Fast Fashion - Dah tiba masanya kita berhenti beli baju baru?

Tuesday 14 June 2022

Last month masa aku lepak dengan kawan aku, dia dok cerita pasal baju yang dia baru beli. Dia ajak aku beli jugak tapi aku cakap dengan dia yang baju yang ada pun dah nak runtuh almari. Kalau boleh aku nak 'buang' separuh. Tapi sebenarnya, kita kena fikir banyak kali sebelum buang baju. Like buang literally masuk tong sampah. Memanglah kita boleh cakap, alah kain kan boleh reput tapi tak semua fabrik mudah terurai begitu sahaja contohnya fabrik sintetik.

Lagipun, dunia sekarang dibanjiri 'pencemaran fabrik'. Yang selalu menjadi mangsa, negara-negara dunia ketiga. Baru-baru ni aku tengok video dokumentari terbitan BBC bertajuk 'Fast fashion: The dumping ground for unwanted clothes'. Kebanyakan 'penderma' dari negara-negara maju menghantar pakaian terpakai mereka ke sini tapi bukanlah secara percuma. Peniaga tempatan kena beli secara bundle. Pakaian yang masih elok akan dijual semula kepada rakyat (sebab diorang terlalu miskin, tak mampu beli baju baru) tapi kalau baju yang tak elok dan tak layak dijual semula akan dibuang ke tempat sampah. 

Memang tragis bila tengok hamparan kain macam tu. Bila terlampau banyak, ia akan dibakar, lalu menyumbang kepada pencemaran udara pulak. Kalau hujan, banyak kain yang akan hanyut ke sungai dan akhirnya ke laut. Bukan straw je yang boleh membunuh hidupan laut tau, selendang korang pun ada potensi yang sama ye.

Fast fashion is a design, manufacturing, and marketing method focused on rapidly producing high volumes of clothing. Fast fashion garment production leverages trend replication and low-quality materials (like synthetic fabrics) in order to bring inexpensive styles to the end consumer

Loosely translate macam ni.. Fast fashion ni amalan menghasilkan pakaian secara besar-besaran. Kebiasaannya menggunakan fabrik sintetik yang murah supaya boleh dijual pada harga yang murah kepada pengguna yang sentiasa inginkan baju baru.

Budaya OOTD dan nak tayang di media sosial adalah antara penyumbang kepada fenomena 'fast fashion' ni lah, pada pendapat aku. Selalunya orang perempuan ada penyakit 'Malulah orang asyik nampak aku pakai baju yang sama'. Aku mengaku dulu aku pun macam tu. Circle aku pulak terselit sorang dua yang suka tegur " Asyik pakai baju ni je". Bila difikir balik, takde masalah pun sebab ada sesetengah pakaian tu kita selesa pakai dan buatkan kita rasa cantik berbanding biasa, so apa salahnya ulang pakai. Kan baju tu kita basuh dan gosok dengan kemas?

So adakah ini bermakna kita kena berhenti beli baju baru? Yes and No. Beli baju baru tak salah tapi kalau boleh belilah baju yang berkualiti dan boleh tahan lama. Macam pakaian mak kita dulu-dulu. Ada yang diturunkan sampai 3 generasi, masih elok dan cantik. Jangan beli yang pakai beberapa kali dah koyak atau lush pastu terus kita buang. Beli pakaian yang kita yakin kita akan ulang pakai. Contohnya baju kurung yang boleh bawak pergi kenduri dan pergi kerja.

Kita tak boleh kawal syarikat baju nak hasilkan baju baru, tapi kita boleh kawal pembelian kita sendiri. 


Another thing yang kita kena aware adalah ke mana kita dermakan baju-baju kita. Make sure pakaian yang kita dermakan tu masih elok dan syarikat atau pengumpul baju terpakai kita tu akan salurkan baju-baju kita ke tempat yang sepatutnya. Lepas tengok dokumentari fast fashion di Youtube, aku rasa ragu-ragu nak derma pakaian terpakai kepada syarikat-syarikat fesyen antarabangsa.

