Sonata Salju di Jeju - Part 2

Saturday, 2 June 2018

Assalamualaikum dan hai semua! Sementara cuaca panas membahang elok la aku update cerita Jeju, bagi sejuk sikit.

Dalam perjalanan dari airport ke hotel, Ann bagitau yang kitorang sebenarnya bertuah. Bertuah sebab jalan-jalan baru dibuka selepas heavy snowfall yang berlarutan selama beberapa hari. Kira kalau kitorang sampai awal sehari mungkin akan ada masalah untuk dia ambil kitorang kat airport. Memang bersyukur lah kan.

So, apa lagi? Jauh aku datang Jeju ni. Salji pun masih tebal. So, kitorang pun decide untuk pergi main snow!!! First thing first, salin seluar dulu. Aku pakai seluar heattech aku beli kat Uniqlo. Baju aku pakai je yang aku pakai dari Malaysia. Ya..kitorang tak mandi. Hahaha. Siapa nak mandi sejuk-sejuk ni weh!

View on the way ke Mount Hallasan. Nak main snow kenalah kat atas gunung u olls

30 tahun hidup, ini kali pertama nampak salji. Teruja jangan cakaplah!

We are here! Jangan terpedaya dengan matahari yang memancor. Sejujurnya sangat sejuk

Salji masih menebal masa kitorang sampai ni. Bila pijak tu memang tenggelam kaki. Kena hati-hati kalau melangkah.

Masa nak pergi Jeju ni, aku contemplating patut beli snow boot ke tidak. Memandangkan aku ni takdelah setahun sekali nak pergi winter holiday, so rasa macam rugi je nak spend duit kat situ. So aku pun pergilah beli kasut Timbaland copy ori harga 60 hengget. Yang penting tapak dia grip bagus. Bukan apa, salji ni bila mencair jadi ais, jalan akan licin. Keburukan: kasut tu bila dah pakai, leceh nak bukak and vice versa.


Kitorang tak main ski, tapi sled macam yang korang tengok anak-anak Korea pegang dalam gambar ni. Duduk atas tu dan meluncur turun slope. Kena pandai kawal kalau tak tergolek takpun langgar orang. Hahaha

Nikmat Allah yang paling aku syukuri. Dapat berjalan merata dunia dan melihat kebesaran-Nya

Pose bajet ayu seround. Credit gambar : Siti Humairah
 
Sejuk giler sebenarnya time ni. Hidung dah merah tapi demi gambar dan pengalaman baring atas salji buat tak reti je. Credit gambar : Siti Humairah
Ada nature discovery trail jugak. Dah letih main salji kita gi jalan-jalan

Dan daun-daun pun berguguran

Sungai yang membeku bila tiba musim sejuk

View dari Observation Deck

Lama jugak kitorang main salji, sampai ke petang. Dah sejuk tu masing-masing start la kebuluran. Jadi apalagi, marilah kita gi makan.

Apa nama restoran pun aku tak tau. Yang warna merah tu. Restoran ni betul-betul depan Jeju University

Dinner kami. Credit gambar : Siti Humairah

Bab makanan Korea ni aku takdelah terer sangat. Aku tau kimchi aje. Hahaha. Aku tanya Anne, kedai ni ada cert Halal ke? Anne cakap tak ada pun kedai kat Jeju ni yang halal. Kedai yang dia bawak kitorang ni adalah kedai seafood dan diorang memang dah biasa dengan Jeju Muslim Travel. So memang dijamin tak ada alkohol dan daging. Nasiblah ikut travel agent, kalau aku gi sendiri dengan langsung tak tahu cakap Korea mau makan maggie je seminggu. Harga makanan aku tak ingat sebab bayaran makan dah included sekali. Kitorang tak payah keluar duit pun.

Sedap kah? Pada aku makanan Korea ni macam makanan Melayu je. Diorang suka masam dan pedas. Apakenama aku makan tu pun rasa macam asam pedas. Portion pun besar. Bagi aku sedap je. 

Dah habis dinner, langit pun dah nak gelap. Ann ajak kitorang balik. What? Balik? Tak pernah aku travel pukul 6 petang dah balik. Huhuhu. Ann kata Jeju ni malam-malam tak ada apa. Lagi-lagi musim sejuk. So terpaksalah kami akur dan pulang.

Tak ada apa nak buat malam tu stream bola sambil-sambil borak ngan Siti. Wi-fi hotel ni sepadan dengan nama, memang Champion.

Since kami semua keletihan, malam tu memang tidur tak sedar apa. Lena aku sampai ke pagi.

Nanti aku sambung second day kitorang gi mana ye. Thanks for reading!

In case you miss it : From KL to Jeju and Hotel Review
Read More