13 Bitter Truth About Friendship

Wednesday 24 February 2021

1. It doesn't last forever

2. People drift apart. Ingat tak kawan-kawan rapat kita masa zaman sekolah, zaman universiti or tempat kerja lama? Good ol days huh? Easy to keep in touch tapi tak ngam dah macam dulu. Don't feel bad. It's normal because people grow up and change. 

3. Berkawan ni macam bercinta. If orang tak nak, kita tak boleh paksa.

4. Kawan bukanlah hak milik persendirian. Seseorang tu boleh ada more than one best friend. A little bit of jealousy is fine, tapi kalau too much jadi toxic. 

5. Friendship perlukan effort on both parts. Kalau sorang je asyik plan outing or angkat telefon untuk tanya khabar, penat jugak kan?

6. Definisi 'kawan' itu luas. Kita ada kawan yang maybe membosankan untuk lepak sama, tapi selalu tolong bila kita susah dan dengar masalah kita. Or maybe kawan 'happy times', tapi kita tak pernah cerita benda serius kat dia sebab tak nak rosakkan moment happy tu.

7. The next stranger you talk to might be your best friend in the future.

8. Tak ada kawan tak semestinya dia tu manusia yang teruk. Rileks. Some people boleh survive sendiri.

9. Putus kawan pun menyedihkan macam putus cinta walaupun kita tak nak mengaku.

10. Bilangan kawan yang kita ada bukan ukuran betapa hebatnya kita. 

11. Online friends (kawan kat sosial media macam blog. Ehem ehem) can be good friends too walaupun tak pernah jumpa. 

12. Kita selalu lupa nak jadi kawan baik kepada diri sendiri. 

13. Kawan baik takkan ada untuk kita sepanjang masa. Diorang pun ada kehidupan untuk diuruskan. Probably the bitterest truth of all.

p/s: makin tua, makin malas nak layan drama

Read More

Staycation at Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur

Tuesday 16 February 2021

Assalamualaikum dan hai semua. Cerita pertengahan Disember 2020, masa PKPB. Staycation di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur. Hotel RC juga ada cawangan di Cherating, Penang, Seremban dan juga Hyde Park, London. Nak tahu pasal cawangan-cawangan lain dan info pasal rangkaian hotel lima bintang ni boleh rujuk official website.

Lima bintang katanya. Tapi sebab promo PKPB, merasa la 2 ketul rakyat marhein ni jadi golongan kayangan. Harga after promo RM 142 tanpa breakfast. Campur tax jadi RM149. Bolehla. Hotel RC bukan hotel yang asing bagi aku. Zaman kegemilangan opis tempat aku keje, sinilah tempat favourite diorang buat event. Zaman kaya lah. Zaman gawat ni nak claim OT pun banyak cerita. Hehe. Tapi inilah first time aku menginap di sini. Istilah glamour ; staycation. Istilah leman ; tido hotel.

Hari kejadian, dah plan dengan blogger Anies (takde orang lain ke? Haha) nak jumpa kat sana around pukul 3. Tapi tulah, bulan Disember kan sokmo hujan, jadi Anies sangkut tengah jalan. Aku yang lebih dekat sampai dulu. Tak bawak kete tapi naik Grab. Feeling kayangan sangat kan ko.

Rindu zaman buat event kat hotel ni

Masa nak check in aku tengok ada ramai budak-budak remaja pakai jersi. Rupanya ada event perjumpaan atlit SUKMA ke apa entah. Maybe bilik penuh so kitorang dapat upgrade dari Superior Room ke Executive Suite for free! Wah, rezeki. Superior Room takde ruang tamu dan hanya bersaiz 40sqm. Executive Suite complete ruang tamu dan meja makan. Saiz bilik pula adalah 70sqm.

Ruang tamu + ruang makan

Asalnya booking twin bed. Tapi bila dah upgrade, dapat double bed. Nasib baik katil besar. Bolehla nak amalkan penjarakan fizikal semasa tido

Bath tub yay!!

Bilik air je 1/3 saiz the whole room. Sebelah boleh mandi sementara roommate tunaikan hajat kat sebelah. Datang dengan suami bolehla. Kalau dengan member orang kata buang tebiat



Dari segi view takdela impressive. Nampak bandar Kolumpo ku yang tercinta

Hotel RC ni belakang Pavilion. So malam tu lepak sana layan deko Krismas. Berangan kat Europe le tu. 



Termenung ku sendiri...

Bila hujan barulah takde orang bertenggek kat air terjun ni

Lepas shopping kat Coach dengan Hermes Birkins Mercato Supermarket kitorang balik la ke hotel. Takkan nak pergi area Changkat pulak. 

Check out macam biasa pukul 12 tengahari hari esoknya. Kitorang tak amik breakfast so keluar awal sikit sebab nak gi breakfast/lunch kat Luckin Kopi. Before lunch pergi usha area swimming pool. Tak mandi sebab  Anies lupa bawak bikini. Hehe. Jangan marah Anies..

Kawasan pool ditutup kerana PKPB kot

Tuala-tuala bersidai tu conform bilik budak-budak atlit yang aku cakap tu


View dari kejauhan

Cerita lepak di Luckin Kopi boleh baca SINI

Positif review : Bilik besar, deko klasik dan mewah, katil selesa, bilik air tip top (cuma bath tub leaking sikit) dan sterika dah sedia dalam bilik so tak perlu mintak dari housekeeping. Alhamdulillah takde jumpa hantu. Hahaha.

Negatif review : Aircond tak sejuk! Aku ni nampak je kecik tapi tak tahan panas ye. Biasalah kan darah Liverpool. Haha. Endingnya aku tak lena tidur. Bangun pagi rasa macam dalam sauna. Tapi Anies aku tengok OK je. Entahlah.

Korang pernah ke tido hotel ni? Meh la share pengalaman dengan aku. 

Bila entah dapat staycation lagi... PKP di KL dan Selangor sambung lah pulak. Adoi

Read More

Run on, run on, with hope in your heart

Sunday 14 February 2021

Lari dan terus berlari. Ingin lari jauh dari masa silam. Tapi mana mungkin ia terjadi. Andai benar masa silam adalah benda paling jauh dari kita bak kata Imam Al-Ghazali; kenapa ia masih mengekori?


Cerita pagi Ahad. Mood tak baik sebab mimpi buruk. Berlari untuk tenangkan diri, tenangkan hati. Must be one hell of a dream eh kalau boleh rosakkan pagi. 

Or maybe salah sendiri sebelum tidur tak baca Ayat Kursi.

Menaip entry sambil tengok filem 'The Vow'.  Bestnya kalau hilang ingatan. 


Note to self: Baca apa yang patut lain kali sebelum tidur



Read More

Jalan-jalan KL : Zoo Negara Norma Baharu

Thursday 4 February 2021

Assalamualaikum dan hai semua! Lama blog ni tak cerita jalan-jalan. Mentang-mentanglah sempadan ditutup. Sempena 'meraikan' PKP disambung, kita jalan-jalan di alam maya jelah. 

Aku ke Zoo Negara hujung tahun lepas, sewaktu PKPB. Bawak anak-anak sedara, kesian tengok terperap kat rumah. So kita kasi hepi-hepi sikit sebelum kembali ke sekolah. Lebih lepat lagi, kembali mengadap skrin.

Aku beli tiket online, melalui Klook. Korang boleh juga cuba platform lain macam Shopee, Lazada, Ticket2U, Wonderfly etc. Walaupun ada voucher tiket online (tak perlu print, just tunjuk QR code di telefon untuk discan oleh petugas kaunter), still kena beratur di kaunter untuk tebus tiket. Hanya seorang dibenarkan beratur, tapi kena tunjuk IC semua. Make sure standby siap-siap. Beli tiket online lagi untung sebab kadang-kadang ada promo. Boleh bandingkan harga online dengan harga asal di SINI. Masa aku pergi ni harga tiket termasuk konservatori Panda.

Pakai baju oren terang merelip supaya anak-anak sedara boleh nampak dalam orang ramai. Haha

Sebelum masuk, prosedur biasa iaitu scan MySejahtera dan check suhu. Kalau nak pergi zoo, seeloknya datang awal-awal pagi.

Peta Zoo Negara. Tangkap gambar konon-konon buat rujukan supaya tak sesat



Selama ni dengar je cakap-cakap orang yang Zoo Negara ni tak berapa terjaga. Bila dah pergi, aku realise memang betul lah apa orang kata. Banyak semak dan sampah dibuang merata-rata. Sesetengah kandang nampak tak terjaga. Tapi takdelah nampak binatang kat sini macam tak cukup makan. Cuma tak well-groomed. Tak apalah, diorang bukan manusia nak kena mandi sehari dua kali kan.


Masa aku pergi ni, rezeki kitorang cuaca tak panas sangat. Walaupun bawak topi, tak perlu pakai. Langit mendung, tapi tak hujan. Memang selesa nak jalan-jalan.


Burung stork ni jugak yang terbang bebas. Boleh nampak diorang di merata tempat dalam zoo. Ini agaknya tasik Cikgu Shaari dengan Cik Norkiah dating dalam filem Masam Masam Manis. Dalam air, ku terbayang wajah...


Berehat sebentar. Bawak bebudak gitulah. Sikit-sikit nak beli air. Dah bawak air mineral pun nak air manis jugak. Layan je walaupun diketahui umum harga makan dan minuman dalam tempat tumpuan macam ni mahal berbanding biasa.



Taman Burung di Zoo Negara ni ada vibe birdcage dalam filem Jurassic Park. Cuma kurang hygiene sebab nak masuk kena bukak pintu sendiri. Pergi mana-mana dalam zaman pandemik ni kena bawak hand sanitizer. Jumpa je toilet, basuh tangan. Bersih jugak toilet dalam Zoo Negara ni dan bilangan yang mencukupi. Takdelah kena tahan pundi jalan jauh-jauh nak cari port membuang.




Agak rengsa berjalan seharian dengan memakai facemask. Asal ada peluang je aku bukak facemask. Contohnya bila takde orang lain dalam lingkungan 2 meter. Curi nafas sikit.


Aku suka area Savannah ni sebab macam Safari. Cuma aku agak kecewa tak jumpa kuda belang. Dah lari agaknya macam dalam filem Madagascar.

Penat berpanas, kita pergi tengok Panda pulak. Pusat konservatori panda ni terletak di atas bukit. Disebabkan ia tertutup, so kena beratur dan tunggu kebenaran untuk masuk. Mana boleh ramai-ramai. Kang wujud kluster Panda.




Ada 2 ekor panda ditempatkan di sini. Kedua-duanya merupakan hadiah dari kerajaan China pada tahun 2014, sempena meraikan 40 tahun persahabatan kerajaan Malaysia-China. Ironinya walaupun ia digelar 'hadiah', kita sebenarnya 'menyewa' panda-panda tersebut dari kerajaan China dengan bayaran RM4.2juta setahun. Bagi setiap anak panda yang lahir di sini pula, negara perlu membayar 600K USD. Menurut apa yang aku pernah baca, panda-panda tersebut akan dipulangkan pada tahun 2024. Kos membiayai panda memang mahal kerana panda perlukan suhu sejuk dan penjagaan yang agak rumit berbanding haiwan lain. 

Tu dia, blog aku dah macam blog teori konspirasi. Haha. Bab panda ni ada yang berbeza pendapat. Ada yang anggap ia pembaziran dan ada juga yang menerima makhluk hitam-putih ni dengan tangan terbuka. Pakar haiwan di Malaysia boleh tambah ilmu dan rakyat Malaysia juga berpeluang lihat haiwan gemuk gebu gebas ni depan mata. Bukan semua orang mampu ke China. Aku yang pernah pergi China pun tak pergi tengok Panda. Tengok kedai handbag je kekdahnya.

Well, setiap benda ada baik dan buruknya kan? Yang pasti, kita semua setuju yang panda memang comel!

Untuk peminat haiwan reptilia pun ada



If nak naik tram pun boleh jugak, tapi kena bayar. Tram dalam Zoo Negara bukan keretapi pendek macam dalam mall ye. Macam buggy di padang golf tapi lebih besar dan panjang. Harga RM8 untuk dewasa, RM 5 kanak-kanak umur 2-12 tahun.


Beratur nak naik tram

Seronok la jugak walaupun penat. Anak-anak sedara aku macam tak nak balik. Bayangkan dah pusing satu round, diorang request patah balik nak tengok panda lagi sekali. Huwa...ko rasa? Jogging pun tak penat macam ni. Tapi layan jelah, asalkan masing-masing behave. 

Banyak lagi haiwan kitorang tengok tapi aku tak ambil gambar macam gajah, buaya, kijang, cheetah, tapir, kancil dan lain-lain. Zoo Negara ni memang luas. Haiwan pun pelbagai. Just my personal opinion, part hidupan air tu jelah sendu sikit. Akuarium kecik, air pulak keruh. Kolam kecik-kecik tu tak berpagar. Masa aku pergi, ada budak jatuh ye. Memanglah air paras buku lali je tapi kesianlah budak tu basah kuyup. Kalau orang dewasa yang jatuh mau setahun tak habis malu.

Aku jugak terkilan tak dapat tengok show sebab bilangan penonton terhad. Norma baharu kan. Tak boleh sumbat ramai-ramai. 2 kali showtime, 2 kali tak lepas masuk.

Nanti PKP dah habis nak pergi mana pulak? Haih..jemu dah ni. Bila lah nak bukak sempadan...
Read More