Anyway, aku dapat ilham nak buat entry ni bila dapat email dari HR yang ada tong kitar semula baju akan diletakkan di kawasan office. So, aku pun google nama company yang letak tong kitar semula tu. Website nampak promising, but still aku nak email diorang dan tanya details. Nanti dah dapat jawapan (yang memuaskan hati aku), aku share lah kat sini. Tu pun kalau diorang layan blogger biasa macam aku.

Buat masa ni aku sedang mencabar diri aku supaya tak beli pakaian baru. Kita challenge untuk 30 hari dulu. Wish me luck guys! Let's save the earth, one cloth at a time.

Notakaki : Pedih bila kau cuba nak jadi environmental friendly tapi dicop kedekut.

37 comments

  1. Wak memang dari muda dulu suka beli pakaian bundle

    ReplyDelete
    Replies
    1. baguslah Wak. jimat dan pakaian bundle tu pun dapat tuan baru.

      Delete
  2. skrg ni kn trend org pakai bundle... akak suka jugak ke branded bundle... baju branded tp rm10 mana nk dpt kn? akak baju² elok yg dh x pakai bg kat org je.. tp selalu mmg ada pgrm yg collect preloved item utk disedekah

    ReplyDelete
    Replies
    1. baju bundle pun banyak je yang elok lagi. so far tak pernah beli, tapi pernah bagi kat kawan yang meniaga bundle

      Delete
  3. Lorrr bagus tu saranan sal...bukan kedekut tapi berhemat

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..apa salahnya berjimat. lagipun kalau kedekut pun biarlah, bukan kita mintak duit dia.

      Delete
  4. Kalau pakai selalu maknanya memang kita suka dan selesa. Ahkak selalunya kalau dah tak muat bagi kat cucu saudara sebab kalau dia tak muat boleh bagi kat kengkawan dia. Nak masuk tong sampah rasa masih elok lagi. Tapi kalau dah koyak rabak hah memang masuk tong le.

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalu kalau koyak rabak buat kain buruk dulu sampai tahap kain tu mintak nyawa. haha

      Delete
  5. Bagus juga citer sal ni kalau tak ahkak pun tak tahu. Nak tunggu jawapan dia nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya masih mereka ayat untuk email diorang. ada idea tak?

      Delete
  6. Akak pun banyak baju sampai rasa kena sisih hantar kitar semula tapi itulah sini tidak nampak tong.
    Itulah malas beli baju kurung sebab banyak. Alhamdulillah tiada yang tegur pakai baju sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya syarikat yang saya survey tu ada letak tong di Melaka. nanti saya share

      Delete
  7. sama la... baju MA pun mcm nak runtuh almari, tu dah sort out..donate mana yg elok, buang yg mana dah x elok tu... memang jarang sgt beli baju since balik dr Bkk ni..sbb kata sana dulu banyak beli & tempah baju

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak simpan untuk Iris ke kak MA? untunglah badan mantain, so tak payah fikir beli baju baru

      Delete
  8. kadang tu baju2 skrg mahal nak mampus tp kdg tu dapat pakai 2 3 kali dah benang tetiba tetas ... adoii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. Terutama yang branded. Pernah tengok tudung jenama terkenal, kain berbulu. Baik beli kat Muaz je

      Delete
  9. ada baca ttg sustainability, depa nak reduce mass production, ready-to-wear clothes sbb fashion cepat bertukar, esp negara 4 musim, bertukar musim je, pakaian bertukar....akk beli winter coat semua kt bundle..depa jual seringgit sehelai (dulu2)..

    ttg negara dunia ketiga jd 'dumping ground' tu, teringat kisah sorang mamat ni yg mengembara di benua Afrika, terjumpa mamat Afrika pakai t-shirt sekolah kat malaysia..perghh..,tak sangka baju preloved kita sampai ke sana...hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, mereka ada 4 musim, masuk musim baru fesyen baru. Kita kat Malaysia ni senang. Nak derma ke negara dunia ketiga make sure baju tu elok lagi. Comel akak kat Afrika pakai kebaya nanti

      Delete
  10. Kak PC suka pakai baju sampai lusuh. Lagi kalau baju tu rasa selesa.

    ReplyDelete
  11. Terbaik entri Sal ni 👏🏽
    Bagi kesedaran buat kita semua.
    Industri fabrik tekstil memang antara penyumbang besar kepada pencemaran alam. Setakat ni memang akak berfikir banyak kali sebelum membeli, macam Sal cakap kita beli yang kita akan pakai banyak kali dan biarlah yang kita yakin berkualiti tahan lama. Baju tudung akak pun tak banyak, sampaikan ada yang tegur suruh beli lain 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Industri tekstil penyumbang kedua selepas oil and gas. Saya pun baru dapat kesedaran walaupun famili saya jenis yang environment friendly jugak. Sebab tu kot rumah banyak barang. Tak nak menambah sampah alam sekitar. Haha

      Delete
  12. sejenis yang tak suka OOTD. Dekat IG pun repeat baju sama haha. Dah 10 tahun pun dok pakai baju tu jugak sampai lah terkoyak. Tak ingat tahun bila ada geng minimalis dok promote lifestyle simple, baju ada satu almari je. Sejak TikTok muncul ni naik balik trend dak ood haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok jugak tengok geng minimalis tapi entahlah mampu nak jadi macam diorang. Samalah tak suka OOTD, lagipun IG pun takde. Takat tayang kat blog. Haha

      Delete
  13. beli pakaian baru kalau nak gi kenduri ja biasanya sal

    ReplyDelete
  14. sy suka derma baju lama kpd golongan B40...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baguslah Abam Kie. Di KL ni banyak golongan B40. Hehe

      Delete
  15. Menarik entri Sal ini. Kak Amie pun setuju ada sesetengah kawan suka tegur kalau kita pakai baju yang sama 2-3 kali waktu travel. Mulanya terikut juga sebab terpengaruh, lama-lama rasa satu pembaziran pula dan almari semalam n semak! Pujuk hati janganlah suka ikut cakap kawan. Belajarlah berpendirian supaya tidak membazir. Bukan kedekut tapi berjimat cermat dan amalkan belanja berhemah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah, kadang-kadang risau dikecam kawan. Padahal walau banyak mana pun baju, kita selalu ulang baju sama tu je kalau tu yang selesa. Yang banyak-banyak lain tu buat senget almari je

      Delete
  16. Nampaknya mama.kena cabar diri jugak ni. Insaf bilanbaca. Mama punya tudung pun sgt sebak dah tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh sedekah pada yang memerlukan kak. Kadang-kadang kita beli tudung sebab nak padan dengan satu baju tu je. Tu yang jadi banyak. Saya pun cuba kalau beli tudung or baju make sure boleh match dengan yang lain

      Delete
  17. ciksun pun sama la sekarang, tahan diri beli baju baru...sendiri rasa semak tengok baju knitwear time gila dulu beli kemain banyak..lepas tu jarang gila nak pakai..dah plan dah nak mengemas mana yang tak pakai tu dan hantar ke kitar semula aje..tiap khamis memang ade lori kitar semula datang amek barang..tak nak jadi hoarder sayang buang baju..

    ReplyDelete
  18. Jarang beli baju baru. Masih guna baju yang sedia ada. Badan rasanya dah tak membesar atau mengecil. 😄

    ReplyDelete
  19. Akak pun sekarang sedang gigih mencuba menahan nafsu beli baju baharu. Sekarang tengah dok saring baju-baju dalam almari. Baru perasan banyak baju elok yang tak dipakai. Memang hukumnya tak boleh beli baju baru hahahah

    ReplyDelete
  20. nampaknya raya ni tak yah pakai baju baru laa... entah berapa lama laa insaf ni... x tau laaa

    ReplyDelete
  21. Okay apa jimat.. selagi elok kita pakailah..

    ReplyDelete
  22. setahun, boleh kira kot aida ni beli baju sendiri brape kali.
    sekali je kot - time raya.
    lelain baju harian, baju jalan2, dok repeat yg sama bertahun2, selagi tak koyak :) ha ha ha ha...

    more to baju anak2, sal.
    sebab diorang membesar. kena la sisihkan baju lama, kan.
    akan sisih dulu. tgk apa yg perlu. baru la gi beli.
    agar tak sesak almari!

    ReplyDelete

Your comment is highly appreciated. Komen dengan berhemah