, tapi entry pasal GPO je dah banyak gambar, so aku tukar plan. Ni cerita awal Disember hari tu, tak silap aku masa cuti Maulidur Rasul. Setelah bertahun tak jejak Genting, sampai jugak aku ke sana sebab ada member nak survey barang hantaran.

 Tapi kenapa GPO?

GPO ni memang syurga shopping untuk barang-barang branded. Contohnya Skechers, Adidas, Nike, Converse, Victoria Secret, Coach, Kate Spade dan banyak lagi lah. Nak tahu senarai kedai yang ada, boleh klik SINI. As for me, aku kurang suka shopping baju dan kasut kalau tempat ramai orang ni sebab sejenis aku ambil masa keluar masuk fitting room pastu undecided. Tapi kalau shopping perfume dan mekap aku takde masalah sebab aku selalunya dah tau nak beli apa. Kat sini memang banyak sale! Macam JPO dan Mitsui, tapi bezanya sejuk. Terasa macam shopping kat Australia. Hahaha.

First time makan kat Dubuyo. Yelah, gelak lah aku ketinggalan zaman.

Ah..ko jangan tanya apa nama benda-benda ni. Diorang yang order, aku makan je

Hasil tangkapan?

Estee Lauder Nutritious Vitality8 Radiant Energy Mist 30ml

RM45. Harga asal RM140. Review takde sebab belum bukak. Beli sebab nafsu, harga murah, pastu sayang nak guna. Nanti aku bagitau korang, glowy ke tidak muka aku.

Tefal WeGo Thermal Flask 300mL

Niat asal masuk Tefal nak beli sudip sebab sudip Tefal rumah aku dah cair sape punya kerja entah letak kat api. Sambil-sambil tu usha periuk belanga. Memang murah weih! Tapi last-last angkat thermos ni je sebab sudip habis. Satu untuk Mak, satu untuk Abah. Seronok tengok diorang guna dan memang tahan panas up to 6 hours. Harga RM55. Half price tak silap aku.

Naik cable car. RM8 sehala, so pergi balik jadi RM16.

 Walaupun orang ramai, tapi line bergerak laju. Kau nak naik cable car ni kena berlari ye, kalau tak memang tertinggal


Hujan, lagipun aku gayat so tak tengok bawah sangat. Nampak 20th Century Fox theme park dalam construction. Boleh start kumpul duit

Keadaan dalam cable car. If naik yang full glass tu lagi mahal. Aku lupa harga berapa, tapi puluhan ringgit gakla. That one lantai pun kaca.

Dari GPO, naik cable car akan sampai ke Sky Awana. Sebuah mall yang bersambung dengan casino dan hotel-hotel. Tapi sini sales biasa aje. Kalau nak naik ke Sky Awana tu, berak kencing siap-siap. Toilet dia banyak jenis takde air tu. Stress aku menahan gelora vida vaganza. Perut tak tahan rempah makanan Korea kot?

Sky Awana aku tak tangkap gambar sangat sebab manusia ramai giler. Bagi aku it's just another mall.

Sampai ke petang kitorang kat sini, biasalah pompuan kalau shopping memang leka. Walaupun penat tapi aku enjoy.

Nanti aku sambung story Shenzhen, Insha Allah. Thanks for reading ye!
Read More

Once Upon a Time in Shenzhen Part 1

Monday, 18 December 2017

Assalamualaikum dan hai semua! Apa ni kak Sal lama menghilang pergi China pulak? Eh, tenang pembaca sekalian. Ini merupakan sambungan cerita HK Part 2

Alang-alang dah sampai HK, kita lajakkan ke Shenzhen yang terletak di sempadan China-Hongkong. Kekdahnya macam seberang Tambak Johor nak ke Singapore le tu. At least orang tanya "Kau dah sampai China?" aku bolehlah jawab "Dah!". Hahaha.

Nak ke Shenzhen dari HK, kitorang naik MTR. Sebab malas nak tukar train dengan kerap, kitorang naik dari stesen East Tsim Sha Tsui. Ada laluan bawah tanah dari stesen Tsim Sha Tsui sebelah Chungking Mansion. Jalan aje ikut signboard. Tapi apa-apa hal pun kita top up Octopus dulu.

Mesin ni selain boleh guna untuk top up kad Octopus, boleh gak guna untuk check transaction history kad tu. Ada di stesen MTR dan jangan risau bab bahasa sebab option English pun ada.

Dari East Tsim Sha Tsui, naik tren West Rail Line sampai Hung Hom, pastu tukar East Rail Line sampai stesen Lo Wu. Lo Wu ni stesen paling hujung. Boleh tengok map MTR kat SINI

Sebagai rakyat Malaysia, nak masuk China kena ada Visa. Untungnya nak masuk Shenzhen melalui border Hong Kong ni kita boleh beli Visa On Arrival once dah sampai kat sempadan. Tak perlu apply awal-awal dari sini. VOA ni available untuk 5 hari. For Malaysian, harga RMB168. Sampai je kat Lo Wu, kitorang main ikut je manusia yang ramai-ramai nak lepas imigresen Shenzhen tu. Pastikan ikut lorong yang tepat untuk Foreign Passport, bukan HK atau China Residence pulak.

Macam biasa, bila sampai negara orang, kita isi Arrival Card dulu. If korang day trip tulislah alamat tempat famous kat Shenzhen macam Happy Valley atau Window of the World.


Agak malang bagi aku dan Cik A sebab masa kitorang pergi ni sistem down. Memang slow yang amat! Lagipun salah Mohamed Salah, eh salah kitorang sebab lambat. Patutnya pagi-pagi buta dah tercongok kat sini, ini tak pukul 9 lebih baru nak gerak dari HK. Apa nak buat, sedap sangat tidur kat Chungking tu. Kah kah. Alah, takkan lari China dikejar. Lagipun hari tu hari Jumaat, malas nak sibuk-sibuk time orang pergi kerja.


Kalau tengok orang ramai, ambillah nombor dulu baru isi borang, jangan skema sangat macam kitorang. Hahaha.

Lama jugaklah aku ngan Cik A kat tempat mohon Visa ni. Rasanya sampai nak tengahari. Nasib baik kat Imigresen tak ramai orang dan tak banyak kerenah. Lepas settle urusan, kami pun masuk ke China! Yay..satu lagi negara dah aku jejaki. Alhamdulillah.


Untuk 'bergerak' di Shenzhen, aku dan Cik A memutuskan untuk naik Metro sahaja. Metro ni macam MRT gaklah. Boleh download map kat SINI .Disebabkan malas nak beli tiket setiap kali nak naik tren, kitorang beli je Metro One Day Pass kat kaunter. Harga RMB 25. Dah naik harga. Aku buat research kat blog ramai kata RMB 20 je. Apa boleh buat. Zaman Najib

Ceria kad ni ada gambar bunga matahari

 Aku syak kad ni akan expired dalam masa setahun. Sebab tu ada tarikh 28.10.2018. Tapi tulah nak baca tak reti, nak borak dengan staf kat kaunter pun macam cakap ayam itik so diam jelah. Haha.

Stesen Metro dekat sempadan ni nama dia Luo Hu. Kat sini ada gak tempat shopping Luohu Commercial Centre, tapi mood shopping belum datang. Mood nak makan aje yang menggila. Lapar doh. So, kena cari port makan yang best. Kitorang bawak bekal dari HK, tapi tak tau nak bukak dan makan kat mana. Disebabkan aku dan Cik A sejenis travel main redah kitorang pun naik je tren Luo Bao line (kaler hijau) menghala Airport East. Baca senarai stesen yang ada, nampaklah 'Shenzhen University'. Tak silap aku nama dia 'Shen Da' dalam bahasa Mandarin.

Nak buat apa gi Universiti? Cita-cita besar nak bergambar dekat entrance. Aku kan suka gambar ala-ala Salam Perantau ni. Haha.

One thing about Metro kat Shenzhen ni setiap kali nak naik kena scan beg. Sesetengah stesen kena lalu bawah metal detector. Lepas tu pengawal sangat ramai dan akan perati gerak-geri kau macamlah kau bawak bom. Lepas tu jangan sembang bab toilet. Dari sebatu dah bau. Tersiksa jiwa raga aku nak kencing.


Sampai stesen Shenzhen University, cari lah jugak mana universiti tapi bayang signboard pun takde. Kecewa betul. Aku rasa kalau kitorang jalan depan sikit maybe ada tapi tulah bila lapar jadi malas. Haha.


Lepak lah dekat cultural park. Park pada nama je. Duduk dekat bangku dan bukak bekal. Posing-posing sikit amik angin Tanah Besar. Shenzhen ni bersih pada pendapat aku. Macam HK jugak.


Bukanlah park yang ada pokok merimbun dan tanah lapang macam yang aku harapkan. Cuma ada dataran, pastu bangku kat bawah pokok yang ditanam berbaris di tepi jalan. Jadiklah buat tempat isi perut.

 Basikal..basikal di mana-mana

Dah buntu nak buat apa, kita pun bergeraklah ke destinasi sterusnya. Ke mana tu? Nanti sambung k.

p/s : Entry seterusnya aku akan reveal siapa Cik A. Yang dah tahu tu buat-buatlah tak tahu sebab kesian. Kah kah.
Read More