Throwback Malaysia Thailand Halal Food Festival - MATHAF di Encorp Strand Mall

Saturday, 11 June 2022


Assalamualaikum dan hai semua! Tak habis-habis cerita throwback dan cerita basi ya. Lately jarang keluar. Kalau ada pun pergi majlis tahlil atau makan-makan di rumah keluarga sendiri or kawan-kawan. Pastu lupa ambil gambar. Kalau ambil pun segan nak share sebab kita tak tau orang OK ke tidak kita share gambar dia dan keluarga dia kat blog. Maybe aku yang overthinking kot. So..ambil jalan mudah tak payahlah cerita. Kalau share pun setakat di facebook je.

Ni cerita bulan Januari lepas. Aku temankan adik aku ke Damansara sebab dia ada urusan. Disebabkan appointment dia pukul 3 dan tempat diorang nak jumpa tu dekat dengan Encorp Strand Mall, aku ajaklah dia gi tengok wayang dulu. Aku pernah pergi Encorp Strand ni dulu sekali, atas urusan kerja. Memang mall yang sendu. Tapi..wayang dia tak ramai orang. OK lah kan, sebab masa tu Covid19 masih menggila. Tak silap aku masa tengok wayang ni, seat ada penjarakan. Hanya boleh duduk sebelah-menyebelah kalau datang sekali.

Kami tengok filem The King's Man. Boleh baca review di SINI

Sendu mall ni

Lagi sendu daripada masa aku manning event Pameran kartun LAT 8 tahun dulu. Boleh baca di SINI

Anyway, habis tengok wayang, rasa lapar pulak. Dalam Encorp Strand ni aku nampak kiosk Auntie Anne je yang ada. Tapi masa sampai memang dah nampak ada Malaysia Thailand Halal Food Festival - MATHAF betul-betul di perkarangan mall. So, memang target nak makan sini je. Yelah, nak pergi Thailand tak dapat. 

Orang boleh tahan ramai. Nak duduk tu kena kongsi dengan stranger. Kalau tak kena bungkus, makan dalam kereta

Nampak Thai Green Tea terus tak minat nak minum air lain dah


Tak silap aku kitorang beli Kerabu Maggie Seafood dan Somtam Mangga. Harga RM10 each. Ke lebih? Entahlah tak ingat. Gambar aku tak ambil sebab segan meja kitorang duduk tu ramai orang. Menu lain yang ada antaranya Miang Kham, pulut mangga, spring roll, aneka jenis mi dan aiskrim kelapa.

Beli softshell baby crab goreng jugak.

Menggamit memori makan pancake Krabi. Jemput baca my Krabi trip

Yang penting dapat air favourite. Yay!

Aku bukanlah fanatik makanan Thai sangat sebab makanan Thai lazimnya masam dan pedas. Aku pulak tak tahan pedas. Tapi kalau dah nampak MATHAF depan mata kenalah singgah dan pandai-pandai cari menu yang sesuai dengan selera dan perut. Ada juga gerai masakan Malaysia tapi tak banyak.

Ada ke antara korang yang memang follow MATHAF ni? Hari tu baca di blog Farhana Jafri dia pun pergi, tapi di Shah Alam. Boleh baca di SINI

Teringin pulak nak pergi Thailand lagi. So far aku pernah sampai Krabi je. Bukit Kayu Hitam dengan Padang Besar tak kira kan? Hehe. Kalau diberi peluang aku teringin nak melawat Ayutthaya. Nampak tak pengaruh drama 'Love Destiny' di situ.

Aku tonton di Netflix. Siri Thai yang selamat ditonton seisi keluarga sebab takde unsur-unsur lucah samada sejenis mahupun berbeza jantina. Setting zaman dolu-dolu kan. 

Ayutthaya ni, kalau suka bangunan-bangunan lama dan suka sejarah, seronoklah. Tak pasti tarikan lain macam shopping dan makan-makan di sana macamana. Kanchanaburi pun best jugak, boleh tengok laluan keretapi 'Death Railway' dan muzium perang. Aneh betul aku ni. Takut orang nak travel sekali. Hahaha. 

Anyway itu hanyalah cita-cita. Entah tahun bilalah sampai. 

Jauh nau merepek. Padahal nak cerita pergi MATHAF je. 

37 comments

  1. Sal merepek pun seronok je akak baca. haha

    Thailand akak pernah ke Betong ikut Pengkalan Hulu Perak, seronok dapat ke Piyamit Tunnel. Akak pun suka tempat yang ada sejarah atau nature. Tempat makan2 atau shopping kurang berminat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai jugak blogger share pergi Betong tapi saya tak pernah sampai sebab takde pulak yang ngajak

      Delete
  2. Mudah2an dapat melancung ke Thailand nanti

    ReplyDelete
  3. Harap makanan kita juga ada kesempatan utk buat promo mcm ni kat luar

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya ada jugak. boleh naikkan kembali industri pelancongan

      Delete
  4. PERNAH SAMPAI SEMPADAN PERLIS THAI KAT SETOI KUT

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang tu tak sampai lagi kak PI. Padang besar pernahlah

      Delete
  5. saya pun jenis tak tahan pedas....kalau nak makan juga bersedia untuk pengunjung tandas yang tegar...btw....banyak mall sekarang dah mula ada orang....dulu sendu angkara Covid-19 melanda dunia

    ReplyDelete
    Replies
    1. mall ni sebelum ada covid pun dah sendu. ada event macam Mathaf ni la baru nampak bernyawa sikit

      Delete
  6. Hehe kalau pergi kenduri tunjuk gambar makanan sahaja.
    Tapi betul malas ambil gambar kalau ramai orang.
    Suka juga makanan Thai tapi tidak pergi MATHAF.

    ReplyDelete
    Replies
    1. malas dan malu. kadang-kadang mak siap usik, ha..nak masuk blog la tu

      Delete
  7. Takpe, dapat kami membaca pengalaman Sal hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekadar berkongsi. tulah tujuan utama blogging. ewah

      Delete
  8. x pernah pulak tau kewujudan strand mall ni sal.. hehehe... confirm rambang mata nk mkn apa kt situ... kakmim ni krabi pun x sampai lg... padang besar je penah.. hihi... one fine day nk pegi nnt

    ReplyDelete
    Replies
    1. antara mall yang 'stranded' dekat Damansara. memang tenggelam dibanding Ikea, The Curve semua tu

      Delete
  9. ada rezeki boleh pi thailand semata2 nk makan sahaja. hehehe. drama thai bukan boleh kira sgt2 byk kali tgk mesti ada adegan lucah

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. memang lah. nak selamat tengok yang dekat channel tv umum ataupun baca review dulu

      Delete
  10. rasa cam x pernah jejak strand mall ni lagi heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hulu banat mall ni. kalau takde urusan jarang orang sampai. tenggelam among mall damansara lain yang lagi best

      Delete
  11. OK le tu throw back ke dah berjaman ke ahkak suka je. Ahkak lagi le throwback citer sampai bertahun hah camno tu teruk sungguh le ahkak kan. hish hish hish entah le bila nak sampai penamat citer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. biasa la tu, ada citer baru, citer lama tinggal. pastu nak throwback balik semua detail dah lupa

      Delete
  12. Ahkak teringin nak pi utara thai chingmai....mesti best kan. Pernah ikut kakak punya team cikgu mengaji naik ets dari Gemas sampai padang besar. Lepas tu masuk thai dari hatyai naik van sampai Surat Thani . Ya Allah punya jauh entah berapa kali berhenti Rnr dia sebelum sampai. Tak buat siri travelog sebab gambar banyak pada adik cikgu dan handphone ahkak pun problem. Berjalan dengan warga Emas yang have-have (YB bekas pengarah-pengarah ) aduhaiiiii macam-macam peel. Tobat tak nak ikut team Kakak lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. berjalan ni elok dengan orang lebih kurang sebaya. kang kalau muda sangat, diorang laju kita tak larat ikut. kalau tua jap lagi kita rasa slow pulak. takpelah takde entry blog janji ada dalam memori

      Delete
  13. Ahkak suka je food thai apa lagi yang pedas dan masam tapi masa pergi night market dia kat hatyai...dek kerana banyak sangat makanan sampaikan tak tahu nak makan apa. Last-last makanan yang biasa kat malaysia....alahaiiiiii baik tak yah pi hatyai. Tapi makan nasi goreng seafood dia kat songkla best. Pulut mangga sodap. Hish citer bab makanan buat ngences ahkak je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu tandanya kena naik ketapi gi KB lagi sekali makan kat kedai siam yang akak share hari tu

      Delete
  14. Kanchanaburi tu best apa...leh pi kebun matahari eh bunga matahari dia dengan pi laluan train dalam market. Hah tu memang teruja nak pi. Jom le sal buat trip pi thai

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom jom. kalau akak jumpa pakej menarik boleh email saya. nak pergi sendiri pun boleh tapi biarlah rileks-rileks. mak tak larat dah nak lasak-lasak. haha

      Delete
  15. teringin gak nak gi Ayutthaya (pengaruh Love Destiny jg..hehe)..suka Thai foods..sesekali makan food masam2..sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. saya terpengaruh drama tu pun dari blog kak Nohas la. nak pergi Ayutthaya kalau takde partner bolehlah roger. rindu nak travel oversea.

      Delete
  16. Betul. AnsndaSal. Tidak semua orang suka fotonya dimasukkan ke blog atau media sosial.

    ReplyDelete
  17. ha ha...adik MA baru je whatsapp cita pasal MATHAF ni...dia kata kalu rindu makanan thai meh la dtg..memang x rajin sgt la...but rindu sgt thai foods...pulut mangga, pulut ayam, sup, padthai... ikan garam..eh mcm2 la... bila la nak gi thailand lagi ni...

    ReplyDelete
  18. Alaa teringin nak makan Kerabu meggie

    ReplyDelete
  19. Allahu..rasanya da lama sangat tak pergi food fest Malaysia Thailand macam ni..kat JB pun belum ada lagi yang buat comeback..

    ReplyDelete
  20. Kalau pergi sini, cari menu goreng-goreng je nanti. Terliur tengok bila makan panas-panas.

    ReplyDelete
  21. kemain mahal lg kerabunyaaaa.... alaaa ko nak g Ayutthaya tu sbb nk feeling2 nyanyi lagu Kuch Kuch Hota Hai kannnnnn.... ngaku je laaa hahahahaha

    ReplyDelete
  22. Alhamdulillah.. seronok baca cerita Sal..

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah