Osaka Station City, Yodobashi and Sky Building - Part 5 - Kansai Trip

Friday 3 February 2017

Assalamualaikum dan hai semua! Adakah kalian masih mengikuti entry Jepun aku? Harap masih sudi walaupun drama Jepun aku ni tak ada Takuya Kimura mahupun Takeshi Kaneshiro. Erk..hampa kenai ka? Ke kenal KPop je? Hehe. 

Selepas selesai berangan dalam set penggambaran Oshin di Museum of Housing and Living, kami ke destinasi seterusnya iaitu Umeda Sky Building. Sebelum tu, nak singgah solat dulu. Berdasarkan research, ada prayer room di Osaka Station City. Dari Museum of Housing and Living, kitorang naik tren Tanimachi Line dari stesen Tenjimbashisuji Rokuchome dan berhenti di stesen Higashi Umeda.

Keluar je dari tren, terus ternganga. The thing is, walaupun aku rasa dah cukup buat research, still tinggi possibility untuk sesat dalam stesen keretapi. Bayangkan tempat yang besar dah macam airport *exaggerate* lepas tu ramai orang dan sentiasa sibuk. Stesen Higashi Umeda terletak di bawah tanah, so kena naik ke level atas untuk cari exit ke Osaka Station City . Kemudian baru cari South Gate Building or JR Osaka Station. Aku nak cerita pun aku tak reti sebab kitorang sendiri sesat barat nak tercabut kaki. Apa boleh buat, selain ikut signboard, jangan segan-silu nak tanya orang. Paling mudah, masuk Tourist Information Centre. 


Prayer Room terletak berhampiran dengan Hotel Granvia Osaka dan Daimaru Department Store. Dah penat, terlupa nak amik gambar. Tapi prayer room dia selesa dan bersih. Dah selesai solat, kita ke agenda seterusnya. Agenda yang satu ni special request aku.

Tempat dia dalam Daimaru Department Store. Naik lif depan prayer room tu je

Pokemon Centre Osaka!!

Terletak di Tingkat 13. Tempat ni memang shopping haven untuk penggemar Pokemon.

 Selain dari Pokemon Centre, kat level ni ada Uniqlo. So, travel mate aku yang lain gi sana sementara tunggu aku shopping.

Tapi sejujurnya aku rasa barang-barang kat sini lebih sesuai untuk kanak-kanak dan remaja macam soft toys, beg, aksesori handphone dan raincoat. Aku malas nak mengangkut soft toys balik, buat penuh beg je. Cari lah jugak kot-kot ada keychain kecik-kecik, tapi tak ada. Last-last aku beli Planner, Stationery untuk anak-anak sedara, coin pouch dan beg kecik untuk letak toiletries. Tu pun letih cari design yang sesuai untuk remaja purba. Hihi.

Aku habis 3,780 yen. Kecik-kecik dulu tak merasa. #AyatSedapkanHati.
 
Walaupun aku pernah mention yang aku bukanlah kaki shopping, tapi Jepun adalah exception. Oppps! Next kami ke Yodobashi Umeda. Dekat je dengan Osaka Station City. Once again, kami mengamalkan konsep 'tanya orang', so awek kawai di information counter menjadi penunjuk arah.

Yodobashi Umeda terletak di seberang jalan dari Osaka Station City

Ada apa di Yodobashi-Umeda?


Kat sini macam-macam ada. Kamera, telefon, barangan elektrik, gadget, jam dan banyak lagi. Semuanya dibahagikan mengikut tingkat. Siap duit aje nak merayau dari satu tingkat ke tingkat yang lain.

Jam biasa-biasa dia jual gantung-gantung je gini


Jam branded pun ada. Ada orang kata kalau kena dengan gaya, beli time sale dapat harga jauh lagi murah dari kat Malaysia. Lagi-lagi yang brand Jepun. Korang yang memang ada niat nak beli, bolehlah compare harga dulu sebelum datang.


Tapi ni tetap jam paling win bagi aku! Alarm clock Giant? Nampak macam radio pun ye jugak. Adakah kita akan dikejutkan dengan nyanyian Giant? Ngeri betul, kalau tak bangun saja je.. Mahal sangat, kalau tak, berminat jugak aku nak beli sebab rare.

Merchandise anime dan komik pun banyak. Aku tak minat anime, so tak spend pun kat sini

 Figurine kat sini jauh lagi murah. Tapi hati-hati, yang 'nakal' pun banyak. Ah..engkorang bukan tak tau Jepun! 



Yodobashi ni luas dan selesa nak shopping. Tempat duduk pun banyak. Seeloknya berpecah sebab minat orang tak sama. Time ni memang dah letih, aku tak ada mood nak shopping sangat. Level jual CD, handphone dan kamera aku tak singgah pun.

Settle beli barang semua, macam biasa aku sebagai ketua kontinjen tanya ahli sekalian, nak terus merayau ke nak balik rumah. Ikutkan time tu awal lagi tapi musim luruh memang cepat gelap. Masing-masing menabahkan hati nak pergi tempat lagi satu dalam itinerary iaitu Umeda Sky Building.

Dari Yodobashi Umeda, aku ikut direction dari website ni untuk ke Sky Building. Terus saja ikut step nombor 2. Aku memang print out dan bawak ke sana. Taulah hakak ni travel style ol-fashioned. Iti pun tulis tangan kekdahnya.

On the way ke Umeda Sky Building, sejuknya la hai menggigil-gigil aku. Time tu memang pakai down siap dengan hood sekali. Sampai je terus masuk, tak larat nak amik gambar. Lepas tunjuk pass kat kaunter tiket, ada staff yang akan usher kita naik lif sampai tingkat 35, pastu naik escalator yang sangat panjang untuk ke observatory. Kitorang naik lif dengan pengunjung lain jugak. Ramai warga Korea yang melancong ke Jepun jadi jangan terkejut kalau sesetengah tempat ada option guide yang boleh berbahasa Korea.

Kalau ada Osaka Amazing Pass masuk free. Sebab tulah gigih jugak nak pergi.

Umeda Sky Building tu biasa aje. Yang buat dia special adalah Floating Garden Observatory nun di atas sana. Kalau tengok dalam gambar bawah ni, gelung kat puncak, pada ketinggian 170 meter dari tanah.


Bentuk 'V' di bawah gelung tu adalah escalator. Satu untuk naik dan satu untuk turun. Masa kat atas tu aku tak perasan pun. Naik lif on the way ke bawah baru aku realise tadi aku berdiri atas escalator panjang yang kalau jatuh memang nan hado apa bawah dia. No wonder observatory ni kalau angin kuat dia tak bagi naik sebab akan rasa terbuai-buai. Tapi escalator tu dalam tiub lah. Kalau open air memang aku surrender.

Dah sampai atas boleh tawaf bulatan tu untuk ambil gambar. So, dapat tengok Osaka angle 360 darjah. Tapi mungkin sebab sejuk, hujan renyai-renyai dan gelap sebab malam, gambar aku semua gigil dan tak cantik. Sedih. 



Sepanjang aku kat Osaka, langit kerap berkabus. Lagi-lagi waktu malam. Mungkin sebab 'pencemaran cahaya' atau mungkin sebab musim hujan. Ni gambar aku amik dari atas Floating Garden tu. Aku mengaku aku gayat so aku berdiri agak jauh dari dinding kaca tu. 

Meh belajar Sains sikit...

Pencemaran cahaya adalah fenomena biasa di kawasan macam negara maju apabila banyak sangat cahaya buatan manusia, menenggelamkan cahaya semulajadi. Tu sebab kalau kat kampung, gurun atau pulau lagi senang nampak bintang dalam kuantiti yang banyak. Bintang sebenarnya boleh dilihat di mana-mana, tapi kalau dah kat bawah ni terang sangat, sinaran bintang tidak kelihatan. Tak ada istilah 'bintang tak ada'..cuma nampak dengan tak nampak aje.

Masa on the way turun atas escalator. Bukti aku pergi sana. Kang kata aku amik gambar Google je. Hehe.

Time ni memang masing-masing dah tak larat sangat. Tu pun nasib baik kat Umeda Sky Building ni ada lobi, so bolehlah rehat-rehat kejap. Nak minum kat cafe dia pun boleh, rasa macam kat Menara KL cuma tak berputar lah. Harga? Kau rasa?

Dah settle semua, kita balik lah. Ikut laluan yang sama datang tadi. Masa ni memang rasa lapar menggigit-gigit usus. Bayangkan last makan pukul 12 macam tu, time ni dah malam. Apa lagi, on the way balik ke stesen Higashi Umeda, tumpang duduk kat kaki lima makan balance roti sandwich tuna dan beli air dari vending machine. Katanya jarak 800 meter, tapi jauhnya aku rasa. Maybe sebab penat mencari prayer room.


This is definitely my favourite memory of the trip! Bayangkan dah macam gelandangan masing-masing. Nasib baik tak kena tahan ngan polis Jepun!

Settle makan, seret kaki ke Osaka Station City dan cari laluan ke Subway. Ada dua option, samada train Midosuji Line atau Yotsubashi. Kitorang just plan, mana yang nampak dulu, tu yang kitorang naik. Aku pun tak berapa ingat, line mana satu kitorang naik. Yang pasti, sampai ke Namba. Dalam train on the way balik tu memang flat habis.

Sampai rumah terus makan, mandi dan kemudian tidur. Letih giler hari kedua di Osaka ni. Tapi esoknya lagi mencabar, sebab nak ke Kobe! Best tak Kobe? Kita sambung lagi ye nanti. Bye...

Part 3
Part 2
Part 1

p/s : Kebanyakan toilet di Jepun ada air tapi adakalanya kena guna botol kosong dan isi air di singki. Pastikan check dulu.

63 comments

  1. yg gila shopping mesti berkubang kat dpt store tu kan hehehehe


    cantik laa bangunan dia... x naik mmg rugi bkn dtg selalu kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang berkubang..kat level atas-atas tu ada kedai Uniqlo lagi..

      Delete
  2. punya la bnyk pokemon, kat mesia sibuk cari pokemon hahah..walaupun penat berjalan tapi berbaloi kan sal,

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa lain beli barang kat tempat asal produk tu. lagi banyak pilihan. cop made in Japan tu yang penting..haha

      Delete
  3. so impress yg bentuk v tu eskalator, mau tercabut jantung klu pndang bawah, i is gayatttt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak nampak bawah pun..sebab memang confined tube. lagipun malam kan...

      Delete
  4. Nasib baik saya bukan penggemar Pokemon. kalau tak dah nabges tengok banyak sangat barang2 Pokemon kat kedai tu..

    ReplyDelete
  5. Cantik viee dekat floating garden tu. Mudah-mudahan ada rezeki sis ke Jepun pulak. 😘

    ReplyDelete
  6. ohsem sangat view floating garden tu, bestnya gi jepun

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi tak sesuai orang gayat. nanti dia diri jauh je..

      Delete
    2. oo, takleh gi la sebab husband saya gayat. huhu

      Delete
    3. gayat macam saya jugak, berdiri jauh-jauh sikit dari penghadang kaca tu

      Delete
  7. Alaaa...tak ada ke gambo prayer room tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa aje. Takdelah pelik sangat prayer roomnya..

      Delete
  8. sakan nyopping pokemon- apa gift untuk I?
    hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. u nak pokemon gak ke? haha...nantilah, belum ada mood nak pos. hidup pun tengah huru-hara sikit ni. Haha

      Delete
  9. cantik floating garden tu...

    masuk itinerary gak tu.

    moga sampai suatu hari nanti.
    Insya Allah.

    ReplyDelete
  10. highway yang tengah bangunan tu kat mana?
    lupa dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kitorang tak lalu yang tu. dah balik baru tau.kalau tak dah masuk dalam iti.

      Delete
    2. aik - bukan ada dalam iti ke haritu?

      ke dah dikeluarkan tanpa sengaja?

      rasa ada bgtau haritu

      Delete
    3. tak ada...yang bridge kat Kobe tu adalah.

      Delete
  11. rasa kaget tak ciksal jumpa jamban cangkung dorang yang terbalik tuhhh., ke x penah jumpa lagik., hikhik2

    ReplyDelete
    Replies
    1. jumpa Wak..kat tempat yang agak kampung banyaklah.

      Delete
  12. Hihi... banyak je soft toy tu jual kat Malaysia ye Sal....buat penuh beg je beli kat sana. Cantik pemandangan dpd atas Umeda Sky building tu ...biru

    ReplyDelete
  13. huuhu...sakan kan...walaupun seret kaki tapi rasa macam perlu habiskankan semuanya dalam hari yg sama! hahahaha...org cakap kita hidup hanya sekali..tapi pi Jepun xtau la bape kali boleh sampai..ihik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pi Jepun ni wajib tau Sally..hihi. Tengo korang dia, teknologi dia..memang tak habis-habis kagum. Dari sampai, hinggalah nak balik

      Delete
  14. Bestnya dah sampai Jepun..
    Akak teringin musim bunga..
    Nak tengok sakura berkembang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah...moga dapat sampai suatu hari nanti

      Delete
  15. Kalau dah depan mata mana boleh tak membeli. Bukan kaki shopping pun bila budget ada murah pulak tu mesti beli punya.

    Meman gayat juga tu kalau tengok bawah masa naik escelator yg sal kata bentuk v itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Barang kat Jepun ni unik dan comel..tu yang tak kaki shopping pun terus rasa nak beli

      Delete
  16. Bestnya baca pgalaman org.. Kt bila la nk jejak kaki kt jepun jgk..dlm malaysia pom x hbs roundblg..hehe..

    Suka tgk bgunan dia.. Tinggi n canggig je.. N tmpat dia nmpk sgt bersih n mesra pelanggan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang bersih, orang-orang dia pun bersopan dan sukatolong orang. Teknologi pun tip top

      Delete
  17. nak pegi juga Japan, insyaAllah 1 hari nnt. baru ja lps dari blog Cik Epal baca pasal dia gi Jepun 😄 Entry camni boleh jadi panduan buat mereka2 yg bakal ke Jepun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah..hanya berkongsi pengalaman. Thanks singgah dan follow sini

      Delete
  18. fuh banyak nak komen ni memandangkan lama tak ke sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..silakan.buat cam rumah sendiri

      Delete
    2. hehe datang komen balik baca entri lama

      Delete
  19. peminat anime, mainan mesti ke jepun...menarik nampak

    ReplyDelete
  20. Replies
    1. menatang kaler coklat tu ek? takdelah pulak

      Delete
    2. depa kata popular kat sana....tapi tak jumpa na...dah tak popular kot

      Delete
  21. menarik bangunan kat sana...lebih bertambah menarik escalator tu

    ReplyDelete
  22. boleh tahan ka perut makan roti ja...kalau aRz kat sana jenuh nak cari nasi

    ReplyDelete
    Replies
    1. sampai rumah memang terus cari nasi..hehe

      Delete
    2. jenis perut nasi kandar ni susah....hehehe

      Delete
    3. apa boleh buat, perut dah terdidik makan nasi baru kenyang

      Delete
  23. first time tau hakak kaki shopping.. ngeh2

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak jadi kaki shopping tengok tempat dan barang jugak.if tak dapat kat malaysia memang akak beli

      Delete
  24. hahahaha.. tidak ! tak sanggup nak bagi Giant nyanyi kat tinga.. nanges !

    ReplyDelete
  25. wow ! tetiba rasa gayat pulak tengok Umeda Sky Building tu dari bawah

    ReplyDelete
  26. serius arh kak.. tengok escalator tu dah rasa takut2 berani.. nasib dalam tube, kalau idakkkkkkk

    ReplyDelete
  27. Kalau yen murah mmg dah memborong

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalaulah yen macam rupiah atau baht..hehe

      Delete
  28. akak kenal dua2 pelakon tu paling suka takuya kimura ehehehe..

    gayat pulak tengok escalator tu

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah