Karim Benzema dinobatkan pemenang Ballon d'Or 2022

Wednesday 19 October 2022

Tahniah Karim Benzema dinobatkan sebagai pemain bola sepak lelaki terbaik dunia tahun 2022. Anugerah berprestij Ballon d'Or memang menjadi idaman setiap pemain bola sepak professional dan boleh dianggap pencapaian tertinggi secara peribadi.

Nampak lain bila pakai spek. Abang-abang sangat 

Dah bertahun-tahun dalam dunia bola sepak baru menang award. Dah tua baru merasa. Eh tua? Umur dia berapa? Karim Benzema yang dilahirkan pada 19 Disember 1987 akan memasuki umur 35 tahun beberapa bulan sahaja lagi. Dikira tua lah dalam dunia sukan.

Pendapat aku yang sekadar penonton biasa, pemain kelahiran Perancis ni memang layak memenangi award tersebut selepas sesi 2021/2022 yang cemerlang membantu Real Madrid memenangi La Liga dan Champions League Final mengalahkan team kesayangan aku Liverpool. Sob sob. Pahit kekalahan tu masih terasa OK! 

Cuma Benzema kurang menyerlah bersama pasukan Perancis. Ada yang kata mangsa diskriminasi perkauman, ada yang kata kontroversi peribadi tapi entahlah. Sayang dia tak pernah menang piala untuk pasukan kebangsaan elain UEFA Nations League yang aku rasa takde siapa peduli sangat pun. Haha.

Berbeza dengan pemenang tempat kedua, Sadio Mane bekas pemain Liverpool yang kini bermain bersama Bayern Munchen. Antara kejayaan Mane di peringkat antarabangsa adalah memenangi Africa Cup of Nations 2022 bersama Senegal dan memenangi 2022 African Player of The Year. Kalaulah Liverpool menang Champions League dan English Premier League 2021/2022 dah pasti Sadio Mane yang menang Ballon d'Or 2022. Sayangnya both pun Liverpool hanya mampu dapat tempat kedua. Takde rezeki awak Mane.

Sadio Mane mendapat Socrates Award sebagai menghargai usaha beliau dalam melakukan kebajikan. Bagus dia ni rajin bersedekah.

List Top 30 lain korang boleh baca dekat SINI. Jenuh nak ulas sorang-sorang. Lagipun tak semua player aku follow perkembangan diorang.

Pemenang-pemenang dalam kategori lain:

Women's Ballon d'Or (Player of the Year): Alexia Putellas (Barcelona). Hebat beliau menang untuk 2 tahun berturut-turut.

Kopa Trophy (Best U-21 men's player): Gavi (Barcelona). Harap tak tenggelam seperti kebanyakan starkids. No komen sebab jarang tengok Barcelona

Yashin Trophy (Best men's GK): Thibaut Courtois (Real Madrid) OK lah well deserved. Same reason macam Benzema jugak.

Gerd Muller Trophy (Top scorer): Robert Lewandowski (Barcelona) Beliau memang cemerlang score gol bertalu-talu sewaktu bergelar pemain Bayern Munchen.

Socrates Award (for player acts of solidarity): Sadio Mane (Bayern Munich). Rujuk screenshot di atas.

Club of the Year (club with most Ballon d'Or nominees): Manchester City. 

Aneh juga tahun ni tak ada Coach of The Year dan Puskas Award (Pemain Malaysia, Faiz Subri pernah menang award ni). Kenapa takde aku pun tak tahu. FIFA memang banyak kontroversi. Lionel Messi tiba-tiba menang Ballon d'Or 2021 pun orang tak habis mengumpat lagi.

Yang aku tahu gol Mohamed Salah lawan Manchester City hari tu sumpah lawa wei. Harap Liverpool kekalkan momentum sampai hujung season. Tak harap banyak, dapat Top Four dan atas dari Manchester United cukuplah. Eh.


Nota kaki bola : Arsenal power season ni. Aku harap diorang menang liga season 2022/23. Asyik Man City je bosan lah. Peminat Manchester City jangan marah ha...

32 comments

  1. selamat ya wak karim...tahniah tahniah

    ReplyDelete
  2. Ni kalau tak terbaca entri Sal, memang akak tak pernah dengar nama Karim Benzema 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kira dia belum capai aura Ronaldo dan Messi lah tu. Even orang tak tengok bola pun tahu kewujudan diorang

      Delete
    2. Haha…tepat sekali. Dua nama tu akak tau, walaupun tak ikuti perkembangan bola sepak.

      Delete
  3. Alhamdulillah.. seorang muslim Akhirnya menang. Tapi kalau seearch Banzema wife, agak menyeram dan menyedihkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah, tapi memang taste dia gitu. Tak silap pernah ada gosip dengan Rihanna. Sayang jugak sebab tengok dia pergi Mekah bagai. Entahlah. Semoga mendapat petunjuk

      Delete
  4. haah la Puskas Award takde tahun ni kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. gol semua besje beshe je kot. Takde yang betul-betul awesome

      Delete
  5. Setelah menang namanya disebut disebut. Tahniah untuk beliau. Akhirnya bertukar title. Dalam dunia bola sepak umur begitu dah tua dah..Teringat Giroud jugak, umur dah meningkat baru nak bersinar bintang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul, ada orang late bloomer kan. Jadi atlet ni asalkan tak cedera boleh sahaja usaha capai tahap terbaik

      Delete
  6. tahniah bersusah payah julang kejayaan memang hebat

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. kan..rambut terpurung pun hensem. rasanya dia ni keturunan Arab kot. tu yang hensem

      Delete
  8. Walaupun sy suka main game Fifa tapi pemainnya tak bape kenal haha! Tapi Karim Benzema nih macam pernah dengar ada kes kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak jugak kontroversi dan video hangat dia ni. hehe. Saya tak reti main FIFA walaupun kenal ramai pemain

      Delete
  9. Takpelah Sal better late than never

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul la tu. ada yang sampai bersara tak merasa menang anugerah atau piala

      Delete
  10. Saya kurang mengikuti dunia bola sepak tapi nak ucapkan tahniah jugaklah kepada semua yang dinobatkan ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Bajet macamlah diorang baca blog saya kan

      Delete
  11. Wah.. Tahniah buat semua yang menang..
    Nak aminkan doa Sal untuk Arsenal tu.. Aamiin..

    ReplyDelete
  12. Bagus. Ananda Sal rutin mengikuti perkembangan bola sepak. Sampai ke pemain Prancis pun dia tahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak adalah semua saya kenal, tapi Karim ni memang famous

      Delete
  13. ohhh karim benzema yg hensem. yg penting benzema tu dh jd code keselamatan dlm acc haha

    ReplyDelete
  14. terer jg Man City...cuma rasanya kurang femes sikit kt M'sia compared to MU & Liverpool....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, ada juga peminat Man City cuma tak seramai fan MU and Liv. Maybe sebab Man City tahun 2008 ke atas baru naik. MU & Liv dah berpuluh tahun naik turun

      Delete
  15. gol thn lps biasa2 je sbb tu x de pemenang puskas hehehe... rejeki pak karim thn ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. kalau ada pun mesti pemain dari negara yang netizen kuat macam Malaysia atau Mesir yang menang.

      Delete
  16. mama bab bola mmg kelauut haha

    ReplyDelete
  17. harap dpt tgk karim benzema main bola dlm fifa

    ReplyDelete
  18. Memang la akak bukan kaki bola..x kenal pun Karim ni....naya pak karim betui la..

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah