The world has change, Madam!
The world has changed for people on Twitter, not for people like us
Menonton filem ini di Netflix dengan harapan yang tinggi. Apatah lagi bila dengar Shah Rukh Khan puji melambung lakonan Alia Bhatt dan tak sabar menanti buah tangan Alia yang pertama sebagai co-producer. Aku bukanlah fanatik Alia Bhatt, tapi aku suka tengok dia berani keluar dari kepompong watak gadis moden (Dear Zindagi, Kapoor & Sons, Humpty Sharma Ki Dulhania, Badrinath, Shanddar etc) dan mencuba watak berat seperti dalam filem Udta Punjab dan Gangubai.
Filem Darlings mengisahkan Badru (Alia Bhatt) yang berkahwin dengan Hamza (Vijay Varma) atas dasar cinta. Hamza mempunyai tabiat buruk iaitu suka minum arak sehingga mabuk dan kemudian memukul Badru. Ibu Badru, Shamsu (Shefali Shah) yang tinggal berdekatan sering menasihati Badru supaya meninggalkan suaminya tetapi Badru menegaskan yang Hamza akan berubah. Zulfi (Roshan Mathew) jiran mereka sendiri buat laporan polis tapi Badru sayang sangat pada Hamza sampaikan dia tak bagi polis penjarakan suami dia.
Hari demi hari perangai Hamza makin teruk sampai berlaku satu peristiwa yang membuatkan Badru bertekad nak 'ajar' Hamza. So, nak tau Badru buat apa korang tengok lah sendiri.
Orang yang tak biasa tengok filem Hindustan mungkin akan ada kejutan budaya sikit sebab walaupun karekter filem ni semuanya Islam tapi tenang je minum arak. Aku husnudzon lah yang diorang nak selit dakwah kenapa arak diharamkan dalam Islam. Takde pulak aku baca kontroversi orang muslim India boikot filem ni sebab karekter Hamza tapi ada yang boikot sebab tak suka apa yang karekter Badru buat pada Hamza. Tapi aku suka. Endingnya pun aku suka. Hahaha. Mungkin wanita yang pernah tersakiti mental fizikal oleh lelaki je kot yang boleh relate filem ni.
Filem ni bukan filem feminist ya. Ia cuma memaparkan perjuangan dua orang wanita yang dah serik dibuli. Filem ini juga tentang sifat buruk sesetengah lelaki yang susah nak dibuang dan ramai wanita membuat silap dengan menyangka mereka mampu mengubahnya.
So buat yang belum berkahwin, berdoalah supaya ditemukan jodoh yang baik. Tiberrrr...
Anyway recommended ke tidak? Depends. Kalau suka dark comedy boleh tonton. Filem yang sarat dengan mesej. Tentang keganasan rumah tangga, kasih sayang ibu pada anak, hubungan toksik dan hidup bermasyarakat. Ada babak slow sikit dan ada babak saspen. Dari segi lakonan ok lah. Shefali Shah macam biasa amazing. Alia Bhatt rasanya boleh improve lagi. Sorry sistur. Watak-watak lain cemerlang. Tengok Hamza rasa sakit hati, tengok Zulfi rasa kesian. Dahlah rambut macam Mohamed Salah. Eh.
Tu jelah review dari aku. Jarang keluar lately so takde modal buat entry.
Suka pengakhiran yang orang teruk berubah.
ReplyDeleteending filem ni memang berubah habis. huhu
DeleteBaguslah filem ini Sal. Maknanya, penonton akan berfikir bahawa agama tidak salah, agama jadi panduan hidup. Yang burukkan nama agama ialah penganutnya, contoh dalam Islam dilarang / haram minum arak, tapi penganutnya minum juga. Ada mesejnya yang tersirat di sebalik lakonan di situ.
ReplyDeleteya, dan watak Hamza juga ada ciri 'penunggang agama'. dia minum arak takpe, tapi cakap kat isteri dia kalau lawan cakap dia, dosa. Adeh sakit hati
Deletetakde sorang pun yg ammi kenal ni camna? ammi ni ada masalah tau..selalu tengok movie tapi tak pernah pun sibuk nak ambik tau sapa pelakonnya. kadang-kadang amik tau tapi lepas 2-3 hari ammi lupa. kecuali pelakon-pelakon yg mmg ammi suka
ReplyDeletebaru tengok sikit hari tu. nanti sambung balik la
ReplyDeletesaya pun hari tu tengok sambung-sambung. citer hindustan lama kan
DeleteNanti sy nak tgok movie ni dlm netflix...
ReplyDeleteselamat menonton!
Deleteehh kite baru nak tgk movie ni..aish menarik je bila kak sal ulas movie ni..baikk nk tgk terus blik keje nnti
ReplyDeletenanti share lah review jugak
DeleteDah tengok, mmg best ceritanya. Mula2 geram jugak dengan Badru ni kenapa dia tarik balik laporan polis. Nasib baik lama2 dia dgr jugak nasihat mak dia - kala jengking tak akan berubah, sbb itu la sifat kala jengking.
ReplyDeleteTentang jodoh, berdoa je kepada Allah semoga dapat jodoh yang baik2. Tapi sebelum kawen, kena betul2 selidik perangai bakal suami. Kalau dia seorang yang baran, suka menyumpah-seranah, king control dari sebelum kawen lagi, cemburu buta, pernah pukul perempuan dan tak hormat orang lain, baiklah lupakan je dia dari end up macam si Badru ni.
Yup. Ramai perempuan buat silap ingatkan lelaki akan berubah lepas kahwin. Sesetengah perangai buruk memang susah nak ubah. Malahan makin teruk.tapi tulah jap lagi kata memilih pulak
Deleteakak ni kan even menggila suka kan Kashmir India dan Pakistan jarang benar tgk cerita hindustan. tp mmg menarik lah baca yr review ni.
ReplyDeleteMacam saya menggila pergi Jepun tapi tak minat anime sangat pun
DeleteMacam saya menggila pergi Jepun tapi tak minat anime sangat
Deletemenarik ulasan sal minat juga filem hindi
ReplyDeleteHehe. Saya memang minat filem Hindi dari zaman sekolah dulu
DeleteSampai sekarang sakit hati tengok Badru pilih Hamza lepas Shamsu kena pukul padahal mak dia baik gila kot
ReplyDeleteHa tulah. Babak Hamza pukul mak dia tu memang sakit hati. Tapi kasih sayang mak kan. Terima je anak dia lepas tu
Deleteaku doakan yang belum kawin akan segera mendapatkan jodoh ya
ReplyDeleteamiiin...
geram juga tengok laki dia tapi lagi geram bila badru senang cair dengan pujuk rayu laki dia lepas kena belasah. tapi scene mak dia dengan badru memang best.
ReplyDeleteCinta kononnya. Pada pendapat saya, anak perempuan yang menbesar tanpa kasih sayang ayah memang senang terlibat dengan toxic relationship
DeleteBaca review Sal terus rasa tertarik nak tengok. Okey, masuk senarai bakal tonton akak dah :)
ReplyDeleteSila tonton kak. Tapi kalau takut nak kahwin jangan salahkan saya. Hehe
Deleteok nak tgk juga laaa nanti!!
ReplyDeleteramai g ckp cita ni best, dah add to my list dah tapi x tgk2 lagi.. he he..dok layan citer korea je....
ReplyDeleteLelaki jahat tu sikit aje Sal ramai lagi lelaki yang baik eh! tiberrr
ReplyDeletesaya kot yang tak layak dapat lelaki baik
DeleteMacam menarik je nih. Boleh masuk list nak tengok nanti..anyway suka pula tengok Alia Bhatt ni lepas tengok cerita Gangubhai ritu.
ReplyDeleteOk dah sikit mutu lakonan dia. Dah berani cuba watak berat
Deleteentahlah..bila movie dari India yg plot mcm ni, ttg orang Islam perangai x elok, akk rasa sakit hati je...boleh je guna kaum terbesar di sana, knp nak guna kaum minoriti yg selalu mereka aniaya...emo pulak petang2 ni....huhu...melainkan penulis skrip, director nya org Islam..
ReplyDeleteFilem dari India memang selalu begitu. Pernah tengok satu filem Abishek Bachan di mana orang Islam di streotype sebagai golongan pelacur dan lelaki lembut. Yang anehnya filem tu tayang kat TV2. Cmane la boleh lepas
Deleteoo..ada ye, kekdg depa ok, mcm movie Kai Po Che & Bajrangi Bhaijaan..
Deleteri tu tengok juga ni, sampai habis tau..boleh pulak separuh cerita ada twist, si bini pulak ek buli laki..hahahah...tu pun kitorang lajukan sebab nak tahu kesudahan dia macam mana..
ReplyDeletenina skrg dh rajin tgk dlm viu pulak. hahah. kalau mcm ni semua org takut nk kawen sal. tp di India ni kan mcm2 kes ada dan xmasuk akal
ReplyDeletemama kalau tgk cerita mcm ni selalu sakit perut dan sakit hati sal
ReplyDelete