Final UCL 2022 yang penuh kontroversi dan debaran antara Liverpool vs Real Madrid. Keduanya merupakan gergasi bola sepak Eropah. Real Madrid pernah memenangi kejohanan Eropah sebanyak 13 kali, memegang rekod sebagai pemenang terbanyak. Liverpool pula telah memenanginya sebanyak 6 kali. Masing-masing ada fanbase yang kuat serata dunia.
Perlawanan yang dinanti-nanti terpalit kontroversi apabila sepak mula tertangguh gara-gara penonton tidak dapat masuk ke Stade de France, Paris walaupun mempunyai tiket. Kebanyakannya penyokong Liverpool. Kesesakan di pintu masuk meleret sehingga melibatkan polis dan kekecohan berlaku. Aneh juga stadium segah Stade de France yang pernah menjadi rumah piala dunia tak mampu nak kawal kemasukan penonton dengan baik.
Apa pun, tunggu punya tunggu, perlawanan akhirnya dimulakan lewat 36 minit dari jadual asal. Separuh akhir pertama Liverpool bermula dengan baik tetapi semua shot on target dipatahkan penjaga gol Real Madrid, Thibaut Courtois. Luis Diaz yang diharap menjana serangan 'dipoketkan' Carvajal. Thiago kelihatan kurang fit sebab baru pulih dari kecederaan. Tapi kalau tak kerana Real Madrid bertahan dengan baik, terutama penjaga gol, first half dah 5-0 rasanya. Sakit jantung aku tengok bola tak masuk-masuk. Kena mandrem apa pintu gol tu?
Separuh masa kedua, Liverpool bolos pada minit ke 59 melalui jaringan pemain muda Vinicius Jr. Vinicius ni memang aku dok perati setahun dua ni memang menyerlah. Dapat pulak pair dengan Kareem Benzema yang tengah top form.
Apa pun aku masih percaya pada pepatah 'comeback is real' dan Liverpool FC bukanlah pasukan yang mudah mengalah. Mohamed Salah lebih bersemangat second half ni. 3 shot dia diselamatkan Courtois. Bak kata Alex Ferguson..'Goals win you games, defence win you titles'. Pertahanan compact dan counter attack Real Madrid berjaya menghuru-harakan Liverpool sehingga wisel penamat. Walaupun mencuba sedaya-upaya, kuterima kekalahan dengan hati terbuka.
Perlawanan berkesudahan dengan Real Madrid menang 1-0 sekaligus menyandang gelaran juara ke-14. Aku? Tutup TV ah. Kejadah pulak nak nengok team orang lain angkat piala. Apa pun Real Madrid di bawah bimbingan coach berpengalaman Carlo Ancellotti memang layak menang. Laluan mereka nak sampai ke final memang berliku dan beberapa kali buat comeback ke atas team besar macam Chelsea dan er..Man City. At least Liverpool kalah dengan worthy opponent. Bak kata orang kita .. kalah bermaruah? Ha, gitu.
Walaupun kalah, victory parade untuk menyambut kemenangan Piala FA dan Carabao Cup diteruskan seperti dirancang. Dapat jugak ubat hati. Walaupun orang kutuk tapi biasalah tu jeles kelab dia tak menang apa-apa langsung season ni. Booo! Jurgen Klopp nampak tenang. Aku memang admire personaliti coach dari Jerman ni. Semalam kalah pun hari ni boleh sengih macam takde apa. Kena belajar cmane nak jadi kuat semangat macam beliau. Kita cuba lagi season depan, Reds!
Apa pun, kelakar jugak aku baca Camilla Cabello complain di Twitter yang persembahan beliau di acara pembukaan perlawanan akhir UCL 2022 tenggelam dengan nyanyian lagu tema dari penyokong kedua-kedua kelab. Kesian kau dik. Apa boleh buat, penonton gila isim sikit tahun ni. Kalau aku pun dah bayar mahal-mahal nak tengok team Liverpool, baik aku nyanyi "You'll Never Walk Alone" non stop dari menyanyi lagu Havana oh Na Na. Well actually aku pun tak tahu Camilla Cabello perform lagu apa. Tak tengok pun opening ceremony. Kunci alarm ngam-ngam untuk tengok kick off pukul 3 tapi pastu kena sidai dengar commentator membebel sambil tunggu sepak mula.
Dulu-dulu takde pun jemput artis nyanyi-nyanyi di final UCL. Start tahun 2016, jemput Alicia Keys, 2017 - Black Eyed Peas, 2018 - Dua Lipa dan 2019 - Imagine Dragons. 2020 takde sebab Covid dan tahun lepas jemput Marshmello. Habislah kalau lepas ni jadi macam Superbowl kat Amerika nun, ada half time show pulak. Coformlah harga tiket melambung lagi. Yang makin kaya UEFA lah. Complain harga tiket macamlah nak pergi. Tunggu duit jatuh dari langit.
Apa pun marilah kita lalui hari-hari yang sendu tanpa Liverpool FC untuk rehat antara musim. Pemain bola pun manusia jugak, nak cuti.
p/s: Rindu nak pergi mass screening / tengok beramai-ramai tapi bila dah tua ni makin malas dan cepat mengantuk pulak. Tengok di TV di rumah sendiri jelah.