Packing is hard when you have Scoliosis

Saturday, 18 June 2022


Benda yang paling malas nak buat sebelum pergi bercuti - packing. Barang-barang atas ni kononnya nak bawak semua, tapi lepas isi dalam backpack dan aku try bawak.. Allahu berat! 

Bagi orang lain mungkin takde apa setakat sejemput gini, tapi aku ada 'Scoliosis'.  Look it up in Google or tanya mana-mana doktor. Aku menaip pakai handphone, susah nak copy and paste info. 

Anyway, tenang saja dan reduce half the amount. Test bawak. Ok, tak sakit belakang. Dahlah takde penimbang. Tawakal jelah berat luggage ni tak lebih 7kg. 

Kenapa 7kg? Nak naik Air Asia. Nasib baik tak gila. Oklah gila sikit. Flight balik aku diorang postpone tapi masih dalam hari yang sama. Aku kalau boleh tak nak sampai KL malam, nanti susahkan famili kena ambil. Tapi tulah. Dahla flight yang postpone tu tak boleh check in pakai apps atau pakai web, kena pergi kaunter. Haih, nervous betul. Doakan urusan pergi balik aku dipermudahkan ye. 

Anyway, struggle jugak nak travel minimalist ni. Nak ambil luggage tak berbaloi sebab mahal. Lagipun aku sorang. Kalau berdua or ramai boleh share. 

Pernah travel bawak carry on naik flight sebelum ni, tapi satu atau dua malam saja. Ni kali pertama sampai 3 malam. Walaupun dah biasa travel light tapi rasa struggle pulak kali ni. Well at least takdelah aku tempted nak beli baju baru untuk bawak pergi bercuti. Dah masuk hari ke empat no-buying-new-clothes-challenge by the way dan masih bertahan. Boleh refer previous entry. 

Anyway, macam mana aku estimate berat beg? Aku compare dengan berat sebotol minyak masak 5 kg. Timbang pakai firasat je. Ha.. Ilmu tinggi ni, Ayah Pin pun tak tau. Agak-agak lah, beg aku lagi berat ke, minyak tu lagi berat. Tak percaya judgement sendiri, aku mintak tolong mak ayah aku. Mintak diorang angkat. Diorang kata beg aku ringan je. Lol, orang tua lagi kuat dari aku. Hopefully tak lebih 7 kg kalau tak kalutlah aku tak tau nak campak mana barang kat airport tu. Pasni sila beli hand luggage scale ye. 

Nampaknya kena scrap plan nak backpacking around Turki. Kenalah sorong beg troli fefeeling aku Lisa Surihani dalam Istanbul Aku Datang. Kuat nau berangan. 

Ini entry auto publish. Aku sedang lena tidur, or probably tak lena sebab takut tak terbangun pagi. Flight tengahari, tapi sebab dah lama tak naik flight, better pergi awal. Excited, at the same time nervous. 

Oklah, nanti update lagi ye..

Update : Tadi saja cuba-cuba check in flight balik pakai apps. Eh boleh pulak. Settle satu hal. Lega. Ni on the way nak ke KLIA2. Naik bas dari KL Sentral, option paling jimat. Jam pulak jalan, sempat blogwalking. 

32 comments

  1. Wah pergi mana itu?
    Hehe cabaran juga untuk akak selalu bawa beg sorong berat bawah 20 kg (check-in). Seksa beg berat walaupun sorong sebab ada tempat kena angkat macam dari conveyor belt. Memang travel.seorang tidak seronok sebab tiada orang tolong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya kalau nak angkat beg dari conveyor belt memang nervous. Sebab kena cepat kalau tak beg tu jalan, kena tunggu satu pusingan lagi. Ya, travel sorang kena harap diri sendiri. Orang kadang-kadang takut nak tolong terutama dalam flight

      Delete
  2. selamat berwisata sal..hati2 jaga diri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak PI atas doanya. Berkat doa kak PI agaknya, tiba-tiba dah boleh check in pakai apps

      Delete
  3. Wah, selamat melayan kaki Sal. Moga semuanya berjalan lancar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak Amie. Kaki masih Ok. Mata sahaja tak mahu tidur malam pertama di tempat orang

      Delete
  4. Mama pun X pandai la nakntravwl.minimalis. barang mesti bawa MCM nak pindah rumah haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu kalau travel dengan keluarga dan naik kereta. Bila naik public transport terutama flight kenalah budget supaya tak penat mengusung

      Delete
  5. syok betul jadi seketul sal ni, travel alone pun jadi..nak jugak macam ni!
    kalo ciksun, sebab ada penimbang berat badan kat rumah, tiap kali nak fly bawak luggage, mesti timbang dulu situ hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak seronok jadi saya. Haha. Tapi make do jelah apa ada. Nak travel sesangat. Solo pun ok

      Delete
  6. ehh, wak pon baru balik dari travel nih, bukan air asia tapii., ;p

    ReplyDelete
  7. Wah..seronoknya Sal travel jauh!
    Akak pun dah melonjak keinginan, tapi itulah belum ada kesempatan.
    Moga dipermudahkan permusafiran Sal dan beroleh hikmah perjalanan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak jauh mana kak Ujie. Malas nak drive or naik bas, tu yang naik flight. Padahal dekat

      Delete
  8. wah..ke mana la tu? have fun & save flight key. MA memang x leh mcm ni, segala benda nak pikul... bag memang besar2 je.. he he he..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut hati nak bawak semua, tapi kena ikut kemampuan diri. Lagi-lagi bawak backpack. Kalau beg troli bolehla isi banyak

      Delete
  9. wah macam nak pi laut je tu... selamat berwisata sal

    ReplyDelete
  10. Samalah macam akak juga. Tang packing le paling malas, Jadinya kalau nak pi travel...seminggu dah letak je dulu barang nak bawak....teringat nak bawak ni hah campak beg besor....time nak terobang hah baru kemas baik-baik...tu pun kadang penuh.....hish hish hish camno le nak light light travel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam stail saya packing. Packing awal tapi pastu kembor balik. Pastu isi balik. Selagi tak pergi tak finalise

      Delete
  11. Kalau travel dengan kereta lagi le kalau boleh dapur pun nak angkut sama....huwaaaaa camno tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Samalah. Lagi-lagi kalau dengan famili

      Delete
  12. Pegi mana tu? Arghh rindu jgk. Nak terbang. Ni hahah pape pun semoga selamat prgi dan balik ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh..kak Ret kan dah terbang gi Langkawi dengan Uyum hari tu

      Delete
    2. nak terbang lama sket hhaha.. nk dok dalam perut kapal terbang lebih dr sejam :D

      Delete
  13. happy holiday Sal...take care!

    ReplyDelete
  14. Saya yang takde scoliosis ni pun penat bila nak packing beg. Penat memikir barang apa yang perlu bawak. 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. packing memang penat. banyak fikir. pastu mulalah yang tak patut bawak pun dibawa jugak

      Delete
  15. Wah, Sal jalan-jalanlah! Bestnya! K akak dah google scoliosis, beria akak study :)
    Akak malas packing sebab baju akak selalu tebal dan besar. Macam mana kunun nak travel light, confirm jadi heavy gak hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang Scoliosis tak digalakkan bawak beban di belakang lebih 10% dari berat badan sendiri. if tulang belakang sihat macam kak Farrah takpelah kot. boleh belajar kat Youtube gulung baju jadi kecik. hehe

      Delete
  16. kita g turki nnt jgn bw apa2... time blk je luggage penuh. baju dan lain2 kita beli kat sana...






    larikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah