Aranyak Netflix Series

Wednesday, 12 January 2022

 

Dah habis binge watch series ni last week tapi baru hari ni sempat buat review. Aranyak bermaksud hutan, merupakan sebuah drama siri Hindustan bergenre misteri dan thriller dan rating 18+. Hanya 8 episod, setiap episod tak sampai satu jam. Siri ini tidak sesuai ditonton oleh mereka yang ada trauma serangan seksual dikhuatiri boleh menjadi trigger. 

Aku tertarik menonton drama ni sebab opening scene buatkan aku nak tahu lebih lanjut. Anak lelaki Inspektor Angad Malik lakonan Parambrata Chatterjee diculik di depan mata dia sendiri sewaktu berumur 5 tahun dan gagal dijumpai walaupun permintaan penculik telah dipenuhi. 

8 tahun kemudian Inspektor Angad dipindahkan ke Sironah, sebuah perkampungan kaki gunung dan dikelilingi hutan. Hari pertama beliau bertugas, seorang remaja dari Perancis yang datang bercuti ditemui mati tergantung. Inspektor Kasturi (Raveena Tandon) bekerjasama dengan Inspektor Angad menyelesaikan kes tersebut. Mahadev Dogra (Ashutosh Rana) seorang bekas polis, turut berminat dengan kes tersebut kerana menyerupai kejadian 19 tahun dahulu yang gagal diselesaikan beliau. Orang kampung pulak percaya kes tersebut ada kaitan dengan mitos tempatan 'Harimau Bintang'. 

Raveena juga antara faktor aku menonton siri ni walaupun boleh dikira dengan jari filem beliau yang aku pernah tonton ( Andaaz Apna Apna, Bulandi, Yeh Lamhe Judai Ke) dan cuma Bulandi je aku rasa best. Maybe sebab Raveena selalu berganding dengan hero-hero yang aku tak minat macam Govinda dan Ajay Devgan sebab tu aku tak bother sangat.

Aku rasa watak polis ni sesuai dengan dia sebab raut muka dia garang dan badan dia tegap. Masih nampak cantik though. Raveena Tandon boleh dikatakan antara major Bollywood star di tahun 90an tapi di Malaysia kurang popular. Siap ada yang confuse beliau dengan Twinkle Khanna (Mela, Badshaah).

Anyway berbalik pada Aranyak, ada a few perkara aku tak puas hati macam polis tak siasat ke kenapa keluarga pelancong Perancis tu duduk lama sangat sampai 10 hari kat Sironah. Konflik Inspektor Kasturi dan suami pun macam tak perlu. Sekadar nak tambah panjang cerita kot.

Tapi selain dari tu siri ni ok lah. If korang minat cerita kepolisan dan misteri bolehlah layan. Plot twist dia agak surprising. Orang yang paling tak dijangka pun rupanya jahat. Jangan risau takde zoom in zoom out dan over dramatic macam drama bersiri Hindustan kat channel Colors dan Zee TV tu. Ini siri Hindustan kedua aku tonton di Netflix selepas 'Typewriter' yang bergenre supernatural.

Selamat menonton! Anyone yang dah tengok siri ni bolehlah share review korang di ruangan komen. Nampak ending macam ada season 2! Harap ada sebab nak tahu apa sebenarnya jadi kat anak Inspektor Angad.

30 comments

  1. wahh rajin review.. 8 episod dekat 8 jam gak tuhh tonton khanns 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. idokla tengok sekali harung 8 jam. sehari satu episod.

      Delete
  2. Menarik jg..dah lama x layan Hindustan..ha'ah..nampak sesuai dia bawa watak polis..

    ReplyDelete
  3. Kena tengok nanti ni ...skrg tgh layan Inheritors..citer Korea...

    ReplyDelete
  4. macam menarik je tengok orang bukak netflix. hahaha akak pusing2 itu je la cerita dia. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya suka klik 'play something' dan biar netflix suggest. tu yang jumpa siri ni

      Delete
  5. baru start layan minggu ni. Syok jugak cerita dia sebab pengarah pandai simpan rahsia haha jadi curious nak tahu apa sebenarnya jadi dekat aimee tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah. Kesian Aimee tu. Pandai jugak pengarah buat penonton tertanya-tanya

      Delete
  6. Best gak ni cerita hindustan misteri dan thriller. Asyik cerita cinta cinta je tak best gak kan. 8 Episod okaylah nak tengok pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 8 episod kalau nak binge watch 2 hari boleh habis. Haha

      Delete
    2. Sehari pun boleh Sal. Itu kalau tak buat kerja lain lah. Hehe...

      Delete
  7. ada tengok teaser cerita ni di netflix, ingatkan movie.. series rupanya.. hehehe.. nice review :)

    p/s : raveena memang masih nampak cantik kan. klasik muka dia.

    ...

    ReplyDelete
  8. Belum tonton lagi heheheee.

    ReplyDelete
  9. wah mesti best ni misteri camput\r thriller mama suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali-sekala ubah angin Mama. Asyik cite Korea je

      Delete
  10. Aktif lagi berlakon si Raveena. Hehe baca sinopsis menarik juga untuk diikuti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai juga hero dan heroin 90an dan 2000an buat comeback. Suka tengok diorang bawak watak yang matang seiring usia

      Delete
  11. Memarik jalan ceritanya, cerita hindustan ni cepat dan memgasyikkan, view di scene pun cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul. Bollywood memang pandai bermain dengan emosi. Kalau dalam siri ni,Sirona tu memang cantik sebab sejuk dan bersalji

      Delete
  12. Jarang dh tgk. Kalau drama pendek baru tgk

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti Harraz besar sikit Nina kena tengok Cocomelon pulak. haha

      Delete
  13. hindi pun ada series sekarang ni yer..mcm menarik, add to list dulu... tq tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. di Netflix banyak jugak. takdelah cliche macam serial drama yang biasa tu.

      Delete
  14. Ok..masuk list. Ammi br settle tgk drama cina ghost bride kat Netflix.

    ReplyDelete
  15. Lama jugak Mrs. A tak tengok hindustan ni, menarik baca review Sal ni
    Petang semalam macam terlayan sekejap citer tak tahu tajuk apa hero Hritik Roshan heroin tak kenal husband and wife buta. wife kena rogol dengan orang kaya/ berpengaruh depa marhaen jer buat report polis tak layan kesian sangat masa adegan tu siap nangis sekejap unfortunately Mrs. A tertidur tak tahu ending camne huhuhuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah lewat sangat kan cerita tu. GV dah habis pun dia tak habis lagi

      Delete
  16. Lama tak layan citer hindustan. Tapi kalau tenguk citer ni mesti best apa lagi kalau misteri nusantara ni. Tapi kalau layan citer polis tamil perghhhh memang mantap le berdesum desum lawan dengan gangster eh tak mati-mati....hahahahha kalau tenguk citer dia orang banyak sungguh ketidak adilan antara orang miskin dengan orang kaya kan. Kadang rasa geram je tenguk penindasan orang miskin. Apa nak buat malaysia pun banyak je

    ReplyDelete
    Replies
    1. bezanya tempat kita tak berani tunjuk dalam filem or drama. Di India biasa je.

      Delete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah